27 Dec, 2009

Buah Kesusu

Posted by: admin In: @Buah Nadir

kesusu

Semasa saya mula-mula sampai di Taman Pertanian Sabah, buah yang menarik pandangan mata saya ialah buah Kesusu. Nak tahu kenapa?

Buah Kesusu atau nama saintifiknya Prainea limpato merupakan sejenis buah yang saya anggap ganas unik kerana mempunyai rupa bentuk yang tidak seperti buah-buahan yang lain. Buah ini  dikatakan berasal dari Borneo, namun menurut rujukan ia juga dipercayai terdapat di Semenanjung Malaysia. Selain nama kesusu, nama lain yang digunakan ialah seperti Buruni, Ematak, dan Karon.

kesusu2

Gambar di atas merupakan peringkat di mana buah yang masih putik memenuhi setiap ranting pokok. Benjolan akan mula keluar sedikit demi sedikit pada buah yang putik sehingga lengkap sepenuhnya menyerupai buah sebenar.

kesusu3

Buah yang telah masak akan bertukar warna oren hijauan. Cara nak makan buah ini ialah dengan memulas benjol tersebut dan terus masuk ke dalam rongga mulut. Lidah anda akan merasai sedikit masam dan kadangkala sedikit manis.

Anda semua pernah lihat ke buah ini? Di mana ? Bila ?

Related Posts with ThumbnailsNumber of View :34549

69 Responses to "Buah Kesusu"

1 | milah

May 19th, 2010 at 6:50 am

Avatar

Tak penah dgr ttg buah ni….. mmg unik dan pelik.

2 | Janeesa Ainur

May 22nd, 2010 at 2:51 pm

Avatar

pernah makan buah ni time kecil2 dlu. memang rasanya masam2 manis. dalamnya merah, ada biji2 jga. pokoknya besar….mcm pokok durian. tapi x tau la skrg mgkn jabatan pertanian dah buat hybrid yg pokoknya kecil

3 | Frank Juhas

June 2nd, 2010 at 8:58 am

Avatar

Di Malaysia saya suda jumpa 3 jenis lain.
Satu yang ada di halaman ini.
Kedua yang ujung buahnya tidak tajam.
Ketiga yang punya tangkai memang panjang.

Kalau mau tengok gambar ada di site saya di bawah Sample Photos by Genera/Prainea

Frank

4 | admin

June 2nd, 2010 at 12:49 pm

Avatar

Memang benar.. di Kuala Pilah, Negeri Sembilan ada terdapat satu spesis yang lain.. Tak sama macam spesis di gambar ini..

5 | puteri atikah

August 16th, 2010 at 2:08 am

Avatar

buah ni bleh m,kn ke x…………

6 | fadli

August 16th, 2010 at 2:09 am

Avatar

of c0urse larw blh mkn……
huhuhu….

7 | fadli

August 16th, 2010 at 2:10 am

Avatar

bez larw nmpk buah 2……

8 | miz

December 8th, 2010 at 1:44 am

Avatar

Masyaallah,hebatnya ciptaan Allah.Kalau tak tahu memang hanya dipandang sedangkan buahnya boleh dimakan.Saya ambil petua dariblog ini ini kalau semut atau burung makan maka kita boleh makan buah tersebut walapun tak pernah dilihat.

9 | Pauzi Nong

December 12th, 2010 at 2:31 am

Avatar

Kepada penerbit; saya ada dua jenis buah bagaiman untuk dipubliskan ke laman ini ,
1. Buah lonan
2. buah none

10 | rosdi

December 22nd, 2010 at 2:27 am

Avatar

Rupa cam buah lempato tapi cam lain sikit. Tak penah lak dengar org makan buah lempato masak. Mesti masam kot.

11 | nuraidah

January 17th, 2011 at 1:46 am

Avatar

Subhanallah, sungguh ta’ajub rupe bentuk buah ni. ciptaanNya di luar jangkaan hamba. thanks for the info.

12 | Latifah Dol

December 25th, 2011 at 9:08 am

Avatar

Saya suka dan minat nak tanam pokok ni, mana nak cari benih ye.

13 | mai

May 11th, 2012 at 6:00 am

Avatar

@aziz basrom

ye,masa saya kecik dulu pun ayah biasa bawa buah ni balek bila dia menjala ikan..buah ni banyak terdapat di tepi sungai..memang sedap yg muda bila dicampur ikan sungai masak lemak cili api..selero orang ns lahkan..saya ade beli di pasar tani kuala pilah..sekarang ayah tak de..semua dlm kenangan.buah lempato longat ns..ikut baso saintifik ns…

14 | mai

May 11th, 2012 at 6:02 am

Avatar

ye,masa saya kecik dulu pun ayah biasa bawa buah ni balek bila dia menjala ikan..buah ni banyak terdapat di tepi sungai..memang sedap yg muda bila dicampur ikan sungai masak lemak cili api..selero orang ns lahkan..saya ade beli di pasar tani kuala pilah..sekarang ayah tak de..semua dlm kenangan.buah lempato longat ns..ikut baso saintifik ns…

15 | feyshella

September 30th, 2012 at 5:37 am

Avatar

sya pernah nmpk buah ni…sebelah rmh saja…tp oleh kerana poko tu suda tu…terpaksa di tebang…time ia masih hijau masi boleh makan juga…sedap…tp susah dah nak cari buah ni…huhuuhuu..sya dari sabah…

16 | admin

September 30th, 2012 at 1:15 pm

Avatar

sayangnya ditebang.. di Taman Pertanian Tenom masih ada pokok ini..

17 | jijo

December 14th, 2012 at 3:17 am

Avatar

hehehe…. ayat mai memang btol skali…. org negori mcm den ni panggil buah ni…. buah “lemato” . skali tengok tangkai & buah dia macam kudup & tangkai petai…. msak lomak cili api mmg mantap campur buah ni … lamo x menghaso buah ni…. kek pasa tani pilah dulu ado jual.

18 | ku razali

February 3rd, 2014 at 5:41 am

Avatar

assalamualaikum
di mana boleh dapat benih untuk buah ini

19 | amin

November 2nd, 2016 at 2:56 pm

Avatar

masa kecik2 dulu mak sy pernah masak sayur ni buek gulai masak lomak cili api. susah nak jumpa area kuala pilah. zaman2 dulu ada la dpt makan.sekarang susah nak jumpa

Comment Form

Categories

Share on Facebook

1542
Share

BlogMalaysia.com

About

Blog ini hanyalah artikel semata-mata. Ianya di ambil dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan hati mengenai artikel ini haraplah diberi komen dan cadangan. Di harap sedikit-sebanyak blog ini dapat memberi pengetahuan kepada anda yang berminat dalam bidang tumbuh-tumbuhan, landskap, herba dan bidang pertanian.

Klik Like!! Sertai Saya di FaceBook!!

Artikel Popular Hari ini

Artikel Popular Minggu Lepas

Artikel Paling Popular Tahun 2011-2014