20 Feb, 2010

Buah Kerekup

Posted by: admin In: @Buah Nadir

kerekup

Saya ada menerima email dari kak Norish yang telah mengirimkan gambar buah kerekup. Tujuannya adalah untuk memberzakan antara buah rukam dan buah kerekup. Bukan apa, ada yang menyatakan buah rukam dan buah kerekup adalah buah sama. Daripada rujukan saya pun, memang buah rukam dan kerekup adalah spesis yang berbeza. Buah Kerekup nama saintifiknya Flacourtia jangomas manakala buah Rukam adalah Flacourtia rukam. Walau bagaimanapun, sekali pandang kedua-dua buah ini memang mengelirukan.

Daripada rujukan dipercayai air rebusan buah boleh diminum bagi merawat masalah hempedu atau hati, sakit kepala, mual dan makanan tidak hadam. Walau bagaimanapun, wanita yang mengandung tidak sesuai mengambil ubat herba buah kerekup atau terlalu banyak makan buah ini.

Walau apapun saya ucapkan terima kasih kepada pengirim gambar ini. Jika anda gambar yang bagus untuk dikongsi bersama. Bolehlah kirimkan kepada saya. Terutama tumbuhan yang jarang dijumpai atau dilihat. Tidak kiralah buah-buah nadir ataupun sayur-sayuran tradisional.

Related Posts with ThumbnailsNumber of View :22307

49 Responses to "Buah Kerekup"

1 | Nasri

February 20th, 2010 at 12:31 pm

Avatar

Buah kerekup adalah buah nadir yg jarang dijumpai oleh kita masakini. Pokoknya berduri yg amat tajam seolah-olah jarang yg berlonggok setompok demi setompok. Masa kecil sy biasa memanjat pokok jiran. Ada di kalangan rakan yg cedera dek durinya yg tajam itu. Gambar di atas bukanlah buah kerekup, barangkali itulah rokam. Sy tak pernah lihat pokok ini.

Buahnya masak kemerah.merahan & biasanya kecil sedikit dari guli@ sekitar 3/4 saiz guli biasa. Rasanya sedap & manis…sukar digambarkan. Lazat juga rasanya. Biasanya kita kunyah begitu sahaja dgn bijinya yang kecil & banyak.

2 | bina badan

February 20th, 2010 at 2:04 pm

Avatar

betul2….gambar kat atas tu..buah kerekup….kat umah saya ada pokok kerekup….biasanya buah kerekup…kalau nak makan..kena gentel bg lembik isi dalamnya…kalau tak..rasanya agak kelat…..buahnya takkan gugur….kalau tak diambil..ia akan kering atas pokok mcm tu je…

3 | imzam damha

February 20th, 2010 at 2:06 pm

Avatar

Untuk pengetahuan en fazlisyam saya adalah pegawai di spk hulu paka. kalau ada apa2 kemuskilan saya sedia bantu. Memang buah kerkup dan rukam nampak sama tapi koleksi di hulu paka adalah berlainan. Rukam berduri tetapi masalah nya pokok kat spk hp hanya kerkup yang berbuah. kalau ada apa2 perkembangan, saya akan email en fazlisyam.

4 | azie

February 20th, 2010 at 2:20 pm

Avatar

eh,yg dlm gamba tu pokok buah rokam la,kerukup berduri. buahnya bila masak wane merah hati dan rasanya masam2 kelat,buat jeruk sedap.kitorang dulu masa kecik2 suka makan bauh ni cicah ngan garam kasar,tapi jgn terlebih makan….sakit perut….

5 | mahadi

February 20th, 2010 at 3:09 pm

Avatar

kali akhir saya tenguk pokok kerekup (oghe kelate panggil kekup) semasa saya kechik(masa tu masih ejaan lama), ketika main lastik burung bersama kawan. Dalam ingatan saya pokok kerekup ni semacam suku-sakat cherry yang batangnya berduri. saya tak mau komen banyak kerana memori yang ada sudah terlalu lama. Namun ingin saya intoduce satu lagi pokok buah yang jarang kita temui iaitu Sisik Puyu. last saya tenguk pokok ni ialah di kawasan Gual Ipoh, Tanah Merah, Kelantan…….

6 | Harun Bin Daud

February 20th, 2010 at 4:19 pm

Avatar

saya pernah lihat pokok buah ini. tapi tak tahu namanya. terima kasihlah kerana memberitahu saya nama pokok ini. saya akan cuba mencari benihya untuk ditanam di kebun saya.

7 | admin

February 21st, 2010 at 12:39 am

Avatar

Ada gambar ke buah Sisik puyu tu.. menarik juga.. mcm mana rupanya..

8 | zaliha

February 21st, 2010 at 3:54 am

Avatar

Rumah saya ada pokok ni, tapi tak berbuah lagi, saya semai dengan benihnya, dah kerap kali berbunga, tapi gugur.
Buah kekup memang sedap, tapi kena gentel dulu sampai lembik, baru rasa manis, kalau makan tak digentel memang kelat, nak telan pun tak boleh, tidak tau pulak boleh dijadikan ubat, terima kasih atas info semua bagi pokok ini. Kalau boleh saya pun nak kenal juga pokok sisik puyu, ada saya dengar pucuk sisik puyu boleh dibuat ulam dan daunnya diberi makan kambing.

9 | chah

February 21st, 2010 at 7:05 am

Avatar

betul la tu buah kerekup….masa muda buah tu warna hijau & rasanya kelat.kemudian bertukar hijau kemerahan & menjadi merah hati (maroon) bila dah ranum..Rasa buahnya yang masak manis2 kelat.. Pokok ni memang berduri…Durinya banyak terdapat pada batang pokok terutama pokok yang masih muda..Durinya semakin kurang pada dahan & hanya jarang2 pada rantingnya

10 | lek ceria

February 21st, 2010 at 7:17 am

Avatar

memang buah kerekup la ……tapi buah ini ada 2 jenis….satu buahnya besar sikit…..yang lg satu buahnya kecil sedikit…..tapi rasanya sama saja kelat manis2 gitu…..dulu memang banyak kat kg …..

11 | syifa

February 21st, 2010 at 11:13 am

Avatar

kat kg saya masih ramai tanam pokok ni…kalau sekilo dia org jual dalam 5.00 je….
kalau nak tunggu musim buahnya nanti ye…
boleh saya poskan kat korang

12 | saiful akmar

February 21st, 2010 at 11:46 am

Avatar

seumur hidup saya langsung tak pernah tengok buah ni.Boleh masak apa ha?

13 | sabrina

February 21st, 2010 at 12:44 pm

Avatar

Nama yang pelik tapi agak menarik.

14 | wahob

February 21st, 2010 at 1:31 pm

Avatar

teman baru pertama dgr & lihat, tq.

15 | yati

February 21st, 2010 at 11:52 pm

Avatar

tq first time tgok buah ni. tapi dengar namanya biasa la…

16 | yusof

February 22nd, 2010 at 12:22 am

Avatar

Salam ,
Saya setuju dengan dengan lek ceria, Bezanya saiz ada jenis besar dan kecil. mungkin juga nama panggilan daerah masing-masing.

17 | Suria

February 22nd, 2010 at 1:43 am

Avatar

Masa saya kecil dulu saya pernah makan buah ini, rasanya sedap,masam-masam manis.Dulu pokok ini ada dirumah saya,tapi sekarang dah tiada.

18 | Mansor Zaki

February 22nd, 2010 at 4:17 am

Avatar

Buah kerekup (orang kelantan panggil buah kekup) rasanya kelat tapi sedap juga. Agak anih kerana bila nak makan kena gentel sehingga ia lembik.

19 | adi

February 22nd, 2010 at 7:08 am

Avatar

memang jarang ada pokok kerkup sekarang ni. kat umah aku ada satu pohon. cuma kerkup jenis lain sikit. yang buah dia berjuntai macam buah rambai. tapi warna dia merah hijau masa muda, merah bila dipertengahannya dan merum (merah gelap) bila dah masak. nama dia kerkup terengganu kot. sorylah kalu silap. sebab aku ambik baka dr thailand.

20 | pakdaud

February 22nd, 2010 at 7:16 pm

Avatar

Salam fadly Disebelah rumah kawan saya ada sepohon pokok kerekut daun,buah, memang sama didalam gambar yang tersiar itu saya sendiri pernah memakan nya sesekali namun pada pendapat saya dengan rasa isi buah nya yang kelat itu memang sesuai untok ubati sakit perut yang kerap membuang air besar,kalau nak guna nya,betul kata suadara yang tadi tu jangan di gentel berarti makan terus mudahan ia nya dapat lah menggurankan pesakit kerap mebuang air besar sekian .terima kasih.

21 | nani

February 23rd, 2010 at 2:56 am

Avatar

saye tak paham dan tak pernah tenggok buah kerukup tu, tapi kalau sihat, selain beramal sholeh dan berzakat kite juga harus jaga makan dengan mengatur antara makanan yang menggandung asam seperti daging, nasi dll dangan yang mengandung basa seperti buah-buahan. makan buah harus 1/2 jam sebelum makan nasi. trim’s

22 | Jack_bb3

February 23rd, 2010 at 4:28 am

Avatar

Salam..Buah kerekup ni sy tau. tp klu kt kg pagil buah gentel sbb sblm makan kner gentel dlu klu x nanti gerenti rasenyer kelat…

23 | azmi

February 24th, 2010 at 5:38 am

Avatar

Dikampung saya buah nih dipanggil buah kerekup atau kerekut.Biasanya masa zaman budak2 dulu pada musim buah, kami bawa garam terus atas pokok(spesis poko berkayu keras dan banyak cabang /dahan)pas tu pilih yang merah2 ja sebab x kelat sangat.

24 | sexy

February 25th, 2010 at 9:27 am

Avatar

perbezaan nama bergantung kepada tempat. sy kenal pokok n pernah mkn buah ni kat rumah sedara kwn sy (dulula). ada 1 pkk sy panggil ‘ceri’, warna merah hati, biji dlm halus2 n dmkn bg2 shj n byk tumbuh di tepi2 jln dll. pun bila sy prg 1, 1 tpt, pkk ceri tsbt digelar buah kerkup. sy tetap mnyatakn bhw yg dlm gmbr 2 adlh buah kerkup (& sedara kwn sy 2 adlh org kelate.. macaaaam (sapa ntah! he2!). Salam.

25 | sexy

February 25th, 2010 at 9:45 am

Avatar

kan sy dh ckp. sy br je tnjuk gmr kat atas 2 pd kwn sy (& kwan sy adlh org trg. macaaaaaang (saper dok a’u! he2!)) dia kata 2 buah ceri. Bye.

26 | HADI

February 26th, 2010 at 3:18 pm

Avatar

buah ni kena gentel dulu. baru mkn. sedapppp

27 | mimie

March 5th, 2010 at 7:58 am

Avatar

apa pun nama pokok tu, nilah pertama kali saya dengar dan tgk pokok tu,terima kasih atas info..

28 | Y.B

March 17th, 2010 at 7:05 am

Avatar

Memang betul yg tu buah kerekup. Saya rasa dah 40tahun tak jumpa dan makan buah nya. Buah Rukam lak sangat masam & kelat, tak mcm kerekup kena gentel baru sedap. Pokok kerekup memang dah kurang/nak pupus. Kalau sape2 yg ada pokok tu jgn lah ditebang sebab budak2 sekarang ni mana tahu buah yang jarang dijumpai.

29 | zaida

March 21st, 2010 at 3:11 pm

Avatar

stau sy buah rokam yg masam tue…buahnye cam de bntuk bkt…

30 | zaida

March 21st, 2010 at 3:16 pm

Avatar

sori…mksd sy mcm ade bentuk ckit…ala2 cermaila bntuk rokam…gamba nie btlla sy rasa kerukup…rsnya ble digentel sbelum mkn akn manis…klu mkn trus agak kelat2 ckt…

31 | mymoon zailan

March 25th, 2010 at 6:02 am

Avatar

emmmmm……betul la…buah tu kalau nak makan kena gentel2 tu…biar agak lembik…baru ada rasa manis…kalau tak sangat kelat…sesuailah kalau ada yg kena cirit birit yg tak serius sangat bolehlah makan buah kerekup ni….insyaAllah…akan berkuranglah kekerapan ketandas hehe…..

32 | na hashim

April 1st, 2010 at 2:25 pm

Avatar

aku masa kecik2lu, suka makan buah ni,tapi kami orang kelantan panggil buah ni “woh kekuk”.balik dr mengaji kami gi kutip buah ni kat tepi pagar rumah tok guru,nak makan kena gentel2 dulu(gote) bila dah lembik buah tu baru ada rasa manisnya.

33 | na hashim

April 2nd, 2010 at 1:13 am

Avatar

Kalau buah kerekup nak makan kena gentel2 .Ada sejenis buahan lagi kalau nak makan, kena ketuk2 kat tempat keras dulu untuk melembutkan isinya.baru boleh makan.Kami kat kelantan panggil buah tu “BUAH PIOHH”.Buahnya bentuk bulat sebesar buah tomato.warna nya perang.Ada sape2nak kongsikan info tentang buah ni…adakah buah “PURBA” ni, masih ada kat zaman siber ni..

34 | elastigirl

April 4th, 2010 at 3:22 pm

Avatar

eu!!!! huduh!!! macam lah sedap sangat!buah epal lagi sedap!!menyampah I!jangan tunjuk lah!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

35 | na hashim

April 7th, 2010 at 5:53 am

Avatar

omputih mana lak yang sesat kat sini ni….

36 | RAZ STUDIO EXPRESS

April 12th, 2010 at 7:36 am

Avatar

WUUH MACAM BUAH EPAL JE CFM KAT JOHOR TAK ADA BUAH NI …SAPA ADA BOLIH TOLONG COURIERKAN PADA SAYA ???

37 | sexy

April 19th, 2010 at 5:39 am

Avatar

slm. dh dkt 2 bln sexy x jgk colum ni. sexy ni omputih gakla kulitny tp sexy kenal n mcm sexy ckp sexy penah mkn buah nik. sexy suker gak epal tp x slalu sbb yg jual kt maket 2 biasany ada lilin nk suruh nmpk bkilat. sexy mkn yg fresh jer. 2pun bila sexy balik new zealand. wakaka! nsb baik gak sexy kenal pkk ni, manala tau, bila duit sexy yg bjuta 2 tinggal 20c, nk blk new zealand pn tmbg taxi x lepas. smntara nk p maket bli epal, blhla sexy mkn buah ni dulu. he2!

38 | duer

April 22nd, 2010 at 12:54 am

Avatar

kat kampung saya orang panggil buah kekut, tapi sekarang ni dah x ada lagi, so anak2 zaman sekarang dah x dapat le merasa kalau balik ke kampung. kalau sapa2 yang ade jumpa kat nursery2 boleh la war2 kan.

39 | mira

April 29th, 2010 at 5:10 am

Avatar

salam…ada x sesapa yg bleh dapatkan buah kerekup utk saya?

40 | real artisan

May 4th, 2010 at 4:09 am

Avatar

buah rokam ni klu kt kg sayer pggil buah lekuk…ha3..xtaw la naper. tp wktu nak mkan buahnyer kene digentel2 dulu sampai lembut.baru dmakan.

41 | zkuanli

October 18th, 2010 at 2:35 pm

Avatar

kt umah tok ana da sebatang…mak kata sedp..x taula tp..ana pernah cuba nk ambik..x dapat…

42 | rahimah

November 2nd, 2010 at 4:04 am

Avatar

buah rokam masam sgt!! buat jeruk boleh la.. tp buah rekup betul2 sedap. dulu kat rumah ada dua2 jenis pokok tu. bila pindah kami cuba semai tak hidup pun.

43 | hazah

December 10th, 2010 at 7:08 am

Avatar

elastigirl tu apesal leh sesat kat cni,cam blagak jer nk kutuk2 buah kerekup ni.klu nyampah skalipun,agak2 la.

44 | romieosman

March 16th, 2011 at 2:24 am

Avatar

@mahadi – Memang ni pokok /buah kerekup. Buah rokam bertangkai lebih panjang. Rasanya tak jauh berbeza antara keduanya dan rupanya pun sama. Buah rukam lebih lebat dan pokoknya tak berduri. Di Taman Tasik Jaya Petaling Jaya (depan Muzium Petaling Jaya) ada sepokok sedang berbuah lebat.
Dulu saya ingatkan buah kerekup & buah rukam adalah sama.
Pokok kerekup di kampung saya dua-dua dah ditebang…
Tentang pokok sisik puyu, tak banyak info yang boleh dikongsi tetapi daunnya memang makanan kegemaran kambing. Pokoknya tak pernah berbuah (di kampung saya).

45 | aida

April 11th, 2011 at 4:31 am

Avatar

lama dah tak tengok pokok dan buah kerekup ni, dulu aje masa kecik2 selalu juga panjat pokok kerekup, tapi kena hati2 kerana pokok berduri…teringin juga nak makan dan nak pekenalkan pada anak2 tapi dah lama tak jumpa..

46 | Baderul Hisham

May 10th, 2011 at 2:58 am

Avatar

Salam Imzam,

Boleh hubungi saya 019-2252175. Sangat berminat utk kajian lanjutan.

47 | king

December 4th, 2011 at 5:17 am

Avatar

aku waktu skolah rendah dulu slalu la cari buah kerekup ni… dulu kat area umah aku byk pokok kerekup… aku slalu cari byk2 pastu aku cucuk kat batang rumput yg jenis panjang(aku x tau rumput nama apa).. aku wat lbh kurang cam rantai… aku bawak jual kat skolah aku… time aku bru darjah 1&2… pokok kerekup ni ada dua jenis…. satu ada duri dan satu lg takda duri… yg ada duri ni jenis tumbuh sendiri… klu yg xde duri tu slalu nya pokok org tanam dan dah alami evolusi,kat kpg aku d perlis org panggil kerekup gajah sebab buah dia besar skit dari buah kerekup yg tumbuh sendiri tu….. insyaallah aku blik kpg nnt aku try survey tgk kot ada lg pokok yg ada duri tu kat kg aku…

48 | damha

March 10th, 2012 at 4:28 am

Avatar

saya biasa mkn buah rekup ni…rasanya kelat2 manis…batang pokoknya berduri….tapi sayang pokoknya dah tiada….

49 | Nuur

November 18th, 2014 at 3:29 am

Avatar

orang kampung saya panggil buah kekut…hehehe..sekarang ni pokok dah dah tak ader..

Comment Form

Categories

Share on Facebook

1640
Share

BlogMalaysia.com

website statistics

About

Blog ini hanyalah artikel semata-mata. Ianya di ambil dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan hati mengenai artikel ini haraplah diberi komen dan cadangan. Di harap sedikit-sebanyak blog ini dapat memberi pengetahuan kepada anda yang berminat dalam bidang tumbuh-tumbuhan, landskap, herba dan bidang pertanian.

Klik Like!! Sertai Saya di FaceBook!!

Artikel Popular Hari ini

Artikel Popular Minggu Lepas

Artikel Paling Popular Tahun 2011-2014