07 Feb, 2010

Ubi itik, ubi badak dan Ubi sarek

Posted by: admin In: @Ubi

ubi-badak
Artikel kali ini, saya tertarik dengan kepelbagaian jenis ubi yang terdapat di Malaysia. Mungkin generasi baru kebanyakkannya hanya mengenali  ubi kayu dan keledek sahaja. Begitu jugalah saya. Rupa-rupanya banyak jenis lagi ubi yang saya tidak kenali seperti ubi itik, ubi badak, ubi sarek, ubi torak, ubi kemili, ubi pujut, ubi kasong dan mungkin ada lain jenis ubi yang saya tidak sebut disini. Sebelum ini, saya hanya mengenali ubi kemili sahaja kerana ia pernah ditanam oleh arwah tok saya.
ubi-itik

Tahun lepas, saya berkesempatan mengenali 3 jenis ubi yang di bawa balik daripada Kelantan oleh bos saya. Memang unik dari segi rupanya. Dari segi luaran saya dah lihat tetapi rasa isi dalamnya belum berkesempatan lagi. Kalau mengikut rujukan, ubi badak ini ada 2 jenis iaitu warna putih dan ungu. Ubi ini dikatakan memang popular di Kelantan. Baru-baru ini ada kajian penghasilan tepung dari ubi badak oleh sekumpulan penyelidik sebagai satu alternatif  penggunaan tepung gandum.

Mengenai Ubi itik pula saya tidak mempunyai banyak info tentangnya. Mungkin anda ada cerita di sebalik ubi itik ini..

ubi-sarek

Mengenai Ubi sarek pula, ia dikatakan digunakan sebagai campuran dalam bubur “asyura” pada bulan Muharram. Selain itu, ubi ini boleh dibuat pengat, direbus dan sebagainya.

Setakat ini sahaja saya dapat berkongsi mengenai 3 jenis ubi yang unik ini. Jika anda ada mengenai info mengenai ubi ini, silalah kongsikan di sini. Atau anda pernah melihat ubi yang lain dari yang lain selain dari ubi di atas, bolehlah kirimkan gambar kepada saya.. Boleh kita kongsikan bersama…

Related Posts with ThumbnailsNumber of View :6215

68 Responses to "Ubi itik, ubi badak dan Ubi sarek"

1 | wend

February 7th, 2010 at 11:35 pm

Avatar

Tak pernah jumpa ubi2 ni apatah lagi kalau makan.

2 | rosli

February 7th, 2010 at 11:55 pm

Avatar

salam, memang pelik sikit tgk ubi ni. ni pengetahuan yang baru. terima kasih kerana berkongsi maklumat. Ini baru pertama kali saya lihat ubi ni.

3 | zaliha

February 8th, 2010 at 12:09 am

Avatar

Assalamualaikum Wm. Wb. Di sini sedikit maklumat dari saya. Memang di negara kita banyak jenis ubi, kadang-kadang ada yang tidak pernah dengar namanya. Bagi saya di Kuala Terengganu (kampung saya) ubi badak dipanggil ubi besar atau ubi nasi, memang enak rasanya, kupas kulitnya dan direbus, begitu juga dengan ubi itik dipanggil juga ubi torak, direbus bersama kulit. Ubi sarek setakat ini tidak pernah lagi saya lihat. Terima kasih kerana sentiasa menghantar maklumat-maklumat berguna.

4 | mieza

February 8th, 2010 at 12:10 am

Avatar

Mak & Arwah Abah saya berasal dari Kelantan, tp kami telah lama menetap di Pahang.. Jadi ubi2 yang disebut di atas memang saya pernah tengok & rase kecuali ibu sarek, pernah dengar nama tp x pernah mengenali. Ubi badak yang berwarna ungu mak saya selalu buat kuih talam. ubi badak putih lebih sedap direbus dah dimakan dengan kepala parut atau dicicah gula sahaja. begitu juga dgn ubi itik. tetapi saya tidak berapa menggemari ubi ini kerana ada kalanya ada sedikit rasa pahit & ubinya seperti berurat sedikit. kalau di Kelantan, ubi kemili dikenali sebagai ubi keling. Ubi keling ni, memang sedap, rasenya lemak manis bila direbus dengan sedikit garam. Mak sedara saya pernah jugak membuat masak lemak kuning siput sedut dicampur dengan ibu keling ini.

5 | Sabaruddin

February 8th, 2010 at 12:55 am

Avatar

Menarik tentang ubi nih, kalau ada sesiapa yang mempunyai benih ubi seperti diatas ( ubi sarek, ubi itik, ubi badak putih ) boleh hubungi saya atas sebab saya suka menyimpan koleksi ubi…yang saya dah ada hanya ubi badak ungu dan ubi ara….tahniah fazli atas inisetif anda dalam memperkenalkan generasi sekarang pada tumbuhan yang jarang ditemui ini….

6 | Temuk

February 8th, 2010 at 1:20 am

Avatar

Sdr Fazli, thanks for sharing. You are doing a great job! Maklumat tentang ubi yg ’susah dicari susah didapati’ ini sangat bermanfaat.
Boleh tak saya cadangkan sdr adakan satu format yg standard bagi setiap paparan (contoh, dlm bentuk jadual) di mana dinyatakan maklumat asas, antaranya: Nama tumbuhan, Nama saintifik, Jenis/Klasifikasi (spt Buah Nadir, Rizom, Renek, Herba, & seumpamanya), Warna, Khasiat, Di mana diperolehi, Maklumat lain …. Jadi, setiap kali ada paparan, maklumat asas yg standard tu ada (kalau maklumat berkaitan tertentu tak ada, tinggalkanlah kosong).
Ini cadangan sahaja. Yg sdra lakukan pun sudah cukup baik & informatif. Salam bahagia.

7 | roseni

February 8th, 2010 at 1:22 am

Avatar

Salam buat semua,

Tak pernah dengar , tengok jauh sekali.

Kementerian yang berkaitan should take initiative to introduce and promote all this local fruits for our knowledge and much more.

8 | matju

February 8th, 2010 at 2:11 am

Avatar

kalau saya tak silap, ubi sarek ni batangnya warna hijau calit kuning, daunnya macam daun betik, tinggi pokok dalam paras pinggang je
kalau nak beli ubi2 ni kena rajin2 le pergi ke pekan sehari, kalau kat lipis/raub masih banyak orang2 lama yang jual ubi ni, melainkan ubi sarek je sebab boleh dikatakan dia tumbuh bermusim

9 | Mansor Zaki

February 8th, 2010 at 5:06 am

Avatar

Di Pantai Timur terutama di Kelantan memang biasa dengan ubi-ubi ini. Biasanya dimakan direbus dan dicicah dengan gula pasir kecuali ubi sarek yang biasa dibuat pengat. Rasanya sungguh enak. Pokok ubi sarek sekarang ada yang tanam sebagai pokok bunga kerana pokoknya yang agak cantik.

10 | hana christianus

February 8th, 2010 at 5:32 am

Avatar

Pelik saya melihat ubi ini.saya belum pernah melihatnya.kat melaka ini,ada tak dijual ubi macam ni.terima kasih atas info ini.

11 | lek ceria

February 8th, 2010 at 5:33 am

Avatar

tq saudara…..nama ubi ini pernah saya dengar tapi x pernah tengok ini kali pertama saya tengao wajah ubi sarek …..klu ubi kemili pernah saya taman masa muda dulu kt kg….

12 | Nor Haslinda...

February 8th, 2010 at 6:52 am

Avatar

ubinya dah tengok…tapi pokoknya macamana pula rupanya agaknya ye?

13 | F4

February 8th, 2010 at 7:22 am

Avatar

terima ksh krn brkongsi mklumt ini…saya snang dgn info2 dr saudara..jenis2 ubi ne bru saya tau..sblum ne saya cma knal dgn ubi spt kledek,kayu dan kntang shj..

14 | mimie

February 8th, 2010 at 8:25 am

Avatar

terima kasih atas info ni,saya tak pernah tengok jenis ubi mcm ni.

15 | mohamed ali

February 8th, 2010 at 8:44 am

Avatar

terima kasih atas info ini. Saya setakat ni hanya tau ubi kayu dan ubi kentang sahaja.Rupanya banyak lagi spesis ubi di negara kita

16 | jamilah

February 8th, 2010 at 9:02 am

Avatar

terima kasih. Saya baru kali pertama tengok ubi ini.

17 | wahob

February 8th, 2010 at 12:32 pm

Avatar

tq, ubi Jaga je saya tahu!!!!!…

18 | sabrina

February 8th, 2010 at 12:44 pm

Avatar

assalamualaikum atas info jenis2 ubi ni fazlisham, jujur saya katakan saya tak pernah mengenali ubi-ubi ini sebelum ini dan saya amat tertarik dengan rupa bentuknya dan ceritanaya. Apa2 pun terima kasih dan sekiranya ada sebarang info lain bolehlah dikongsikan bersama kerana saya tak pernah merasa bosan dengan tumbuh-tumbuhan.

19 | aris

February 8th, 2010 at 1:04 pm

Avatar

t.kasih …. memang molek … cadangan saya sepatutnya yang berkenaan harus komersialkan jenis-jenis ubi ini …. diantara langkah awal yang berkenaan harus menyediakan ubi-ubi ini didalam menu makanan, terutama hotel-hotel …. jangan biarkan pewaris jenerasi akan datang tidak lagi mengenalinya…. inilah makanan nenek moyang kita dulu … juga pihak yang berkenaan buat penyelidikan akan kelebihan ubi ini, jangan asyik selidik tongkat ali saya …..

20 | Hj Ahmad

February 8th, 2010 at 1:33 pm

Avatar

Terima kasih. Info ini amat menarik. Teruskan.

21 | yinna

February 8th, 2010 at 2:10 pm

Avatar

slm. sya pnh mkn ubi ni, p x pasti ubi itik or ubi badak. cz kalo tgok gmbr cm sama je. p isinya wrn putih. kulitnya kalo dikupas da warna ungu dan berlendir. kat tempat saya panggil ubi buluh.

22 | chah

February 8th, 2010 at 4:59 pm

Avatar

ada la jg bbrapa jenis ubi yg sy tau spt ubi keladi yg bleh mkn mentah(wat kerabu) ubi lekir(bkn Hang Lekir tau..)ubi gadung & ubi tum(mcm ubi kentang tp pokoknya memanjat & ubinya bergayut mcm buah rock melon)…….tp tu la,seulu-ulu sy…sy x penah tgk ubi sarek….so,tq lah ada info cenggini…

23 | mahadi

February 8th, 2010 at 5:47 pm

Avatar

pokok sarek ni sejenis keladi tapi batangnya satu saja, daunnya macam daun betik lebihkurangnya. tinggi tak lebih satu meter. Bunga sarek ni besar, tapi kecik sikit dari raflesia. berbau busuk macam bangkai bagi mengajak serangga datang mengambil pollen (?). Ubinya amat sedap dibuat pengat. Tapi awas. Ada pokok yang serupa dgn nya tapi beracun!!!

24 | mahadi

February 8th, 2010 at 5:58 pm

Avatar

Lupa nak introduce dua lagi jenis ubi yg amat jarang kita dengar..ubi gadung dan ubi kaso. Ubi ini jenis liar yang beracun. hanya selepas racun dinyahkan melalui rendaman diair yang mengalir beberapa hari baru boleh dimakan.

Anehnya : Ubi badak dan ubi itik biasanya berisi didalam tanah. tapi keduanya juga boleh berisi diatas para..ie secara bergantungan macam buah labu. tapi ia kecik saja ..sebesar ibu jari kaki saja. Yang besar masih yang didalam tanah.

25 | daudjaafar

February 8th, 2010 at 7:27 pm

Avatar

Terima kasih kerana mengantar gambar ubi ubi tersebut .Apa pun dulu sekitar tahun 60 an ubi ubi tersebut memang mendapat sambutan di kalangan penduduk terutama dikampong kampong pendalaman olih sebab untok menanam nya memerlukan kawasan yang khusus untok nya maka pengemar nya kian menurun.demi perbandingan antara makan pagi nasi lemak dan ubi ubi tersebut pada pendapat saya ubi lah yang terlebih baik terutama ubi badak.cadangan saya tuan bolih lah mesyorkan pada petani agar ubi tersebut di komesikan secara meluas.perbandiangan ubi dan padi ada kelebihan nya terutama ubi tidak menggunakan air yang banyak.terima kasih.

26 | Zam

February 8th, 2010 at 11:16 pm

Avatar

adusss ubis sarek tak pernah tengok nih….tq info

27 | Dedaun Alam

February 9th, 2010 at 2:58 am

Avatar

Slm en fazli, saya jg seorg peminat tumbuhan ni.Dlm blog saya ada n3 mgenai ubi2 tersebut.Nk tgk ubi2 yg en fazli sebutkan tu, sila jln2 ke blog saya.Tq.

28 | Dedaun Alam

February 9th, 2010 at 3:24 am

Avatar

Ubi yg en mahadi maksudkan tu adlah ubi lekir. Ia sama bentuk dgn ubi sarek tetapi bbeza dr corak batangnya. Ubi lekir mmg x blh dimakan krn blh menyebabkan kegatalan yg melampau.

29 | azie

February 9th, 2010 at 4:02 am

Avatar

tq ats info yg dberikan.cukup menarik,ubi badak sy pernah makan,sedap rasa macam keladi pun ada tu yg wane ungu,putih dan yg lelain xpenah tgk.tahniah ats usaha saudara mperknlkan tmbuhan yg tak sume org tau.

30 | yati

February 9th, 2010 at 4:24 am

Avatar

Tq di atas info yang menarik. Saya tak pernah dgar nama ubi tu di penang. Ubi kemili adalah…

31 | mohamed hashim

February 9th, 2010 at 10:49 am

Avatar

sdr,

Macaman rupa pokok2nya?

32 | mazfaizal

February 10th, 2010 at 12:22 am

Avatar

tak pernah tgk n dgr psl ubi nih…kat maner nak dapat eik…

33 | zainap

February 10th, 2010 at 2:34 pm

Avatar

Saya baru pernah nampak ubi sarek, dan ubi itik. Ubi badak tu mungkin sama dengan ubi di tempat saya yang dipanggil ubi belayar. Ubi ini berwarna ungu dan sedap rasanya kalau dibubur.

34 | hadi

February 11th, 2010 at 5:57 am

Avatar

nak tanya, ubi gadung spesis lain ke?

35 | nooraini ahmad

February 12th, 2010 at 9:45 am

Avatar

alahai kurangnya ilmu pasal ubi. bagus sgt ada blog camni. teruskan kajian n kongc ilmu ngan sume org. tkasih byk2

36 | anoynimous

February 12th, 2010 at 1:07 pm

Avatar

oo…baru tau nama semua ubi-ubi ni. selama ni makan je.. hehe

37 | kamal

February 13th, 2010 at 1:07 pm

Avatar

ubi sarek ni,ada kat umah mak saya di kel.ubi ini sangat sedap dibuat pengat.Dan pokok ubi sarek sangat besar…

38 | ejey hassan

February 16th, 2010 at 4:22 am

Avatar

salam,
info2 mengenai ubi itik dan ubi badak rasanya mencukupi.
Untuk pengetahuan, ubi sarek adalah sejenis ubi yang unik.. pokok nya bukan seperti pokok2 ubi biasa tetapi mempunyai batang hijau bertompok2 putih, pada bahagian atasnya baru bercabang 2 atau 3 dan mempunyai daun seakan daun betik. Awas! getahnya gatal seperti keladi. Pada musim kemarau yang kemudiannya diikuti hujan kali pertama (sekitar Mac - April) pokok sarek akan tumbuh dan membesar sehingga ketinggiannya mencecah 5 ke 7 kaki. Setelah beberapa bulan pokoknya mengering dan “mupus”. Waktu inilah elok digali kerana ubunya agak besar.
Sewaktu musim kemarau, sarek akan mengeluarkan bunga yang hanya muncul dari tanah tanpa pokok. Bunga sebesar penumbuk, warna coklat keperangan dan mengeluarkan bau busuk seperti perut ikan serta dihurungi langau dan lalat.
Ubi sarek ini banyak tumbuh meliar di kawasan tepi tepi hutan dan perkampungan.
Ubinya amat sedap kalau dibuat pengat.

39 | sabri b hamzah

February 16th, 2010 at 5:01 am

Avatar

ubi itik payah untuk menjadi empuk bila direbus. jadi ubi itik kena ditoreh dahulu sebelum direbus supaya ia menjadi empuk. pokok hidup menjalar dgn batang berduri. daun 3-4 cm lebar bentuk seperti daun sirih.penanaman memerlukan batas dan kayu pancang untuk pokok menjalar. satu lg ubi yg sedap dan jarang kedapatan ialah ubi ara atau ubi gadong. ubi cuma dapat dimakan setahun sekali itu pun setelah melalui peroses yg agak rumit.ia dikukus dan dimakan bersama kelapa parut.

40 | admin

February 16th, 2010 at 12:46 pm

Avatar

Terima Kasih.. Info yg menarik tentang ubi sarek..

41 | nor

February 18th, 2010 at 4:23 am

Avatar

di kampung kami dah biasa dgn ubi2 spt ni. selain dari ubi itik, badak n sarek ada lg yg ssh nk jumpa kat KL atau tempat lain spt gadong, berbagai warna ubi keledek n ubi kemili. ubi itik, badak n sarek boleh dimakan dgn direbus camtu je cicah kelapa, sambal n ikan masin spt ubi kayu. Juga boleh dibuat sayur, pengat, sira dan kerepek. kerepek sarek blh dipelbagaikan spt kerepek masin, manis, pedas spt kerepek ubi kayu. pokok ubi bdk n itik ni jenis menjalar dan pokok ubi sarek spt keladi, awas dgn getahnya. cantik dijadikan perhiasan pasu tp busuk bunganya.

sy jg menyarankan kpd pemilik blog untuk mendptkan pelbagai kacang yg terdpt di kelantan. contoh..kacang pol yg blh direbus spt kacang kuda tp tak pernah lihat di negeri lain.

42 | debe

February 22nd, 2010 at 8:41 am

Avatar

kalu nak ubi ubi tu mai jupa den kecuali ubi sarek,den ada tanam di upm serdang.ubi sarek tu tak boleh makan cam tu je ,gatal. den panggil keladi sarek sebab btg dia mcm btg keladi.ubi badak kalau di buat pengat fuhhh sedap

43 | azrul hizan

February 22nd, 2010 at 3:25 pm

Avatar

akum

d cni ubi badak di kenali sbgi ubi gadong..sesetgh org pggl ubi ni ubi tiang..sdp dibuat pengat..bnyk tumbuh kat dlm dusun sya..ubi sarek tu sya x igt nama ia..dulu ubi ni cukup sng nk cri kat cni..tp skrg ckp sukar utk mnjumpai ubi ni..

44 | admin

February 25th, 2010 at 12:22 pm

Avatar

Kat mana boleh jumpa.. boleh juga den datang tengok…

45 | nazri

February 27th, 2010 at 11:51 am

Avatar

Di tempat saya ubi badak ini mungkin dipanggil ubi jabit.
Pokoknya jenis menjalar, banyak tumbuh liar di tepi-tepi sungai.
Masa saya kecil dulu selalu juga makan pada waktu petang cecah ikan masin.

46 | lloni

March 6th, 2010 at 5:04 pm

Avatar

ha itulah…negeri kelantan memang kaya dgn hasil mahsyulnya…bermacam ubi ada..ubi yg isinya berwarna ungu tu dinamakan ubi keludup. Orang kelantan panggil ubi keledek itu ialah ubi stelo. Ubi stelo ada 2-3 jenis termasulah yg isinya berwarna mcm carrot. Ubi tarok itu sebenarnya dieja ubi tok rok (dlm bahasa baku maksud dia tidak larat sebab berat). Manakala ubi keledek itu dirujuk kepada ubi keladi. Pokok saghek seakan sama dgn pokok lekir cuma warna tompok pokok lekir itu lebih hijau manakal pokok saghek ‘panau’ dia lebih cerah. (note:loghat kelantan ni susah sikit kalau ditulis ikut tulisan baku nanti bunyi dia tak sama)

47 | lloni

March 6th, 2010 at 5:11 pm

Avatar

azrul hizan…saya ingat pengenalan awak pasal ubi gadong salah…ubi badak ialah ubi badaklah tak sama dgn ubi gadong…mungkin awak tidak tahu untuk kita boleh memakan ubi gadong..kita perlu mengairi ubi tersebut setelah dihiris nipis selama 1 ke 3 hari di sungai atau taliair yang mengalir..sebab getah dia boleh menyebabkan keracunan…kita panggil ‘mabuk gadong’

48 | Ton

April 19th, 2010 at 3:55 am

Avatar

Saya pernah makan ubi badak, kawan sepejabat bawa balik dari Kelantan. Malah saya bawa balik kampong di Malaka beri pada emak saudara untuk tanam. Nampaknya subur menjadi.

49 | milah

May 19th, 2010 at 7:03 am

Avatar

Ubi itik amat sedap dibuat pengat…… tp ia bermusim jugak.
Ubi sarek tak penah dengar, tp ubi gadong yg beracun tu sedap bila dah nyahkan racun dan parut dan kukus dan makan dengan kelapa parut… fffuuuhhh

50 | Nie

June 8th, 2010 at 1:38 pm

Avatar

Sy suka info ni… kat kelantan, ubi tersebut famous… Ubi kemili di kenali ubi keling. Biasa dijual mentah dan ada juga siap rebus (ubi keling & ubi itik). Rebus bersama kulitnya…. Ubi Badak@ Ubi Besar dan ubi sarek pulak dimasak pengat, sedap….atau pun dimasak Sira, tapi masuk sedikit santan pekat (secawan)+Gula melaka/manisan, masak sehingga empuk dan hampir kering/melekit air sira… sedappp…

51 | sar

June 23rd, 2010 at 3:30 am

Avatar

saya suka sangat ubi itik yang dikenali dengan nama ubi torok.tetapai yang jenis dan bentuk panjang dan lurus pula dinamakan ubi telunjuk

52 | khairudin

July 16th, 2010 at 8:01 am

Avatar

ubi badak ? ada badak ke kat situ he hehe….
ni dak dekat nak puasakan.kalau tak caya beli le ubi badak yg warna unggu buat masak pengat makan masa berbuka gerenti anda tak sanggup nak tinggalkan mangkuk dan sudu. masa saya kecik-keci dulu mak saya selalu buat…………kecur air liurrrrrr

53 | fadli

August 16th, 2010 at 2:25 am

Avatar

askum.blh brknalan…..???
sy ni fadli,tnggl kat terengganu…
lau nk bknalan mai larw jmpa sya d terengganu larw….

54 | wanie

August 16th, 2010 at 2:26 am

Avatar

askum, klau nak makan ubi ni dtang lah kt klantan

55 | sexy

October 17th, 2010 at 9:47 am

Avatar

ubi itik drebus, kulitny dtarik, ada mcm tali2/bintik2. dlmny gebu mulus. ubi gadung kena remdam dlm sungai utk buang racunny. drebus n dgaul klapa parut. kenyal. ubi2 lain tak muat sexy nk tulis kt sini. yg pasti ubi dmkn ktika musim hjn/tgkujuh b= air kopi yg arwah nenek bancuhkn.

56 | adam

January 10th, 2011 at 8:39 am

Avatar

Ubi torak ada kat kampung saya. Sedap buat masak gulai.

57 | Muhamad Rizal

February 10th, 2011 at 6:59 am

Avatar

ubi gadong kalau x salah mak saya guna untuk buat bedak sejuk@mahadi -

58 | anakdesa

February 23rd, 2011 at 5:03 am

Avatar

Ubi itik dan ubi torak mempunyai rupa paras yang hampir serupa kecuali perbezaan bentuknya. Ubi itik tidak mempunyai bentuk yang khusus dan tak berapa cantik sementara ubi torak pula bentuk bujur memanjang seakan-akan bentuk timun.
Dari segi rasa, ubi itik lebih sedap berbanding ubi torak yang agak tawar. Ubi torak lebih sesuai untuk masakan shj. Jadi, berhati-hati kalau membeli. Jangan sampai terpedaya dengan ‘rupa dan bentuk badannya’ tetapi rasanya mengecewakan terutamanya kalau nak dimakan-rebus shj.
Tentang ubi badak pula, ada sesiapa tak yang pernah makan gulai udang dengan ubi badak (instead of ubi kentang). Peerrrgh… wa cakap luu…nostalgia betul le. Arwah moyang saya pandai buat tu. Tapi guna ubi badak yang putih je le, yang ungu nanti lain pulak jadi warna gulai tu.

59 | romieosman

March 16th, 2011 at 1:35 am

Avatar

Salam. Ubi itik & ubi badak boleh dibeli di pasar minggu Pantai Dalam (Penjual dari Kelantan). Biasanya dalam Disember ke Mac sahaja musimnya. Ubi torak sekarang ni kurang orang menanam, jadi susah sikit. Ubi sarek biasanya tumbuh meliar, orang jarang menanamnya.

60 | amaline

April 19th, 2011 at 10:42 am

Avatar

salam admin..ubi sarek ni tak famous sangat kat malaysia tapi di jepun,mereka tanam beratus hektar pokok ubi sarek untuk dijadikan makanan ringan..di jepun pokok ini di panggil ‘konyaku’..
saya sgt terkilan kerana kita tak manfaatkan apa yang kita ada,ubi ni sgt gatal tetapi teknologi boleh mngubahnya..
di jepun mereka akan kisar isi ubi ini dan di campur dgn sejenis bahan (sy terlupa,nt update semula) lepas tu dimasak..
maka terhasillah konyaku,ianya jernih..kenyal dan berketul seperti cincau cuma warnanya putih,jepun juga menggunakan konyaku sebagai sumber gelatin dalam penghasilan jeli dan gula-gula.
saya sgt kecewa apabila diberitahu bahawa benih pokok sarek ini dibawa ke jepun dari malaysia,indonesia dan thailand.

61 | amaline

April 19th, 2011 at 10:48 am

Avatar

admin,di negara kita pokok ini dibiarkan terbiar sahaja.kalau guna pun just utk buat pengat sekali sekala..tu pun kalau orang tua yang masakkan.Untuk pengetahuan admin,petani jepun terpaksa tanam pokok ini selama 3 tahun sebelum boleh di tuai kerana mereka lalui musim sejuk..bila winter,mereka terpaksa gali ubi ni dan simpan dalam gudang sehingga habis winter dan tanam semula..sedangkan kita negara yang tropika ni buat tak tau je dgn khazanah yang kita ada.

bila saya beritahu rakan sepejabat,keluarga mahupun kenalan yang ubi ni sangat berguna dan sedap,meraka hanya gelak dan berasa ragu takut beracun..saya sangat kecewa..ilmu yang ada dipersia

62 | amaline

April 19th, 2011 at 10:53 am

Avatar

This is how to make Konnyaku from Konnyaku potatoes

Konnyaku is made from Konnyaku potatoes and calcium hydroxide extracted from egg shells. Firstly, wash the Konnyaku potatoes and cut them into pieces. Then, dry them and mill them into flour. Then, pour the Konnyaku flour into water and stir. Then add the calcium hydroxide or calcinated eggshell’s calcium to it. After forming the shapes, boil them and it is finished. It has been made in this way for 1500 years in Japan.

63 | mohd zukri bin mohd ramli

May 11th, 2011 at 7:36 am

Avatar

bagi saya nama jenis ubi yang banyak tu, kekadang adalah jenis yang sama cuma nama sebutan setempat yang meyebabkan nama jenis -jenis ubi ini terlalu banyak walhal cuma ada beberapa jenis yang betul-betul ujud yang lain-lain cuma nama sebutan setempat sahaja. contoh, ubi kemili, juga di sebut sebagai ubi keling di tempat saya di raub,pahang, adalah lebih baik kita mengenali jenis ubi ini dengan nama sainstifiknya.

64 | Mohamad Sayuth

May 18th, 2011 at 3:33 am

Avatar

Keluarga saya dari Johor mengenali ubi bada sebagai ubi torak. Ubi ini boleh ditanam dari cebisan ubi yang telah digali. Ditepi pagar rumah saya 2 pokok jenis ungu dan 1 pokok jenis putih sedang tumbuh. Daunnya seakan-akan daun sireh lebih lebar lagi, yang pitih daunnya hijau tapi yang ungu ada jalur ungu pada urat daun. ubi yang lalu sebesar buah temikai kuning honeydew bulat tanpa cabang. Boleh direbus, goreng, pengat atau bubur. Rasanya lemak dan yang ada alahan akan rasa sedikit menggigit ditekak.

65 | aina

July 28th, 2011 at 11:38 pm

Avatar

Originally Posted By miezaMak & Arwah Abah saya berasal dari Kelantan, tp kami telah lama menetap di Pahang.. Jadi ubi2 yang disebut di atas memang saya pernah tengok & rase kecuali ibu sarek, pernah dengar nama tp x pernah mengenali. Ubi badak yang berwarna ungu mak saya selalu buat kuih talam. ubi badak putih lebih sedap direbus dah dimakan dengan kepala parut atau dicicah gula sahaja. begitu juga dgn ubi itik. tetapi saya tidak berapa menggemari ubi ini kerana ada kalanya ada sedikit rasa pahit & ubinya seperti berurat sedikit. kalau di Kelantan, ubi kemili dikenali sebagai ubi keling. Ubi keling ni, memang sedap, rasenya lemak manis bila direbus dengan sedikit garam. Mak sedara saya pernah jugak membuat masak lemak kuning siput sedut dicampur dengan ibu keling ini.

66 | Lavendar Rhea Hana

September 30th, 2011 at 6:05 pm

Avatar

Sesiapa pernah tgk bunga pokok ubi badak tak?kalo ada mohon kongsi info dan gambar..saya sedang jalankan kajian anatomi dan morfologi species ubi tersebut.hampir selesai dah.tapi perlukan info tambahan tentang bunga tersebut sbb pokok yang saya tanam tak mengeluarkan bunga. Tapi based on reference ada disebut pasal bunga ubi badak.harap2 kajian sy nt akan berguna utk kajian lebi mendalam berkenaan ubi ini.terima kasih :D

67 | nnisa

February 9th, 2012 at 4:44 pm

Avatar

Mungkin pada yang mengetahui ada ubi dipanggil ubi larut. Panjang2 macam carrot, puti bagai lobak putih, dimakan orang selepas direbus… Ini ubat untuk batu karang dan dengarnya hapuskan tanda2 awal kanser. wallahualam

68 | Segalanya Tentang Tumbuhan… » Blog Archive » Ubi Itik

April 22nd, 2012 at 2:49 pm

Avatar

[...] penduduk di kawasan pantai timur, ubi itik memang tidak asing lagi. Sebelum ini saya pernah menulis artikel pendek mengenai ubi ini dan ramai yang rasa baru pertama kali melihatnya dan ada juga yang hairan dengan rupanya yang [...]

Comment Form

Categories

Hari ini & Semalam

BlogMalaysia.com


  • rosmpkmn: dulu masa kecik2 biasa jugak petik terung ni. bnyk tumbuh melata kt kampung. bila petik kne jaga bulu2 halus pd terung ni, bila terkena kulit akn meny
  • djali: @admin - salam, buah mukyu tu macam buah keriang acheh.. tapi dia tu besar sikit. rasa nya ada yg masa
  • rose: senduduk putih hanya orang tertentu sahaja boleh memilikinya. ia adalah pokok kesayangan puteri bunian.

About

Blog ini hanyalah artikel semata-mata. Ianya di ambil dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan hati mengenai artikel ini haraplah diberi komen dan cadangan. Di harap sedikit-sebanyak blog ini dapat memberi pengetahuan kepada anda yang berminat dalam bidang tumbuh-tumbuhan, landskap, herba dan bidang pertanian.

Klik Like!! Sertai Saya di FaceBook!!

Download Percuma Pelan Bisnes !!

Artikel Paling Popular Tahun 2011


Pokok Stevia @ Pokok Gula - 17166 hits
Penjagaan Pokok Hiasan Dalam Pasu - 14054 hits
Pokok Pecah Kaca - 12312 hits
Tanaman Herba Di Malaysia - 12055 hits
Ulam-Ulaman - 11680 hits
Buah Mentega - 10601 hits
Khasiat Lobak Putih - 9842 hits
Buah Kuning Telur @ kanistel - 9757 hits
Buah Markisa - 9739 hits
Buah Keriang Dot - 9690 hits
Khasiat Daun Sirih - 9651 hits
Rahsia Buah Delima - 9323 hits
Buah Kesusu - 9007 hits
Buah Berembang - 8472 hits
Petua Tradisional - 8061 hits