26 Feb, 2010

Pisang Raja Udang

Posted by: admin In: @Buah Nadir

pisang-udang-merah

Maaflah sebab dah beberapa hari tak menghantar artikel baru di Blog ini. Semalam saya baru sahaja pulang dari luar negeri. Tidaklah jauh. Negeri Perak Darul Ridzuan je.. Kali ini saya telah dapat mengenali lagi beberapa lagi jenis / spesis pisang yang jarang-jarang sekali dapat dilihat apatah lagi kalau nak beli di kedai. Antara yang menarik untuk saya paparkan di sini ialah Pisang Raja Udang.

pisang-udang-merah2

Pisang ini pada kebiasaanya akan berwarna merah hati apabila sudah hampir masak. Sempat juga saya ambil gambar pokok pisang ini sekali bersama buahnya.  Kalau anda rujuk/ buat carian di google tentang pisang ini ada yang menyatakan Pisang ni mempunyai mitosnya yang tersendiri. Pisang ni dikatakan tidak boleh dimakan oleh orang keturunan Rawa kerana  Putera Raja tersebut telah bersumpah bahawa seluruh keturunannya tidak boleh memakan buah atau menebang pokok pisang raja udang ini. Nak cerita memang panjang.. Anda boleh baca sendiri…

pisang-udang-merah3

Isi dalamnya berwarna putih apabila masak dan rasanya sedap seakan-akan pisang berangan. Saya sendiri pun belum sempat rasa lagi pisang ini kerana masih lagi menunggu buah ini masak. Mungkin anda di sana pernah merasai pisang jenis ini, bolehlah cerita pengalaman anda..

Sebenarnya di Malaysia ini masih lagi banyak jenis pisang yang tidak diketahui dan kurang dipromosikan. Kebanyakkan antara kita terutama generasi baru hanya mengenali pisang berangan, pisang abu, pisang awak, pisang tanduk, pisang emas dan pisang goreng sahaja. Mungkin di kampung anda, ada pelbagai lagi jenis pisang yang jarang orang lain tahu. Harap dapat dikongsikan di sini…

Related Posts with ThumbnailsNumber of View :7496

97 Responses to "Pisang Raja Udang"

1 | sabri b hamzah

February 26th, 2010 at 12:42 pm

Avatar

Suatu paparan menarik tentang pisang udang.Sy pernah lihat pisang ni , tapi tak pernah pula makan.Ada banyak jenis pisang lg yang kurang dikenali terdapat di kampung2.
Pisang kapal- pokoknya rendah dan berdaun lebar pendek.Tandan buahnya hingga mencecah tanah.Buahnya tawar.Biasanya buah yang tua direbus dan dimakan bersama kelapa parut.
Pisang ulam- pisang ni cuma sesuai dibuat ulam kerana bentuknya yang kecil dan rasanya yang tawar walau pun dah masak.
Pisang bunga/embun,pisang abu,pisang restali dan pisang emas bentan masih kedapatan di kampung2.
Disebelah utara, popular dengan gulai(kari) kawah batang pisang.Batang pisang disini adalah umbut dari batang pisang direncah bersama daging. Umbut biasanya diambil dari jenis pisang hutan atau pisang awak.

2 | mahirEnglish

February 26th, 2010 at 5:13 pm

Avatar

wow!! sebenarnye saya tidak pernah lihat pisang sebegini rupa..masyaallah!! terima kasih kerna bagi saya peluang berkongsi pengalaman yang tak akan saya lupa…Selamat Maju Jaya!..

3 | cik mon yang montel

February 26th, 2010 at 5:35 pm

Avatar

Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi – sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.that y, sya amalkan mkn pisg bila asa dqi nie dah terlampau montel..heheheh…

Satu lagi; ingin kilatkan kasut?? Ambil bahagian dalam kulit pisang, sapukan secara terus kepada kasut anda, kemudian kilatkan dengan kain kering. Menakjubkan!

semua tue sya dapt info kat soleh.net..btul…best gler dpt informasi…membaca menerangi idup sya…

4 | daudjaafar

February 26th, 2010 at 5:38 pm

Avatar

salam fadly ;Pisang raja udang biasa nya di gunakan untok membuat kari sahaja tapi ia nya di guna kan sewaktu buah nya tua ia itu belum masak. kulit nya di sebelah luar di kupas sedikit serta dibiar kan kulit di sebelah dalam kemudian di potong kerat kerat.sesekali memakan enak juga rasa nya.terima kasih.

5 | Zul Azmi

February 26th, 2010 at 5:40 pm

Avatar

rumah jiran saya ada pokok pisang ni. ada la sekali bila dah masak dia hantar sesikat kat rumah. tapi terlupa pula pasal pisang tu. then bila teringat orang rumah cakap dah buang dah sebab tak ada siapa sentuh. so terlepas peluang nak rasa kali pertama.

saya nak tanya n kalau boleh saudara tolong…
tau tak kat mana saya boleh dapat beli baja berjenama ‘FLORAGRO’?
dengar kata baja ni bagus but susah nak cari n till now masih belum jumpa. thnx

6 | wmr

February 26th, 2010 at 6:25 pm

Avatar

PISANG….. Dh lama sy pndamkn hasrat ni… iaitu untuk JD JUTAWAN PISANG. TP cmner cranya? Sudah smestinya modal yg agak tnggi.. Tp yakinlah.. Bla kita sudah mula mmbuat projek pnanaman n mengeksport pisang, sudah tntu kita x menang tgn nk trima order.. Duit BEB!
Sbb psaran luar, prmintaan pd pisang sgtlah tnggi.. dan harganya pun lumayan.
So, skrg sy sudah punyai biz smbilan yg mudah tp pndapatan lumayan.. Jd xlma lg insyallah leh digunakan utk jlnkn hasrat sy yg trtangguh dlu ni…

7 | wmr

February 26th, 2010 at 6:32 pm

Avatar

X percaya? Pernah tgk kt MAJALAH 3 aritu psl kisah jutawan pisang? Hasrat sy berkobar2 lpas tgk aritu.. Insyaalah dgn projek yg lumayan yg sy jlnkn skrg, xlma lg ckup la modal utk mulakn projek pisang ni..hehe…

p/s: “Berbudi kpd tanah, kita pasti jua akan dpt hasilnya”

8 | mahadi

February 26th, 2010 at 6:33 pm

Avatar

Berhampiran kebun saya di hulu langat ada peladang india tanam pisang raja udang ini tapi saya tenguk pun kurang selera. Saya lebih cenderung pisang tanduk, isi sedap..buat kerepek pun boleh. Tapi sayang pokok pisang tanduk juga kegemaran babi hutan. ..Disini Saya nak introduce pisang yg jarang terdapat dipantai barat iaitu pisang oghe kelate panggil pisang ‘ggala..(munkin teggala, begala?). Pisang ni sangat sedap rasanya bila masak. Tapi sayangnya ia penuh dgn biji. Kalau telan bijinya sangatlah susah buang air besar. Jadi oghe kelate guna pisang ‘ggala muda untuk buat acar masak…mm sedap.

9 | Abdul Rahman Ibrahim

February 26th, 2010 at 6:46 pm

Avatar

Pisang awak, kapas, abu atau nipah, mengikut petua org yg mmg menanam pisang masa menanam, hendak lah di buang segala akar2 yg ada di sulur/benih pisang tu…kalau tak buahnya akan berbiji2. kalau ada berbiji buahnya…..kira hasil pisang dari rumpun tu turut berbiji2 buahnya.

saya baru saja cuba nak buat experiment tersebut…nak confirm betul ker tidak.

ttg pisang raja udang ni selalu lah jumpa gak kat pasar. ingin gak mencuba. tapi sbb emak saya xpernah ajar makan dan bagitau yg pisang tu org melayu xboleh makan….terbantut lah selera nak cuba. tapi saya bukan org Rawa

10 | shawari@zamrudhati

February 26th, 2010 at 9:19 pm

Avatar

Pisang udang tu berasal dari mana,orang keturunan Rawa tu pula dari mana.Nampaknya orang Kg Paloh Rawa (kampung saya) tak boleh makan pisang ni la huhu.
Tempat saya Pisang Tanduk jadi pilihan untuk buat pengat,sira atau goreng

11 | muhaini

February 26th, 2010 at 10:18 pm

Avatar

MAHADI:btul pisang tenggala sdap wat acar masak.Isinya terdiri dari biji2 sahaja.Tapi yang muda sahaja boleh wat acar.Yang masak boleh jge mkn,tp kesian bila nak..uk.uk.. SAtu lagi pisang yg agak susah d temui d pasaran:PISANG LEMAK MANIS.Buahnya kecil.lbih kecil dr pisang emas tp rasanya sedap lemak manis.

12 | Alfirus

February 27th, 2010 at 1:21 am

Avatar

Aku berbangsa Rawa…. wawawawawa… memang tak leh makan pun pisang nie. Ia adalah sumpahan / janji keturunan, sama jugak lah kes pantang tanah dan lelain.

13 | Pak_Tam

February 27th, 2010 at 1:52 am

Avatar

Salam,

Apa yg hamba tahu, mengikut lagenda asal permulaan pisang udang ini adalah di masa pemerintahan Sultan Mahmud di Kota Tinggi, Johor Lama.
Asalnya pisang udang ini adalah sama seperti pisang-2 lainya…….tapi disebabkan satu peristiwa maka buah yg terhasil telah bertukar sedemikian rupa.
Kisahnya bermula apabila berlakunya pembunuhan Sultan Mahmud dijulang oleh jejuaknya ke masjid untuk sembahyang Jumaat, Megat Seri Rama ( Laksamana Bentan ) telah membunuh Sultan yg dianggapnya gila kerana telah membunuh isterinya yg sarat mengandung kerana memakan seulas nangka dan tragedi itu dikenali sebagai ‘Sultan Mahmud Mangkat Dijulang’. Kononnya sebelum mati, baginda telah mengambil daun pisang untuk dijadikan sebagai penutup luka akibat dari tikaman laksamana bentan dan baginda sempat menyumpah pembunuhnya dan mengharamkan 7 keturunan Megat Seri Rama ( Laksaman Bentan ) dari menjejaki Johor lama itu.
Pohon pisang yg telah diambil daun oleh Sultan Mahmud sebagai penutup luka itu, setelah mengeluarkan buah maka buahnya telah menjadi kemerah merahan, seperti warna darah sultan ( Dikatakan sebagai daulat dan darah sultan yg menyebabkan buahnya menjadi sedemikian )

14 | Juliah

February 27th, 2010 at 1:59 am

Avatar

sekali tengok pisang ni mcm pisang tembaga di sabah….rasanya memang sedap mcm pisang berangan ….sebiji pisang tu pun dah besar sangat ….makan sekali pun dah kenyang…kadang-kadang makan sebiji tu pun tak habis…..saya ada pengalaman terjumpa pisang di bawah penyelidikan jabatan pertanian sabah…tak tau mcm mana nak cerita pisang tu dalam bentuk mcm mana….tapi yang menarik tu susunan pisang tu mcm kerang…nantilah kalau sempat saya masukkan gambar pisang tu …

15 | nenek kebayan

February 27th, 2010 at 2:38 am

Avatar

setahu sy la kan..pisang nih org melayu tak leh makan..sy penah tgk pisang raja udang yang berwarna ungu yang dijual oleh orang cina..

menurut cerita dari orang tua-tua pisang ini tidak boleh dimakan kerana akan menyebabkan penyakit sopak (penyakit yang membuatkan kulit jadi putih2 macam terkena kapur, bertompok2)….jadi sy rase sebelum anda makan, kaji dahulu pisang ini sebaik-baiknya..bertanya pada yang pakar pisang..

16 | hairi

February 27th, 2010 at 2:52 am

Avatar

allhamdullilah dapat lah saya menambah ilmu pengetahuan saya ini..terima kaseh ..ilmu hijau untuk ketenangan

17 | miera

February 27th, 2010 at 3:18 am

Avatar

sy baru tanam pokok pisang ni.belum berbuah lg…sy juga dah pernah rase…pisang ni ade 3 warna..bile muda hijau kemudian merah dah masak warna oren…mase warne merah tu klu buat kerepek lagi sedap..bile dah masak mkn camtu ajer…kata makcik yg bg sy pokok pisang ni nak goreng tak sesuai.sy pun belum lg cuba m’goreng’y.makcik tu cakap…org dulu2…jarang tanam pokok pisang ni,konon’y hantu suka duk kat pokok pisang ni.pokok pisang ni lebih tggi drpd pokok2 pisang yg lain.

18 | wahob

February 27th, 2010 at 3:57 am

Avatar

terima kasih kerana memberi informasi,
Saya ada tanam benih pisang tanduk, kalau sesiapa berminat blh hubungi saya. 012-9780157 @ Email.

19 | jot

February 27th, 2010 at 4:08 am

Avatar

maaf! sya tk berapa suka pisang ni krana banyak… biji di dalamnye, makan pun tk selesa.. dri segi rasa pula, sya lebih suka pisang emas, lemak manis, berangan….

20 | mohamad idris

February 27th, 2010 at 4:37 am

Avatar

ada sejarah tentang pisang ini tapi dah lupa ianya berkenaan dengan raja juga. takut nak kongsi nanti salah, nanti saya buat kajian dulu

21 | Muhd Suhaily

February 27th, 2010 at 5:05 am

Avatar

Pisang ini paling banyak ditanam di sabah tapi kawasan tertentu sahaja….selalu makan 20 tahun lepas…

22 | Engku

February 27th, 2010 at 5:41 am

Avatar

Saya pernah makan pisang ni.. sedap… saya suka..

23 | wani

February 27th, 2010 at 5:43 am

Avatar

Pisang gala dan pisang raja udang adalah 2 spesis pisang yang berbeza. Saya ada tanam pisang ni. Pokoknya agak besar, pelepah daunnya seakan sama warna dengan buahnya. Rasanya seakan pisang susu dan tak begitu sesuai untuk digoreng. Jika pokok ni kurang subur, buahnya juga akan turun kualitinya. Saya suka tanam pisang lemak manis kerana walaupun pokoknya tidak subur, tapi tetap berbuah.

24 | aishah

February 27th, 2010 at 9:40 am

Avatar

pisang ini banyak di kampung kami di Lahad Datu. buahnya sangat manis jika ranum. untuk mengelakkan budak-budak mengacau buahnya org tua2 selalu bercerita yang pisang ini tempat hantu bersembunyi itulah sebabnya warna kulit pisang itu merah

25 | ron27kr

February 27th, 2010 at 10:24 am

Avatar

pisang raja udang ni kami panggil pisang jernang(s’wak)yg bermaksud pisang yg bewarna kemerahan. seperti juga jagung yg bewarna kemerahan- jagung jernang.
saya pernah tanam pisang ini dan makan. buahnya tidak banyak sikat tetapi bijinya besar2. apabila masak, warna kulit hanya sedikit betukar warna. untuk mengetahui buah yg sudah masak, cuba picit2 dan lembut. bebanding pisang emas, rasanya kurang manis. sedikit masam dan isi nya liat dan sedikit warna kuning.

26 | napiah seman

February 27th, 2010 at 10:54 am

Avatar

asalammualaikum
saya pernah menikmati keenakan pisang raja udang ini kebetulan pula di perak mungkin kerana perak banyak pengusaha ladang pisang jadi agak mudah juga untuk bertemu pisang ini.
Saya agak terkejut juga bila membaca komen dari sahabat2 yang lain kerana berbagai rasa yang ada pada pisang ini.
Tetapi bagi saya yang rasa nya masih baru lagi menikmati keenakan rasa pisang ini yaitu sebulan yang lepas saya akui rasa pisang ini amat enak bila di makan masak. rasa nya lemak manis bau nya wangi dua biji saja dah cukup mengenyang kan.
lebih enak bila di makan di dalam kebun pisang sungguh puas hati.
Oleh kerana saudara kini ada pisang itu bersabar lah menanti ia masak kerana berkat kesabaran saudara itu nanti amat berbaloi bila dapat menikmati rasa pisang itu.
setakat ini itu lah pisang yang paling enak yang pernah saya rasai.
jadi kepada sesiapa yang punyai anak benih pisang ini dalam kuantiti yang banyak sila e mail saya ye

27 | ab

February 27th, 2010 at 10:55 am

Avatar

cantik pisang tu, apa cerita sebaliknya? blh kasih tahu.

28 | syifa

February 27th, 2010 at 11:02 am

Avatar

besar macam pisang nangka ye, cuma kulit dia ja yg nampak merah kan…. saya pun tak pernah makan pisang ni… mungkin sedap.. kalau pisang nangka isi nya masam skit..

29 | Nor Azian bin Md.Nawi

February 27th, 2010 at 11:05 am

Avatar

PISANG!! Satu perkataan yang biasa di sebut-sebut oleh kebanyakkan rakyat malaysia.. Sape2 yang nk buat projek penanaman pisang, saya sarankan tanam pisang Jelai Berangan, memang mahal kat pasaran. Kalau kat kampung saya ( Besut ) harga sebiji boleh mencecah rm 0.50.. Yang ada kebun pisang ni,boleh buat duit..

30 | rosdi

February 27th, 2010 at 11:32 am

Avatar

mmmm..pernah makan sekali pisang ni..sedap juga.

31 | Finds latest Episode for Free

February 27th, 2010 at 12:15 pm

Avatar

salam..1st time saya jumpa pisang berwarna merah…pisang ni boleh buat masak lemak ke?nampak mcm sedap je…

32 | zakaria

February 27th, 2010 at 12:57 pm

Avatar

Makan aje lah kalau rasa teringin dan jangan percaya yg
karut marut tu …mati kita bukan kerana sumpahan tapi
kehendak yg Esa …Penyakit jugak dtg dariNya .
Kalau dah jadi rezeki kita makan aje lah …jangan curi dari kebun org dah le…

33 | zakaria

February 27th, 2010 at 1:00 pm

Avatar

Utk makluman , pisang begala ni org tanam bukan kerana buahnya tapi daunnya sahaja .. .Daun utk bungkus nasi dagang kerana daunnya tak mudah koyak macam daun pisang lain …

34 | azie

February 27th, 2010 at 1:00 pm

Avatar

biasa tengok,tp x penah makan sbb arwah mak kata takle mkn,alasan xtau plk.pisang kelat,boleh makan tapi biasa wat sayur lemak or masak kari je.pisang helang byk org tanam sekarang,mcm pisang tanduk tapi terdapat lebih dari 2 biji,kecik ckit dari pisang tanduk.pisang nangka buat pengat sedap.

35 | nani

February 27th, 2010 at 1:33 pm

Avatar

oh begitu rupanya pisang raja udang. saya tak pernah makan atau tgk ….apa pn harap-harap dapat dibongkar lagi pasal pisang pisang yang jarang2 di temui akhir2 ini. misalnya kalau disblah pantai timur ada pisang yang di kenali dengan nama pisang bunga..mgkin kerana baunya sedikit wangi dan manis, pisang lemak manis yang buahnya lebih kecil dari pisang emas..dan satu lagi pisang kelak kelingl

36 | nani

February 27th, 2010 at 1:36 pm

Avatar

pisang putar atau pisang kapas yang mana buahnya dibuat jemput2. kalau yang muda sedap dibuat sayur lemak kuning…sedapnya … dah lama tak rasa resepi ni

37 | Sln

February 27th, 2010 at 2:09 pm

Avatar

Pisang ni ada terdapat dalam 2 jenis, yang satu lagi berwarna hijau dan apabila masak kulitnya berwarna kuning saperti pisang emas. Saya suka memakan pisang ini jika d bbq. baunya amat wangi dan rasanya pun cukup manis.

38 | nadia

February 27th, 2010 at 2:23 pm

Avatar

pisang tu cantik..mcm sayang lak nk mkn…=)

39 | eliza

February 28th, 2010 at 2:30 am

Avatar

wOw.. berduyun2 respon yer?

penah gak mkn pisang ni… pas mkn ader plak yg tanya bleh dimakan ker pisang tu? katanya byk pantang. kalo pantang bengong2 tu i mmg bOlayan jer keh3x…

40 | ibrahim mustapa

February 28th, 2010 at 3:07 am

Avatar

Pisang raja undang ni pada masa ini ditanaman dibelakang rumah saya. Pisang ini banyak ditanam oleh orang jawa. mereka ada metos/kepercayaan tersendiri. pisang ini dari segi pelepahnya juga kemerahan. Kebiasaanya dibuat gulai. makan mentah saya dapati kurang dimakan kemungkinan warnaya membuat kurang diminati.

41 | muaz2

February 28th, 2010 at 5:31 am

Avatar

Arwah nenek sayakan tak bagi kami makan pisang raja udang tu. tak tau pasal apa. tapi saya pernah lihat perempuan dalam pantang makan dan terus pengsan. masa saya tinggal kat sarawak dulu memang banyak, tapi saya masih takut nak makan walaupun saya kaki makan pisang. pisang hutan yang bijinya terlalu banyak tu pun saya pernah makan. wallahua’lam.

42 | mohamed ali

February 28th, 2010 at 7:28 am

Avatar

thanks kerana info ini. abang dan uncle saya ada tanam banyak pokok pisang dan jenis ini tak banyak ditanam mungkin dari segi komersilnya.
Kalau bab makan, saya `tale’ aje asal tak memudaratkan
kesihatan.

43 | anis bussari

February 28th, 2010 at 12:27 pm

Avatar

Pisang ni memang biasa dilihat ditempat saya. semasa kecil saya mengenalinya dengan nama ‘pisang keling’. rasanya sedap, masam dan manis walaupun kulitnya luarnya berwarna keperangan.

44 | misha

February 28th, 2010 at 3:55 pm

Avatar

Cerita pasal pisang raja udang…husband saya memang banyak tanam pisang ni. Rasa pisang ni memang sedap tapi 1 kelemahannya ia x boleh digoreng. Disebabkan kandungan gula yang banyak di dlm pisang ni bila digoreng ia akan lembik dan menyerap minyak…

45 | Zainal

February 28th, 2010 at 5:25 pm

Avatar

Pisang raja udang, ada orang panggil ‘pisang keling’ ni sama macam pisang-pisang lain. Cuma warnanya sahaja berbeza. Tak da pantang larang. Pernah juga dengar cerita-cerita tu dari orang-orang dulu. Tapi, segala cerita tu, hanya sekadar metos. Mungkin sebab warnanya yang unik. Sejak dulu-dulu lagi pisang ni memang sukar diperolehi. Tak banyak orang tanam. Masa kecik-kecik dulu kerap juga makan pisang ni. Makan mentah(dah masak), sebagai sayur, dibakar dan goreng sebagai kerepek. Rasanya masam dan manis.

46 | rosli

March 1st, 2010 at 12:01 am

Avatar

salam fadly..nama tu memang biasa dengar. tapi rupa bentuknya jarang dapat tengok. klu di kg saya dah lama pupus pisang ni. Generasi skrg memang kurang berminat untuk ambil tahu tentang buah-buahan tempatan ni. bagus juga fadly mempromosikan buah-buahan tempatan ni. semoga boleh membantu generasi skrg ni lebih meminati buah-buahan tempatan. Terima kasih

47 | mafabd

March 1st, 2010 at 1:13 am

Avatar

Salam Semua,

Masa kecik2 dulu saya takut bila nampak pisang nie sebab masa tu kat TV ada drama minggu ini lakonan (tak salah saya) Haslina Kamsan yg jadi hantu keluar dari pokok pisang warna merah nie….keh,keh…hero drama nie N.D Lala…

jom lawat blog saya…..

http://www.mawarafgallery.blogspot.com

48 | bie

March 1st, 2010 at 2:09 am

Avatar

Kat sabah pisang nie dpggl pisang tembaga byk djual d pasar mlm dan pasar pagi d sabah. saiz buah pisang nie lebih besar dari jenis pisang2 yg lain.rasa saya sendiri tidak pernah rasa pisang nie.

49 | umminur

March 1st, 2010 at 2:15 am

Avatar

Salam. Terpanggil pulak nak komen fasal pisang udang ni. Nak kata mitos ke, rekaan ke, atau kebetulan ke, tak taulah. Tapi, mmg keturunan saya dilarang utk makan pisang udang ni sampai keturunan ke 7. Arwah nenek pun pesan jgn makan, abah kat kg pun pesan yg sama. Asal ceritanya, keturunan Raja dari Rawa. Tapi, bukan sahaja pisang udang, buah jelai (buah ni pun warna kemerahan), dan kerbau bala jugak dilarang sama sekali utk dimakan. Sebabnya, ketiga-tiga ni, pisang udang, buah jelai dan kerbau bala ada perkaitan dalam kisah asal-usul larangan tu.

50 | Razak

March 1st, 2010 at 2:17 am

Avatar

Pisang ni saya pernah tanam, setelah berbuah dan masak memang sukar nak agihkan kepada jiran-jiran, mungkin kerana metos dan warnanya. jadi karang saya dah tak tanam lagi….

51 | roseni

March 1st, 2010 at 2:40 am

Avatar

Salam buat semua teman.
Pernah tengok dikedai jual buah dan dipasar tapi tak pernah makan.Saya memang suka makan pisang samada digoreng,direbus,dibuat kuih dan sebagainya.Dirumah saya ada pokok pisang serendah dan pisang nipah.Kalau berminat nak menanam,boleh datang kerumah.

52 | dan_kedah

March 1st, 2010 at 3:53 am

Avatar

salam semua…

pisang ni penah tengok orang juai kat pasar malam…

ada la juga dengar cerita org² tua yang pisang ni ada

pantangnye…

53 | wan sharif b. majid

March 1st, 2010 at 4:56 am

Avatar

Salam untuk semua, saya benar ingin dapatkan benih pisang.kalau siapa tahu dimana tolong bagi tahu saya akan cari sampai dapat. Tolong ya jangan tak tolong

54 | siti

March 1st, 2010 at 5:08 am

Avatar

Salam semua. saya biasa tengok pisang ni tapi disebabkan saiznya kurang minat utk makan. besar dan montok gitu. Saya lebih suka pada pisang jari buaya. Mak saya ada tanam pisang tu. Kecil seperti jari dan sedap dimakan. Pisang Tandukpun ada.

55 | le3k ceria

March 1st, 2010 at 6:42 am

Avatar

memang cantik pisang ni..tetapi mengikut kata orang tua2….pisang ini tak boleh ditanam kt dalam kampong ataupun tepi rumah…kerana nabi kita sendiri dah terkena tipu dek kecantikan buah pisang ini…..ingatkan masak rupanya masih putik….cerita ini saya dengar dari pada org lama2….saya pernah makan pisang ini rasanya masam,manis lebih kurang mcm pisang berangan juga…

56 | Punti kepiye

March 1st, 2010 at 7:48 am

Avatar

Pisang ni sya biasa tengok. tapi tak ingat pula pernah makan ka tidak. Betuah la tanah kita kr boli tummbuh mcm2 jenis pisang. Baru2 ni saya ada beli pisang MONTEL yg dibenihkan menggunakan teknolig bio btg muda pisang. Masih kecil dlm bayung n tak tau mcm mna buhanya klu. Kata tnnya 6 bulan boli dpt hasilnya. Mudah2an jadi. Klu ada siapa info ni boli lah dikongsikan.

57 | man

March 1st, 2010 at 8:29 am

Avatar

Pokok pisang ni adik saya tanam tepi rumah. Pokok nya cantik sama warna dengan buahnya tapi tak banyak anak di kelilingnya. Tapi belum pernah rasa, sbb mak kata tak elok tanam atau makan buah pisang ni. Susah nak cari benih pisang ni, sebab jarang orang tanam.

58 | fauzani bin Abd.Rahim

March 1st, 2010 at 12:43 pm

Avatar

pokok pisang ni saya ada tanam depan rumah saya sekarang pernah juga makan buahnya yang masak tapi saya kurang berapa berkenan kerana rasanya lembut sangat

59 | rudolf

March 2nd, 2010 at 3:27 am

Avatar

pisang ni orang sabah panggil pisang tembaga. banyak terdapat di sabah.Sedap ni. saya baru tanam beberapa pokok tahun lepas tapi habis kena serbu sang kerbau termasuk pagar buruk saya

60 | Rosmida Abu Bakar

March 2nd, 2010 at 3:43 am

Avatar

Saya baru tebang pisang ni minggu lepas. Tak pula saya tau namanya. Husband yg tanam kat belakang rumah. Memang rasanya manis, tapi dah masak sy buat goreng pisang sj…. selebihnya beri pada jiran2.

Kalau nak dapat baja bagus boleh hubungi saya…Rosmida Abu Bakar, hp 013-3018202 email: rosmida_ab@yahoo.com. Baja Chuma Fertilizer… terbukti berkesan untuk sebarang jenis tumbuhan…. kalo tak caya …try la……untuk pisang hanya bajakan 2 minggu sekali ja…

Reply - rosmida_ab@yahoo.com. Baja Chuma Fertilizer… terbukti berkesan untuk sebarang jenis tumbuhan…. kalo tak caya …try la……untuk pisang hanya bajakan 2 minggu sekali ja…’); return false;”>Quote

61 | bunga

March 2nd, 2010 at 5:15 am

Avatar

aduaiii…baru je mggu lepas pekedai kat umah saya introduce pisang ni. tapi rugilah pulak tak beli dan rasa pisang tu. baru sekali tu je saya jumpa dlm seumur hidup saya 36 thn ni. nak cari semulalah pisang tu.

62 | nor

March 2nd, 2010 at 5:58 am

Avatar

Assalamualaikum,

Nak ucap terima kasih atas usaha meng-emel segala info dan panduan yang sangat berguna .

Saya memang minat makan pisang sebab cepat kenyang dan kurangkan makan nasi. Memang sesuai di amalkan bagi mereka yang nak berdiet !
Pernah juga makan pisang yang di beri oleh kawan mengandungi banyak biji, rasa pelik sangat masa tu sebab first time jumpa …. terpaksa korek keluar semua biji-biji tu. Akhirnya sedekah je pisang tu kat ayam.

Nanti la, saya cuba cari pisang raja udang pulak .

63 | wend

March 2nd, 2010 at 9:08 am

Avatar

Pisang ini boleh didapati di pasar-pasar sekitar Kota Kinabalu Sabah. Rasa pisang ni sedap, manis dan berbau harum. Ada lagi yang sama rasa, bau dan saiz dengan pisang ini beza warna sahaja iaitu hijau.

64 | Abdul Rahman Hassim

March 2nd, 2010 at 2:57 pm

Avatar

Di tempat saya, pisang ini dipanggil pisang jernang kerana warna yang merah hati. Adat yang mengatakan tidak boleh dimakan oleh satu golongan - tidak tahu rasionalnya. Saya pernah mencuba. Rasanya enak hampir menyamai pisang embun (nangka), sedikit masam, lebih manis. Isinya lunak. Namun boleh menyebab sakit perut jika banyak.

65 | HAJI HASAN ALIAS

March 2nd, 2010 at 11:30 pm

Avatar

komen pak tam tu pernah saya dengar waktu tinggal di Johor dahulu. Walaubagaimanapun, ialah kalau makan tu janganlah sebarang makan, kaji dahulu, nanti kalau dah masuk kedalam tubuh menjadi penyakit, sesal pun tak guna. 90% penyakit berpunca dari kerana perut. WallahUlam!

66 | maizura

March 4th, 2010 at 7:23 am

Avatar

Komen Pak Tam mmg pernah saya dengar. Malah masih ade lagi keturunan (laksmana Bentan) yg bila makan pisang ni akan muntah darah…(dengar cerita la) yang pastinya saya dah makan pisang ni, sedap macam pisang biasa dan agak lembut isinya.

67 | haziqidham

March 6th, 2010 at 12:12 pm

Avatar

nk makan pisang ni jom lah dtg.sini..tp hubungi dulu…
di halaman rumah sy ada beberapa batang pokok pisang ni…
2 minggu lepas baru amek pisangnya…
x pecaya mitos atau mereka kata pisang ni x bole di makan..so sy pun tanamlah….
brbuah..masak sy sekeluarga pun makan…
pisang ni memang enak..lembut dan sedap…
buat cekodok pisang gunakan pisang ni lg sedap…
………..

68 | lloni

March 6th, 2010 at 4:15 pm

Avatar

Pisang ialah buah kegemaran saya. Rasanye pisang di atas ialah pisang orang kalau di kelantan. Pisang yang tiada dijumpai di KL ialah Pisang Perak, Pisang Kelat Lega, Pisang Kelat Keling, Pisang Kelat Air. satu lagi yang hanpir pupus ialah Pisang Bunga. Pisang ini bila masak warna hijau kekuningan dan berbau wangi. Sesiapa ada anak benih boleh beritahu saya…llonni@gmail.com

Reply - saya…llonni@gmail.com‘); return false;”>Quote

69 | mardziah

March 9th, 2010 at 1:43 am

Avatar

pisang ni saya tahu dan pernah jumpa kat kampong, tapi satu saja, saya tak lalu nak makan sebab warnanya merah, tak tahu le kenapa tekak tak boleh terima lagi, lain kali kalau jumpa nak rasa makan, jadi manusia ni kalau tak rasa, pasti rugi, itulah ruginya saya.

70 | reefa

March 9th, 2010 at 4:07 am

Avatar

seumur hidup aku, aku penah melihat pokok pisang raja ni sekali sahaja. itupun, sebab dalam byk2 pokok pisang yg ayah aku tanam, ade plak satu pokok yang berbuah kaler lain… punye la excited kami adik beradik menunggu buah pisang ni membesar… bila dah masak, dpt ler kami merasanya untuk kali pertama dan mungkin gak utk yg terakhir…. sebabnya, agak payah nak jumpe pisang ni dijual kt mane2 kedai buah.

71 | zai

March 11th, 2010 at 6:11 am

Avatar

sye x pnah lagi nmpak pisang wane merah maroon mcmni…

72 | Rahman

March 11th, 2010 at 6:48 am

Avatar

Salam..

Ingin saya katakan yang saya pernah makan dua biji saya beli di tepi jalan masjid India dari penjual India(mamak).

Rasa nya manis dan isi lebih tebal dari pisang biasa.

Itulah kali pertama saya memakannya.

Kalau nk cuba makan lah satu

Rahman

73 | zetty

March 14th, 2010 at 4:26 am

Avatar

di Swak digelar pisang jernang

74 | lien

March 18th, 2010 at 3:36 am

Avatar

salam,

saya tahu pisang nie dari husband saya. Apa yang satu tahu cuma ibu mertua saya melarang husband saya dari memakan pisang ini. Dari respond2 yang diterima mengatakan keturunan Rawa yang dilarang memakan pisang nie. Boleh sesiapa bagi lebih info tentang keturunan Rawa.

75 | Y.B

March 18th, 2010 at 4:26 am

Avatar

Salam semua

Pernah sya makan pisang ni. Sahabat di Sibu,S’wak ajar sya makan pisang ni cicah dgn Sagu Bakar (biji sagu). Mula2 tu takut gak nak makan sbb dengar mcm-mcm pantang larangnya. Tp kawan kata balun je le.. x ada pe. Kena 2 biji.. huh kenyang satu hari…. mungkin sya bukan keturunan Rawa, jadi x jadi apa …ha…ha…ha… Allah punya kuasa.

76 | meera mirage

March 23rd, 2010 at 7:10 am

Avatar

saya pernah makan pisang nie…mmg sedap…skrg pn sy tengah tggu pisang ni masak…insya Allah…ade rezeki…boleh merasa lagi…

77 | farah no no no

April 2nd, 2010 at 3:44 am

Avatar

selamanya nyer la saya takleh makan pisang ni…sbb saya membawa keturunan RAWA…no no noooo….huhuhuuu

78 | hafiz

May 4th, 2010 at 3:47 am

Avatar

Buah pisang ini berbau amat harum bila sudah masak ranum.Buah ini sesuai di makan begitu sahaja.Bagi pengirim yang mengatakan buah ini berasa masam ,itu mungkin kerana buah itu tidak cukup masak.Buah ini amat sesuai sebagai makanan kesihatan.Dipercayai dapat menambah sel hemoglobin dalam darah

79 | FeemQuife-tool

May 17th, 2010 at 3:11 am

Avatar

apa yang saya cari, terima kasih

80 | Frank Juhas

June 2nd, 2010 at 10:44 am

Avatar

Masalah dengan jenis-jenis pisang memang namanya. Lain kampung lain nama. Pisang ini Pisang Raja Udang, di Sarawak dipangil Pisang tembaga. Di semenanjung saya sering jumpah jenis ini di Pulau Tioman, sebelah lapangan terbang dan di kawasan Pontian,Johor ada pokok pokok di depan Muzeum Nenas. Banyak lagi yang dijual di India Selatan, Tamil Nadu di pasar pasar tempatan.

Frank

81 | ucu

June 8th, 2010 at 8:19 am

Avatar

arwah ayah saya sendiri berpesan pd saya,keturunan kita tak boleh makan pisang raja udang.masa tu saya kecik2 lagi.sampai skarng sya ingat.rupanya dengan kakak saya pun arwah pesan.tp x plak saya tnya kenapa.dr cerita kawan-kawan yg x bole makan pisang tu keturunan rawa tp saya bugis dr selangor.sampai sekarng x tahu apa sebb arwah pesan jagan makan.rasa menyesal plak x tanya apa sebbnya…

82 | zulkifli

July 8th, 2010 at 12:30 pm

Avatar

assalamualaikum
need help…
Ada sesiapa yg tau dimana boleh dapat pisang raja udang ni..
Seorang ustaz yg mengubati bapa saya berpesan cari pisang
raja udang untuk proses perubatan penyakit angin ahmar.
Terima kasih kepada yg sudi membantu.

83 | pisang raja udang

July 28th, 2010 at 8:32 pm

Avatar

pisang raja udang ni mmg sedap dimakan sama ada dibuat cucuq atau dimakan saja. bila dah masak buahnya tak semerah hati, jadi merah kekuningan, sangat manis dan halus isinya……sesuai dibuat kek dll…

84 | fazian

July 29th, 2010 at 3:27 am

Avatar

mmg jarang pun jumpa pisang raja udang ni…dulu kecik2 ada la jumpa….tapi tak ingat sempat merasa ke tidak.

85 | wan

August 8th, 2010 at 4:00 pm

Avatar

Pisang ni” ada citer dia….cam citer labu labi….

86 | pak dee

August 22nd, 2010 at 1:57 am

Avatar

salam,
buah pisang yang allah jadikan mengapa hendak pantang pantang makan sajalah.fikir mengapa diciptakan sedangkan hendak patuh pantang larang cos buah ni sedap sebab tu orang tua tua nak makan satu zikat tu saorang pun bolih habis.

87 | hafidz

August 31st, 2010 at 6:30 pm

Avatar

salam…
kepada sesiapa yang ingin membeli benih pisang tanduk boleh hubungi saya o177079609 @ email pisang7tanduk@yahoo.com..harga 90 sen untuk 1 batang tidak termasuk kos penghantaran..

Reply - pisang7tanduk@yahoo.com..harga 90 sen untuk 1 batang tidak termasuk kos penghantaran..’); return false;”>Quote

88 | pak choo

September 8th, 2010 at 6:24 am

Avatar

.. pisang nie memang kurang popular d kalangan org Melayu ..

# pisang kelat >> ubat cirit birit yg mujarab (ambil anak pisang ukuran kira2 size 20cm, bakar dan perah air nya .. dan d minum)

# kena gigitan/sengatan tabuan atau lebah .. rawatan cemas, .. ambil getah dari pelepah pisang, sapu pada tempat gigitan .. bengkak dan sakit berkurangan ..

artikal berkaitan:

http://en.netlog.com/pak_choo/blog/blogid=3222241

http://en.netlog.com/pak_choo/photo/photoid=22016335&surr=1#photos

89 | poh sim

October 14th, 2010 at 1:29 pm

Avatar

saya ingin beli sucker pisang raja. encik ada tah?Ataupun encik boleh perkenalkan kawan ?

90 | amirzain

December 14th, 2010 at 8:39 am

Avatar

Pokok pisang berbuah dua kali jarang dijumpai tapi kawan saya pokok pisang dia berbuah dua kali sungguh ajaib dan aneh. nak tengok gamabr dia email saya amirzain@myipo.gov.my

Reply - amirzain@myipo.gov.my‘); return false;”>Quote

91 | azli

January 18th, 2011 at 4:41 pm

Avatar

saya pun salah seorang berketurunan bentan ,memang jelasnya belum pernah lagi memakan pisang ne tapi rasanya sumpahan tu dah berakhir dikota tinggi ,lau x silap sumpahan tu dari laksmana bentan sendiri sewaktu beliau mengikat luka tikaman di perutnya dengan daun pisang udang dan sumpahan keturynan bentan tidak boleh menjejak kaki di kota tinggi dari sultan Mahmud sendiri….

92 | sam

February 28th, 2011 at 9:21 am

Avatar

saya nak tau katne leh dapat pokok jelai. Betul ke buah jelai boleh nuat tasbih?

93 | mira

March 29th, 2011 at 9:08 am

Avatar

Salam saudara…
Jika diberi keizinan…bolehkah saya copy dan paste gambar pokok pisang ni?
Diharap saudara dpt memberi keizinan untuk saya gunakan gambar ini.

Terima kasih

94 | zuriza

June 20th, 2011 at 6:59 pm

Avatar

Slm sume..kpd sesiapa yg b0le bantu..actualy sy perlukan batang p0k0k pisang udang ni utk tujuan perubatan,kal0 ade ssipa yg tahu d mana sy bleh dptknnya sila emailkn inf0 kpd sy di zurizaefnee@yahoo.com..trima ksh diatas ksudian anda memberi inf0 kpd sy..

Reply - zurizaefnee@yahoo.com..trima ksh diatas ksudian anda memberi inf0 kpd sy..’); return false;”>Quote

95 | kitun dilara

November 26th, 2011 at 5:48 pm

Avatar

Nk share psal pisang udang…mmng mcm2 crita menakotkan psal pisang ne.ramai mengatakan pisang ini tidak boleh di makan oleh sesetengah keturunan,tpi sya prnah mkan pisang ne.warnanya mmng plik tpi rsanya sungguh sdap.Agak lama dulu ada knalan berikan pisang itu.Satu family sya tkot nak mkan.Mak sya kata klau sya brani mkan lah..tpi sy dngn rsa tkot nya mkan jugak pisang ini kerana ingin mrasanya.slepas mkan sya dpti x da ap2 yg brlaku smpai skarang.sya mmbuat ksimpulan sya bukan lah keturunan yg pntang mkan pisang ni..skarang ne sya mmng x pnah jumpa lgi pokok pisang ne,sya rsa suatu hari nnti psang ini akan pupus krana rmai orang tkot nk mkn krana plbagai crita mitos..

96 | muhaimin

December 21st, 2011 at 1:56 am

Avatar

salam sejahtera semua

kami dari hexagon green biotech sdn bhd, syarikat pengeluar benih tisu kultur pisang berangan secara komersil.benih kami dijamin bebas penyakit dan tumbuh dengan sihat..tempoh tumbesaran yg cepat dan hasil yg berkualiti..untuk pertanyaan, hubungi muhaimin (0193727419) atau eme ke muhaimin_biotech@yahoo.com

Reply - muhaimin_biotech@yahoo.com‘); return false;”>Quote

97 | mkaz

May 14th, 2012 at 1:42 pm

Avatar

pernah tanam tapi x idup….keadaan x sesuai

Comment Form

Categories

Hari ini & Semalam

BlogMalaysia.com


  • rosmpkmn: dulu masa kecik2 biasa jugak petik terung ni. bnyk tumbuh melata kt kampung. bila petik kne jaga bulu2 halus pd terung ni, bila terkena kulit akn meny
  • djali: @admin - salam, buah mukyu tu macam buah keriang acheh.. tapi dia tu besar sikit. rasa nya ada yg masa
  • rose: senduduk putih hanya orang tertentu sahaja boleh memilikinya. ia adalah pokok kesayangan puteri bunian.

About

Blog ini hanyalah artikel semata-mata. Ianya di ambil dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan hati mengenai artikel ini haraplah diberi komen dan cadangan. Di harap sedikit-sebanyak blog ini dapat memberi pengetahuan kepada anda yang berminat dalam bidang tumbuh-tumbuhan, landskap, herba dan bidang pertanian.

Klik Like!! Sertai Saya di FaceBook!!

Download Percuma Pelan Bisnes !!

Artikel Paling Popular Tahun 2011


Pokok Stevia @ Pokok Gula - 17166 hits
Penjagaan Pokok Hiasan Dalam Pasu - 14055 hits
Pokok Pecah Kaca - 12312 hits
Tanaman Herba Di Malaysia - 12055 hits
Ulam-Ulaman - 11681 hits
Buah Mentega - 10601 hits
Khasiat Lobak Putih - 9842 hits
Buah Kuning Telur @ kanistel - 9757 hits
Buah Markisa - 9739 hits
Buah Keriang Dot - 9690 hits
Khasiat Daun Sirih - 9651 hits
Rahsia Buah Delima - 9323 hits
Buah Kesusu - 9007 hits
Buah Berembang - 8472 hits
Petua Tradisional - 8062 hits