30 Jan, 2010

Pokok Subang Nenek

Posted by: admin In: Subang Nenek

subang_nenek

Pokok Subang Nenek atau nama saintifiknya Sthenodesme temtanara merupakan pokok yang mudah tumbuh khususnya di kawasan yang lembap seperti tepi-tepi longkang yang berair. Biasanya pokok ini ditanam di tepi-tepi rumah sama ada sebagai landskap ataupun herba.

Sakit gigi atau gusi bengkak sememangnya antara penyakit yang kita kurang senangi kerana kesakitannya sahaja boleh mengganggu sebahagian besar rutin harian. Pokok Subang Nenek atau ada yang memanggilnya dengan nama Butang baju siti fatimah sememangnya dipercayai dan diakui oleh ramai pengamal perubatan dapat mengubati sakit gigi.

subang_nenek2

Caranya agak mudah, iaitu dengan mengambil beberapa helai daun-daun tersebut atau bunganya. Kemudian dibersihkan terlebih dahulu dan barulah ditumbuk daun tersebut sehingga lumat. Selepas itu sapulah di gigi atau gusi yang terasa sakit. Secara tidak langsung ia boleh mengurangkan rasa sakit gigi tersebut.

Saya sendiri pernah mencubanya iaitu dengan mengambil sekuntum bunga pokok tersebut dan diletakkan di hujung gigi gusi saya (tak sakit gigi pun, saja nak cuba). Beberapa ketika, saya terasa sedikit kebas dan berangin (macam rasa kesan dibius) di gusi saya. Barulah saya tahu kenapa ia boleh mengurangkan rasa sakit pada gusi. Saya juga pernah diberitahu bahawa sekiranya anda mengunyah 4 atau 5 kuntum bunga tersebut, anda akan rasa seperti di dalam mulut anda tidak mempunyai gigi lagi.

Anda pernah mencubanya ke sebelum ini?

—————————————————————————————

Dapatkah Hadiah Misteri Dengan Menjawab Soalan Kajian Ini <-Klik Sini

Related Posts with ThumbnailsNumber of View :2672

35 Responses to "Pokok Subang Nenek"

1 | mimie

January 30th, 2010 at 2:57 am

Avatar

pertama kali dengar dan tengok pokok ni..kelakar tul nama dia..hihi

2 | abu bakar

January 30th, 2010 at 3:30 am

Avatar

Salam sejahtera Fazli,
Dimana kah boleh saya dapat benehnya, saya selalu kene sakit gigi lah.

3 | rizwan

January 30th, 2010 at 3:46 am

Avatar

salam..

betul 2 cek fazli, biasa bapak saya pun akan guna tumbuhan ni jika ada family saya yg sakit gigi, mmg berkesan… utk cek abu bakar, tumbuhan ni biasa hidup di tempat berpaya, macam tepi perigi yang agak semak n di tepi2 lopak air..

4 | Hj Ahmad

January 30th, 2010 at 2:24 pm

Avatar

Terima kasih atas maklumat ini. Saya selalu jumpa pokok ini tetapi tidak tahu khasiatnya. Seeloknya dibuat kajian oleh pakar untuk memanfaatkanya.

5 | hj hairil anwar bin hj abdul karim

January 31st, 2010 at 2:52 am

Avatar

info yang bermanfaat. teruskan beri info. kalau dapat dibukukan supaya ilmu ini tidak ketinggalan.

6 | Nor Haslinda

January 31st, 2010 at 9:25 am

Avatar

Terima kasih atas info yang sangat berguna ini…bagus sangat…saya terkejut bila dapat tahu pokok yang selama ini saya cabut buang di tepi rumah keluarga rupanya bermanfaat untuk mengubat sakit gigi…terima kasih sekali lagi.

7 | nita

January 31st, 2010 at 11:23 am

Avatar

Terima kasih atas info tersebut seharusnya pokok-pokok atau tanaman herba dibuat kajian dan dikomersialkan bagi manafaat bersama

8 | nora

January 31st, 2010 at 1:36 pm

Avatar

Rupa rupa nya ada ubat yang baik utk sakit gigi.ingin saya mencubanya tapi saya tak pernah jumpa degan pokok ini

9 | wahob

January 31st, 2010 at 2:56 pm

Avatar

terima kasih, Insyallah saya akan guna ilmu ni.

10 | zamrie uitm s.alam

January 31st, 2010 at 3:08 pm

Avatar

dimana nk dpt kn anak pokok ni atau benihnya?
saya mahu buat kajian ke atas pokok ni..mungkin ada lagi khasiat dan manfaatnya selain untuk sakit gigi..

11 | yati

January 31st, 2010 at 11:51 pm

Avatar

tima kasih atas info tersebut.saya pernah jumpa pokok ini tapi tak pernah cuba sebab tak tau khasiatnya. Insyallah selepas ini saya akan mencubanya.

12 | Zam

February 1st, 2010 at 12:05 am

Avatar

yes yes info yang bagus nih nak g cari nak tanam

13 | MATJU

February 1st, 2010 at 2:36 am

Avatar

wah bagus sungguh maklumat ni ye, kalau sakit gigi tu, rasa macam tak ingat dunia, rupa-rupanya ubat ada kat bawah kaki je…….

14 | roseni

February 1st, 2010 at 3:02 am

Avatar

Pernah tengok pokok ini tapi tak tahu akan khasiatnya sehingga kini,satu info yg bagus dan berguna.
TQ

15 | aqilah

February 1st, 2010 at 4:29 am

Avatar

bukan ke name scientific dia @ Acmella oleracea,spilanthes acmella.phytochemical yang terdapat dalam nya ialah spilantol digunakn untuk rawatan ggi or as ubat penahan sakit analgesik

16 | marina

February 1st, 2010 at 5:01 am

Avatar

baru tau… khasiat pokok ni… banyak kat belakang rumah tapi sayang nak buang sbb bunga yang cantik tq info yang sangat berguna…

17 | asnah

February 1st, 2010 at 5:13 am

Avatar

terima kasih diatas info tersebut saya tak pernah tengok pokok ni di sarawak terinjuga nak tanam.

18 | rohani leyaknalae

February 1st, 2010 at 9:28 am

Avatar

betul tu….saya dah cuba , tap saya tak tau namanya subang nenek , kat rumah saya selalu tumbuh.. ubat sakit gigi tu tau lah dan pernah cuba. terimakasih beritahu namanya..

19 | mardziah

February 3rd, 2010 at 3:14 am

Avatar

kala kekanak dulu cuma letak kat telinga buat subang aje, patut le bila pakai kat telinga rasa selesa, agaknya kena ada rasa kebas dan tak sakit walau pada mulanya rasa sakit bila nak memakainya.
tak sangka pulak rupanya ada elemen kebas dan berangin. dan kini baru saya tahu boleh buat ubat sakit gigi. terima kasih kerana info ini boleh dimanafaatkan

20 | mohkita

February 3rd, 2010 at 3:37 am

Avatar

Banyak terdapat dikawasan tanah lembap,tumbuh liar dan mudah membiak.khasiatnya untuk perubatan boleh digunakan untuk mehilangkan gigitan serangga.

21 | ila arif

February 3rd, 2010 at 9:54 am

Avatar

info yg bagus….

22 | norazmah

February 3rd, 2010 at 10:42 am

Avatar

Dulu selalu jugak tengok pokok ni, suka tengok bunganya yang comel…tak sangka besar faedahnya kepada yang bersedia untuk mencuba petuanya..ye la sementara nak pgi klinik atau farmasi, bolehla cover sikit kalau dah tak mampu menanggung betapa sengsaranya “sakit gigi”

23 | mieza

February 4th, 2010 at 12:26 am

Avatar

Subbahanallah….ada khasiat rupanya.
Selama ni, ingatkan rumput liar biasa je.
Kalau x cabut mesti racun, dah tahu ada kelebihan lepas ni biar je lah pokok ni tumbuh.

24 | sharima

February 6th, 2010 at 3:28 am

Avatar

ini rupenyer pokok subang nenek,,,,
penah tengok gak selalu,,,,tapi x tahu lak apa khasiatnye,,,,,
apa2 pn TQ

25 | iefaridza

February 9th, 2010 at 2:34 am

Avatar

wow..dulu kecik2 main masak masak guna pokok ni…x sangka lak leh makan wat ubat…ermmm bagus bagus…teruskan…good luck

26 | nooraini ahmad

February 12th, 2010 at 9:39 am

Avatar

salam. saya selalu jumpa pokok ni tp xtau plak khasiatnya. menarik dan mengujakan utk mencubanya. tkasih 4 info.

27 | yinna

February 13th, 2010 at 4:35 am

Avatar

saya pun slu jumpa pokok ni. ingt pokok teh bunga hehhe. balik nnt nk try la.

28 | abu bakar

February 17th, 2010 at 1:36 pm

Avatar

Salam Sejahtera pada semua,
Saya dah cuba cari tapi belum ada rezki lagi, kalau ada yang bermurah hati boleh lah tolong pos kan benehnya pada saya di alamat No1 Jln Siantan4 Taman Kemas, Tampoi 81200 Johor bahru. Tel 019-7331267.

29 | latty

February 22nd, 2010 at 4:07 pm

Avatar

salam , saya pernah menemuinya di kebun saya tapi tidak tahu nama sayang sekali suami dah mesin semuanya

30 | HADI

February 26th, 2010 at 3:31 pm

Avatar

bau nya busuk dok

31 | Valle

March 1st, 2010 at 5:58 am

Avatar

Tumbuhan ni banyak didapati di Sarawak khasnya di bahagian Miri & Bintulu.Di Bintulu, tumbuhan ni hidup subur di tepi-tepi jalan raya.Tumbuhan ni senang nak dibiakkan.Hanya menggunakan batang yg lembut.Ia cepat membiak & membesar.

32 | YANA

March 2nd, 2010 at 8:25 am

Avatar

Kat kampung saya masih ada lagi pokok nie. Sebelum nie sy x tau pun namanya subang nenek. Tapi bunga n daunnya kalau kena kt mulut memang akan rasa pedar. Masa kecik2 dulu suka sangat main masak2 ngan pokok nie. Konon2 buah strawberry. Rupa-rupanya boleh dibuat ubat sakit gigi. Lepas ni saya nk tanam banyak2 lah supaya tak pupus dan anak2 saya dapat mengenal pokok2 nie.

33 | ismail bakar

April 1st, 2010 at 1:35 pm

Avatar

saya pegusaha teh herba pokok subang nenek dengan luas tanaman 4 ekar untuk keluaran teh herba subang nenek ismail bin bakar felda selancar 3 26700 muadzam shah pahang darul makmur .tel 0197218109 profil bs tiga herb enterprise .sijil halal gmp .TM buat malaysia .keluaran tpm biotich sungai besi KL…..kini dalam peroses mempeluaskan tanaman …..sesiapa yang berminat menjadi pakna kawasan pahang sahaja .hubunggi 0197218109 untuk temuduga tarih tamat 15 hari bulan 4 2010 tk .

34 | ismail bakar

September 16th, 2012 at 11:54 am

Avatar

ambil 50 kumtum bunga subang ninik untuk gigi 2minit baik, ambil 100 kumtum untuk barah mulut kumur sahaja 2 hari baik, dan sapu tenpat kena kupu kuou yang sangat gatel 2minit baik t,kaseh saya ysmail ada jual anak pokok subang ninik 10 ringit sahaja, boleh tanam dalam pasu unyuk tamam ,, minat tel 0197218109,,halhamdulinglah cuba mudahan halhamdulinlah,,

35 | ismail bakar

January 19th, 2013 at 12:58 pm

Avatar

SAYA ADA POKOK SUBANG NINIK BENTUK BANYAK,,,,,BERBAGAI CARA ,,,, ,TEL 0197218109,,,,,

Comment Form

Categories

Hari ini & Semalam

BlogMalaysia.com

About

Blog ini hanyalah artikel semata-mata. Ianya di ambil dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan hati mengenai artikel ini haraplah diberi komen dan cadangan. Di harap sedikit-sebanyak blog ini dapat memberi pengetahuan kepada anda yang berminat dalam bidang tumbuh-tumbuhan, landskap, herba dan bidang pertanian.

Klik Like!! Sertai Saya di FaceBook!!

Download Percuma Pelan Bisnes !!

Artikel Paling Popular Tahun 2011


Pokok Stevia @ Pokok Gula - 23617 hits
Penjagaan Pokok Hiasan Dalam Pasu - 21940 hits
Ulam-Ulaman - 19804 hits
Pokok Karas @ Gaharu - 18972 hits
Buah Mentega - 18444 hits
Tanaman Herba Di Malaysia - 18086 hits
Buah Kuning Telur @ kanistel - 17952 hits
Pokok Pecah Kaca - 17404 hits
Khasiat Lobak Putih - 16578 hits
Buah Kesusu - 16225 hits
Buah Markisa - 15656 hits
Buah Berembang - 14813 hits
Buah Keriang Dot - 13866 hits
Rahsia Buah Delima - 13273 hits
Limau Pagar - 13076 hits