02 Mar, 2010

Buah engkala

Posted by: admin In: @Buah Nadir

Number of View :4156

engkalak

Saya tertarik dengan buah ini lalu membuat satu artikel mengenai buah engkala yang unik ini. Ada juga yang menyebutnya sebagai buah engkalak. Saya sendiri belum pernah bertemu atau melihat secara live buah ini.  Jadi, saya membuat sedikit rujukan mengenai buah ini.

engkalak2

Nama saintifik bagi buah engkala ini adalah Litsea garciae dan ianya satu famili dengan buah avocado. Buah ini pada kebiasaanya akan keluar pada dahan-dahan kecil. Buah engkala muda bewarna hijau dan apabila masak akan menjadi merah. Diketahui, Buah ini sememangnya banyak terdapat di Sarawak dan ada dijual di pasar-pasar tamu/tani. Tak tahulah samada di Semenanjung ada ditanam pokok ini ataupun tidak.

engkalak3

Menurut rujukan saya, nak makan buah ini ada caranya.. Buah ini perlu direndam di dalam air suam lebih kurang 5-10 minit. Kemudian boleh ditambah sedikit garam untuk mengenakkan lagi rasanya. Isinya lembut dan dikatakan hampir sama dengan buah avocado.

Anda pernah melihat atau mencubanya? Mungkin anda yang berasal dari Sarawak boleh kongsikan sedikit rahsia mengenai buah ini..

Related Posts with Thumbnails

73 Responses to "Buah engkala"

1 | Raden Yusof

March 2nd, 2010 at 1:35 pm

Avatar

Buah ni memang saya sudah biasa makan sejak dari kecil lagi sebab saya ni berasal dari bahagian kapit, sarawak.
Buah ni boleh juga dimakan dengan sambal belacan. Memang sedap kalau dimakan bersama nasi.

2 | yinna

March 2nd, 2010 at 1:38 pm

Avatar

emmm..sedap. lemak berkerim g2.hhehehe.buah ni adlh buah bermusim di sarawak. sama seperti buah dabai juga. p buah ni kalo x rendam kalo mkn jgak akn rasa gatal. kdg2 ktorg pukul2 bdn buah ni dulu pstu rendam nak bagi rasa lemak buah sebati dan x keras. sedap…try la ;)

3 | Sln

March 2nd, 2010 at 1:39 pm

Avatar

Buah ini juga terdapat di Sabah. Saya pernah memakan buah ini pada zaman budak saya. Ia biasa tumbuh liar di tepi tepi sungai. Buah ini perlu di jemur seketika sebelum di makan untuk menghilangkan rasa getahnya.

4 | amjahsuhailisalleh

March 2nd, 2010 at 1:43 pm

Avatar

Saya memang kenal buah ini dan pernah memakannya. Ianya memang ujud di Sarawak seperti di sekitar Miri, Bintulu, Limbang dan Lawas. Kurang pasti di kawasan lain di Sarawak. Saya percaya di Sabah juga ujud seperti Sipitang dan kawasan yang bersempadan dgn Sarawak & Brunei. Di Semenanjung mungkin ujud kat Muzium je! Ianya tumbuh liar di hutan tetapi ada juga di laman rumah, di tanam dan di jaga. Berbuah secara bermusim dan harganya agak mahal kerana buahan ini sudah hampir PUPUS. Kepada para penggiat pertanian perlu ada langkah untuk mengelak kepupusan yang sebegini agar anak cucu kita nanti tidak hanya melihat gambarnya. Kajian saudara perlu di teruskan terutama utk tumbuhan yang jarang-jarang di jumpai. Tahniah dan terima kasih atas usaha saudara.

5 | azie

March 2nd, 2010 at 1:53 pm

Avatar

nampak cam sedap jer…tp kat tmpt kitorang x penah jumpa,tepi sungai kat sini yg byk buah berembang ngan buah gedabu je,buah tu pun sedap gak,buah berembang nipis dari buah gedabu n rasanya pun kurang la.kat kwsan
ladang sawit agak2 ada x buah engkala ni(kat Sabah la).

6 | azamakma

March 2nd, 2010 at 2:04 pm

Avatar

Hanya terdapat di negeri Sarawak , terutama sekali di penempatan orang melanau . Sejenis buah bermusim .Selepas dipetik jangan makan terus , rasanya sangat “menyakitkan”(pedar) . Perlu diperam sehingga kulitnya bertukar warna menjadi pink/merah . Jangan direndam dalam air suam , tak sedap . Biila dah masak (bertukar warna jadi pink ) , pukul disekeliling buah menggunakan belakang senduk sehingga buah/isinya menjadi lembut . Cuci dengan air bersih , bubuh sedikit garam . Boleh dimakan dengan nasi atau sagu . Rasanya manis dan berlemak . Buah engkalak yang masih muda (sebesar guli ) , boleh dibuat jeruk . Cuti semester 2 lepas sempat balik kampung , baru tahu rupa-rupanya buah engkalak ini ada satu lagi spesis . Buahnya lebih kecil dan tumbuh di dalam hutan .Rasanya tak sedap dan bila masak ia berwarna coklat . Tak ada gambar , sebab tak bawa kamera . Harap dapat memberi manfaat .

7 | man

March 2nd, 2010 at 2:34 pm

Avatar

Tima kasih kerana berkongsi maklumat tentang buah ni, tapi memang pelik je nampak buah ni, bertampuk macam buah manggis.. di Semenanjung memang tak ada ke buah ni?

8 | Abdul Rahman Hassim

March 2nd, 2010 at 2:45 pm

Avatar

Terima kasih kerana begitu committed menyediakan laman ini. Semoga anda mendapat berkah dari Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Penyayang. Dengan muat turun artikels yang ada, maka saya mendapat pengalaman baru dalam bidang yang saya juga turut meminati. Apa yang dipaparkan dalam laman ini amat bermutu dan tinggi nilainya. Sebelum ini saya mencari-cari maklumat seperti yang disediakan di sini namun tak dapat. Pernah saya cuba mendapat buku Agromedia, namun tidak banyak membantu, Alangkah baiknya jika ditambah lagi artikel mengenai pemproses makanan atau ubatan daripada bahan tempatan ini. Terima kasih sekali lagi.

9 | Anna

March 2nd, 2010 at 2:46 pm

Avatar

Assalamualaikum

Saya nak share sedikit info mengenai buah ini. Di tempat saya buah ini diberi nama ‘buah penglaban’, rasanya memang sedap dan sedikit lemak. Dekat sini ianya buah bermusim cuma boleh diperolehi ketika musim buah-buahan tempatan sedang berbuah iaitu antara bulan May hingga Ogos setiap tahun.

10 | Mohamed Ali Othman

March 2nd, 2010 at 2:56 pm

Avatar

Fuhh….kaya sungguh bumi bertuah Malaysia ini.Macam2 tumbuhan saya dapat kenal menerusi email ini.Terima kasih saudara, moga Allah memberkati kamu. Saya suka jus avocado, kalau ke Sarawak saya akan cuba dapatkan benihnya untuk ditanam di kebuh saya.

11 | admin

March 2nd, 2010 at 3:35 pm

Avatar

Saya mengucapkan terima kasih kepada anda yang telah memberi info mengenai buah ini.. Taksangka begitu cepat response yg anda berikan.. Saya rasa lebih bersemangat untuk terus menulis artikel mengenai apa-apa sahaja mengenai tumbuhan selagi ada yang sudi membaca dan terus memberi komen dan info.. Tanpa anda semua, yang sudi memberi maklumat yang bermakna ini, tentu Blog ini tidak akan memberi apa-apa makna.. Semoga Tuhan sahaja yang membalasnya…

12 | Ahmad Jamal

March 2nd, 2010 at 4:05 pm

Avatar

Masyaa Allah! Banyak betul buah yang tak pernah saya lihat. Tidak Allah jadikan ini semua sia2

13 | BETTY

March 2nd, 2010 at 10:10 pm

Avatar

mmg biasa makan buah ni..banyak terdapat di tempat saya…Rasanya? Mmmm..berlemak. Tetapi buah ni, mmg perlu di rendam dalam air panas utk mbuang rasa gatal, atau rasa ‘mang’. Tetapi bagi buah yg sudah cukup masak, memadai kalau sekadar memukul/mengetuk buah ini dgn senduk kayu…lepas tu. boleh dimakan begitu saja bersama kicap atau sambal. Boleh di makan bersama nasi, tetapi saya lebih suka makan bersama kicap…Emmm..meliur dah bila teringatkan buah ni…

14 | muhaini

March 2nd, 2010 at 10:22 pm

Avatar

pertama kali tgk.prtma kali dgr.rasanya mmg takda kat semenanjung kot.kalu ada nak jge rasa.skali tgk cam buah ara ikan.sy ni jenis suka mkn apa2 je yg boleh d buat sayur atau ulam2.kalu mkn nasi takda sayur or ulam cam ada yg tak kena je..selain tu apa lagi yg ada kat sabah/sarawak yg takda kat semenanjung.boleh kongsi.

15 | kasin

March 2nd, 2010 at 11:43 pm

Avatar

buah engkala biasanya ditanam di kawasan yang mendatar / landai…biasanya d tepi sungai atau d belakang rumah… Ianya sangat cepat tumbuh di kawasan yang bepasir sedikit diatas dan tanah gambut di bawah. Buah ini tidak asing bagi penduduk di kawasan sarawak…boleh dikatakan daripada 10 pokok yang ditanam, 8 yang manjadi.. 5 daripadanya mengeluarkan buah yang banyak (mengikut apa yg saya telah tanam sekarang ni). Tetapi pokok engkala ini sejenis pokok yang tdk keras (mudah patah / lumpak). Kepada pemanjat pokok ini, kena hati2…dahannya rapuh. Cara yang biasa untuk kita masak adalah mengunakan air panas atau di goncang di atas api. kalau tak masak, buah ini rasanya pedar (rasa bergetah…)

16 | sonic

March 3rd, 2010 at 12:12 am

Avatar

Buah ni memang terdapat di sarawak. Biasanya di tanam di kebun-kebun buah dan bermusim. rasanya sedap dan berlemak. bagi yang belum pernah cuba, mungkin rasanya agak lain… tak sedaplah tu… tapi kalau dah pandai makan buah ni… mesti nak lagi.

17 | nani

March 3rd, 2010 at 12:25 am

Avatar

boleh saya tau macammana n dekat mana nak dapat benih gajus kat jb ni… ada sapa tau ko

18 | ummi

March 3rd, 2010 at 12:34 am

Avatar

Assalamualaikum Semua,

Saya biasa makan buah ni sejak kecil lagi. Fuh…memang sedap dan lemak, tak lah manis sangat tapi lebih lemak, lebih kurang macam avocado lah tapi ini rasanya tersendiri. Bila makan dengan nasi panas lagi sedap tak payah berlauk dan bersayur lagi memang menyelerakan ditambah lagi dicampur garam lagi-lagi lah bertambah lemaknya. Memang buah ni ujud di kawasan borneo je. Ditempat saya di Brunei Darussalam buah ini dipanggil ‘PENGALABAN’ tapi sekarang ini memang jarang dijumpai kalau adapun harganya mahal tapi memang tak pernah jumpa lagi lah. Agaknya dah semakin pupus spesis tumbuhan ini. Harap pihak berkenaan dapat mengambil inisiatif untuk mengekalkan specis tumbuhan ini supaya ianya tidak pupus ditelan zaman. Jika buah-buah luar dari asia kita boleh tanam dan majukan dekat asia kenapa tak buah yang ada dikawasan kita ni kita kekalkan dan tak hilang begitu saja. Semoga Berjaya!!!!!

19 | Sabaruddin

March 3rd, 2010 at 1:08 am

Avatar

Salam semua,
kalau ada kekawan yang dari sarawak atau nak pergi sana….boleh tolong belikan buah engkala ni dan jual kan kat saya….buat benih dan boleh tanam kat kebun saya….cuma nak menambahkan variti tumbuhan jer…tolong hubungi saya…

20 | roseni

March 3rd, 2010 at 1:11 am

Avatar

Salam buat semua,

Tak pernah tengok but dari above comment buah ini looks and sounds unique serta interesting.
Ingin juga cuba nak makan tapi diKL dimana kita boleh dapat?

21 | daudjaafar

March 3rd, 2010 at 1:13 am

Avatar

Salam fadly; saya belum melihat sebelum ini .seakan menyerupai nya ada di semenajung ,pernah saya rasa di hujung lidah .ada rasa gatal sedikit ,tak berani saya memakan nya sebab nampak nampak tak ada pun haiwan memakan nya. terima kasih.

22 | ima

March 3rd, 2010 at 1:43 am

Avatar

Salam,

Saya pernah lihat buah ini dikampong saya di Mersing, tapi tak ingat namanya. apa yang saya ingat ,emak saya pernah pesan, buah ini sangat pantang dimakan bagi orang yang lepas bersalin. takut bentan katanya. itulah pengalaman ibu saya mengenai buah ini. terima kasih.

23 | tahirr53

March 3rd, 2010 at 1:50 am

Avatar

salam fadly,

Buah ini dikatogeri sebuah jungle fruit, tapi sekarang ianya ditanam di laman rumah atau kebun di luar bandar…kebanyakan pokok ini ditanam di bahagian pendalaman hanya sepokok dua yang ada hobi ditanam dekat rumah. Buah ini dinamakan Engkala dalam bahasa Iban atau Melayu Sarawak dan kalau suku Melanau ianya dipanggil buah Tebulus, seperti yang dijelaskan oleh pengemar-pengemar buah ini adalah rasanya berlemak dan sedap..itupun kalau dah biasa. Saya dah makan buah ini sejak dari kecil lagi sehingga sekarang…..tak adapun sideeffect…..kalau nak rujuk lagi tentang buah ini email saja. Terima kasih.

24 | yonn

March 3rd, 2010 at 2:21 am

Avatar

Buah engkalak… sedap lemak. Belakang rumah saya di kg (miri) banyak. kalau berbuah lebat tapi pokoknya tinggi susah nak petik. Rasanya xlah mcm buah avocado……………..

25 | rahiminin

March 3rd, 2010 at 2:27 am

Avatar

Saya memang biasa melihat buah engkala ni kerana terdapat banyak pokok tersebut di Sabah yang tumbuh secara liar di Sabah. Namun tidak ramai yang mengetahui yang buah tersebut boleh dimakan. Di Sabah, buah tersebut dikenali sebagai buah pengulaban. Cara memasak buah tersebut untuk dijadikan ulam hanya perlu direndam dengan air panas selama lebih kurang 15 minit. Kalau nak mengulamnya pula macam2 cara. Amat nyaman sekiranya dimakan bersama nasi panas dengan dicicah garam. Khasiatnya pula dikatakan mampu melancarkan pengaliran darah dan membersihkan pundi kencing.

26 | asnah58

March 3rd, 2010 at 2:53 am

Avatar

ya buah ni memang sedap di makan sama sambal blacan.Di kebun saya ada banyak pokok engkala ni kalau tak silap ada lima pokok. Buah angka yang blum masak sedap di buat jeruk dan di ulam.Selalunya pokok ni berbuah sama dgn musim durian.nak rasa datanglah kebun saya di Kuching.

27 | azmi

March 3rd, 2010 at 3:36 am

Avatar

Saya tak pernah jumpa buah nih disemenanjung …Info/komen yang menarik……….jika ada info lebih paparkan juga foto pokok….teruskan usaha en fazli..ramai yg sudi memberi maklumat nampaknya…

28 | Mizi

March 3rd, 2010 at 4:14 am

Avatar

Masa kecil dulu memang ada bapa saya tanam kat dusun durian. Biasanya bila musim buah durian masak buan ni pun sama masak. Dulu bapa saya suka makan buah ni dengan menjeruknya. Jeruknya pun senang je.. masukkan buah kedalam air garam tu je, lepas tu biarkan beberapa hari…pas tu baru makan…Sekarang ni saya dok tengok pokok tu dah tak ada kat dusun… dah tinggal tunggul je…

29 | rosli

March 3rd, 2010 at 4:46 am

Avatar

salam…terima kasih berikan info tentang buah ni. Saya memang tak pernah tgk rupa bentuk buah ni. pokoknya pun tak kenal. Merasa buahnya lagilah tak pernah. Ada sesiapa yang biasa tanam pokok ni di semenanjung?

30 | hana christianus

March 3rd, 2010 at 5:55 am

Avatar

aabuah ada terdapat di tempat saya sapitang sabah.rasa buah ini amat enak dan lemak.tetapi saya tak pernah menjumpainya kat semenanjung m`sia.rasanya ada baik pihak tuan mengambil langkah untuk menanam benih buah ini di pertanian.kerana buah ini sangat mahal.

31 | ismail

March 3rd, 2010 at 7:47 am

Avatar

belum pernah makan dan tengok..

32 | jot

March 3rd, 2010 at 7:57 am

Avatar

memang tk pernah nampak… sedap! nampaknya.. tengok gmbar dh terliur.. bla agaknya nk dijual di semenanjung ni.. sya semakin suka blog ni lah, bnyak buah yg pelik2 tk pernah nampak.. & skarang dh tahu. pengetahuan sya semakin luas.. terima kasih en fazli!!

33 | Ainul Mardiah

March 3rd, 2010 at 7:58 am

Avatar

alhamdulillah, akhirnya ada juga buah ini utk tontonan umum. sblm ini sy pernah ceritakan pd bbrp sekampus di UKM (pljr semanjung) tetapi x sesorang pn mgetahuinya. selama 4 thn menetap di selangor dan kini berulang-alik ke KL, sy jg belum prnh menjumpainya di mana2 di sn. bg sy (sarawakian/kuching) buah ini amat popular. rsnya enak dan lemak. selain dr ikan terubuk, pelancong luar juga harus mcuba buah ini tetapi (jika tidak silap) ia bbuah mengikut musim. ia boleh didapati di pasar2 tani+pasar tamu.

34 | naga shan

March 3rd, 2010 at 9:04 am

Avatar

Hi,
Good day to you.
Saya pernah lihat buah ni kat e- Mart Miri semasa saya bertugas kat sana.
Tapi tak pernah cuba hehehe….
Kat semenanjung… i rasa xde kot
Myb bln Jun 2010 saya pg Miri. So, i will try.
Thank you and have a nice day.
Best regards

35 | ruby

March 3rd, 2010 at 12:24 pm

Avatar

saya pun berasal dari kapit,sarawak dan sekarang menetap di johor.kat johor ni pun ada orang tanam…hari tu dapat makan lagi..bawa benih dari sarawak…buah ‘pulur’ pun ada kat sini,kami selalu makan.buah ‘dabai’ pun ada orang jual…kalau tengah musim..terung sarawak saya ada tanam dulu,sedap,,masam,,masam.’engsabi’ lagi sedap[sejenis sawi sarawak],rampu betuk[timun sarawak]…..ada saya tanam kat sini.

36 | admin

March 3rd, 2010 at 1:01 pm

Avatar

Ruby.. saudara/i tinggal di mana.. macam mana nak dapatkan benih terung /sawi/timun tu..

37 | NTC

March 3rd, 2010 at 4:50 pm

Avatar

buah engkalak ni sedap dimakan bila lepas direndam dengan air panas. cecah dgn garam. nyaman wo..

Tuan blog , kalo boleh saya nak tuan tambah pokok empiang . pokok ni buah nya sedap . belum masak warna hijau ( teramatlah masam , boleh bergerak kepala bila makan ketika belum masak ) tetapi bila masak manis dan ranum. sekarang ni jarang atau mungkin dah pupus buah ni.

38 | ejeyhassan

March 3rd, 2010 at 11:55 pm

Avatar

Salam, sy pernah makan buah engkalak ini sewaktu mengajar di Sarawak hampir 20 tahun dulu. Rasanya lemak2 masin, Tidak pernah ketemu pulak pokok dan buah ini di semenanjung.

Saudara Fazlisyam,
elok pula sekiranya saudara kupaskan pula mengenai beberapa jenis buah yang agak unik di Sarawak iaitu petai sarawak (banding beza dengan petai semenanjung) dan buah embang,

39 | yazid

March 4th, 2010 at 3:04 am

Avatar

Salam,terima kasih kerana berkongsi maklumat tentang buah ini, kalau tidak memang tak tahu pun. Boleh le kita cuba bila ke Sarawak nanti.

40 | ruby

March 4th, 2010 at 12:19 pm

Avatar

saudara admin,bagi alamat,nanti saya poskan….biji sawi dan biji timun ada sekarang…..biji terung,nanti saya carikan..atau call…..0127550242.jangan terkejut ya….saya bukan lelaki.

41 | rahim

March 4th, 2010 at 2:48 pm

Avatar

saya pernah bekerja di kawasan pendalaman di Sarawak, iaitu di Ng.Jagoi, Kanowit, Sibu dan pernah makan buah ini, tapi tidak berapa suka rasanya. Memang betul seperti mana penginfo-penginfo yang lain tu… Tapi kalau buah Dabai tu suka lah. Cuba juga tanam di Semenanjung ni … tapi tak tumbuh.. kata orang tak boleh di tanam di sini, entah betul ke tidak saya tak tahu… jenuh juga cuba tanam , memang tak tumbuh…
Tk.

42 | chah

March 5th, 2010 at 10:06 am

Avatar

Pernah tengok buah ni kat pasar satok 4 bulan lepas…tp rugi la pulak x cuba rasa.Yang saya sempat beli & rasa,buah avokado Sarawak (tapi kulitnya licin je)murah sgt, sekilo RM6.00 je….buah dabai sekilo RM22.00 & terung dayak(terung asam) sekilo RM7.50…..xtau la harganya memang camtu @ sebab sy xtau ckp Sarawak,harganya lain….Terkilan sangat x cuba rasa buah ni….xleh nk bg komen

43 | ron27kr

March 5th, 2010 at 11:18 am

Avatar

buah engkala’, kebiasaan sangat senang tumbuh. tak perlu tanam. kalau nak tanam carilah buah yg sedap. kebanyakan buah ni rasa tak sedap…pedar, tawar,disukai ulat bubuk dan masak terlalu lembuk. yg saya tahu ada 3 jenis. ada bsaiz kecil biasanya sedap. tapi yang bersaiz besar banyak kurang sedap. satu jenis lagi hanya dimakan burung. muda warna hijau. bila masak warna biru gelap berkilat. manusia tak makan.
bagi yg dimakan, buah muda bwarna hijau muda. buah dah masak ada bwarna pink, merah dan sangat merah.

cara makan…buah muda boleh dibuat jeruk. dibelah 2 dan rendam dalam air garam sehingga tiada rasa pedar/pedas. tapi bau yg kurang enak
buah yang telah masak dipukul perlahan sehingga lembik. guna sudu/senduk. kemudian disalai di atas api. rasanya lebih enak dan beraroma srta hilang pedar/pedas… makanlah dengan kicap masin/manis. selamat mencuba……
ada banyak lagi buah yg terdapat di s’wak yg tiada d sm

44 | milia

March 5th, 2010 at 1:50 pm

Avatar

saya ada terlihat buah nie disarawak sb kerja disini..sy dr semenanjung..tapi saya ingtkan sayur..tambah pulak dia macam bukan buah je..esok saya nak tra carik..
tak try tak tahu..hehe

45 | pulo_kapas

March 7th, 2010 at 8:44 am

Avatar

suka sgt buah ni sbb xyah susah2 nk masak…rendam ngn air panas pastu cicah ngn garam..terliur wooo~~tp kena pilih betul2,jgn tpilih yg x elok..

46 | Fatir

March 8th, 2010 at 2:48 am

Avatar

Buah-buahan unik seperti ni pernah tak ditanam di semenanjung? Kebanyakan buah yang dipaparkan oleh saudara wujud di sabah atau di sarawak sahaja dan sedikit sangat di semenanjung. Jika buah-buahan ini boleh hidup dan berbuah di semenanjung, marilah kita sama-sama tanam supaya ia tidak pupus. Kepada yang berkemampuan cubalah dahulu dan kongsilah sama kawan-kawan.
TQ.

47 | Cmayau

March 8th, 2010 at 3:28 am

Avatar

buah ni banyak terdapat di sarawak dan dikebun bapa saya ada beberapa pokok, saya biasa makan buah ni.. memang sedap rasanya lemak.. cara menyediakan sangat mudah rendamkan dalam air biasa (masak) dan ditambah garam biarlah 1 hari nak lebih sedap makan keesokan hari selepas direndam bersama nasi..

48 | ct

March 11th, 2010 at 4:09 am

Avatar

Ye la nampak sedap je. saya ni pantang dengar kalu buah pelik yg boleh dimakan tambah kalu boleh buat ulam. sedapnya.. rase teringin nak rasa buah tu la.. kat sini ada jual kat mana ye..

49 | zetty

March 14th, 2010 at 4:20 am

Avatar

wow ….buah ni mmg sdp,brmusim tapi slpas bbrp kali brbuah pokok kan kering dan mati xthn nyawa kata org Swak.Anak saudara sy di Johor pernah cuba tnam xmnjadi
bolehlah org negri lain plak cuba. mna lah tau.

50 | Y.B

March 17th, 2010 at 7:16 am

Avatar

Belum pernah sya jumpa buah ni di semananjung tp di S’wak memang ada dan sya difahamkan kulitnya dikeringkan untuk dibuat semacam asam keping bagi orang2 disana.

51 | SAPLI

March 24th, 2010 at 2:47 pm

Avatar

banyaknya buah pelik2 kt laman ni…mcm buah zaman dulu aje..sebab yg kenal dan yg penah makan semuanya dah berumur…kena letak kt muzium buahan ni..nanti takut pupus..anak cucu x kenal…skg ni buah kacukan banyak..

52 | chesoo

March 28th, 2010 at 6:06 pm

Avatar

saya tidak pernah melihat buah ini

53 | melly

April 1st, 2010 at 3:48 pm

Avatar

Mmg bnyk benar buah yang ada di SWAK tapi x ada di SM..
Lagi satu kalau org2 SWAK dah lupa ialah ‘asam purple’..Sebenarnya asam ni mangga di SWAK..Dah terlalu lama susah nya nak cari asam ni!!!Dulu kalau musim durian, asam ni pun ada..Tapi x lagi skrg…Kalau nak makan asam ni mesti di buat kerabu seperti kerabu mangga tapi kita org SWAK campurkan dgn belacan dan daun paku…….OHHHHHH bestnyer!!!!!!!!TERLIUR HABIS KAMEK TOK

54 | shaifull

May 4th, 2010 at 1:42 am

Avatar

Kepada tuan punya blog…tahniah sebab blog awak ni antara blog yang paling saya minati…..artikel buah engkalak ni memang bagus…..secara ringkas saya nak syer info tentang buah ini sebab saya ni Sarawakian. Buah ni bermusim(semusim dengan durian) rasanya lemak, cara nak makan buah ni rendam dengan air panas sehingga lembut pastu tus kan air nya dan gaulkan dengan garam halus secukup rasa…pastu bolehlah terus dimakan. Sebenarnya buah ni tak lah sampai perlu diketuk-ketuk seperti yang kawan-kawan kita tu bagitau…yang penting buah tu cukup masak dan direndam dengan air yg betul-betul panas. Buah yang muda memang boleh dibuat jeruk. Dijeruk pun sedap, bila dah boleh dimakan jeruk buah ni kita akan letak dalam bekas bersama-sama dengan air jeruk tu sekali, kita bolehlah pecahkan cili api kat dalam jeruk ni, buah boleh dimakan dan air jeruk boleh dihirup sekali pehhh masam, lemak dan pedas tu yang sedap tu, kat semenanjung memang takde buah ni janganlah letihkan diri nak mencari ye….buah ni hidup kebanyakan nya di tengah-tengah daratan dan bukan nya banyak ditepi sungai ok….tanah yang sesuai adalah tanah yang berkelembabpan yang tinggi. Saya cadangkan kepada tuan punya blog ni supaya buat kajian berkaitan dengan spesis cili di Sarawak. Spesis cili yang ada di Sarawak banyak yang sukar ditanam di semenanjung. Tip untuk tuan punya blog ( Spesis cili yang saya tahu : cili hantu, cili gerunong) ada lagi yang lain tapi saya lupa nama cili tu, 2 jenis cili yang saya sebut ni memang betul-betul pedas dan mempunyai aroma pedas yang yang menusuk hidung tapi pastikan anda dapat cili yang betul-betul ditanam tanpa menggunakan baja yang berlebihan kerana penanaman secara komersial yang menggunakan terlalu banyak baja akan mengurangkan rasa pedas sesetengah cili….harap tuan punya blog dapat menambah koleksi artikel….ada apa-apa email lah saya ok……

55 | admin

May 4th, 2010 at 12:52 pm

Avatar

Kalau ada benih cili tersebut bolehlah kirimkan pada saya di sini..

56 | roger

May 6th, 2010 at 7:35 am

Avatar

Kalau ikut tekak orang Semenanjung saya tidak mengemari buah engkalak berbanding buah dabai. Cara untuk menyediakan buah-buah ini sebelum boleh dimakan adalah sama iaitu direndam didalam air suam-suam kuku. Pokok buah engkalak ada ditanam dibelakang rumah emak mertua saya di Sibu, Sarawak. Pokoknya agak tinggi, buahnya boleh dikategorikan dalam gred A, lebih besar sedikit daripada yang di jual dipasar. Berbuah ikut musim iaitu hujung tahun sama macam musim dabai. Seperti saya katakan, saya lebih menggemari buah dabai baik dimakan dengan nasi atau dicicah dengan kicap. Satu kilo sekali makan tak terasa. Kalau di Sibu buah dabai yang gred baik boleh mencecah RM20 sekilo pada awal musim berbanding dengan buah engkalak yang harganya tidak berapa mahal. Pokok dabai juga tinggi dan bunganya sungguh cantik. Disana orang menjual buah baik buah dabai atau buah keranji masih dengan menggunakan ‘kong’. Selain itu terdapat satu lagi buah iaitu buah terap @ tarap yang tidak terdapat ‘di Malaya’ dan yang pasti pokok buah-buahan tersebut tak mau hidup di ‘Malaya’ ini.

57 | aza

May 17th, 2010 at 2:12 am

Avatar

macam penah makan jeruk buah nie….

58 | mat

May 21st, 2010 at 2:00 am

Avatar

Buah engkala ni di Sabah dikenali dengan nama pagalaban, penglaban atau pengeluban. Rasanya lemak dimakan begitu saja atau dibuat ulam. Caranya samalah seperti info kawan-kawan kita tu di rendam dengan air panas, kalau air kurang panas ianya jadi terasa pedar atau pahang. Sebab tu orang tua-tua dulu kononnya sebelum menuang air panas tu hendaklah dijampi dulu. Jampinya ‘ si pahang lari, si lemak ketinggalan’.

59 | Frank Juhas

May 31st, 2010 at 6:31 am

Avatar

Saya pernah jumpa jenis engkala liar di hutan, kawasan Ulu Kelantan, dekat Kuala Krai di Semenanjung. Ini memang mirip Engkala dari Sabah/sarawak, warnanya merah dan orang asli tempatan(Menriq-Semang) pangil “Kabeol Patong”.

mudah-mudahan kalau saya punya waktu nanti petang saya akan upload gambar-gambar di site saya di bawah Sample Photos by Families/Lauraceae

Frank

60 | laigd

July 18th, 2010 at 8:48 pm

Avatar

Emm, engkalak buah bermusim yang popular. Di Sarikei, Sarawak yang juga dikenali kawasan “Basket Food Of Sarawak”,ada pelbagai jenis dan masih banyak ditaman. Saya sendiri pun taman 5 pohon di kebun Minggu ni pun dah ada sedikit di pasaran. Sedap bergantung pada jenis yang diperolehi, rasa berlemak, cara makan ada pelbagai.Nak rendam dalam air atau ketuk sedikit baru digaul sdikit dengan garam. Yang muda paling sedap kalau pandai buat untuk dijadikan jeruk. Jang makan banyak sangat, cos berkolestrol tinggi.

61 | ari semenanjung

August 4th, 2010 at 6:54 am

Avatar

Saya mula kenal buah ini masa bertugas di kawasan Kapit. Pokok buah ini boleh membesar dan tinggi, ( saya telah merasa memanjatnya) namun awas dahannya mudah sekah dan patah seperti pokok belinjau.Keenakannya dapat saya rasai seperti ulam,di makan bersama nasi selepas beberapa minit direndam dengan air suam dan sedikit garam.Di Semenanjung ni saya belum lagi nampak orang menjualnya di pasar.

62 | wan

August 8th, 2010 at 7:00 am

Avatar

Saya penah mkn buah ni masa bertugas di lundu..boleh makan tp tak suka sgt..sy lebih suka buah dabai..buah ni mmg unik..pendek kata kt swak masih byk buah2 yg kita tak penah jumpa or lama tak jumpa..

izinkan saya pinjam gamba buah ni utk letak kt blog k..thanks

63 | fiza

September 12th, 2010 at 10:44 am

Avatar

Bagi kami org d sri aman sarawak, buah ni memang cukup popular..kalu baru masuk musim buah ni, harga sepinggan dijual dgn harga rm5…tapi kalu dah betul2 musim, peniaga akan jual rm1 je sepinggan..rasanya mmg sedap bagi yg reti mkn..tp dlm adk bradik saya yg sramai 5 org, cuma saya n adik bongsu sy je yg reti mkn buah ni..tghari td pun sy da beli utk mkn tgahari..yela..time raye ni, dah muak nak mkn daging..so, p pasar tamu n cari lauk utk ubah slera..hehe..kalu buah yg msh muda, org kat cni akan buat jeruk engkalak

64 | admin

September 14th, 2010 at 8:16 am

Avatar

saya teringin nak rasa.. bila agaknya musim buah ini di sarawak..

65 | almo

October 13th, 2010 at 1:56 pm

Avatar

masyaallah.setelah lebih 30 tahun, barulah sekarang saya dapat melihat sejenis buahan tempatan yang selama ini apabila saya ajukan namanya tak seorang pun yang tahu dan pernah mendengarnya.memang selama ini saya cuba merncari maklumatnya,tapi tiada mungkin salah ejaan kot! terima kasih admin atas usaha anda.30 tahun dulu abg ipar ada memilikinya di sri medan batu pahat,johor.ia memang wujud di semenanjung,mungkin org2di sini kurang pengalaman tentang buahan hutan,menyebabkan mereka tidak cam pokok tersebut.sebab buah utan ni kalau salah gaya beracun. bagi saya rasanya memang spesil,setelah buah yg kemerahan direndam kat air suam bergaram(garamnya sikit je) ,saya makan dgn cara menyedut isinya,puhh…marvelusss, lemak tapi jauh sekali macam rasa avacado.kenal tak ulat sagu?dan andai dikeluarkan isinya samalah dgn isi buah ni(maaf sekadar untuk menerangkan) fuhh kalaulah sekarang ni ada orang yg bermurah hati nak bagi buah ni,alangkah nikmatnya.sepekara lagi biji buah ni agak besar.pokoknya pun besar sebesar pokok terap.terima kasih pada semua yg bagi maklumat.terkenang masa kecik2 dulu.

66 | izman

October 19th, 2010 at 1:48 pm

Avatar

Saya pernah makan buah ni di Sarawak dulu rasanya memang sedap,tetapi kalau tak kena cara membuatnya tekak akan terasa tidak selesa ,pokok ini memang tinggi,daunnya panjang dan lebar sekali pandang seperti daun pokok bunga cempaka putih….kalau dapat makan lagi buah engkalak ni seronoknya.

67 | ja

October 27th, 2010 at 7:12 am

Avatar

buah engkala ni dalam bahasa melanau kami panggil buah tebuluh..memang favorite satu keluarga la.berlemak je rasa.saya berasal dari dalat,sarawak dan buah ini hanya diperoleh ikut musim,tapi saya tak pasti bila. cara nak makan, kami pukul2 lembut buah tu untuk pisahkan dari tangkai, pastu rendam dalam air suam..tos letak garam.nak makan kalau ikut cara saya, cicah gula,..memang sedap gilerr..saya dah lama nak tahu nama buah ni dalam bahasa melayu rasmi akhirnya terjumpa kat blog ni..sapa2 yang bertuah p sarawak ada musim buah tebuluh ni try la.mgkin bagi kami org swak dah biasa mkn rasa sedap, tapi bg org tak pernah makan tekak mmg tak bole terima..mcm sushi jugak la kan..hihi

68 | Med

November 19th, 2010 at 2:05 am

Avatar

minggu lepas baru ja berulam buah engkalak nih bersama nasik dan sayur manis timun dayak. sedap berlemak. ^_^

InsyaAllah esok nak ke pasar minggu(pasar tani Satok), nak amik foto dan mencari buah engkalak untuk di makan bersama keluarga.

69 | miz

December 8th, 2010 at 1:39 am

Avatar

Uniknya buah-buahan di Malaysia.Ada yang belum dimakan dan tidak dikenali.Apalah sangat nak dibanggakan dengan buah-buahan luar negara sedangkan Malaysia kaya dengan buah-buahan yang unik dan sedap.

70 | Fakhri

January 16th, 2011 at 5:01 am

Avatar

Assalamualaikum.. sy brasal dr kpg. Hilir Kanowit, Sibu, Sarawak.. buah engkalak ni memang bersepah kat area sy.. murah hrganya.. sdpt dmakn dgn nasi, cmpo garam sikit.. kalo nak mkn pegi sarawak.. buah dabai pun ada..

71 | feydz

March 24th, 2011 at 4:34 pm

Avatar

nyamai mai buah tok jang/endun…fav ku mai buah tok…ba menua kami din mayuh buah tok…enti dah mansau,palu dulu ba bahagian kulit ia ngambi ke enda berasai pedar enti di empa,campur ngau garam mimit…enti asai perut masuk angin manah mai makai buah tok…lega asai ia

72 | Gambar Sekitar Mukah – Buah Engkala « my.Mustaffa

April 8th, 2011 at 10:37 am

Avatar

[...] memakannya. Buah yang sama spesis dengan avacado ini memang banyak terdapat di Sarawak. Sumber - Buah Engkala innity_pub = “bbf94b34eb32268ada57a3be5062fe7d”; innity_cat = “MALAY”; innity_zone = “10090″; [...]

73 | aini

September 18th, 2011 at 12:35 pm

Avatar

@amjahsuhailisalleh -
Buah kalak ni pun banyak di area kuching.selalu tgk nenek mkn buak kalak yg di rendam ngn air panas cmpur garam. cabik…fuh..

Comment Form

Categories

Hari ini & Semalam

About

Blog ini hanyalah artikel semata-mata. Ianya di ambil dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan hati mengenai artikel ini haraplah diberi komen dan cadangan. Di harap sedikit-sebanyak blog ini dapat memberi pengetahuan kepada anda yang berminat dalam bidang tumbuh-tumbuhan, landskap, herba dan bidang pertanian.

Klik Like!! Sertai Saya di FaceBook!!

Download Percuma Pelan Bisnes !!

Artikel Paling Popular Tahun 2011