06 Jan, 2010

Buah Tampoi

Posted by: admin In: @Buah Nadir

tampoi1

Mungkin anda biasa mendengar Hospital Bahagia yang terletak di Tampoi, Johor tetapi pernahkah anda mengenali atau merasai Buah tampoi? Saya percaya buah tampoi ini masih banyak lagi dijual di pekan-pekan kecil atau di pasar tani di kawasan anda. Namun, generasi muda hari ini masih ramai yang belum mengenali buah ini.

Buah Tampoi atau nama saintifiknya  Baccaurea griffithii mempunyai  rasa yang enak dan sedikit lemak. Namun, ada juga yang kata isinya yang bewarna putih itu mempunyai rasa yang  sedikit masam. Bagi masyarakat Orang Asli pula  ia boleh dijadikan minuman keras.

Selain dimakan segar, saya tidak pasti adakah ia ada digunakan dalam masakan atau sebagainya. Anda mungkin boleh memberi sedikit komen sekiranya di kampung anda masih terdapat lagi pokok tampoi ini..

Related Posts with Thumbnails

82 Responses to "Buah Tampoi"

1 | mon

January 6th, 2010 at 2:06 pm

Avatar

salam,
menarik..buah tampoi makin dilupai. mungkin sebab tak pernah tgk atau makan. hanya dengar dengar. di tempat saya masih ada. di kedah ni. makan kadang kadang ok laaa..

2 | jailani

January 6th, 2010 at 2:10 pm

Avatar

kalau di pahang dipanggil BUAH TABAN.
Tangkainya panjang-panjang, buahnya di hujung julai pokok.

3 | Zulkifly Thahir

January 6th, 2010 at 2:16 pm

Avatar

Saya jadi maklumat anda sebagai koleksi memang menarik
tahniah

4 | Ithnin Atan

January 6th, 2010 at 2:28 pm

Avatar

buah tampoi memang sedap dimakan. biasanya bnyak di jual ditepi jalan dari tapah ke Cemeron highland olih penduduk asli. Rasanya Masam2 manis jika tak cukup masak . isinya putih seperti isi manggis.

5 | Fauzi

January 6th, 2010 at 2:35 pm

Avatar

Wah..lama tak makan buah tampoi ni..

Walaupun leceh sikit nak makan sebab isinya macam berlendir bila digigit.. tapi rasanya mmg sedap

Ada sesiapa tahu khasiat kulit buah tampoi ni…?

6 | azmi

January 6th, 2010 at 2:46 pm

Avatar

Buah ini dikenali juga sebagai buah larah diperak utara,terdapat dua jenis besar dan kecil,buah bermusim ,kulit tebal rasa kulitnya masam isi yg masak manis,berbuah pada batang dan dahan utama seperti rambai pokok seakan pokok rambai.isinya boleh dibuat cuka makan setelah cukup tempoh penapaian.

7 | J.EVY T

January 6th, 2010 at 3:21 pm

Avatar

Buah ni memang saya pernah makan, rasanya manis tapi saya sendiri tak kenal pokoknya. Ni kerana di kampung saya takde yg menanam pokok ini tapi buahnya boleh dibeli semasa “Tamu” apabila tiba musimnya berbuah.Untuk kegunaan lain saya tak pasti…..yg buah tampoi ni memang sedap dimakan begitu saja seperti makan buah manggis.

8 | sue100977

January 6th, 2010 at 3:44 pm

Avatar

buah ni bagi sy.. rasanya manis2 masam… hehe…

9 | Mohamed Ali Othman

January 6th, 2010 at 3:51 pm

Avatar

Salam. Saya tak pernah merasa buah ini sebab tak pernah jumpa. Insyaallah saya akan mencari dan merasainya.

10 | Alji

January 6th, 2010 at 4:29 pm

Avatar

Dah lama x makan buah ni.isinya boleh buat jem.Tapi x ramai yg buat.

11 | hambali

January 6th, 2010 at 11:05 pm

Avatar

Salam. minggu lepas sy makan buah ni, sy beli kat pasar pagi Sabak Bernam Selangor, buahnye sedap. masam2 manis, tapi tak ramai org tanam pokok nie coz buahnye murah dan tak laku sgt.

12 | yati

January 6th, 2010 at 11:40 pm

Avatar

salam. buah ni sebelah utara saya pernah jumpa dan pernah makan. saya rasa org2 dahulu pasti tahu.mcm budak2 sekarang seperti anak2 saya tak kenal buah ini. Isinya masam manis..Buahnya pun murah aje

13 | rosli

January 7th, 2010 at 12:20 am

Avatar

salam, kecik2 dulu selalulah makan buah tampoi ni. rasanya masam2 manis. kulit tebal. buah seakan-akan buah duku. sekarang dah susah nak cari pokok tampoi ni. kat kg pun dah hampir pupus dah pokok ni. nak cari anak benih dia tak tau kat mana….buahan tempatan best…..

14 | dzien

January 7th, 2010 at 12:54 am

Avatar

Salam. Suatu hari saya nampak buah ini dijual dalam perjalanan melalui perkampungan orang asli. Saya tanya suami dan dia kata buah tampoi dan payah jumpa. Kerana teringin sangat nak rasa, saya beli RM10. Ingat mahallah. Tapi terkejut juga saya sebab dia bagi saya 4 ikat dapat percuma 1 ikat lagi. bayangkan 1 ikat ada 12 biji. Puaslah saya dan jiran-jiran makan.

15 | R'ry

January 7th, 2010 at 1:05 am

Avatar

salam…BUAH TAMPOI…buah nie sedaaap…, manis dan sedikit rasa masam…isi berwarna putih…yer…mcm manggis, tp kulit nyer tak bergetah seperti manggis…pokok buah nie biasa tumbuh meliar dalam hutan..saya tak pernah tengok pokok buah nie…kalo makan banyak sangat…terasa pening lalat sikit…Hehehehe…saya HANTU makan buah nie…sbb susah nak dapat kot…kalo bapa keluar berburu di hutan dan kebetulan musim buah TAMPOI…baru la dapat merasa isi buah nie…tp ini kali pertama saya dengar isi buah nie bole dibuat cuka makan…berminat nak tahu….

16 | faizan

January 7th, 2010 at 1:06 am

Avatar

Buah tampoi ni memang sedap,kalau makan x ingat dunia boleh sakit perut.Saya kat kedah dan buah2 tampoi ni banyak kat kawasan saya dan harganya murah.Buah ni ada yang manis dan masam.Sepupu saya ada tanam pokok ni dalam 15 pokok.tak habis dibuatnya kalau nak makan

17 | zamizi

January 7th, 2010 at 1:12 am

Avatar

Buah ini ditempat saya dipanggil buah merekang@merkang (saya tak pasti ejaan yang tepat). merupakan buahan kegemaran saya. 2 pokok yang saya tanam telah pun berbuah, tak ramai yang menanam pokok ini.

Terima kasih teruskan perkongsian anda untuk generasi muda. Sedikit cadangan dari saya, apakata kalau saudara masukkan gambar daun atau batang pokok bagi setiap info yang saudara kongsikan untuk tatapan bersama

18 | norhazlina bt abd aziz

January 7th, 2010 at 1:35 am

Avatar

pernah cuba tp xsuka dengan rasanya yg msm2 manis…1st time tgak buah ni thn lepas itupun ada org bg…

19 | nor

January 7th, 2010 at 1:45 am

Avatar

salam..
sy prnah mkn buah tu..
kat terengganu pun pngil buah tampoi gak…..
masam manis isi dia..
sdap…
cam buah rambai pun ade gak…
last week bru jer sy mkn buah tu..
time bsday teman special sy…
dorg ambik dlam utan..
mybe skrg dah x der org tanam kut…
try ler smua buah tu….

20 | Noor Hamisah

January 7th, 2010 at 1:55 am

Avatar

Terdapat di Pahang & Perak. Kebanyakan org yg jual buah ni adalah penduduk Orang Asli. Kalau nak pergi ke Camron Highlands kat tepi jalan ada org asli yg jual. Kalau ikut higway, kat perhentian Tapah ada orang jual. Kalau di Pahang di sepanjang jalan dari Muadzam Shah ke Gambang, byk org asli jual di tepi jalan. Di Melaka pun kekadang ada juga org jual. Khasiat dia tidak diketahui, tapi setakat ini tak pernah lagi orang gunakan untuk masalan, hanya makan begitu sahaja. Buah tampoi ini ada 2 jenis yang berisi kuning dan berisi putih. Rasa kedua-duanya sama sahaja cuma warna sahaja yg berbeza. Pokoknya besar dan tinggi (layak dipanggil balak). Buahnya berangkai. Itu sahajalah yang saya tahu, sebab saya kalau jumpa mesti beli punya. Biasanya orang jual RM 4 ~ RM 5 sekilo. Sekilo tu ada la dalam 7 ~ 8 biji.

21 | asnah

January 7th, 2010 at 2:02 am

Avatar

di Sarawak pun tampoi juga.Isi nya manis.Tapi saya tak pernah tengok pokoknya.Selalunya buah tampoi akan keluar selepas buah buahan bermusim habis. Sekarang di kuching berlambak buah durian.Dah tak lama lagi keluarlah buah tampoi. saya tak tau adakah tampoi ni ditanam atau buah hutan.Selalunya buah ni orang dayak yang jual.

22 | pulo_kapas

January 7th, 2010 at 2:15 am

Avatar

hi all,

kat swak pn kami pggil buah tampoi gak..yg sy pnh igt dulu ms kecik2 nenek sy yg bbgsa bidayuh gunakan kulit buah tampoi utk mbuang kutu kepala. kulit buah tampoi yg tlh dkeringkan & digoreng tnpa minyak kmudian dtumbuk mjadi serbuk.serbuk kulit tampoi ni dlumurkan di kepala dgn minyak kelapa utk membuang kutu kepala.lepas dlumurkan,tunggu sketika kmudian skat dgn sikat kutu.insya allah lps tu kutu akan hilang.and mereka juga gunakan air buah tampoi yg tlh dtapai mjadi tuak selain tuak air beras.(tuak kat srwk ialah sjenis mnuman yg mmabukkan yer..)

23 | Rusni Binti Saleh

January 7th, 2010 at 2:20 am

Avatar

Bila makan buah n jangan telan bijinya nanti susah nak buang air besar….

24 | Fatir

January 7th, 2010 at 2:53 am

Avatar

Kat tempat saya kat jerantut, pahang ada buah yang macam ni tapi kita orang panggil buah sentul. isi putih. rasa masam-masam manis. Ada lagi kat belakang rumah. pokok besar macam pokok balak. Betul ke buah tampoi ni sama macam buah sentul?

25 | SHAH ANUAR

January 7th, 2010 at 4:20 am

Avatar

Terima kasih kerana anda menengah buah-buahan tempatan dalam mel anda,jenerasi kini kalau disebut mungkin tidak mengetahuinya.sememangnya buah ini mempunyai khasiat yang belum diterokai…rasanya ada yang manis dan ada yang rasa sedikit masam..khasiat dari buah ini amat banyak..tetapi untuk untuk memperolehinya mengikut musim dan pokoknya seakan - akan pokok rambai.

26 | mimie

January 7th, 2010 at 4:25 am

Avatar

salam…pertama kali tengok dan dengar nama buah ni..

27 | Yusni Mohamed

January 7th, 2010 at 4:27 am

Avatar

Saya pernah makan buah tampoi masa dulu-dulu. Seingat saya buah ini seakan duku Johor atau di Pahang di panggil duku Ketapi. Rasa sebenarnya manis tapi ada kalanya kita termakan yang agak masam. Masam atau manis mungkin bergantung kepada varieti atau persekitaran pokok. Julat antara masam manisnya seakan rambai.

28 | Zaria Zaria

January 7th, 2010 at 4:27 am

Avatar

Buah tampoi ini banyak dikampung saya,buahnya jika cukup masak amat lah manis(manis buah lah) kalau rasa masam tu bermakna belum cukup masak.

29 | Haji Wan Aziz

January 7th, 2010 at 4:28 am

Avatar

Buah tampoi antara buah tempatan yang sedap di makan, tapi sukar diperolehi kerana jarang ditanam di kebun sebagaimana buah manggis, rambutan dan sebagainya.
Buah ini biasanya dituai di hutan-hutan bila musimnya.
Kalau di Kelantan dan utara Terengganu buah ini dipanggil buah ngeke.
Elok juga buah ini ditanam secara komersil kerana potensinya untuk dipasarkan. Kalau buah manggis terbukti mempunyai nilai kesihatan pada kulitnya, mungkin buah tampoi ada khasiatnya tersendiri.
Wallahuahlam…

30 | siti

January 7th, 2010 at 4:48 am

Avatar

buahnya sedap.. masam manis .. isinya macam manggis,
lembut, tapi ia kecil.. sekali telan jer.

tambah maklumat ia
Buah Pokok Tampoi juga dikenali dengan nama buah larah di Hilir Perak. Banyak ditanam di Sungai Lui, Hulu Langat dan di Johol, Negeri Sembilan serta di Johor. Bagaimanapun, buah ini tidak begitu popular berbanding dengan durian, dokong atau rambutan. Banyak yang tidak pernah makan buah tampoi dan tidak tahu namanya.

31 | sawahlebar

January 7th, 2010 at 5:55 am

Avatar

Mmg ssah nak dpt skrg buah ni… bila musim buah ni dtg, spjnag jln Kajang ke Seremban ada Org Asli jual, tpi agak mahal gak… RM2.00 tuk 5 biji…

I suka rasanya yg masam2 manis..

32 | lek ceria

January 7th, 2010 at 9:11 am

Avatar

selain buah ni dimakan…..kulitnyee blh dibuat sambal dengan anak ikan keli…..dahulu sye pernah makan sambal kulit buah tampoi ni…..nenek sye yg msk ..ish meleleh air liur bila tringat sambal2…dia ada rasa masam2 +pedas sedap…………..

33 | Rohani leyaknalae

January 7th, 2010 at 9:38 am

Avatar

Buah ni ada jugak la di Yala ni,org.sini panggil buah “mengkang” atau “nge kae” sangat digemari…ada nilai harganya kat sini. Anak raja suka makan buah ini….
kerna itu ianya dijadikan buah makanan kegemaran diraja. hal lain-lain wallahuaklam….

34 | Ahmad

January 7th, 2010 at 11:30 am

Avatar

Tak tau pulak buah tampoi ni. Kalau tengok gambar tu memanglah buah taban dan rasanya memang sedap.Tapi kalau taban tu rasanya pokok hutan. Oleh kerana taban ni pokok hutan ianya kini sukar ditemui.
Taban isinya putih dan kulitnya agak tebal juga.

35 | Abdullah bin Mohd nor

January 7th, 2010 at 2:02 pm

Avatar

Buah tampoi memang sedap juga kalau biasa dimakan,rasanya masam-masam manis,saya pernah makan semasa saya ditugaskan menjaga keselamatan orang asli di pos Shen kuala lipis pahang suatu ketika dahulu,memang terdapat di perkampongan orang asli pokok tersebut.

36 | krul

January 7th, 2010 at 3:59 pm

Avatar

rasanya buah nie mcm buah rambai…. isinya pun lebih kurang mcm buah rambai…..
buah nie mmg sedap bg yg minat.. bg org yg x minat makan sebiji pasti terus buang…

37 | zuanmad

January 8th, 2010 at 12:33 am

Avatar

slm..hmm..buah Tampoi..buah ni mmg best..sbb skrg x byk tempat yg kita blh jumpa..klu ada pn kebanyakannya kt kampung2..kt bandar ni x ramai yang kenal buah ni,melainkan org 2 pnah mkn buah ni @ mmg berasal dr kg..klu zaman kecik2 dulu mmg biasa sgt mkn buah ni bl balik kg..bestt..isi putih 2 mmg manis bila masak..ada jgk yg rasa masam sket..tp layann…

38 | Yazid

January 8th, 2010 at 7:07 am

Avatar

Saya pernah makan buah tampoi . Rasanya manis masam . Kalau ada sesiapa ingin merasanya , bolihlah beli disepanjang lebuhraya Tun Razak dari Segamat-Muadzam yang dijual olih orang asli. Seperti juga buah sentol , warnanya kekuningan dan agak kecil sedikit. Bila makan , jangan telan biji , nanti bila masa nak ‘membuang’ ada masaalah sedikit .

39 | Kartina

January 8th, 2010 at 11:47 am

Avatar

Biasa dengar. Mungkin pernah nampak tetapi tak pernah rasa. Jika terjumpa nanti ingin juga nak rasa.
Tq all the same for the info. Keep up the good job.

40 | zaleha

January 8th, 2010 at 12:44 pm

Avatar

memang kat tempat sy orang panggil buah tampoi..memang sedap n lemak dan awas jgn menelan bijinya. kekadang makan isinya boleh melekat kat lidah..tapi ingat sentul n buah tampoi memang berlainan buahnya..beruntung jd org kampung sebab boleh rasa macam2 lagi buah yang jarang org ketahui n makan…buah jentik pun unik jugak!!kalau nak tau lebih lanjut datang la ke utara.

41 | Nazri

January 8th, 2010 at 5:05 pm

Avatar

Masa kecil dulu,adalah pokok nie kat kebun,sedap rasanya,tapi sekarang dah lama tak makan…pokok pun dah tiada..

42 | rozie

January 8th, 2010 at 11:14 pm

Avatar

saya ingin mendapat maklumat tentang buah ajaib.

Soalan

Apa itu buah Ajaib?

Dimanakah boleh saya beli benih pokok tersebut dan cara penanamnya?

Dimanakah boleh saya beli buah yang telah di keringkan.

Jika ada agent bolehkan tuan memberi alamat atau no. talipon syarikat tersebut

43 | farid

January 9th, 2010 at 8:26 am

Avatar

salam…fatir jerantut td myb tesilap…buah sntul lebih kurg gak bentuk die cume isinya berbeza…tampoi ni ada gak org pgl taban n ada dua versi, kulit putih n merah…klu sesiape yg slalu lalu hiway segamat kuantan mesti penh tgk org asli jual buah tampoi ni kt tepi jalan area muadzam…..1 ikat 5 hengget…mahal…tp sedap tepaksela beli kn….huhu

44 | Raja Norkiah

January 9th, 2010 at 9:27 am

Avatar

Fuh…favorite saya tu…kalau jumpa kat pasar or tepi jalan orang jual buah tampoi ni mesti saya beli.Bukan selalu jumpa.Kalau membeli tu mesti kurang2 dua ikat.Sekarang ni orang dah pandai makan so seikat pun dh naik harga sampai Rm3.Hari tu ajar anak sedara makan buah tampoi,sekarang diaorang pun dah suka,siap pesan kalau jumpa….Member cakap kat Tapah ada banyak jual….tapi tak yah la dari Ipoh sampai nak turun ke Tapah cari buah 2 kekadang kat pasar malam pn ada,baru bulan lepas beli kat pasar Batu Gajah…

45 | hhj hairil anwar bin hj abdul karim

January 9th, 2010 at 12:29 pm

Avatar

bbuah tampoi memang manis. susah nak cari kerana ia
bermusim, saya kalau jumpa beli banyak.

46 | Hj Ahmad

January 10th, 2010 at 6:30 am

Avatar

Masa saya di zaman kanak-kanak selalu memanjat pokok buah tampoi ini. Buahnya sedap. Orang-orang tua dulu kalau makan terlalu banyak boleh memabukkan. Fakta ini belum dibuktikan secara saintifik.

47 | remyregok

January 10th, 2010 at 12:40 pm

Avatar

untuk pengetahuan semua, buah tampoi ni isinya bukan berwarna putih tp orange kalau masak, memang kami kat sarawak ni menggunakan pati dpd isi buah tampoi ni utk menghasilkan air tuak( sejenis minuman keras). kalau ada yang komen buah ni mahal memang patutpun sebab ianya berbuah selang 4-5 tahun. pokoknya besar dan dahannya liat. kalau makan jgn telan banyak boleh luka dubur kalau buang air besar(based on my experiance). saya sangat arif ttg buah ni sbb masih byk kat kpg saya, ianya ditanam bukanlah tumbuh liar.

48 | adi

January 11th, 2010 at 3:09 am

Avatar

dulu buah dan pokok ni banyak terdapat dekat hutan berhampiran dengan kampung aku. biasanya ia tumbuh meliar di tepi-tepi sungai. tapi sekarang ni semuanya dah tak ada akibat kemodenanlh katakan… semua dah ditebang untuk wat ladang sawit. rasanya masam manis dan isinya berulas macam isi rambai, tapi lebih pejal sedikit.

49 | yonneyy

January 12th, 2010 at 2:20 am

Avatar

Buah tampoi banyak terdapat di sarawak esp di Miri, di waktu ini. Kalau nak makan datanglah ke Miri harganya murah sekarang kerana terlalu banyak……. kalau makan telan dgn bijinya sekali rbaru asa puas tapi nak buang air besar ………………

50 | wend

January 12th, 2010 at 6:07 am

Avatar

Buah tampoi dikenali sebagai pugi di kalangan kaum dusun di Sabah. Sejenis tumbuhan liar dan buahnya memang boleh dimakan. Rasanya ada yang manis dan ada yang masam seperti mana buah manggis. Di Sabah, buah tampoi atau pugi tidak lah dijual dengan harga tinggi.

51 | mohamed hashim

January 13th, 2010 at 10:14 am

Avatar

Salam,

Disetengah tempat di Perak buahni dipanggil buah LARAH. Rasanya masam manis. Di perak baru lepas musim. Kalau lalu jalan lama K.L / Ipoh terutama berhampiran dengan Gopeng banyak buah ini dijual.
Isi didalam berwarna putih dimakan biasanya ditelan dengan bijinya sekali macam rambai. Mermang sedapppp

52 | jun

January 14th, 2010 at 1:40 am

Avatar

salam.. kat Sipitang buah tampoi memang tak asing lagi,rasanya yang manis dan ada juga yang masam ,isinya ada yang tebal dan nipis.
Kami di sini makan macam tu aja sedappp.

53 | zilawati

January 14th, 2010 at 9:19 am

Avatar

slm. buah ni sm ngan nm tempat kt jb. Tampoi. tapi tak tau plak tampoi tu nm buah. buah die nmpk cam buah ciku,,, menarik ni,,, xpenah jumpe…xtau nk komen rs cmne..huhu.. kalo dpt rs best gak…wow!

54 | zah

January 14th, 2010 at 10:59 am

Avatar

salam.rasanya penah mkn buah ni ms kecik2 dulu.tu pn kebetulan gi dlm hutan cari kayu api.org susah katakan,dlm thn 80 dan 90 an.nk mkn buah ni mcm ssh skit,kna buat mcm nak mkn buah manggis,kna tekan kuat2.harap betullah tu.

rasanya kita kena tanam semula pokok tampoi tu.kekalkan khazanah negara kita.

bgs jgk jumpa info ni,nk dedahkan kpd pelatih2 plkn ttg keistimewaan biodiversiti negara kita.

sebenarnya sy mencari bahan berkenaan kulit manggis,buah pinang yg blh dijadikn pewarna batik.pernah terbaca dlm paper.sesape tahu,blh kongsikan……skrg2nya blh tambah pengetahuan,pelatih2 pn dpt tahu jgk.ttg buah talpoi yang blh buat cuka dgn jem pun dah bgs dah,dpt ilmu baru.

sekian
terima kasih.

55 | Remsa

January 15th, 2010 at 4:45 am

Avatar

Baru balik Cameroon Highland (bln lepas) beli 2-3 ikat @rm6 buah tampoi, kat lata iskandar utk bagi anak kenal. Dulu kat Chow Kit ada jual tapi sekarang lama tak gi. Cik Zaleha (komen #40) kalau ada gambar buah jentik (isi dan buah mcam rambai, nak makan kene jentik baru kulit pecah) tolong masuk kat sini, saya pernah makan masa kecik2 dulu di Johor tapi sekarang tak jumpa lagi. Satu lagi buah unik buah redan, (rasa dan isi mcam rambutan, buah oblong, kulit tiada bulu/rambut warna kemerahan mcam kulit buah laici) saya pernah makan masa kecik dulu, sekarang tak pernah jumpa mungkin dah pupus! Buah keranji saya selalu makan, itu pun kalau pegi ke Terengganu, kerana di sana saja yg saya jumpa. So kalau ada pembaca yang ada gambar/maklumat masuk le sini untuk kongsi kenangan masa kecik2 dulu. Buah hutan yang susah dijumpai…

56 | jamilah

January 15th, 2010 at 7:18 am

Avatar

hala keselatan jarang kelihatan buah tampoi ini, tapi ketimur dan utara masih banyak dijumpai.

57 | Zhang

January 17th, 2010 at 2:39 pm

Avatar

Kami bukan makan isi tapi makan kulit die. haha buat mcm kerabu. selalu makan dgan tuhau. Kulit buah ni sgt kaya dgn vitamin c so blh gune mcm lemon essence - mencerahkan kulit. tp jgn biar lama-lama atas kulit -terlebih hakis

58 | HADI

January 21st, 2010 at 11:41 pm

Avatar

kat kampung saya. buah ni di kenali sebagai buah NGEKEL

59 | HADI

January 21st, 2010 at 11:44 pm

Avatar

BEST GAK BUAH NI. TAPI KULIT TEBAL SANGAT. BERAT KULIT DARI ISI.MAKNANYE MAHAL KULITLAH DARI ISI.

60 | potato

January 22nd, 2010 at 7:01 am

Avatar

buah nie memang best..aku suka….tapi bijinye jangan dimakan terus..boleh menyebabkan buasir pulak nanti…he..he… macam makan rambai juga….aku baru jer makan..suami aku beli masa balik kampung minggu lepas…sekarang nie kalau koarang nak beli boleh beli kat pekan bidor..satu ikat dalam 8 biji…RM 3 jer….

61 | Khadijah

January 28th, 2010 at 9:19 am

Avatar

ada sape-sape yang tau nurseri yang jual pokok buah-buah nadir macam tampoi ni.

62 | Temuk

February 6th, 2010 at 11:01 pm

Avatar

Kali pertama rasa buah tampoi ni di pekan Sg Besi, Selangor. Manis. Memang isinya macam rambai. Yg jual kata, jgn makan terlalu banyak, dibimbangi bijinya menyukarkan buang air besar. Harga, sekilo RM5.50. Kata penjual, susah dapat. Nurseri yg jual anak benihnya tak pernah jumpa. Mungkin kena cari buahnya & semai sendiri. Terima kasih semua!

63 | miezaidin

February 8th, 2010 at 2:12 am

Avatar

Saudara Temuk…sy membantu kawan saya utk mencari buah ini….bininya mengidam buah tampoi ini….mana saya boleh dapatkan….?

64 | iefaridza

February 9th, 2010 at 2:39 am

Avatar

buah tampoi ni masam manis..lebih kurang macam buah duku..

65 | d'johari yaakop

February 11th, 2010 at 2:47 am

Avatar

isi dia kecik je..malas nak makan..tp sedap gak

66 | Si Baweh

February 11th, 2010 at 2:49 am

Avatar

Kat Terengganu, buat tampoi nie dipanggil buah “ngekel”. Kalau tanya orang-orang tua pasti tahu, kalau budak-budak baru tanya buah tampoi pun tak kenal, kalau ngekel lagi lah tak tahu.

67 | zura

February 18th, 2010 at 1:37 pm

Avatar

aku slalu kirim ngan kawan aku bile die blk taiping.. aku ske kopek kulit tanpa buang tangkai,sebjik mcm selbu bwg putih..buah nie mmg best

68 | nur

March 1st, 2010 at 2:45 am

Avatar

kat mana ada jual buah tampoi ni. teringin nak rasa

69 | Valle

March 1st, 2010 at 8:02 am

Avatar

Buah tampoi byk di tanam di dusun2 buah di Sarawak.Isi nya berwarna putih bertompok-rompok seperti bawang putih.Selalu nya buah tampoi akan keluar di tamu-tamu atau pasar2 tani selepas selesai musim langsat & musim rambutan.Manis2 masam & ada sedikit rasa kelat.Ibu saya amat menggemari buah ni.Isi nya yg kecil, boleh ditelan je tapi kena minum banyak air untuk mengelakkkan sembelit.Tidak sesuai di makan oleh budak kecil takut sembelit.kalau nak merasa buah tampoi, silalah datang ke Sarawak sekitar bulan November & December.

70 | ahmad

March 2nd, 2010 at 10:09 am

Avatar

adik saya royak rasanya macam buah semeta, masam manis. ada jual kat pasar teluk ketapang, kuala terengganu. buahnya bermusim, orang terengganu panggil buah ngekel(kuala berang). isi warna putih

71 | fairus ahmad

March 3rd, 2010 at 7:24 am

Avatar

First time makan…Puas saya search dalam internet. Ni je website yang menerangkan apa dicari. Siap ambil gambar lagi hehehehe….

72 | Y.B

March 17th, 2010 at 8:18 am

Avatar

Salam.

Sememangnya saya amat suka kepada buah2 yang jarang2 kita jumpa. kalau bertugas Outstation, saya akan kepasar untuk meninjau kalau2 ada buah yang x pernah sya jumpa/lama x jumpa.

Setakat ni buah tampoi yg telah sya jumpa yang isi nya jenis, putih, kuning & merah, ada yg biji nipis & ada yg biji besar isi masam dan yang sedap pernah saya makan berisi kuning dan buah nya kecil terdapat kat Sarikin di S’wak.

Saya juga ingin bertanyakan ttg buah Jentik-jentik,buah Keriang (kata org utara) @ Keriang DOt, Keriang Acheh & Keriang Lada. Dah lama sangat saya tak jumpa.

73 | laura

March 21st, 2010 at 2:56 am

Avatar

buah tampoi rupanyew :P
di t’ganu buah ini dikenali sbgai buah “ngeke”
xpenah tgk die punyer pokok coz area kg2 takde yg tanam,,
buah ni kire pebret saye gaks la,,klo jumpe kt psar mlm tentu tros bli,hehe
rasenyew msm2 manis..sodap..

74 | awin

March 23rd, 2010 at 1:10 am

Avatar

cerita pasal buah masam2 manis ni teringat jambu susu ngan jambu ball. masa kecik2 dulu selalu makan sbb ade pokok kat umah. skrg dah takde. dah lebih 20 tahun tak makan. admin tak de ke artikel pasal jambu2 ni?

75 | Pak da

April 1st, 2010 at 4:34 am

Avatar

buah merkang (dalam loghat kelantan) ni sedap oi ! dulu dalam hutan / kampong berlambak bila musim dia. sekarang bila pembangunan ladang, pokok ni ditebang utk ladang. siapa yg ada cara @ anak pokok tolong beritahu.

76 | ABD.AZIZ BIN SAAT

April 2nd, 2010 at 2:11 pm

Avatar

BARU ARI NI SYA MASUK BLOG NI, TU PUN NAK CARI GBR POKOK LIPAN, WAA THANIAH PAD U ,I MEMAMNG PEMINAT POKOK YG PELIK 2 NI, MEMANG I ADA MENANAM JIKA DPT POKOK YG DAH PUPUS NI, POKOK TAMPOI NI DI JOHOR MEMANG ADA LAGI SEDAP RASA BUAHNYA TU……….SILA CALL SAYA JIKA NAK TAU..018-7654600 ADA MASA SYA AKAN MASUKAN POKOK YG UNIK 2

77 | RAZ STUDIO EXPRESS

April 2nd, 2010 at 2:13 pm

Avatar

TUKAR NAMA BIAQ GELAMOUR SIKIT NO….

78 | RAZ STUDIO EXPRESS

April 2nd, 2010 at 2:17 pm

Avatar

BARU ARI NI JUMPA BLOG NI. WAA THANIAH LAA..I MEMANG PENGUMPU L POKOK POKOK YANG PELIK2 DAN YNAG DAH NAK PUPUS DI DUNIA NI…TADI CARI GBE POKOK LIPAN TU YNG JUMPA BLOG NI, TERUSKAN USAHA TUAN YANG MURNI NI, I SEDIA MEMBANTU KLAU U NAK INFO, NANTI AKAN SAYA ANTA GAMABR POKOK 2 YANG PELIK ……BUAH TAMPOI DI JOHOR MEMANG BANYAK BRO, RASANYA PUN SODAP…..KALAU NAK CONTACT I BOLEE 018-7654600 ANY TIME ……….

79 | remsa

April 20th, 2010 at 1:08 am

Avatar

Komen saya #55- mengenai buah redan, sila lawati laman http://5sal13.blogspot.com/2008/08/sama-tapi-tak-serupa.html Terima kasih kepada semua, sama-sama kita kongsi maklumat sebegini, mungkin generasi sekarang tidak pernah jumpa pun buah yang pernah generasi dahulu melihat dan merasainya..

80 | nor

May 2nd, 2010 at 1:51 pm

Avatar

tahniah ramai yang mengenali b tampoi
tapi kena tau petua antaranya barang siapa yg ada masalah angin dalam badan dan darah tinggi/ kecing manis kenan berhati-hati nak makan buah ni
rasa memang sedap

buah-buahan yang bergetah bila nak memakannya kena waspada bagi orang yang ada masalah kesihatan

81 | cempaka

May 7th, 2010 at 7:04 pm

Avatar

KAT DALAM KEBUN GETAH AYAH SAYA ADA.. RASA MANIS2.. RASA DIA BEST TAPI PELIK SIKIT.. KALAU KAT KAMPUNG KENA BEREBUT DENGAN MONYET BARU DAPAT MAKAN,

82 | Frank Juhas

May 31st, 2010 at 6:01 am

Avatar

Buah tampoi termasuk keluarga Baccaurea dan memang punya banyak jenis. Yang paling manis adalah Buah Kejira (Iban) dangan daging merah macam darah. Ada lagi yang sekecil rambai punya isi kuning. Silakan tengok gambar-gambar contoh di halaman saya di bawah Sample Photos by Genera/Baccaurea

Frank

Comment Form


 Powered by Max Banner Ads 

 Powered by Max Banner Ads 

Categories


  • sya: info yang bagus! saya pernah dengar tentang pokok kecubung tapi kurang jelas mengenai khasiatnya. Terima kasih dengan info di laman ini!!
  • delon: Good day, saya ada masaalah tentang pokok ini, dimana ada sejenis burung yang bermata merah suka sangat makan daunnya sehingga pokoknya mati.
  • mardiana binti kholid: pecinta buah-buahan tempatan, skg ada lg x buah ni kat umh awak? saya nak beli..klu ada tlg e-mail kat saya di mardiana_kholid@yahoo.com. please ye...

About

Blog ini hanyalah artikel semata-mata. Ianya di ambil dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan hati mengenai artikel ini haraplah diberi komen dan cadangan. Di harap sedikit-sebanyak blog ini dapat memberi pengetahuan kepada anda yang berminat dalam bidang tumbuh-tumbuhan, landskap, herba dan bidang pertanian.

Dapatkan Artikel Baru Terus ke Email Anda

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Percuma Pelan Bisnes Ladang Sayur