17 Jan, 2010

Tahukah anda nama pokok ini?

Posted by: admin In: @Doktor Pokok

Number of View :4815

pokok

Semalam saya ada menerima beberapa gambar kiriman oleh saudara Abu Bakar. Beliau bertanyakan nama pokok ini dan kegunaannya. Menurutnya juga, pokok ini dikatakan dapat mengubati kencing manis namun beliau sendiri belum dapat dipastikan..

pokok3

Saya sendiri biasa tengok pokok ini tetapi masih belum dapat namanya lagi. Mungkin anda juga biasa melihatnya.. Jika anda tahu mengenai pokok ini, di harap sedikit sebanyak membantu saudara Abu…

Related Posts with Thumbnails
Tags:

50 Responses to "Tahukah anda nama pokok ini?"

1 | mahaguru

January 17th, 2010 at 5:05 pm

Avatar

saya rasa pokok ni di sebalah papa dipangil pokok sambung kalau tak silaplah.. digunakan sebagai ramuan mandi selepas ibu bersalin. air rendamannya sangatpahit. sesuai untuk mengurangkan paras gula dalam darah..tq

2 | sawahlebar

January 18th, 2010 at 1:14 am

Avatar

rupa daun mcm pokok sambung nyawa je… tapi ikut kata mahaguru tuk buat mandi ibu bersalin la plak.. n rasanye pahit… kalau sambung nyawa x de le pahit … just ok je tuk d buat ulam… tapi kalau sambung nyawa pokok nye x bleh tegak lurus… sambung nyawa batang nye x kuat… stakat tinggi gitu2 je n kemudian ianya akan rebah ke tanah n batang yg kena tanah akan kuarkan anak pokok yg lain plak… pendapat i le…x sure betul ke x…

3 | nekmat

January 20th, 2010 at 1:11 pm

Avatar

setahu saya nama pokok yang dipapar adalah pokok CAPA selalu terdapat dihadapan rumah orang cina

4 | admin

January 20th, 2010 at 1:42 pm

Avatar

Boleh dapatkan nama saintifiknya..

5 | zakiah

January 21st, 2010 at 2:11 am

Avatar

salam…bukankah ini pokok raja afrika,raja segala pokok?nama botaninya moringa oleifera.mudah hidup dan rasanya amat pahit apabila direbus. sesuai utk mengubati diabetis dan darah tinggi.

6 | aqilah

January 22nd, 2010 at 7:27 am

Avatar

kat rumah byk tanam pokok ni.ayah wat teh untuk darah tinggi n kencing manis

7 | kartina

January 29th, 2010 at 6:43 pm

Avatar

Kalaulah batangnya ‘hollow’ sahlah sama dengan keratan yg baru saya semai. Saya dapat keratan tu dpd tukang besi Cina di pekan Pt Raja. Dia panggil pokok tu ‘Pucuk Afrika’ dan katanya, air dpd rendaman daun dlm air panas dijadikan ubat darah tinggi.

Benar kata Sdr nekmat, pokok ni banyak ditanam di depan rumah orang Cina.

8 | Ooi Ai Hoon

January 31st, 2010 at 1:52 pm

Avatar

Moringa oleifera bukan pokok raja Afrika, itu pokok drumstick, masak parapu curry, gulai ikan atau curry ikan masin kegemaran kaum India.

9 | Abdullah Bin yahya

February 1st, 2010 at 1:59 am

Avatar

Salam. Pokok ini namanya tebu gajah dibuat untuk kencing manis dan darah tinggi tetapi tertumpu banyaknya kepada kencing manis.

Daunnya mesti dikeringkan terlebih dahulu kerana kalau terus di minum saperti teh sebelum dikeringkan ada beberapa bahan kimia yang tidak terlupus menjadi kesan sampingan. Meminumnya selang sehari dan sesiapa yang tidak ada kencing manis amalan meminumnya akan menghindar drp penyakit tersebut. Tidak boleh minum setiap hari dan daunnya cumasetengah tapak tangan sahaja

10 | shoba

February 4th, 2010 at 10:03 am

Avatar

Saya ada tanam pokok ni. Kata orang, pokok ini datangnya dari Afrika. Sangat mudah tumbuh. Sangat mujarab untuk penyakit darah tinggi.Taklah pahit sangat. Saya dah cuba dah……mungkin kerana minum air rendaman daun ini, tekanan darah tinggi saya dah okey dah. Bila dah okey, lupa lah pulak nak terus minum.

11 | jot

February 7th, 2010 at 12:52 pm

Avatar

AFRICAN LEAF ni, ada kwn mkn ni msa dia kena kanser rahim, dh nk kna bedah, hri2 dia mkan sehelai..kansernye sembuh..cubalh..insya’allah

12 | estet

February 8th, 2010 at 7:25 am

Avatar

Pokok sambung nyawa, rasa daun pahit dan lemak jika dikunyah berterusan. Boleh dibuat ubat kencing manis, darah tinggi dan utk kesihatan hati. Boleh dimakan terus atau dikeringkan dan dibuat teh.

13 | mahadi

February 8th, 2010 at 6:20 pm

Avatar

Sambung Nyawa tu bukan sama dengan pokok Duri Tujuh yg banyak lendir dan berduri tu ka??

14 | d'johari yaakop

February 11th, 2010 at 2:21 am

Avatar

kat tempat saya di panggil daun kolesterol..orang cina banyak tanam depan rumah..saya tak pasti khasiat nya..tapi minum sebelum tido..keesokan hari najis pasti berlendir..so far perut saya pun dah kempis..ada yg mengatakan air nya tak boleh minum selalu..kenapa ek?? kat kedai jual 3 helai seringgit..tp bila tanam dah boleh beri pada jiran2..

15 | sharima

February 11th, 2010 at 5:06 am

Avatar

djohari betul ke perut hang da kempes,,

16 | piah

February 18th, 2010 at 2:26 pm

Avatar

kalau tak silap saya itu pokok seribu dinar , ambil daun nya rendam dlm air panas dan minum. eluk untuk darah tinggi dan kencing manis.

17 | sharif ismail

February 23rd, 2010 at 3:46 pm

Avatar

setahu saya di utara dipangil sambung jawa, kegunaan untuk darah tinggi atau mencair darah

18 | farid

March 7th, 2010 at 6:16 am

Avatar

kt bera, pahang,ade jiran saya tanam,die kate pkok seratus @ketum hijau…die memg amalkan minum air rebusan daun ni and sy pn dh cuba…pahit skit tp bile minum air kosong ade rase seaakan manis je kt mulut…cubalah nikmatinya hari ini!!!!!!!

19 | Ooi Ai Hoon

March 7th, 2010 at 12:20 pm

Avatar

Nama pokok ini dalam bahasa Cina “Pian thou pan chiu chi”. Nama scientificnya Vernonia amygdalina. Selalunya dimakan dengan hiris halus-halus, kemudian gorong dengan telur, satu lauk biasa untuk kaun Cina, seperti kucai goring telur.

20 | MaiTaiping

March 13th, 2010 at 8:13 pm

Avatar

Ooi Ai Hoon, nampak lain lah gambar pokok afrika diatas bila dibandingkan dengan Vernonia amygdalina yang awak sebut diatas.

Kawan-kawan berbangsa Cina beritahu. pokok ini bagus ditanam di hadapan rumah. Paling baik dekat dengan pintu pagar supaya kita tidak lupa untuk mengambil sehelai sehari semasa kita keluar dari rumah.

21 | Ooi Ai Hoon

March 14th, 2010 at 2:16 pm

Avatar

MaiTaiping, Vernonia amygdalina slangnya bitter leaf, 100% tepat nama saintifiknya.

22 | nordin

April 17th, 2010 at 3:14 am

Avatar

…kpd yg ikut pkmbngn pokok ni, daun pokok ni memang pahit2 lemak bila d kunyah (hujung2nya rasa manis bila d telan), kata org yg berikan keratan ni pd saya dulu, sesuai utk pesakit /penyakit darah tinggi n senang hidup hanya dgn cucuk keratan btgnya shj … n btgnya memng ‘hollow’Saya harap sangat tolongler bg tau namanya sebenar/saintifik.

23 | zaliDungun

June 15th, 2010 at 12:17 pm

Avatar

negeri hamba menamakannya sebagai pokok “BISMILLAH” penawar kencing manis. sekianlah adanya.

24 | maasae

June 17th, 2010 at 6:55 am

Avatar

nie namanya pokok naga buana /kepayang . ubat untuk darah tinggi. makan sehelai pagi dan sehelai petang

25 | latifah

July 15th, 2010 at 7:07 am

Avatar

Pokok ini saya pun tak tau namanya, tapi saya ada menanamnya. Menurut kawan-kawan, daun ini boleh merawat penyakit darah tinggi, buah pinggang, kencing manis, kalestrol tinggi darah pekat. Hari-hari saya memakan daunnya. Adalah perubahan sedikit. Apabila saya buat permeriksaan doktor tekanan darah turun, buah pinggang ada perubahan, kalestrol turun sedikit, darah menjadi cair. Kawan-kawan mengajar juga daunnya dikeringkan, apabila kering rendam dengan air panas dan diminum airnya tetapi rasa pahit. Apa nak kata dah dikatakan ubat minum je lah insyakAllah

26 | aroimark

August 4th, 2010 at 7:48 am

Avatar

namanya pokok tu adalah sireh cina..memang utk kurangkan masalah darah tinggi dan kencing manis…kalau tebu gajah dan moringa bukan pokok ni…
tapi kalau sesiapa nak lebih bagus lagi amalkan makan daun moringa (daun kelor )..pokok ni digelar segagai the miracle tree…cuba dapatkan info..anda pasti teruja nk dapat pokoknya.

27 | wan

August 8th, 2010 at 3:48 pm

Avatar

pyang ni aku kenal…”pokok Ganja Afrika” Rasa dia pahit nak mampus…Nasib baik tak kojol aku ari tu…Adusss…bahaya pokok ni….

28 | rosnah

August 18th, 2010 at 8:11 am

Avatar

Kat tempat saya pun panggil pokok ‘Bismillah’ utk ubat kencing manis n darah tinggi, cuma macam mana cara makannya saya tak berapa pasti.

29 | pak dee

August 22nd, 2010 at 2:43 am

Avatar

Salam,
Pokok sambung nyawa atau daun afrika sama saja tu. Khasiatnya obat kencing manis dan kanser. mengikut rakan saya berbangsa cina daun ini dijemur kering dan dicampur dgn air untuk diminum.

30 | lekceria

September 16th, 2010 at 3:16 pm

Avatar

memang pokok sambung nyawa saya ada menyemainya kt umah………..daun afrikapun ada org panggil………..

31 | ayoby

October 4th, 2010 at 8:49 am

Avatar

saya gunakan daun ni dlm 3-4 helai utk bungkus tungku panas semasa isteri bersalin

32 | hjh faridah

November 3rd, 2010 at 3:25 pm

Avatar

saya pun ada tanam,tapi belum cuba buat ubat lagi.mana lebih mujarab yg kering ke yg basah?

33 | allil

November 4th, 2010 at 8:36 am

Avatar

setahu saya, nama pokok di gambar tersiar adalah pokok julap, baik untuk laxatif, baik untuk stabilkan kandungan gula dalam darah tubuh badan. mudah di biak dan tanam. cepat membesar.

34 | zizi

December 20th, 2010 at 10:32 pm

Avatar

pokok bismillah untuk kencing manis n darah tinggi

35 | aniza

January 10th, 2011 at 4:34 am

Avatar

ni la pokok mulberry yg ulat sutera makan tu…kalau tanam tak pangkas rimbun mcm pokok sena…buah warna maroon kecik2 manis byk di China, wilayah Xinjiang ditanam sebagai penampan angin juga bila berlaku ribut pasir

36 | Muhamad Rizal

February 10th, 2011 at 6:48 am

Avatar

kalau x salah ni pokok capa

37 | shukri

February 11th, 2011 at 4:59 pm

Avatar

Ini pokok mendela ia sesusai untuk penyakit darah tinggi,kencing manis, jantung dan lain lain.

38 | halimah

February 14th, 2011 at 1:33 am

Avatar

Saya pun ada tanam pokok ni diberi seorang kawan. Namanya pokok Afrika. Kalau pokok sambung nya tu lain, jenis pokok renek dan dibuat ulam, rasanya tawar. Tapi pokok afrika ni pahit, makan pucuknya dan memang betul, dihujunnya sebelum ditelan, rasanya manis. Yang paling terkenal pokok ni untuk mengurangkan kolesterol selain untuk darah tinggi dan kencing manis. Kadang-kadang kalau anak saya kena gatal-gatal kulit, saya ambil daunnya campur dengan pokok hempedu bumi, daun serai wangi masak dan buat mandi airnya. Ia boleh mengurangkan gatal-gatal. Daun serai wangi untuk mengharumkan.

39 | Mohd Shukri

March 29th, 2011 at 1:51 am

Avatar

As Salam,

Pokok Sambung Nyawa
Baik utk kencing manis, dandarah tinggi
Best combination with ketum & coffee leaves

40 | Dalima

April 12th, 2011 at 2:21 pm

Avatar

Inilah ‘Pokok Bismillah’ namanya,. daunnya dikeringkan dahulu sebelum menjadi ubat darah tinggi dan kencing manis apabila direndam dalam air panas dan diminum semasa suam / sejuk. Rasanya pahit semasa meminumnya. Rasa manis dilidah selepas 15 minit meminumnya.

41 | Azman

May 24th, 2011 at 3:31 am

Avatar

Kt tmpt sy pokok ni namanya Pokok Bismillah atau ketum madu.mmg bgs utk kncg manis n drh tggi..cuma petik sehelai n jirus air panas je.bgs amalkan 3x sminggu.

42 | rabiatul

June 5th, 2011 at 1:58 am

Avatar

salam…
pokok ini dpggil pokok bismillah..
insyaAllah sy akan pilih pokok ini untuk buat kajian msc sy…..mak sy ade tnam pokok ni dpn rmh,buat ubt kencing mnis….tiap2 hri minum air rendaman daunnya..
sy akan buat kajian anti-diabetic activity pokok ni…:)
doakn sy brjya….

43 | zulkiflibpoh

October 28th, 2011 at 12:50 pm

Avatar

pokok ini namanyer bismillah.saya ada tanam tepi rumah ,buat ubat kencing manis yang saya tanggong.minum air rebusan atawa air rendaman setiap pagi dan petang dan malam.rasanyer pahit pahit manis dipenghujunyer.

44 | hjh.faridahibrahim

November 12th, 2011 at 4:35 pm

Avatar

Saya ada tanam pokok ini .kalau nak telefon saya no 013 4141579.Saya tinggal di ipoh perak

45 | pak faisal

November 25th, 2011 at 3:51 pm

Avatar

Ini pokok sambung nyawa ia juga sejenis ketum - ketum hijau. Ketum merah yang di jadikan minuman dilarang undang-undang.

46 | hjh.faridahibrahim

December 6th, 2011 at 8:43 am

Avatar

siapa ada idea utk jadikan produk kesihatan atau kebersihan harap beritahu ya

47 | Latifah

December 25th, 2011 at 9:29 am

Avatar

Pokok sambung nyawa tidak berbunga tapi pokok tujuh jarum berbunga seakan bunga ros merah.Dua-dua boleh dibuat ulam.

48 | PokMin

December 29th, 2011 at 5:28 am

Avatar

itu pokok bismillah . rasanya pahit . yang pahit tu sesuai dijadikan ubat , tapi perlu diamalkan

49 | hasyim

January 30th, 2012 at 3:14 pm

Avatar

nampaknya, mcm pokok ketum je…..setahu saya ketum ada dua jenis,satu ketum merah dan satu lagi ketum hijau…

50 | hjh.faridahibrahim

February 1st, 2012 at 4:05 pm

Avatar

bolehkah dimakan sebagai ulam atau goreng sebagai sayur?

Comment Form

Categories

Hari ini & Semalam

About

Blog ini hanyalah artikel semata-mata. Ianya di ambil dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan hati mengenai artikel ini haraplah diberi komen dan cadangan. Di harap sedikit-sebanyak blog ini dapat memberi pengetahuan kepada anda yang berminat dalam bidang tumbuh-tumbuhan, landskap, herba dan bidang pertanian.

Klik Like!! Sertai Saya di FaceBook!!

Download Percuma Pelan Bisnes !!

Artikel Paling Popular Tahun 2011