21 Feb, 2010

Ulam-Ulaman

Posted by: admin In: @Tanaman Sayuran| ulam

ulam-raja

“Pucuk dicita Ulam Mendatang”. Begitulah ungkapan pepatah melayu yang menunjukkan kepentingan pucuk dan ulam dalam kehidupan suatu masa dahulu. Apakah pucuk dan ulam itu berbeza? Ulam ialah sayur-sayuran yang dimakan mentah, dicelur atau direbus sebelum dimakan. Ulam diambil dari berbagai-bagai bahagian sesuatu pokok yang boleh dimakan. Ini termasuklah pucuk, daun, umbut, biji, buah, ubi dan bahagian bunga. Biasanya ulam-ulam dicicah dengan sambal belacan, budu atau cencaluk dan dimakan bersama nasi sebagai pembuka selera. Selain itu, ulam-ulam tradisional ini juga boleh dijadikan sebagai bahan dalam penyediaan nasi ulam atau nasi kerabu. Memakan ulam-ulaman ialah suatu amalan yang baik kerana selain membuka selera, ulam-ulam mempunyai khasiat daripada segi pemakanan dan perubatan. Ini kerana, khasiat yang terkandung didalamnya dapat dikekalkan tanpa mengalami kehilangan zat disebabkan oleh proses memasak yang dikenakan haba. Jika selama ini, ulam hanya sinonim dengan penduduk di luar bandar, namun senario ini telah berubah kerana ulam juga telah menjadi santapan biasa bagi warga di bandar dan juga semakin mendapat tempat di hati masyarakat antarabangsa.

cekur

Sehingga kini, dipercayai terdapat lebih daripada 120 jenis ulam tradisional telah dikenal pasti di Malaysia. Ulam-ulam ini terdiri dari perbagai famili tumbuh-tumbuhan. Ulam boleh didapati dari tumbuhan kecil dan melata seperti pegaga, hingga pokok-pokok renek dan pokok-pokok besar seperti petai dan kerdas. Berdasarkan kebiasaannya, ulam-ulam tradisional secara amnya boleh dibahagi kepada dua kumpulan. Sayur-sayuran ini dianggap tradisional kerana mudah didapati di kawasan-kawasan kampung, kadang-kadang tumbuh dengan sendiri atau ditanam tanpa penjagaan rapi. Kumpulan ulam yang popular dan mudah didapati di pasaran, contohnya pegaga, rebung buluh, cekur manis, jering, kacang kelisa, petai, ulam raja dan sebagainya. Sementara beluntas, pucuk betik, cekur, pucuk gajus, daun tenggek burung dan beberapa jenis ulam lagi termasuk dalam kumpulan kedua iaitu ulam yang kurang terkenal dan jarang didapati di pasaran.

kacangbotol

Pada masa kini, hanya terdapat beberapa jenis ulam tradisional sahaja yang ditanam. Itu pun secara kecil-kecilan untuk keperluan sendiri atau dipasarkan. Antara ulam-ulam tersebut termasuklah ulam raja, selom dan kacang kelisa. Kebanyakan jenis ulam seperti jering, pucuk putat, daun salam, selasih dandi dan pucuk mata pelanduk dikutip dari tumbuh-tumbuhan yang tumbuh dalam keadaan semulajadi seperti hutan atau dusun. Sebilangan besarnya pula merupakan hasil sampingan sesuatu tanaman yang ditanam untuk tujuan lain. Ini termasuklah jantung pisang, pucuk ubi, dan pucuk gajus.

selasih

Sebagaimana sayur-sayuran biasa, ulam-ulam juga mengandungi nilai pemakanan yang penting seperti karbohidrat, lemak, protein, mineral-mineral utama dan vitamin-vitamin untuk kesihatan manusia seperti karotena, vitamin A, B dan C. Kini terbuktilah, pemilihan ulam- ulaman di dalam diet harian kita adalah tepat kerana khasiat yang terkandung dalam ulam tidak dapat dinafikan kelebihannya malah ia turut mendapat perhatian pakar-pakar pemakanan antarabangsa yang turut mengakui keistimewaan tumbuhan semulajadi tersebut.

Banyak lagi sebenarnya ulam-ulaman yang ada di Malaysia tidak diketengahkan lagi kepada umum. Malah kebanyakkan generasi baru hari ini  tidak mengenali dan meminati ulam-ulaman. Mereka MUNGKIN tidak mengetahui khasiat sebenarnya ulam-ulaman ini dan banyak terdedah dengan makan segera yang kurang berkhasiat. Jadi, saya sedang mengenalpasti dan mencari serta mempromosikan ulam-ulaman  yang mungkin semakin dilupai. Anda yang tinggal di kawasan kampung tentu pernah atau banyak mencuba / merasai pelbagai jenis ulam-ulaman. Di harap anda boleh kongsikan di sini… Semoga info anda dapat membuka minat dan memberi pengetahuan kepada generasi muda supaya memakan ulam-ulaman. Jadikanlah ulam-ulaman sebagai ubat bagi mencegah penyakit dan seterusnya menjaga kesihatan anda.

Related Posts with ThumbnailsNumber of View :11681

64 Responses to "Ulam-Ulaman"

1 | nooraini ahmad

February 21st, 2010 at 10:38 am

Avatar

pasal ulam2an ni mmg best. saya tanam di blkg umah, nk mkn trus petik…fresh. penjagaan mudah sgt. saya mmg galakkn sume tanam sendiri sbg hobi. boleh dijadikan landskap yg cantik.

2 | syifa

February 21st, 2010 at 11:09 am

Avatar

saya pun suka makan ulam, semalam mkn ulaman pucuk mengkudu, pastu masak sayur lemak pucuk mengkudu juga… he heh he korang mesti terliur .. sedap tau .

3 | wan

February 21st, 2010 at 11:22 am

Avatar

ulam-ulaman ni bkn sja best utk dimkn tp mmg bgs untuk kesihatan..warna hijau plak bagus untuk mata..jd, tanamlh ulam-ulaman di rumah anda..

4 | ron27kr

February 21st, 2010 at 12:20 pm

Avatar

ulam niee memang bagus. memang sungguh membuka selera. tapi masalahnya ulam jenis daun rasanya kurang sedap ditelan. rasa tajam dan sedikit gatal dalam tekak. saya lebih suka makan ulam dari buah muda yang rasa masam. seperti mempelam dan betik

5 | Ahmad Jamal

February 21st, 2010 at 12:39 pm

Avatar

Memakan ulam memang kesukaan saya. Tapi dua tahun lalu saya tergerak dan berminat menanamnya pula. Kerana selama ini saya asyik tanam pokok hiasan keliling rumah saya. Sekarang 1/4 tanaman tersebut adalah herba & ulam. Disini saya hanya boleh dan debenarkan tanam dalam pasu tapi saya gunakan kotak styrofom.

Dimasjid pula saya tubuhkan kelab hijau. Saya mengajak jemaah menanam herba & ulam. Tanaman ulam ini dijadikan kegiatan hujung minggu dan lanskap kawasan masjid.

6 | sabrina

February 21st, 2010 at 12:59 pm

Avatar

Saya memang suka makan ulam tak kira la samada pahit ataupun tidak.Saya akan menyebut beberapa ulam yang mungkin tidak pernah dicuba lagi oleh sesetengah orang antaranya pucuk dari pokok jering yang berwarna kemerahan memang sedap dan lembut dan yang pasti tidak pahit ataupun berbau busuk. Kedua bunga timbul tasik, biasanya orang makan pucuknya dibuat pencuk(kerabu), bunganya sedikit kelat tapi sedap. Ketiga dan merupakan yang terakhir adalah pucuk sentang rasanya amat pahit tetapi mempunyai rasa lemak, amat sedap dibuat kerabu dengan kerang.Difahamkan juga pokok sentang ini telah dijadikan sebagai tanaman pokok balak.

7 | Ahmad

February 21st, 2010 at 1:20 pm

Avatar

Daun Kemangi (gambar paling bawah) di kampung saya biasanya dijadikan sebagai pewangi dan perasa terutamanya sayur air keledek + cendawan busut (disebut juga kulat tahun) + daun cemperai atau daun paku larat (Paku aji). Tapi dah lama tak rasa resepi ni.

8 | wahob

February 21st, 2010 at 1:27 pm

Avatar

memang sodap kena pulak dgn sambal2

9 | Mahadi

February 21st, 2010 at 1:30 pm

Avatar

Dalam AStro Oasis, rancangan Halalbio baru ni ada menyebut pasal binatang seperti kucing, anjing maupun beruang secara semulajadi akan mencari dan memakan tumbuhan tertentu sebagai ubat mereka. Didalam tumbuhan tertentu terdapat bitamin B17 yang dapat melawan kanser. Saya percaya setengah ulam kita terdapat bitamin ini. Teruskanlah memakan ulam supaya kita tidak lagi bergantung kepada ubat dari kedai. Ulam pucuk malinjor pun sedap dan lemak rasanya. Oghe kelate menggunakan daun mengkudu tua untuk buat kerabu mengkudu.

10 | Jamal

February 21st, 2010 at 1:42 pm

Avatar

Tahniah! Satu artikal yang amat baik.
Memakan ulam-ulaman telah menjadi tradisi masyarakat melayu di kampong-kampong. Ulam bukan saja mengandongi nilai pemakanan malah mempunyai unsur meransang imuniti dalam organ.
Walaupun belum ada kajian dibuat, tapi masyarakat pada masa dahulu jarang dijangkiti penyakit-penyakit kronik e.g diebetes dll.
Antara ulam-ulaman yang pernah saya makan dulu ialah timun, daun putat, buah putat, pucuk & bunga pokok kari, kacang panjang, pokok bawang, terong dll

11 | chah

February 21st, 2010 at 3:21 pm

Avatar

Setuju dengan mahadi,binatang jg tau tumbuhan yang boleh jadi ubat,contohnya lembu yg baru melahirkan akan cari dan makan daun buluh sebagai ubatnya(lembu kt kg la…lembu bela kat kandang mana boleh kuar…makan ubat spital je..)

Rupa2nya kt sarawak nasi ayam penyet dihidangkan dengan ayam goreng,sambal & dan wajib ada ulam raja.Baru saya tau ianya gandingan yang cocok…masih teringat2 kesedapannya…

12 | Harun Bin Daud

February 21st, 2010 at 3:34 pm

Avatar

saya memang minat dengan ulam ulaman ni. ulam yang pernah saya makan ialah kacang botol, ulam raja, peria katak, kacang panjang, mentimun dll. bsenya saya makan dengan lauk yang kena dengan ulam yang sesuai. memang sedapnya makan berulam. lebih lagi yag segar.

13 | ahmad

February 21st, 2010 at 4:33 pm

Avatar

assalamualaikum,
kat umah saya ada yg paling banyak skrg ulam rja & pegaga.
selain 2 ada pokok jmbu golok & pucuk midin.
molek makan ulam2 ni, lawas kencing & senang buang air besar

14 | yati

February 21st, 2010 at 11:48 pm

Avatar

tq info menarik tentang ulam ulaman. Syor ramai org menanamnya untuk makanan seharian dan juga sesuai dijadikan landskap yang cantik dihadapan dan dibelakang rumah.

15 | ina

February 22nd, 2010 at 12:45 am

Avatar

saya pun suka sgt mkn ulam2 ni dari kecil smplah sekarang………….. tak rugi mkn ulam ni ianya mmp mjadikn kulit kite cntk & awet muda. wlpn sy telah berusia 27 tahun tp ramai yg ckp sy spt gadis belasan tahun shj….so sy syorkan kpd mereka yg nk cntk tu tak pyh lah nak botox, mkn ulam ajer tau,mudah cpt & slmat :p

16 | fauzani

February 22nd, 2010 at 1:12 am

Avatar

tahniah info ulam-ulam kalau ada boleh di perbanyakkan lagi info supaya yang tak kenal boleh mencuba makan,saya memang peminat ulam keliling rumah tanam ulam gambar di atas tu semua ada tepi rumah

17 | roseni

February 22nd, 2010 at 1:19 am

Avatar

Salam buat semua - Makan nasi bersama ulam ini akan menambahkan selera dan sungguh berkhasiat.Saya juga buat pucuk daun kari yang muda sebagai ulam dan rasanya sedap.

18 | jot

February 22nd, 2010 at 2:19 am

Avatar

ulam-ulaman ni bnyak yg brkeupayaan mncuci tksid dlm darah, tetapi setiap ulaman ada peratus yg berbeza, mksud sya kekutn mencuci tksid tu. toksid ni sesuatu yg tk dapat kita buang seratus peratus, hanya dpt kita minimum kn je. itupun dgn pemakanan yg sesuai.. sjak rajin makan ulaman ni bdan rasa segar je.. sya selalu makan ulam tenggek burung, ulam raja & temu pauh… org yg tk pernah makan temu pauh, mmmm… rasanye seperti bau mangga tpi tk masam & dpt membuka selera anda..cubalh

19 | nani

February 22nd, 2010 at 2:29 am

Avatar

harap dapat perbanyakkan info pasal ulam ulam yang namanya jarang di temui sekarang… cthnya serai kayu… mata pelanduk dan macam macam lagi…ulam ulam seperti itu masih boleh di usahakan caranya supaya tidak terus pupus kerana khasiatnya cukup byk. misalnya pucuk serai kayu bukan saja wangi . tapi baik di makan oleh perempuan lepas bersalin…

20 | nani

February 22nd, 2010 at 2:30 am

Avatar

boleh bagi tau mana nak dapat benih pokok gajus, temu pauh, tenggek burung kat JB….

21 | nani

February 22nd, 2010 at 2:33 am

Avatar

seeloknya harus ada kempen menanam pokok ulam ulaman…boleh ditanam dalam pasu seperti yang saya usahakan dirumah pokok putat, mengkudu, serai kayu. sekarang tgh cari pokok pokok lain plok untuk ditanam.. bukan saja elok untuk kesihatan, awet muda malah boleh jimat duit

22 | jot

February 22nd, 2010 at 2:52 am

Avatar

sje2 nk kongsi ni… sesiapa ada sakit darah tinggi, cuba cari BUAH MENGKUDU(sebiji dua pun ok) yg dh kekuningn tpi bukan yg lembik tu. Pnaskan air smpai mendidih & masukkan buah tu & golek2 kn dlam air, smpai agak2 sedikit lembik. masak trlalu lama khasiatnye mati nnti. Masukkn air(ikut sukatan sendiri) dlm pengisar & dikisar smpai hncur, mcam jus. Cairkan gula tapak(yg keras bulat), kemudian cmpurkan jus mengkudu & gula yg dh cair tu & smpan dlm peti sejuk.. minum semasa sejuk sedap(ikutlh citarasa anda), tpi bau2 maung tu tkde dh.. TETAPI! ia memng sedap, jgn minum terlalu kerap krn ia akan merendahkn darah anda dgn mudah, tkut trkena darah rendah lh pulak.. agak2 rasa goyang je mknanye darah dh rendah sngat tu.. cepat2 sedar diri! ini brdasarkan pengalaman kwn sya.

23 | sue faris

February 22nd, 2010 at 3:24 am

Avatar

hmmm….ulaman sayur klasik org dulu2 yg paling berkhasiat..simple..n mudah ddpti….( tp hanya ulaman popular jer..la mudah) yg kureng popular kena cari kt kawasan kpg. Popular mcm petai, peria, pegaga, ulam raja, pucuk janggus n pucuk mngkudu. Kebanyakkan ulaman dapat merawat penyakit2 yg mebahaya jika diamalkan selalu..selain dari awet muda is juga dpt menyembuhkan luka.

24 | ejey hassan

February 22nd, 2010 at 5:02 am

Avatar

salam, sekadar berkongsi idea. ulam-ulaman mmg kesukaan sy dan mmg rasa x lengkap klu mkn nasi tnpa ulam. Sy bkn skdr menggemari ulam2 biasa ttp apa sj pucuk dan buah yg blh dmakan.Antaranya pucuk jenerih, pucuk penar, pucuk putat, mata ayam,pucuk ciku dll. Antara ulam2an yg sgt mdh didpti ialah spt pucuk limau nipis dan buahnya yg muda amat baik utk kshtn dan jg blh mghilangkan bau bdn jika sllu diamalkan. Ulam2an ini pula prlu dipasangkan dgn smbal, cencalok+limau nipis+bwg merah (dimayang) atau budu+asm kerat lintang+bwg merah bg menambh kenkmatan. Selain itu, pucuk sekentut (dicelur) jg amat baik utk kshtn.
Ulam bkn sj mengandungi vitamin ttu srta serat yg amt baik utk melawaskan buang air besar serta utk awet muda

25 | azmi

February 22nd, 2010 at 6:14 am

Avatar

Semoga saudara teruskan usaha mengumpul ulam-ulaman sehingga bleh dijadikan encyclopedia.kategorikan ia sebab ulaman juga banyak cara memakannya contoh:dimakan mentah,celur,rebus,bakar jeruk dan dimasak seperti sayur.ulaman juga diambil dari berbagai bahagian tumbuhan seperti pucuk,daun,umbut,batang lembut,buah masak ,buah muda,empulur dan bunga.
ulaman yang jarang ditemukan juga mempunyai nama-nama tempatan saya harap saudara dapat mencari nama sains dan famili tumbuhan mesti info begini bermanfaat.
antara ulaman yang jarang org tau(nama tempatan nama sains x tau)ulaman dari PUCUK sebangau,medang teja,beka,samak serai ,ceniruk,meranti DAUN dan BATANG LEMBUT paku rawan(lemayung),paku haji,lemidin
BUNGA,tebu bunga,kunyit,BUAH kelempung, putat beka,UMBUT bayas,umbut kelapa, pisang EMPULUR tepus.ok la antara yang sya bleh ingat…..

26 | azhar

February 22nd, 2010 at 6:29 am

Avatar

makan ulam memang best.. tapi kene ade geng baru sedap.

27 | adi

February 22nd, 2010 at 7:01 am

Avatar

kalau nak makan nasi yang banyak ulam. silalah makan nasi kerabu. semua ulam boleh taruk kat dalam 2. tapi sekarang ulam2 dah kurang dalam nasi kerabu. kalau dulu ada pucuk ketereh, pucuk samak(serai kayu), petai belalang (petai yg biji dia kecik2) timun, kacang panjang, kacang botol, dan banyak ulam lagi. tapi sekarang ni orang taruk kubis je dalam nasi kerabu 2.

28 | safari

February 22nd, 2010 at 8:36 am

Avatar

janganlah terlalu banyak makan ulam, entar banyak lemak nyagkut di perut. gendut jadinya

29 | mohamed ali

February 22nd, 2010 at 10:30 am

Avatar

Salam…saya menggemari ulam-ulaman dalam cara pemakanan sekeluarga.Kini saya sedang giat menanam tumbuhan berkhasiat ini di sekitar kolam ikan saya di Johor.
Yang bestnya, hobi berbudi pada tanah ini antara kelebihannya dapat mengeratkan lagi silaturrahim, kekeluargaan dan semangat kejiranan.
Dengan menyertai blok ini juga, pengetahuan yang diperolehi dapat saya terangkan kepada sesiapa yang melawat kebun saya itu.Terima kasih saudara moga Allah memberkati kamu, amiin.

30 | lekceria

February 22nd, 2010 at 11:01 am

Avatar

salam….memang sebut saja pasal ulam memang semua org suka..tapi disebalik kesukaan itu ada khasiatnya….bermacam jenis ulam terdapat kt malaysia ni bukan setakat 120 jenis je…itu yg selalu kita mkn…yg selebihnya ada kt sekeliling kita juga…

31 | murni

February 22nd, 2010 at 12:34 pm

Avatar

salam..
sy pn ska mkn ulam-ulaman..
ulam yg ad kt ats sume sy da mkn,hehe..
yg sy thu mkn ulam ni bleh jd kn kte sihat n awet muda
:-)

32 | ahmad

February 22nd, 2010 at 2:32 pm

Avatar

umbut bayas klo xsilap saya disukai oleh tok gajah, pejuang negara.
saya xpernah tgk tp ada baca dlm buku masa sekolah, betul x encik azmi?
sapa yg pernah mkn blh la kongsi cite

33 | latty

February 22nd, 2010 at 4:15 pm

Avatar

salam, saya baru mula menanam peria katak, sedap dibuat ulam buat ubat darah tinggi pun boleh.

34 | jentayubisu@yahoo.com

February 22nd, 2010 at 5:51 pm

Avatar

Umbut bayas memang enak dimakan. Pokoknya seakan pokok nibong, pokok pinang. Tumbuh liar dalam hutan. Kalau datang ke Perak singgah di Kpg Sg Bayur setiap jumaat ada pasar sehari .Di sana ada terdapat orang menjual umbut bayas satu potong rm 2.00. Kalau pasal ulam cuba rasa pucuk daun semambu rasa pahit-pahit lemak( bukan daun buluh tau tapi daun ni orang buat rawat campak )

35 | sue qs

February 23rd, 2010 at 2:38 am

Avatar

saye ade jugek mkn mcm2 jenis ulam2an tp x tau nama & khasiat sebenar setiap ulam2an tu.
kat rumah pun ade tnm ulam2an tp saye ingat 2 nama je ulam2an iaitu pegaga & ulam raja.

36 | mardziah

February 23rd, 2010 at 2:43 am

Avatar

saya sokong cadangan en azmi supaya saudara membuat buku berkaitan ulaman di malaysia dgn gambar nya sekali, bagi jenerasi akan sekarang dan akan datang yang kurang mengenali ulaman yang baik untuk dimakan. sebenarnya sekeliling kita banyak pokok yang boleh dibuat ulam dan mempunyai khasiat. kerana kurang pengetahuan tentang pokok-pokok yang boleh dijadikan ulam, maka banyak yang takut untuk mengambilnya, takut beracun. semoga berjaya

37 | othman

February 23rd, 2010 at 4:17 am

Avatar

Buku berkenaan ulam malaysia telah diterbitkan oleh DPB

tapi masih banyak lagi belum di senaraikan

seperti, pucuk lemak ketam, Pucuk tebengau, sudu itik dan lain-lain

38 | Jack_bb3

February 23rd, 2010 at 4:24 am

Avatar

Salam..Ulam2 ni mmg best Sllu gak klu blik kg mesti bli ulam tp ulam pucuk gajus pling best…x tahn..

39 | azie

February 23rd, 2010 at 12:26 pm

Avatar

selain buah betik,pucuk dan pelepah betik yg muda juga sedap dibuat ulam mentah.bunga betik jantan sedap dibuat kerabu,tinggal kat kampung memang seronok macam2 ulam boleh makan.temu pauh dan byk lagi jenis yg kadang kala hanya didapati ditempat2 tertentu sahaja. buku ulam2an dan herba ada dipasaran,kena rajin mencari dan membeli.

40 | ahmad

February 23rd, 2010 at 3:14 pm

Avatar

daun semambu mmg bgs utk kulit,
klo kena dmm cmpak @ cengkering alaskan kt tmpt tdo insya-Allah surut gelembung,
utk kudis buta @ kurap rebus daunnya buat mndi @ rndam tmpt yg sakit,
tq jentayubisu, blh x emel saya gmbr umbut bayas?
thumbiey6061@gmail.com

41 | Sufian

February 23rd, 2010 at 3:49 pm

Avatar

Sebut pasal Ulam, memang ulam mempunyai khasiat yang bukan sedikit dari segi perubatan. Kerana ubat-ubatan moden pun tidak meninggalkan tumbuhan sebagai pelengkap sesuatu jenis ubat.

Selain dari ulam-ulam yang disebut di dalam posting di atas dan turut sama disebut oleh pengunjung web ini, disini saya tambahkan lagi beberapa jenis ulam yang sedap di makan dan banyak khasiatnya untuk kesihatan.

Antaranya, pucuk jenerih, lemak ketam, kedondong, putat, beko dan jagun (rasanya sedikit pahit), bayam parsi, putat, ketereh dan banyak lagi.

Semua ulam-ulam di atas boleh dimakan mentah-mentah dengan dicicah sambal, sambal belacan, budu dan seumpamanya atau dimakan begitu sahaja. Ulam-ulam ini juga boleh dijadikan kerabu dan dicampur dengan nasi kerabu.

Di Kelantan banyak kedai-kedai makan menyediakan ulam-ulam berkenaan dan disajikan sebagai sajian utama untuk makan tengahari dengan budu, tempoyak dan ikan tawar sebagai sajian pelengkapnya. Anda boleh menikmatinya di merata bandar besar terutama Kota Bharu, Pasir Mas, Tanah Merah dan Rantau Panjang. Mereka terkenal dengan Restoran Nasi Ulam.

Untuk pengetahuan saudara Fazlisyam, saya kini tengah membuat projek ulam-ulam berkenaan dan insya Allah pertengahan tahun 2011 akan dapat dikutip hasilnya. Buat masa ini hanya ulam dari pokok jenerih sahaja yang boleh dituai.

Ulam Jenerih, Putat, Ketereh rasanya lemak kelat.
Lemak ketam dan bayam parsi rasanya lemak dan manis.
Kedondong rasanya lemak dan sedikit masam.
Beko dan jagun rasanya lemak dan sedikit pahit.

42 | sabri b hamzah

February 24th, 2010 at 9:47 am

Avatar

Gambar diatas adalah ulam raja berbunga putih tapi ulam raja berbunga ungu(light purple) lebih sedap rasanya.
jering, petai dan kerdas/genuak selain dari buah pucuknya jg bolih dibuat ulam.
Pucuk beka dan buah beka muda perllu direbus dahulu sebelum dibuat ulam. rasanya sedikit pahit.Buahnya jg bolih dibuat kerabu campur kerang- buah hendaklah dibakar atau dipanggang terlebih dahulu. pokok beka jenis berbatang besar.Buahnya seperti kacang parang.

43 | Hj Ahmad

February 24th, 2010 at 12:29 pm

Avatar

Tahniah. Teruskan penorakaan anda untuk manfaat semua. Fikirkan bagaimana ilmu dan pengetahuan ini boleh disebar luas kep.ada semua masyarakat

44 | sufri

February 24th, 2010 at 2:39 pm

Avatar

ulam2 dapat menambah selera makan.setiap kali makan mak sy pasti akn menyediakan ulam2 spt ni, ulam raja,silum,buah kelat,daun geti.pucuk bebuas .ulam2 ni memang da ditanam dkelling umah.maklumlah org kampung.hehe

45 | Lelly

February 24th, 2010 at 2:45 pm

Avatar

ulam-ulaman di indonesia di kenal dengan nama lalap-lalapan. Ini jenis sayuran yang umumnya dimakan oleh suku sunda (jawa barat) ada kenikir, kemangi, daun kencur dll

46 | zaliha

February 25th, 2010 at 3:55 am

Avatar

Salam… semua ulam yang dipaparkan tu dah saya makan. Yang pertama tu ulam raja cecah dengan budu, memang best makan nasi. Kedua cekur, daunnya dipotong halus-halus dibuat pecal, kacang botor bagi ibu-ibu mengandung kalau diamal selalu boleh melebatkan rambut anak (kata orang-orang tua) dan daun kemangin enak dimakan dengan laksa berkuah putih (santan) bagi orang Trg. Hari ni baru saya dengar/tahu yang daun semambu boleh dimakan, setahu saya daun semambu dijadikan untuk campak dan badan yang berpenyakit gatal, terima kasih. Tapi banyak lagi ulam-ulam yang tak kenal macamana rupanya seperti pucuk lemak ketam, pucuk tebengau dan sudu itik. Kalau ada gambarnya bolehlah kiranya dikongsi bersama.

47 | tan

February 25th, 2010 at 4:05 am

Avatar

Saya dah cuba Ulam Raja, dengan budu, memang terangkat, Tapi lebih bagu dengan Sambal Belacan.
belacan kena bakar dahulu baru dapat aroma sepenuh nya . Sekali sekala kena ulam begitu memberi semangat kepada pengemar berapa nikmatnya
dapat makan ulam dari pokok tanaman sendiri.
Ianya berasa lebih puas hati dengan kemanisan
daun tersebut.

Kacan botol pun sama, tapi kena kena dengan Sambal Belacan sahaja. setuju saudara saudara sekalian

48 | admin

February 25th, 2010 at 12:11 pm

Avatar

Boleh tak saudara hantar gambar ulam jenerih, lemak ketam , bayam parsi dan lain-lain ulam yg jarang diketahui umum kepada saya.. tak pernah lagi saya mendengar atau melihatnya.. menarik rasanya kalau dapat dipaparkannya di sini..

49 | admin

February 25th, 2010 at 12:13 pm

Avatar

Saya memang ada bercadang nak buat satu buku mengenai ulam.. tetapi masih banyak lagi sebenarnya info tentang ulam yg saya belum tahu.. tengah kumpulkan sedikit demi sedikit…

50 | Ahmad Jamal

February 26th, 2010 at 3:43 pm

Avatar

Assalamu alai kum semua peminat ulam. Sy berminat utk mengetahui jenis pucuk paku, pucuk pakis dan sejenis dgnnya. Sy pereka landskap sering gunakan pokok hiasan “ferns” ini (Nephrolepis exaltata, N. biserata dll)
Saya ingin tahu perbezaan pokok hiasan ini dgn pucuk paku dan pakis yang kita makan.
Saya teringat 20 tahun dulu pernah melihat Pa’Ngah isteri sy diLangkawi menanam bnyk pokok paku/pakis. Masa tu sy tak minat sangat. Skarag beliau dan kebun dah takde, tak berpeluang nak study. Mgkin Md Ali kasi alamt kat Johor boleh sy jengok dan study tanaman sekitar kolam hang!

51 | nazri

February 27th, 2010 at 11:40 am

Avatar

saya pernah makan ulam yang dipanggil daun tenggek burung.
Di tempat saya susah nak dapat. bagaimana cara nak tanam?

52 | Watch Anime online

February 27th, 2010 at 12:44 pm

Avatar

salam ..sy mkn pokoksayur pegaga je…sedap gak ..

53 | fauzi

March 2nd, 2010 at 6:39 am

Avatar

Apa kegunaan pokok keembung?

54 | nani

March 2nd, 2010 at 7:52 am

Avatar

kepada pengusaha nurseri kat jb bebanyak le jual pokok gajus……

55 | nani

March 2nd, 2010 at 7:53 am

Avatar

dah dekat setahun lebih cari benih gajus tapi tak dapat nak kena order agaknya

56 | omei

March 17th, 2010 at 4:47 am

Avatar

Di mana boleh dibeli benih tanam-tanaman/sayuran yang berkualiti? MARDI atau jabatan Pertanian ada buat jualan benih-benih tak?

57 | Affnan

March 19th, 2010 at 1:21 pm

Avatar

Saya ada menanam pokok Mengkudu Hutan di hadapan rumah, pucuk nya direbus dan boleh dimakan dengan cicah sambal tetapi pahit.

1. Putik Nangka boleh buat ulam makan dengan sambal kelapa.
2. Temu - seperti kunyit boleh dibuat ulam.
3. Sambung Nyawa

sila ke web saya sekira berminat menanam secara kecilan : http://affnan-aquaponics.blogspot.com

58 | sharlyn

March 28th, 2010 at 10:56 am

Avatar

adakah daun ketumbar dikira sejenis ulam? terima kasih.

59 | sabri b hamzah

April 18th, 2010 at 4:48 am

Avatar

salam .minggu lepas sy mendapat tip tentang ulaman yg khasiatnya dapat menghilangkan sakit kepala/migraine.Ulaman tu ialah “goncaq” nama sebelah utara dan sebelah pantai timur dipanggil “guce”.Pokok ni selalunya 3 mtr tinggi. buah kecil2 berwarna hitam bila masak.Buahnya masam manis dan pucuknya masam manis lemak.

60 | sexy

October 31st, 2010 at 4:52 am

Avatar

pucuk dicita, ulam mdtg.. maknany kita mhrpkn sdikit shj tp Allah bg lbh.
*
bg sexy jika mkn ulam byk2 pun tp nasi btmbah 3, 4 pinggan n lauk penuh stalam dmakan sorg n shari 3x pun x elok jgk kan.. so bsdrhanalah. jom! puasa isnin khamis, solat bjemaah n baca Al Quran n buang cfat mazmumah kita. jika kchatn kita tjaga, Insya Allah pnyakit ssh nk btamu. nk qiam, rukuk n sujud pun selesa.

61 | mohd zukri bin mohd ramli

May 12th, 2011 at 2:26 am

Avatar

makan berulam ini ada baik ada juga kurang baiknya- kurang baiknya kita akan makan bertambah +makan dengan banyak. Jenis ulam yang poaling saya suka ialah pucuk betik, tak perlu rebus, ambil pelepah daun yang paling muda siat lapisan luarnya terus makan ,kalau nak kurangkan pahit rendam dengan air garam, umbut dan sulur lengkuas dan kantan juga sedap dibuat ulam. lain-lain jenis-ulam yang pernah saya makan selasih,mengkudu,kemangi,sentang,tenggek burung,gajus,putat buah dan daun, geli-geli,pucuk gelugur,pucuk kacang panjang, jenis sayuran kekacang,buah dan jenis daun yang boleh dimakan mentah,pergaga,selom,ulam raja,tapi sekarang saya sangat berulam kobis cina-sedappppp.

62 | rosmpkmn

June 27th, 2011 at 8:09 am

Avatar

boleh tak admin carikan pokok gelam tikus, biasanya pucuk gelam tikus ni dijadikan ulam

63 | syazmin min

July 28th, 2011 at 5:46 am

Avatar

assalamualkum saya dari muar saya ingin sekali nak pergi ke tanaman hahahahahahhahahahahahahs

64 | noor idora

March 17th, 2012 at 4:37 am

Avatar

assalamualaikum,
sesiapa yang mpunyai pokok semambu, boleh x bgitaw saya..u pyelidikan.

Comment Form

Categories

Hari ini & Semalam

BlogMalaysia.com


  • rosmpkmn: dulu masa kecik2 biasa jugak petik terung ni. bnyk tumbuh melata kt kampung. bila petik kne jaga bulu2 halus pd terung ni, bila terkena kulit akn meny
  • djali: @admin - salam, buah mukyu tu macam buah keriang acheh.. tapi dia tu besar sikit. rasa nya ada yg masa
  • rose: senduduk putih hanya orang tertentu sahaja boleh memilikinya. ia adalah pokok kesayangan puteri bunian.

About

Blog ini hanyalah artikel semata-mata. Ianya di ambil dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan hati mengenai artikel ini haraplah diberi komen dan cadangan. Di harap sedikit-sebanyak blog ini dapat memberi pengetahuan kepada anda yang berminat dalam bidang tumbuh-tumbuhan, landskap, herba dan bidang pertanian.

Klik Like!! Sertai Saya di FaceBook!!

Download Percuma Pelan Bisnes !!

Artikel Paling Popular Tahun 2011


Pokok Stevia @ Pokok Gula - 17166 hits
Penjagaan Pokok Hiasan Dalam Pasu - 14055 hits
Pokok Pecah Kaca - 12312 hits
Tanaman Herba Di Malaysia - 12055 hits
Ulam-Ulaman - 11681 hits
Buah Mentega - 10601 hits
Khasiat Lobak Putih - 9842 hits
Buah Kuning Telur @ kanistel - 9757 hits
Buah Markisa - 9739 hits
Buah Keriang Dot - 9690 hits
Khasiat Daun Sirih - 9651 hits
Rahsia Buah Delima - 9323 hits
Buah Kesusu - 9007 hits
Buah Berembang - 8472 hits
Petua Tradisional - 8061 hits