17 Feb, 2010

Pokok Buah apa ni ?

Posted by: admin In: @Doktor Pokok

Number of View :2349

pokok1

Ada sesiapa yang biasa tengok pokok di atas ni. Pokok ini mempunyai buah yang pernah saya lihat tetapi saya tidak pasti buah apa..

pokok11

Tidak pastilah buah tersebut boleh dimakan ataupun tidak.. Tetapi sekali pandang macam boleh makan je..

pokok111

Kalau ada sesiapa atau pembaca yang arif dan biasa melihat pokok ini, di harap dapatlah kongsikan di sini..

Related Posts with Thumbnails
Tags:

54 Responses to "Pokok Buah apa ni ?"

1 | ron

February 17th, 2010 at 2:41 pm

Avatar

saya pernah lihat pokok daun yang serupa seperti dalam gambar. tapi buah tak sama. mungkin dari spesis yang sama. pokok yg saya maksukan, buah boleh dimakan isinya. nipis. dua biji buah bersambung pada satu kelopak. ada juga isinya sangat tebal. lunak. sangat manis. bukan seperti dalam photo

2 | dolms

February 17th, 2010 at 2:50 pm

Avatar

Buah ni macam mata kucing brazil je, yang kat rumah saya buahnya warna hijau bila masak tukar warna kegelapan (coklat skit). Nanti saya check kat pokok saya samada buah merah tu putik buah atau pun pokok dalam gambar ini jenis lain..

3 | lek ceria

February 17th, 2010 at 2:58 pm

Avatar

saya rasa pernah lihat pokok ini….cuma namanya je x pasti…..tapi kalau tak silap saya batang pokok ini ada berduri….buahnya blh dimkn…

4 | syifa

February 17th, 2010 at 3:16 pm

Avatar

sedap ka,,..saya nak juga…
tak pernah tengok lagi buah ni..

5 | ejey hassan

February 17th, 2010 at 3:22 pm

Avatar

klu x silap org kelantan panggil buah terajang (bkn penendang tau!). Buahnya boleh dimakan, bila ranum bertukar kehitaman, rasanya sedikit kelat ttpi manis. bijinya mmg bersambung dua spt kata Ron.

Kulit batangnya diambil utuk dibuat shampoo atau sabun, akan mengeluarkan buih yg bnyak apabila dibasahkan dan digosokkan pada badan.

6 | yinna

February 17th, 2010 at 5:09 pm

Avatar

tgok daun dan pokok cam pokok longgan afrika. p buah yg merah 2 buah or bunga?

7 | rosli

February 18th, 2010 at 12:24 am

Avatar

mungkin biasa tengok pokok ni, tapi tak tahulah pulak pokok apa. tentang buahnya tu, tgklah klu binatang monyet ke burung makan buah tu, berkemungikinan besar boleh dimakan

8 | roseni

February 18th, 2010 at 12:54 am

Avatar

Salam buat semua,
Maaf tak dapat memberi apa-apa input.

9 | Mardu

February 18th, 2010 at 2:08 am

Avatar

Ini Pokok Mertajam kalau tidak silap.Pok ni buah dia kalau masak warna hitam.Buah ni boleh makan rasa dia kelas manis….

10 | jamilah

February 18th, 2010 at 2:45 am

Avatar

minta maaflah saya pun tak tahu pokok apa ini. ini first time saya tengok

11 | ahmadzul

February 18th, 2010 at 2:47 am

Avatar

nmpak mcm buah rokam..tapi tkde duri..yg ni mungkin pokok mertajam..daunnya orang tua2 boh ayag dan titik ke dlm mata..bagi mata cerah dan tak kabur..klau tak silap le..

12 | syahril

February 18th, 2010 at 3:27 am

Avatar

Buah ni kalau kat kampung saya, di panggil buah mertajam, boleh makan rasanya manis-manis kelat.

13 | maizura

February 18th, 2010 at 5:05 am

Avatar

Pokok apa erk? tak pernah jumpalah sebelum ni…klu dah dapat info bagitau ye nak juga “berkenalan” gan pokok niii

14 | wahob

February 18th, 2010 at 7:57 am

Avatar

adik beradik Mata Kuching Brazil. specis mata kuching

15 | joe

February 18th, 2010 at 9:14 am

Avatar

ini adalah pokok brazilian longan

16 | ziela

February 18th, 2010 at 11:38 am

Avatar

maaf sy pun x tahu pokok pe.baru prtama kali saya nmpak

17 | FRANCISCA CLEMENT

February 18th, 2010 at 3:19 pm

Avatar

Saya keliru dengan gambar pokok tu. Kalau buah pokok tu jenis yang berlendir macam gam, maka ia tidak boleh dimakan. Dalam erti kata lain ia adalah racun. Tetapi jika buah pokok tu macam pasir bila dihancurkan menggunakan jari, maka ia boleh dimakan. Tapi tunggu…jangan makan sembarangan. Kata moyang saya, kalau ada semut, bermakna ia boleh dimakan kalau tiada seekor semut pun yang datang bertandang, jangan andai-pandai nak makan. Walau bagaimanapun, untuk keselamatan, jangan lah makan buah pokok tu kecuali memang kita tahu ia boleh dimakan. Apa pun saya akan cuba dapatkan sumber tentang pokok ini. Terima kasih

18 | pakdaud

February 18th, 2010 at 6:16 pm

Avatar

Salam Fazli kalau di perhatikan susunan daun serta rating nya pokok ini tumbuhan liar di kawasan paya paya .Mirip pokok pernah saya lihat. waktu itu pokok belum musim berbuah tapi pada pandangan saya,ia nya tidak sesuai untok jadikan pokok teduhan sebab jika di perhatikan rimbunan daun nya yang hijau gelap cukup sesuai untok ular ular memburu mangsa mangsa nya.harap maaf kepada penanam nya.Maksud saya kalau hendak juga menanam pilih lah kawasan yang tempat anak anak tidak selalu bermain di kawasan tersebut .terima kasih.

19 | MaiTaiping

February 18th, 2010 at 8:12 pm

Avatar

Kalau tengokkan ranting dan daunnya ini buah Kasai. Banyak terdapat ditebung-tebing sungai. Sekarang dah banyak dijadikan tumbuhan untuk tujuan landscape. Nak pastikan ianya Kasai, kulitnya akan berubah hitam bila masak. isinya nipis tetapi manis. Pucuk muda nya sedikit kemerah-merahan.

20 | jentayubisu@yahoo.com

February 18th, 2010 at 8:46 pm

Avatar

Kalau betul buah mertajam ianya boleh dimakan, Daunnya dilumat campur bedak sejuk sapu dimuka boleh menghilangkan jeragat. Adik beradik buah keriang dot, keriang lada dan buah muyu.

21 | nick

February 19th, 2010 at 12:58 am

Avatar

saya tak tau ni buah apa .. tapi saya pasti ni bukan buah terajang …

22 | louserian

February 19th, 2010 at 1:14 am

Avatar

Nampak macam pokok yang hidup di kawasan tanah pasir. Kalau tak silap, pernah saya makan dahulu awal tujuh puluhan semasa latihan tentera di kawasan Tanjung Bidara Melaka..

23 | Razak

February 19th, 2010 at 1:41 am

Avatar

Salam Fazli, kalau tengok susunan daun dan buah macam pokok mertajam,terjam,terajang, nama saintifik Eriglossum rubiginosum, kalau pokok mertajam permukaan daunnya berbulu dan buahnya boleh dimakan. kegunaannya untuk melicinkan kulit muka,jerawat,jeragat dll.

24 | admin

February 19th, 2010 at 3:50 am

Avatar

Walau bagaimanapun, saya pasti ini bukan pokok kasai.. bunga dan daun dia lain sikit..

25 | mahadi

February 19th, 2010 at 3:53 am

Avatar

Ini bukan pokok mertajam/trajang/kasai(?) dan sesekali bukan longan Brazil. Longan Brazil tidak berwarna merah tetapi hijau walaupun ranum. Buah mertajam tidak berbentuk oval (atau bola ragbi) tetapi berbentuk lonjong (cylindrical) macam pil ubat. Kulit buah mertajam pulak licin berkilat sedangkan kulit buah dalam gambar ni kesat (matte). Kalau nak tengok, kedua jenis pokok ni terdapat di taman Mudun Cheras dan pokok mertajam pulak terdapat di Cheras Awana. (WWW.wikimapia.org)

26 | mfairy78

February 19th, 2010 at 6:32 am

Avatar

pokok ini satu family (Sapindaceae) dengan rambutan dan mungkin dalam genus litchi …sekian

27 | lestari

February 19th, 2010 at 7:25 am

Avatar

maaf ya, aku tak tahu buah apa, tapi kelihatanya bagus sekali dan tak dpt memberi input

28 | chah

February 19th, 2010 at 12:47 pm

Avatar

Setuju dgn mahadi…ini bukan buah mertajam/terajang.Buah dia memang ada iras2 tapi sikit2 je.Buah mertajam kecil & lebih lonjong …..bunga pun sangat berbeza……

29 | sabrina

February 21st, 2010 at 12:39 pm

Avatar

Pernah tengok tetapi warnanya buahnya tidak sama, boleh dimakan atau tidak saya tak pasti.

30 | faizan

February 22nd, 2010 at 2:30 am

Avatar

salam,ini rasa2 saya buah MERTAJAM.sedap gak makan waktu dia masak.kat umah saya dulu ada sepokok, tapi sekarang dah tebang.dah susah dah nak jumpa pokok ni.

31 | Mansor Zaki

February 22nd, 2010 at 4:12 am

Avatar

saya pernah tengok pokok ni. Biasanya d jadikan sebagai pokok hiasan/teduhan dikawasan perbandaran. Buahnya bila ia kering ia sangat keras dan dikatakan boleh dibuat ubat. Tapi tak ingat ubat apa tu. Untuk dimakan begitu saja, saya saya tak boleh.

32 | adi

February 22nd, 2010 at 6:52 am

Avatar

struktur daunnya macam pokok terajam, kelisa dan laici baka kacukan. tapi yang pastinya, ni bukan pokok terajam @ kelisa. cuma laici saya kurang pasti. sebab buah yang dalam gambar tu kecik lagi. kalau dah besar baru boleh pastikan. firasat saya mengatakan bahawa ni pokok laici sebab kat rumah saya ada sepohon. cuma baru peringkat belajar untuk berbunga. so, tak dptlah tengok buahnya yang masa kecik. buah yang besar banyak di jual kat pasar tani..

33 | azmi

February 22nd, 2010 at 6:55 am

Avatar

Pokok ini tumbuh meliar ditepi sungai dan kawasan belukar buah nye keras tidak boleh dimakan monyet pun x makan buah nih…ditempat saya pokok ni dikenali sebagai pokok bongor pokok ini cantik apabila musim berbunga mempunyai warna bunga yang bebeza mengikut spesis.

34 | Jack_bb3

February 23rd, 2010 at 4:34 am

Avatar

Ha sy tau..ni pokok buahnya warna merah pastu daunnya warna hijau…hihi Sorry lah x tau nmernyer..tp rse2 nyer pernah nmpak..

35 | farihah

February 24th, 2010 at 6:08 am

Avatar

sy mcm stuju dgn mansorzaki.pokok ni ditanam sbg pokok hiasan.kalo x silap sy die dr genus Bungor.maaf familynye sy x igt.

36 | asri

February 26th, 2010 at 5:18 pm

Avatar

Haaa…kalau nk tau ni la org kedah panggil buah mertajam. bila masak bewarna kehitaman dan mmg boleh di makan tapi rasanya manis campur kelat… Aku mmg ingat sangat pokok ni sebab dulu masa kecik aku pernah jatuh pokok ni … pokok dia tak berapa tinggi sangat tapi masa aku jatuh tu aku kecik lagi, tegeliat la jugak….

37 | Finds latest Episode for Free

February 27th, 2010 at 12:19 pm

Avatar

salam..pertama kali masuk laman web ni saya tertarik lah..semauanya mengenai tumbuhan…yg tak pernah saya tngk pun ada….

38 | nur

March 1st, 2010 at 2:40 am

Avatar

macam pokok buah sempi je..klu btl buah sempi buahnyer xblh mkn sebab klu makan gatal mulut dan kerongkong kita.blh bawa maut

39 | Fatir

March 2nd, 2010 at 2:46 am

Avatar

Itu bukan pokok buah. Pokok bunga daa.. X boleh makan nnt sakit perut.

40 | min

March 3rd, 2010 at 11:43 am

Avatar

pokok ni penah ada kt umah sewa saya..saya x tau nape dia tuan umah tu tanam…mesti pokok yg bule makan kan…depan umah pon sama gak…ada sepokok…nk berbunga jenuh gakk…setaun pon payah..last tebang je lahh

41 | Raja Mazlan Sahdan

March 4th, 2010 at 4:13 am

Avatar

Salam. Pokok tu dikenali sebagai Longan Brazil. Putik nya merah tetapi bila ia membesar jadi hijau. Bila masak, ia masih kehijauan. Kadang-kala kulit buahnya retak/pecah apabila terlalu panas. Pada dalam kulit seakan ada lapisan seakan berbulu/span. Isi nya semacam rambutan, longkah dan tebal. Manis bila cukup masak, tetapi tidak pernah masam. Buah nya agak sebesar bola pingpong. Sedap juga untuk di makan. Berbuah sepanjang tahun.

42 | ahmadsaad

March 31st, 2010 at 12:37 pm

Avatar

Nak dikatakan mata kucing brazil, buahnya pula tidak warna hijau waktu muda dan cokelat bila dah masak. Jika mertajam buahnya biasa lonjong tajam, tp ini tidak. Wallahu alam.

43 | Lope

June 14th, 2010 at 11:41 pm

Avatar

Salam,
Sekiranya saya tidak silap, pokok ini namanya “KASAI” banyak terdapat di tepi-tepi sungai (dulu) pokok ini agak besar. Sekitar tahun tujuh puluhan semasa usia saya belasan, Ketika musim kasai saya dan rakan-rakan tidak melepaskan peluang memetik (baca mencatas dahan) dan memakan buah ini. Berbau wangi dan isinya nipis dan melekat pada bijinya. Berwarna merah gelap bentuk bujur. Oh ya saya tinggal waktu itu di penempatan felda (Bentong-Raub)

44 | jack

July 28th, 2010 at 8:05 am

Avatar

saya amat yakin ianya BUKAN BUAH MERTAJAM…..

45 | Ezzy

October 22nd, 2010 at 1:43 pm

Avatar

rumah aku ada pokok nie ,tapi buah dia hijau isi tebal cam laici tapi kulit dier licin kesat dan tipis ,aku panggil dier laici hutan (hantam saje) nama botani dier kena tanya kat mardi dier pasti tau.sangat manis apabila masak burung dan tupai turut suka,apalagi ulat memang rumah dier laa………

46 | izman

October 23rd, 2010 at 12:54 pm

Avatar

Pokok ni ada dijual kat pasar tani,saya ada beli sepokok tapi mati sebab alah dengan air banjir…..penjual tu kata nama pokok ni Laici Indonesia@Brazil…..wallahu allam…

47 | halimaton

October 27th, 2010 at 3:07 am

Avatar

Assalamualaikum,
Rupa pokoknya macam longan brazil, buahnya boleh dimakan.

48 | tiara

October 27th, 2010 at 1:04 pm

Avatar

bunga locing mcm mana rupa nye????????

49 | alias

November 3rd, 2010 at 1:37 pm

Avatar

tak pasti bauh ape..sy pernah tgk banyak tanam sebagai landkap…kalau boleh makan..nak cuba rasa juga..

50 | sabarudin

December 4th, 2010 at 3:53 pm

Avatar

label disini longan brazil, entah oleh siapa. sebenarnya itulah buah matoa. asal dari papua, indonesia. ada 2 jenis: matoa kelapa dan matoa lembek. matoa kelapa menjadi pilihan kerana isinya pejal tidak terlalu berjus. matoa kelapa ada 3 jenis: 1] hijau, 2] kuning & 3] merah. 2-3 tahun usia berbuah. july-august musim berbunga. nov-feb berbuah. di indonesia sudah terkenal digemari penduduk.

51 | rubie

December 11th, 2010 at 11:55 am

Avatar

xpernh tengok..inilah kali pertama …sy tahu.nama..buah mertajam ler longn brazil ler…..dan mcm2 nama herba….dan kegunaan herba…..mcm2 tuhn ciptakn utk kita kan..

52 | jawaz

December 19th, 2010 at 1:40 pm

Avatar

pokok ni saya ada tanam kat depan rumah saya,tanam 3 tahun je dah berbuah.Orang jual pokok tu kata pokok mata kucing brazil,buahnya saiz bola ping pong dan isinya tebal,rasanya sedap

53 | zafirah

February 28th, 2011 at 1:59 pm

Avatar

ni pokok mertajam.kat depan umah tok saya ada pokok ni.buah dia hitam ada,merah pun ada.rasa dia kelat

54 | saya

April 12th, 2011 at 4:28 am

Avatar

Originally Posted By jawazpokok ni saya ada tanam kat depan rumah saya,tanam 3 tahun je dah berbuah.Orang jual pokok tu kata pokok mata kucing brazil,buahnya saiz bola ping pong dan isinya tebal,rasanya sedap

@jawaz -

salam, takde jual anak pokok tut ker?…dok area mana?

Comment Form

Categories

Hari ini & Semalam

About

Blog ini hanyalah artikel semata-mata. Ianya di ambil dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan hati mengenai artikel ini haraplah diberi komen dan cadangan. Di harap sedikit-sebanyak blog ini dapat memberi pengetahuan kepada anda yang berminat dalam bidang tumbuh-tumbuhan, landskap, herba dan bidang pertanian.

Klik Like!! Sertai Saya di FaceBook!!

Download Percuma Pelan Bisnes !!

Artikel Paling Popular Tahun 2011