INCLUDE_DATA

Segalanya Tentang Tumbuhan…


 Powered by Max Banner Ads 

02 Feb, 2010

Kegunaan Daun Ubi Kayu

Posted by: admin In: @Koleksi Petua

daun-ubi

Siapa sangka daun ubi kayu tiada kegunaannya.. Selain direbus dibuat ulam atau dibuat pecal, daun ubi kayu juga dipercayai digunakan dalam perubatan tradisional dalam merawat sengatan gigitan serangga berbisa dan juga kegunaan lain yang mungkin anda tidak pernah tahu sebelum ini. Ikuti kisah seorang guru yang telah mengirimkan email kepada saya yang bertajuk ‘Kegunaan Daun Ubi Kayu’.

“Saya adalah seorang guru sekolah rendah yang pernah bertugas di beberapa tempat di negeri Sabah. Saya banyak berkongsi pengetahuan dengan rakan-rakan dan juga penduduk tempatan di tempat-tempat saya pernah bertugas berkaitan dengan perubatan kampung atau tradisional.

Semasa saya bertugas di daerah Tuaran, di suatu kawasan perkampungan nelayan yang sebahagian besarnya adalah etnik Bajau, saya pernah diberitahu tentang rahsia merawat sejenis penyakit misteri yang barangkali hanya wujud di sekitar masyarakat tersebut. Pada suatu masa dahulu ada terdapat suatu penyakit kulit yang misteri dan amat sukar diubati dengan perubatan moden walaupun oleh pakar sakit kulit dan biasanya menurut mereka, penyakit tersebut hanya dapat diubati oleh segelintir orang yang tahu tentang rahsia penyebab penyakit tersebut.

Penyakit tersebut dipanggil “samaie” dan dikenakan kepada orang tertentu melalui makanan (boleh mengakibatkan busung) atau sentuhan kepada kulit manusia. Bahan yang digunakan adalah himpunan 7 jenis barang terkotor dan miang tumbuhan seperti miang buluh dan miang ulat bulu.Barang-barang terkotor adalah seperti cairan daripada bangkai binatang dan juga mayat manusia. Akibat daripada terkena campuran tadi ialah jika terkena di kulit maka kulit akan menjadi gatal dan pedih yang teramat sangat, makin digaru semakin merebak dan akhirnya menyebabkan kulit bernanah dan menggelupas.Jika seseorang yang terkena itu tidur di atas tikar maka tikar akan melekat pada daging/kulit mangsa. Azab sengsara hanya Tuhan sahaja yang tahu, begitu kata orang tersebut.

Ramuan untuk mengubati penyakit tersebut adalah seperti berikut: daun ubi kayu yang masih segar, isi kunyit, kapur sireh, santan kelapa pekat sebaiknya yang berwarna hijau dan daun sireh yang matang. Kesemua bahan herba tadi harus dilumatkan dan disapu ke serata badan atau kawasan yang telah dijangkiti penyakit.

Saya hanya menyampaikan perkongsian ilmu, keberkesanan hanya diketahui oleh mereka yang pernah menjadi mangsa kepada perbuatan keji sesama manusia itu sahaja.

Apapun, melalui pengalaman saya sendiri, daun ubikayu adalah bahan herba yang berkesan untuk merawat kesan sengatan atau gigitan serangga berbisa seperti lipan dan penyengat.Ramas daun ubukayu dan tempelkan kepada bekas gigitan atau sengatan, mudah-mudahan akan cepat hilang kesan bisa dan juga tidak akan membengkak sengatan atau gigitan tersebut.

Kiriman E-Mel: jgibot @ gmail.com

—————————————————————————————

Dapatkah Hadiah Misteri Dengan Menjawab Soalan Kajian Ini <-Klik Sini

Related Posts with Thumbnails

28 Responses to "Kegunaan Daun Ubi Kayu"

1 | rahmat samin

February 2nd, 2010 at 11:52 pm

Avatar

penyakit yang disebutkan pernah saya temui di kawasan penempatan orang asli lata kijang n.sembilan,tiada ubatnya kecuali menunggu mati saja.dengan ilmu yang amat berguna yg telah disampaikan maka tanpa raga2 sy akan mengunakannya dimasa depan.

2 | Nozi

February 3rd, 2010 at 2:16 am

Avatar

Salam…

Terima kasih kerana berkongsi info. Saya akan kongsikan utk mereka yg mengalami masalah penyakit seperti ini,inysaAllah.

3 | hj hairil anwar bin hj abdul karim

February 3rd, 2010 at 3:44 am

Avatar

memang berguna info ini. hantarkan lagi. tuan hamba mendapat pahala kerana khidmat saudara. itu adalah amal jariah saudara.

4 | Bunga Rawa Belong

February 3rd, 2010 at 11:26 am

Avatar

Mendapat informasi yg bermanfaat ttg kegunaan daun ubi kayu di sini.
Salam sukses selalu untuk sahabat yang baik hati.

5 | mahadi

February 3rd, 2010 at 3:44 pm

Avatar

Ingatkan daun mamboo(neem) dan daun gelenggang saja yang sesuai merawat kulit. Saya dah mula tanam kedua pokok yang famous ini. Rupanya daun ubi yang sedia ada dibelakang pondok saya itu pun mujarrab jugak..

6 | elly

February 3rd, 2010 at 4:49 pm

Avatar

saya sekadar bertanya…ulaman yang sinonim dgn masyarakat melayu…kacang kelisa @ kacang botol…. boleh tak saudara pastikan kacang botol ke..kacang botor? terima kasih

7 | MaiTaiping

February 3rd, 2010 at 6:24 pm

Avatar

Maklumat berguna. terima kasih.
Nak tumpang tanya. Saya ada tanam serumpun ubi kayu. First time dengan ubi kayu ini, sejak pindah rumah. Dulu duduk flat, mana ada tanah. Pokok Ubi Kayu saya ini dah besar. 7 kaki tinggi lebih kurang. Saya tak pasti bila boleh tuai ubi kayu ini. Nak tunggu keluar bunga dulu macam ubi kentang?

8 | qafsha

February 3rd, 2010 at 11:46 pm

Avatar

perbanyak kn lg petua mengenai ubat2an tradisional ini

9 | yati

February 3rd, 2010 at 11:46 pm

Avatar

TQ tentang info tersebut. Selama ini ingatkan daun ubi untuk di buat masakan lemak sahaja.

10 | qafsha

February 3rd, 2010 at 11:47 pm

Avatar

klu la ada daun2 ke ape2 ke utk ubt high blood n kcg manis?
tq

11 | mieza

February 4th, 2010 at 12:14 am

Avatar

Ibu saya di kampung menggunakan pucuk ubi kayu untuk meredakan batuk pada kanak2. Caranya, ambik beberapa helai pucuk ubi, sedikit kapur & beberapa titik air. Gosok di tapak tangan sehingga keluar cecair berwarna hijau, kemudian sapukan cecair tadi pada leher & dada kanak2.

12 | Temuk

February 4th, 2010 at 12:40 am

Avatar

Benarkah daun ubi mengandungi cynide? Di kg dulu, biasa makan, buat sayur lemak atau direbus utk ramuan dlm pecal. Kata orang daun elok direbus dulu, buang airnya yg hijau, barulah dimasak ikut suka. Daun ubi yg dijual di pasar biasanya keras/tua. Hanya sikit bhg pucuknya yg sesuai digunakan. Terima kasih di atas info mengenai kegunaan daun ubi sbg ubat.

13 | roseni

February 4th, 2010 at 1:18 am

Avatar

Maklumat yg diberi amat berguna dan perlu disimpan buat rujukan.
TQ

14 | Rogayah

February 4th, 2010 at 3:39 am

Avatar

Terima kasih kerana menghantar info/petua yg berguna
semoga ALLAH jua yg dapat membalasnya

15 | Haji Wan Aziz

February 4th, 2010 at 4:24 am

Avatar

Salam. Lain-lain kegunaan daun ubi kayu, terutama bahagian pucuk. Saya perolehi kegunaan ini dari ayah sahabat karib saya yang mengidap penyakit darah rendah.
Sesiapa yang mengidap penyakit ini akan merasai simptom keletihan dan hilang tenaga. Rutin hidup seharian pasti tidak bermaya dan ceria.
Cara mengatasinya ialah ambil segengam pucuk ubi kayu, rebuskan dan minum air rebusan. Insya’Allah dengan izin Allah anda akan mendapat khasiatnya.

16 | wahob

February 4th, 2010 at 4:32 am

Avatar

memang berkesan, saya sudah mencubanya.

17 | jamilah

February 4th, 2010 at 8:18 am

Avatar

pucuk ubi kayu adalah lauk kegemaran saya samaada dimasak cara masak lemak cili padi campur daging ke, ikan ke atau apa-apa. Direbus dan dicicah dengan air asam pun sodap. Rupanya banyak kegunaan ubi kayu ini. Alahamdulillah.

18 | Hj Ahmad

February 4th, 2010 at 1:03 pm

Avatar

Sdra,
Kalau ada kesempatan cuba dapatkan khasiat daun senduduk. Seingat saya semasa saya bebudak di zama 60 an dulu, daunnya boleh digunakan untuk menahan darah yang keluar dari luka yang kita alami. Caranya daun tersebut dikunyah hingga lumat dan kemudian ditampalkan di kawasan luka yang berdarah itu.

19 | raja kapor

February 4th, 2010 at 1:09 pm

Avatar

saudara, tanya sedikit , kalau penyakit semput / lelah apahkah ubat nya, kalau sesiapa, yang tahu beritahu lah kepada saya

20 | Mohd Kamal Ibrahim

February 6th, 2010 at 4:35 am

Avatar

Asslam, jadi perkara busung ni adalah macam senjata kimia.Alhamdulilah, kita dapat pengetahuan baru untuk diamalkan dan disampaikan. Saya pun pernah cuba daun pokok durian belanda, ramas2 daunnya letak pada bawah tilah yang banyak pepijat.Inshallah mereka akan lari ke tempat lain. Kita pu tak perlu membunuhnya.

21 | Mansor Zaki

February 8th, 2010 at 5:19 am

Avatar

pucuk ubi kayu ni kalau dibuat kerabu atau ulam setelah dicelur(rebus) sangat sedap……

22 | iefaridza

February 9th, 2010 at 2:57 am

Avatar

mai taiping,,,tarik batang pokok ubi kayu ..ubi ada dalam tanah..pastu rebus cicah ngan gula dankelapaparut

23 | Siti Zalikha Abdullah

February 9th, 2010 at 3:50 am

Avatar

Terima kasih info ini. Tempat saya di NS memang selalu menggunakan pucuk ubi tetapi sebagai makanan campuran contoh gulai telur, daun kayu +tempoyak. Bagi sengatan serangga ,petua mak saya pula ialah menggunakan kulit limau yang masih hijau. Saya selalu gunakan limau kasturi, picit ( keluarkan sengit kulit limau itu) dan sapukan pada gigitan. InsyaAllah

24 | hadi

February 11th, 2010 at 5:53 am

Avatar

aku pernah guna daun ubi untuk mengurangkan bisa sengatan tebuan. tapi bukan ubi kayu biasa. pokoknya agak renek dan daun dia warna kuning, dan batang warna merah. tapi aku ingat nama pokok ubi tersebut. kalau ada sesapa yang tahu, boleh bagitau nama pokok tersebut. memang jarang dah nak jumpa pokok ubi spesis 2.

25 | sabri b hamzah

February 15th, 2010 at 8:29 am

Avatar

selalu kita dgr orang guna arang bagi menghilangkan bau yg tidak selesa dalam kabin kereta atau peti ais. daun ubi kayu juga mampu berfungsi bg menghilangkan bau yg kurang enak.

26 | Norsiah

February 16th, 2010 at 4:12 pm

Avatar

Saya baru dapat tahu dari seorang dari Negara seberang, mengenai daun ubi kayu, boleh mengubati tekanan darah rendah, caranye boleh buat sayur dalam masakan, katanye. amalkan memakanye.

27 | Rahmat Samin

February 21st, 2010 at 1:03 pm

Avatar

kencing manis dan darah tinggi cuba amalkan minum teh misai kucing…..

28 | AZREY_011@YAHOO.COM

March 2nd, 2010 at 9:50 am

Avatar

Tq saya baru tahu banyak kegunaannya tentang daun ubi kayu dalam perubatan, penglaman saya semasa berada didaerah semporna dahulu ialah daun ubi kayu juga boleh digunakan untuk mengambil umpan (pun-pun) sejenis cacing laut untuk digunakan sebagai umpan untuk memancing dilaut. caranya ialah ramas sehingga hancur daun ubi kayu kemudian perah airnya dikawasan lumpur ditepi pantai insyaalah akan keluarlah kepala pun-pun tersebut dan ambil dengan menggunakan kain dan tarik perlahan-lahan supaya ia tidak putus lepas tu pergi la mancing.

Comment Form


 Powered by Max Banner Ads 

 Powered by Max Banner Ads 

Categories

About

Blog ini hanyalah artikel semata-mata. Ianya di ambil dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan hati mengenai artikel ini haraplah diberi komen dan cadangan. Di harap sedikit-sebanyak blog ini dapat memberi pengetahuan kepada anda yang berminat dalam bidang tumbuh-tumbuhan, landskap, herba dan bidang pertanian.

Dapatkan Artikel Baru Terus ke Email Anda

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Percuma Pelan Bisnes Ladang Sayur