05 Mar, 2010

Teka Teki Tentang Buah

Posted by: admin In: Artikel

Number of View :1676

Saya ada terbaca satu teka teki.. Nak kata lucu.. tidaklah juga.. tetapi buat saya tersenyum juga la.. Masa sekolah dulu memang selalu banyak teka teki.. tapi sekarang banyak yang dah lupa.. Oleh kerana ramai yang sukakan buah.. Saya nak tanya bagi satu teka-teki tentang buah.. Mungkin ada yang dah tahu..  Teka-teki ni taklah susah sangat.. Begini bunyinya

” Pada suatu hari, kedai buah-buahan milik Pak Abu terbakar dan semuanya hangus. Namun ada 3 jenis buah-buahan yang terselamat. Cuba teka buah apakah yang terselamat dari kebakaran tersebut..? dan kenapa ia terselamat ?

Related Posts with Thumbnails

12 Responses to "Teka Teki Tentang Buah"

1 | chah

March 5th, 2010 at 10:21 am

Avatar

Buah hati kot,…..xpun buah mangga (petlock)…..ntah2 buah cempedak kot……sebab buah cempedak di luar pagar,hehehe…..betul ke?

2 | milia

March 5th, 2010 at 1:55 pm

Avatar

i agak pun macam tue..buah cempedak..sbb buah cempedak diluar pagar..hehe..

3 | as

March 5th, 2010 at 3:24 pm

Avatar

Jawapannye:
1) buah cempedak di luar pagar
2) buah keranji atas perahu
3) pisang emas dibawa belayar
kan… :)

4 | sekuntum mawar berduri

March 5th, 2010 at 3:26 pm

Avatar

Salam…

Buah jambu batu, belimbing besi dan pisang emas betul tak?

5 | lloni

March 6th, 2010 at 5:26 pm

Avatar

antara buah yg pupus di kelantan ialah buah sekiat @ skiat, buah guchil, buah beko, buah sentul, buah kechapi, buah kemunting, ‘petai kecil’, buah kelubi, buah keranji,

6 | muhaini

March 8th, 2010 at 10:39 pm

Avatar

jambu batu,belimbing besi,pisang mas.

7 | nazri

March 14th, 2010 at 9:09 am

Avatar

Buah tampoi
Buah salak
Buah melaka

Semasa kebakaran berlaku, buah-buah ni balik kampung masing-masing!

8 | min

March 19th, 2010 at 3:03 pm

Avatar

eh tk silap saya kt pasar siti khadijah tu ada jual buah keranji tp jenis kecil la..

9 | Sabina

March 19th, 2010 at 9:21 pm

Avatar

Buah dalam tin (jenis campuran buah buahan). ha.ha.ha

10 | Rusni Binti Saleh

March 23rd, 2010 at 7:02 am

Avatar

saya setuju ngan jawapan as…

11 | waniey

August 16th, 2010 at 1:59 am

Avatar

aq stju ngan jwpn as 2………..pandy nye as

12 | almo

October 26th, 2010 at 3:53 pm

Avatar

akm suka jawaban chaa.Buah hati +buah tangan+buah mulut la.yg paling rentung buah berangan

Comment Form

Categories

Hari ini & Semalam

About

Blog ini hanyalah artikel semata-mata. Ianya di ambil dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan hati mengenai artikel ini haraplah diberi komen dan cadangan. Di harap sedikit-sebanyak blog ini dapat memberi pengetahuan kepada anda yang berminat dalam bidang tumbuh-tumbuhan, landskap, herba dan bidang pertanian.

Klik Like!! Sertai Saya di FaceBook!!

Download Percuma Pelan Bisnes !!

Artikel Paling Popular Tahun 2011