01 Jan, 2010

Gula Kabung

Posted by: admin In: @Makanan Kesihatan

Number of View :1706

buah-kabung

Gula kabung atau gula enau berasal dari cairan yang diambil dan ditampung secara bertahap dari pohon enau, lalu dipanaskan sehingga kental. Di pasaran, gula kabung ditemui dalam bentuk padat ataupun serbuk.
Disebabkan prosesnya dilakukan tanpa pengawet dan pemutih, gula kabung menjadi lebih sihat. Jika dibandingkan dengan gula pasir, gula kabung lebih mudah larut di dalam air dan memiliki rasa serta aromanya tersendiri.
gula-kabung

Kelebihan lainnya, selain glukosa, gula kabung juga mengandungi protein, mineral dan vitamin. Warna coklat pada gula kabung adalah serat yang bermanfaat untuk kesihatan pencernaan. Selain itu, gula kabung juga memiliki sebatian yang berfungsi menghambat penyerapan kolesterol pada saluran pencernaan. Bahkan, kaum wanita sering menggunakan gula kabung untuk meringankan kesakitan perut ketika menstruasi.

gula-kabung2

Kalori gula kabung memang tinggi, iaitu 368 kalori/100 gram. Namun, kalori ini boleh anda manfaatkan sebagai sumber tenaga. Tidak seperti gula pasir yang terus membuat anda berasa letih dan malas.
Menggunakan gula kabung untuk membuat kuih juga merupakan idea yang bijak. Ini kerana, selain memberi rasa manis, gula kabung juga dapat memberikan warna coklat pada makanan. Atau anda boleh juga mencampurkan gula kabung ke dalam teh dan kopi.

Related Posts with Thumbnails

12 Responses to "Gula Kabung"

1 | yinna

January 2nd, 2010 at 12:52 am

Avatar

ooo…buah nipah…buahnya kalo muda sedap…manis,rasa cam buah klp muda p lbih sedap sikit la…niranya jika dimasak boleh menghasilkan gula melaka….slu terdapat di kawasan paya…daunnya boleh dibuat atap rumah…rumah kpg la.

2 | redzwan

January 4th, 2010 at 2:28 am

Avatar

salam yinna,

kabong ngan nipah tak sama… walaupun dalam kumpulan ‘camar’…. kat kg sy melambak pokok ni… buah dia buat halwa… bulan pose banyak la orang jual…
gula kabong ni memang popular dan mendapat permintaan yg tinggi terutama bulan puasa… daerah Raub, kuala lipis dan jerantut yg banyak menghasilkan gula kabong ni…. sedap untuk buat bubor, pengat, kueh dan dodol…

3 | zuanmad

January 8th, 2010 at 12:51 am

Avatar

yang putih 2 biasanya org panggil buah kabung..mmg sedap..klu +dlm A.B.C(ais batu campur/ais kacang) mmg sodap…

4 | Siti Zalikha Abdullah

January 8th, 2010 at 7:52 am

Avatar

Di Negeri Sembilan kawasan Kuala Pilah memang terkenal dengan gula anau. Selalunya dibungkus dengan daun kelapa masak setiap 5 keping. Harga bergantung pada ketulenannya. Sekarang ini susah nak dapatkan yang ori, yang bercampur pun sekurang2nya RM1.50 sekeping
Gula anau ini ‘wajip’ bagi kuih tradisi nogori seperti dodol, wajek, siraj, inti kelapa, pengat dll.
Pokok anau tumbuh sendiri di kebun2 atau belakang rumah. Ramai yang memusnahkan anak pokok ini sebab nampak semak
Air nira diambil dengan menadah baldi pada tandan setelah semua buah dipotong. Sebelum tandan dipotong, tandan itu perlu diketuk 3 hari berturut2supaya ia dapat mengeluarkan nira yang banyak dengan membaca jampi serapahnya
Oleh kerana pokok anau ini tinggi, buluh atau dipanggil sigai digunakan sebagai tangga
Dengan menggunakan kayu api,nira mengambil masa yang lama sebelum pekat dan mengeras. Keraknya yang tinggal dalam kuali memang ump!

5 | Irina

January 20th, 2010 at 11:39 am

Avatar

Gula Kabung. Sememangnya amat sedap jika dimasukkan ke dalam bubur durian. Tapi sekarang gula ni amat mahal di pasaran.Baru2 ni, makcik sy mencari gula kabung di pasar minggu di Raub. Tak pasti sngt satu bapa, but kalo tiga harganya RM16.50. Kalo nk bandingkan ngan dulu2.Harganya amat tinggi skang. Kenapa ye? Apakah smakin skit pembuatan gula kabung di Raub tu?Tak dpat dipastikan lagi harga di Kg.Budu, Benta.

6 | mohamad

February 16th, 2010 at 8:15 am

Avatar

boleh saya tahu detail alamat tempat yang selalu buat halwa buah kabung nie…TQ

7 | zai

February 17th, 2010 at 8:04 am

Avatar

salam..korang,nk tanyalah..kat area johor ada x pokok buah kabung ni ek? Ada sapa2 tak boleh tolong…zai nk cari lidi hitam pokok ni..Please2…

8 | zul

March 22nd, 2010 at 11:27 am

Avatar

Saya nak tanam pokok kabung kat Chenur, Maran. Ada sesiapa boleh bagi nasihat klon apa yg sesuai?

9 | khairul

March 24th, 2010 at 11:15 am

Avatar

salam…

sy amat berharap sekiranya ada sesiapa yg tahu di mana boleh sy mendapatkan stok Gula Kabung dlm kuantiti yg byk…average nk amik by cash 900kg seminggu…kalau dpt lock price..long-term supply nih…harap2 rakan2 sekalian dpt bantu sy dgn segera…sila hubungi sy di 012-607 2797…thanks

10 | amir

April 1st, 2010 at 7:07 am

Avatar

salam…
sy juga memerlukan gula kabung atau gula melaka,
hubungi saya
0122384854

11 | jamaluddin bin abdul jabbar

October 11th, 2011 at 1:59 am

Avatar

saya memerlukan 300 biji gula kabung sebelum 20 oktober 2011. berapa sebiji ?

12 | ina chuna

December 10th, 2011 at 12:10 pm

Avatar

untuk tempahan gula anau boleh talifon saya =0136223125

Comment Form

Categories

Hari ini & Semalam

About

Blog ini hanyalah artikel semata-mata. Ianya di ambil dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan hati mengenai artikel ini haraplah diberi komen dan cadangan. Di harap sedikit-sebanyak blog ini dapat memberi pengetahuan kepada anda yang berminat dalam bidang tumbuh-tumbuhan, landskap, herba dan bidang pertanian.

Klik Like!! Sertai Saya di FaceBook!!

Download Percuma Pelan Bisnes !!

Artikel Paling Popular Tahun 2011