07 Feb, 2010

Ubi itik, ubi badak dan Ubi sarek

Posted by: admin In: @Ubi

ubi-badak
Artikel kali ini, saya tertarik dengan kepelbagaian jenis ubi yang terdapat di Malaysia. Mungkin generasi baru kebanyakkannya hanya mengenali  ubi kayu dan keledek sahaja. Begitu jugalah saya. Rupa-rupanya banyak jenis lagi ubi yang saya tidak kenali seperti ubi itik, ubi badak, ubi sarek, ubi torak, ubi kemili, ubi pujut, ubi kasong dan mungkin ada lain jenis ubi yang saya tidak sebut disini. Sebelum ini, saya hanya mengenali ubi kemili sahaja kerana ia pernah ditanam oleh arwah tok saya.
ubi-itik

Tahun lepas, saya berkesempatan mengenali 3 jenis ubi yang di bawa balik daripada Kelantan oleh bos saya. Memang unik dari segi rupanya. Dari segi luaran saya dah lihat tetapi rasa isi dalamnya belum berkesempatan lagi. Kalau mengikut rujukan, ubi badak ini ada 2 jenis iaitu warna putih dan ungu. Ubi ini dikatakan memang popular di Kelantan. Baru-baru ini ada kajian penghasilan tepung dari ubi badak oleh sekumpulan penyelidik sebagai satu alternatif  penggunaan tepung gandum.

Mengenai Ubi itik pula saya tidak mempunyai banyak info tentangnya. Mungkin anda ada cerita di sebalik ubi itik ini..

ubi-sarek

Mengenai Ubi sarek pula, ia dikatakan digunakan sebagai campuran dalam bubur “asyura” pada bulan Muharram. Selain itu, ubi ini boleh dibuat pengat, direbus dan sebagainya.

Setakat ini sahaja saya dapat berkongsi mengenai 3 jenis ubi yang unik ini. Jika anda ada mengenai info mengenai ubi ini, silalah kongsikan di sini. Atau anda pernah melihat ubi yang lain dari yang lain selain dari ubi di atas, bolehlah kirimkan gambar kepada saya.. Boleh kita kongsikan bersama…

Related Posts with ThumbnailsNumber of View :25286

70 Responses to "Ubi itik, ubi badak dan Ubi sarek"

1 | sar

June 23rd, 2010 at 3:30 am

Avatar

saya suka sangat ubi itik yang dikenali dengan nama ubi torok.tetapai yang jenis dan bentuk panjang dan lurus pula dinamakan ubi telunjuk

2 | khairudin

July 16th, 2010 at 8:01 am

Avatar

ubi badak ? ada badak ke kat situ he hehe….
ni dak dekat nak puasakan.kalau tak caya beli le ubi badak yg warna unggu buat masak pengat makan masa berbuka gerenti anda tak sanggup nak tinggalkan mangkuk dan sudu. masa saya kecik-keci dulu mak saya selalu buat…………kecur air liurrrrrr

3 | fadli

August 16th, 2010 at 2:25 am

Avatar

askum.blh brknalan…..???
sy ni fadli,tnggl kat terengganu…
lau nk bknalan mai larw jmpa sya d terengganu larw….

4 | wanie

August 16th, 2010 at 2:26 am

Avatar

askum, klau nak makan ubi ni dtang lah kt klantan

5 | sexy

October 17th, 2010 at 9:47 am

Avatar

ubi itik drebus, kulitny dtarik, ada mcm tali2/bintik2. dlmny gebu mulus. ubi gadung kena remdam dlm sungai utk buang racunny. drebus n dgaul klapa parut. kenyal. ubi2 lain tak muat sexy nk tulis kt sini. yg pasti ubi dmkn ktika musim hjn/tgkujuh b= air kopi yg arwah nenek bancuhkn.

6 | adam

January 10th, 2011 at 8:39 am

Avatar

Ubi torak ada kat kampung saya. Sedap buat masak gulai.

7 | Muhamad Rizal

February 10th, 2011 at 6:59 am

Avatar

ubi gadong kalau x salah mak saya guna untuk buat bedak sejuk@mahadi

8 | anakdesa

February 23rd, 2011 at 5:03 am

Avatar

Ubi itik dan ubi torak mempunyai rupa paras yang hampir serupa kecuali perbezaan bentuknya. Ubi itik tidak mempunyai bentuk yang khusus dan tak berapa cantik sementara ubi torak pula bentuk bujur memanjang seakan-akan bentuk timun.
Dari segi rasa, ubi itik lebih sedap berbanding ubi torak yang agak tawar. Ubi torak lebih sesuai untuk masakan shj. Jadi, berhati-hati kalau membeli. Jangan sampai terpedaya dengan ‘rupa dan bentuk badannya’ tetapi rasanya mengecewakan terutamanya kalau nak dimakan-rebus shj.
Tentang ubi badak pula, ada sesiapa tak yang pernah makan gulai udang dengan ubi badak (instead of ubi kentang). Peerrrgh… wa cakap luu…nostalgia betul le. Arwah moyang saya pandai buat tu. Tapi guna ubi badak yang putih je le, yang ungu nanti lain pulak jadi warna gulai tu.

9 | romieosman

March 16th, 2011 at 1:35 am

Avatar

Salam. Ubi itik & ubi badak boleh dibeli di pasar minggu Pantai Dalam (Penjual dari Kelantan). Biasanya dalam Disember ke Mac sahaja musimnya. Ubi torak sekarang ni kurang orang menanam, jadi susah sikit. Ubi sarek biasanya tumbuh meliar, orang jarang menanamnya.

10 | amaline

April 19th, 2011 at 10:42 am

Avatar

salam admin..ubi sarek ni tak famous sangat kat malaysia tapi di jepun,mereka tanam beratus hektar pokok ubi sarek untuk dijadikan makanan ringan..di jepun pokok ini di panggil ‘konyaku’..
saya sgt terkilan kerana kita tak manfaatkan apa yang kita ada,ubi ni sgt gatal tetapi teknologi boleh mngubahnya..
di jepun mereka akan kisar isi ubi ini dan di campur dgn sejenis bahan (sy terlupa,nt update semula) lepas tu dimasak..
maka terhasillah konyaku,ianya jernih..kenyal dan berketul seperti cincau cuma warnanya putih,jepun juga menggunakan konyaku sebagai sumber gelatin dalam penghasilan jeli dan gula-gula.
saya sgt kecewa apabila diberitahu bahawa benih pokok sarek ini dibawa ke jepun dari malaysia,indonesia dan thailand.

11 | amaline

April 19th, 2011 at 10:48 am

Avatar

admin,di negara kita pokok ini dibiarkan terbiar sahaja.kalau guna pun just utk buat pengat sekali sekala..tu pun kalau orang tua yang masakkan.Untuk pengetahuan admin,petani jepun terpaksa tanam pokok ini selama 3 tahun sebelum boleh di tuai kerana mereka lalui musim sejuk..bila winter,mereka terpaksa gali ubi ni dan simpan dalam gudang sehingga habis winter dan tanam semula..sedangkan kita negara yang tropika ni buat tak tau je dgn khazanah yang kita ada.

bila saya beritahu rakan sepejabat,keluarga mahupun kenalan yang ubi ni sangat berguna dan sedap,meraka hanya gelak dan berasa ragu takut beracun..saya sangat kecewa..ilmu yang ada dipersia

12 | amaline

April 19th, 2011 at 10:53 am

Avatar

This is how to make Konnyaku from Konnyaku potatoes

Konnyaku is made from Konnyaku potatoes and calcium hydroxide extracted from egg shells. Firstly, wash the Konnyaku potatoes and cut them into pieces. Then, dry them and mill them into flour. Then, pour the Konnyaku flour into water and stir. Then add the calcium hydroxide or calcinated eggshell’s calcium to it. After forming the shapes, boil them and it is finished. It has been made in this way for 1500 years in Japan.

13 | mohd zukri bin mohd ramli

May 11th, 2011 at 7:36 am

Avatar

bagi saya nama jenis ubi yang banyak tu, kekadang adalah jenis yang sama cuma nama sebutan setempat yang meyebabkan nama jenis -jenis ubi ini terlalu banyak walhal cuma ada beberapa jenis yang betul-betul ujud yang lain-lain cuma nama sebutan setempat sahaja. contoh, ubi kemili, juga di sebut sebagai ubi keling di tempat saya di raub,pahang, adalah lebih baik kita mengenali jenis ubi ini dengan nama sainstifiknya.

14 | Mohamad Sayuth

May 18th, 2011 at 3:33 am

Avatar

Keluarga saya dari Johor mengenali ubi bada sebagai ubi torak. Ubi ini boleh ditanam dari cebisan ubi yang telah digali. Ditepi pagar rumah saya 2 pokok jenis ungu dan 1 pokok jenis putih sedang tumbuh. Daunnya seakan-akan daun sireh lebih lebar lagi, yang pitih daunnya hijau tapi yang ungu ada jalur ungu pada urat daun. ubi yang lalu sebesar buah temikai kuning honeydew bulat tanpa cabang. Boleh direbus, goreng, pengat atau bubur. Rasanya lemak dan yang ada alahan akan rasa sedikit menggigit ditekak.

15 | aina

July 28th, 2011 at 11:38 pm

Avatar

Originally Posted By miezaMak & Arwah Abah saya berasal dari Kelantan, tp kami telah lama menetap di Pahang.. Jadi ubi2 yang disebut di atas memang saya pernah tengok & rase kecuali ibu sarek, pernah dengar nama tp x pernah mengenali. Ubi badak yang berwarna ungu mak saya selalu buat kuih talam. ubi badak putih lebih sedap direbus dah dimakan dengan kepala parut atau dicicah gula sahaja. begitu juga dgn ubi itik. tetapi saya tidak berapa menggemari ubi ini kerana ada kalanya ada sedikit rasa pahit & ubinya seperti berurat sedikit. kalau di Kelantan, ubi kemili dikenali sebagai ubi keling. Ubi keling ni, memang sedap, rasenya lemak manis bila direbus dengan sedikit garam. Mak sedara saya pernah jugak membuat masak lemak kuning siput sedut dicampur dengan ibu keling ini.

16 | Lavendar Rhea Hana

September 30th, 2011 at 6:05 pm

Avatar

Sesiapa pernah tgk bunga pokok ubi badak tak?kalo ada mohon kongsi info dan gambar..saya sedang jalankan kajian anatomi dan morfologi species ubi tersebut.hampir selesai dah.tapi perlukan info tambahan tentang bunga tersebut sbb pokok yang saya tanam tak mengeluarkan bunga. Tapi based on reference ada disebut pasal bunga ubi badak.harap2 kajian sy nt akan berguna utk kajian lebi mendalam berkenaan ubi ini.terima kasih 😀

17 | nnisa

February 9th, 2012 at 4:44 pm

Avatar

Mungkin pada yang mengetahui ada ubi dipanggil ubi larut. Panjang2 macam carrot, puti bagai lobak putih, dimakan orang selepas direbus… Ini ubat untuk batu karang dan dengarnya hapuskan tanda2 awal kanser. wallahualam

18 | Segalanya Tentang Tumbuhan… » Blog Archive » Ubi Itik

April 22nd, 2012 at 2:49 pm

Avatar

[…] penduduk di kawasan pantai timur, ubi itik memang tidak asing lagi. Sebelum ini saya pernah menulis artikel pendek mengenai ubi ini dan ramai yang rasa baru pertama kali melihatnya dan ada juga yang hairan dengan rupanya yang […]

19 | Andika

February 11th, 2013 at 3:31 pm

Avatar

lewat tahun 70an sewaktu sy mengikut ayah meneroka tanah hutan di bahagian betong sarawak kami terjumpa ubi-ubi hutan yg tergolek-golek dgn banyaknya atas tanah lepas dibakar. Kami panggil ubi kenek yg hampir menyerupai gambar pertama dan kedua di atas. Isi ubi ini berwarna oren dan rasanya agak manis bila direbus. Untuk lebih menyelerakan kami mencicahnya dengan gula apong sambil minum kopi. Daun ubi ini berbentuk lonjong seperti daun sireh, agak keras dan berkilat. Ianya tumbuhan memanjat dengan batang yg agak kecil.

20 | juana

March 8th, 2015 at 2:57 pm

Avatar

Teringat masa saya kecil, mak saya dan jiran kami pernah buat bedak sejuk guna sejenis ubi yang dikenali ubi ara. Saya rasa itulah ubi gadong menurut cerita Muhamad Rizal..lain tempat lain namanye..

Comment Form

Categories

Share on Facebook

1615
Share

BlogMalaysia.com

website statistics

About

Blog ini hanyalah artikel semata-mata. Ianya di ambil dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan hati mengenai artikel ini haraplah diberi komen dan cadangan. Di harap sedikit-sebanyak blog ini dapat memberi pengetahuan kepada anda yang berminat dalam bidang tumbuh-tumbuhan, landskap, herba dan bidang pertanian.

Klik Like!! Sertai Saya di FaceBook!!

Artikel Popular Hari ini

Artikel Popular Minggu Lepas

Artikel Paling Popular Tahun 2011-2014