14 Jan, 2010

Setawar Putih @ Sedingin

Posted by: admin In: Setawar Putih

sedingin

Sedingin atau nama saintifiknya Costus speciosus juga dikenali sebagai  Crape ginger, malay ginger dan spiral flag. Selain itu, ia juga dikenali dengan nama setawar putih kerana pokok ini berasal dari keluarga halia dan mengeluarkan bunga yang bewarna putih.  Setawar Putih mempunyai rizom yang menyerupai rizom halia dan cara pembiakannya juga sama dengan tumbuhan lain dalam famili halia iaitu biji benih dan pecahan rizom.

Sejak akhir-akhir ini, pokok ini seakan menjadi hiasan wajib bagi laman berkonsepkan nusantara dan tropika. Ini kerana apa yang menarik mengenai tumbuhan ini ialah daunnya yang tersusun dalam bentuk spiral atau berlingkar.

sedingin2

Pokok ini sangat mudah tumbuh, namun memerlukan cahaya matahari yang sederhana sesuai dan tanah yang sedikit lembap bagi memudahkan tumbesarannya.

Selain dijadikan sebagai tanaman hiasan, pokok ini juga dipercayai digunakan dalam perubatan tradisional. Setawar putih digunakan sebagai penawar untuk penyakit seperti kusta, kecacingan, penyakit kulit, demam, asma, bronkitis, anaemia dan sembelit. Ia juga dijadikan ubat untuk merawat luka terbakar, malah dijadikan ubat menghilangkan rasa loya, pening dan muntah. Malah, masyarakat Sunda di Indonesia percaya Setawar putih dapat meningkatkan tenaga batin lelaki.

Related Posts with ThumbnailsNumber of View :9938

23 Responses to "Setawar Putih @ Sedingin"

1 | Siti Zalikha Abdullah

January 14th, 2010 at 4:02 pm

Avatar

Salam. Saya tanam pokok ini hanya sebagai hiasan tanpa mengetahui kelebihannya. Terima kasih

2 | Ashura

January 14th, 2010 at 8:15 pm

Avatar

Mana nak Carik anak pokok ni? Klau sesapa2 ada info
tumbuhan nie roger2 la saya

3 | hj hairil anwar bin hj abdul karim

January 14th, 2010 at 11:50 pm

Avatar

bagus…. koleksi tumbuhan berguna untuk perubatan tradisional. minta hantar lagi…tkasih.

4 | adenan bahari

January 15th, 2010 at 12:35 am

Avatar

Assalamualaikum tuan ,
Maaf kalau saya dapat memberi sedikit teguran .Penerangan yang diberi tidak jelas sebaiknya diterangkan daunnya diupar(bahasa kedah)dilumatkan ditampal diperut untuk anakanak kecacingan..maaf contoh sahaja, jadi bolehlah dimanafaatkan oleh pembaca/orang lain ,baru lengkap ,terima kasih..fakir adenan 0134412250

5 | temuk

January 15th, 2010 at 1:33 am

Avatar

Salam. Paparan sdra amat informatif. Cadangan sdra Adenan Bahari sangat baik, agar pembaca lebih tahu cara menggunakan sesuatu tumbuhan untuk sesuatu penyakit. Thanks for sharing and keep up the good work.

6 | adrina

January 15th, 2010 at 2:59 am

Avatar

cantik laa bunganyaa…ada jg manfaatnya…blh email sa x…bg sepa2 yang ada tumbuhan ini…cantik sekali…email saya :- chrisly911@hotmail.com. tq

7 | Ayub Ghazali

January 15th, 2010 at 4:28 am

Avatar

Putihnyer bunga ni….memang la kan? nama pun Setawar Putih. Ada satu setawar Hutan, bunganya warna merah. Cantik juga..:)

8 | jamilah

January 15th, 2010 at 6:49 am

Avatar

terima kasih, hantarlah lagi bagi menambah ilmu

9 | annarry

January 15th, 2010 at 7:16 am

Avatar

di sekolah saya ad ditanam pokok ini..tetapi tidak diketahui apakah jenisnya…..ingatkan hanya pokok hiasan sahaja…baru saya tahu ia merupakan salah satu tumbuhan perubatan….terima kasih..

10 | mohkita

January 15th, 2010 at 8:29 am

Avatar

ya,setawar putih memang terkenal dengan khasiatnya,
elok jika ditanam sebagai persediaan herba.

11 | abu bakar

January 15th, 2010 at 12:23 pm

Avatar

Fazli saya ingin bertanya adakah anda menjual herba-herba untuk obatan, jika ada, saya berminat hendak membelinya untuk commercial, juga saya sedang mencari ramuan-raamuan untuk berbagai penyakit seperti: kencing manis, darah tinggi, kegemokan,masaalah tulang rawan lutut, dan tenaga batin lelaki.

12 | kartina

January 16th, 2010 at 1:58 am

Avatar

Terima kasih Sdr Fazli. Pernah dengar dan pernah lihat gambar tetapi belum pernah jumpa tumbuhan sebenar.

Menarik dan berkhasiat. Satu lagi ciptaan Allah swt. untuk bumi kita yang bertuah ini. Syukur Alhamdulillah.

13 | anis

January 16th, 2010 at 3:49 am

Avatar

Salam. Saya ada tanam pokok ni di rumah. Beli sebab cantik. Tak tau kegunaan herbanya. Saya beli di nursery Bandar Baru Bangi berdepan dgn kilang Hitachi. Boleh tanam dgn keratan batang/anak pokoknya tapi warna daun yg saya beli cuma hijau muda saja bukan dwi-warna mcm dlm gambar ni. Dalam majalah Laman mmg namanya Costus Speciosus. Mudah nak hidup..

14 | hatibebunga

January 16th, 2010 at 6:51 am

Avatar

saya banyak menjumpai pokok ini semasa saya menjalani latihan praktikal. akan tetapi, pada masa itu pokok ini belum berbunga. pokok ini ditanam secara keratan batang. ianya sangat senang tumbuh.

15 | Ithnin Atan

January 16th, 2010 at 11:45 am

Avatar

cantik lah bunganya saya pun minat nak tanam. Pernah dengar nama tapi tak kenal pokoknya. tq

16 | farid

January 17th, 2010 at 1:00 am

Avatar

ada khasiat rupenye pkok ni…inilah kebesaran ALLA TAALA…tidak menciptakan sesuatu kejadian itu melainkan ada manfaat dan fungsinya masing2…cuma manusia perlu berfikir,mencari dan mentadabbur kebesaran Tuhan sekalian alam. tq….-anak peneroka-

17 | Noor Mala

January 17th, 2010 at 2:59 pm

Avatar

salam, saya pernah melihat tumbuhan ni masa tggl d kmpg dulu, tp xtau lak namanya setawar putih….blh d buat ulam x bunganya? saya ni penggemar ulam…

18 | D.Ismail K.G.

January 20th, 2010 at 12:50 am

Avatar

Sdra. Fazli, bolehkah sdra. beritahu bahagian mana yang boleh diracik untuk ubat daun, akar atau bunganya dan cara menggunanya. Terimakasih

19 | Hj Ahmad

January 20th, 2010 at 1:30 am

Avatar

Tahniah dan terima kasih di atas maklumat ini. Teruskan usaha murni ini.

20 | wan

January 25th, 2010 at 3:26 am

Avatar

terima kasih di atas maklumat yang anda berikan..sebelum ni saya tak tahu yang setawar ni ada khasiat tersendiri

21 | zul

April 14th, 2010 at 11:01 am

Avatar

Salam! Tumbuhan ini banyak di belakang rumah dan tumbuh meliar….baru tahu banyak kegunaan …boleh berikan info untuk dikongsi….tq

22 | hjh faridah

November 1st, 2010 at 3:28 pm

Avatar

saya ada tanam.tidak tau gunanya.tel le 0134141579

23 | etuza

September 26th, 2012 at 10:01 pm

Avatar

di laman saya ada bunga ni, cantik daunnya, macam tu pula bunganya ya..putih, rasanya tahan kah bunga tu..

Comment Form

Categories

Share on Facebook

1578
Share

BlogMalaysia.com

website statistics

About

Blog ini hanyalah artikel semata-mata. Ianya di ambil dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan hati mengenai artikel ini haraplah diberi komen dan cadangan. Di harap sedikit-sebanyak blog ini dapat memberi pengetahuan kepada anda yang berminat dalam bidang tumbuh-tumbuhan, landskap, herba dan bidang pertanian.

Klik Like!! Sertai Saya di FaceBook!!

Artikel Popular Hari ini

Artikel Popular Minggu Lepas

Artikel Paling Popular Tahun 2011-2014