Powered by Max Banner Ads 

27 Dec, 2009

Buah Kesusu

Posted by: admin In: @Buah Nadir

kesusu

Semasa saya mula-mula sampai di Taman Pertanian Sabah, buah yang menarik pandangan mata saya ialah buah Kesusu. Nak tahu kenapa?

Buah Kesusu atau nama saintifiknya Prainea limpato merupakan sejenis buah yang saya anggap ganas unik kerana mempunyai rupa bentuk yang tidak seperti buah-buahan yang lain. Buah iniĀ  dikatakan berasal dari Borneo, namun menurut rujukan ia juga dipercayai terdapat di Semenanjung Malaysia. Selain nama kesusu, nama lain yang digunakan ialah seperti Buruni, Ematak, dan Karon.

kesusu2

Gambar di atas merupakan peringkat di mana buah yang masih putik memenuhi setiap ranting pokok. Benjolan akan mula keluar sedikit demi sedikit pada buah yang putik sehingga lengkap sepenuhnya menyerupai buah sebenar.

kesusu3

Buah yang telah masak akan bertukar warna oren hijauan. Cara nak makan buah ini ialah dengan memulas benjol tersebut dan terus masuk ke dalam rongga mulut. Lidah anda akan merasai sedikit masam dan kadangkala sedikit manis.

Anda semua pernah lihat ke buah ini? Di mana ? Bila ?

Related Posts with Thumbnails

57 Responses to "Buah Kesusu"

1 | Rohani Leyaknalae

December 28th, 2009 at 6:46 am

Avatar

Tak pernah dengar dan tak pernah tengok buah ni.
MasyaAllah, maha sempurnia ciptaannya………

2 | anastasia....

December 29th, 2009 at 6:20 am

Avatar

Dalam menjejaki maklumat tentang keledek batu, saya terjumpa blog ini. Pernah tak dengar nama keledek batu? Keledek ini memang keras seperti batu dan tumbuh dicelah batu. Kalau boleh saya nak info kat mana boleh dapat keledek batu ini. Saya sekadar bertanya andai ada info yang boleh dikongsi tentang keledek batu. Terima kasih….

3 | potato

December 29th, 2009 at 7:04 am

Avatar

Tak pernah pun…tapi boleh tak tunjukkan rupa dalam buah nie…ada biji ker…atau pun isi jer ker.

4 | hafiz awang

December 29th, 2009 at 7:59 am

Avatar

tentu sedap rasanya….ada sesiapa yang boleh bagi benih kat saya

5 | lek ceria

January 1st, 2010 at 2:23 pm

Avatar

boleh bg tau pokoknya mcmana…tinggi ke rendah??????.bentuk buahnye seperti susu ke yg dipanggil buah kesusu ni????

6 | mohamed ali othman

January 1st, 2010 at 2:30 pm

Avatar

maha kaya Allah yang mencipta tumbuhan ini. Nak tau bagaimana boleh saya dapatkan benihnya? Boleh la tanam di kebun saya dan sesiapapun boleh lihat buahnya kelak

7 | zainal

January 1st, 2010 at 2:46 pm

Avatar

first time tengok ni…

8 | jentayubisu@yahoo.com

January 2nd, 2010 at 12:25 am

Avatar

Mula-mula dapat emel suruh komen buah kesusu dalam kepala terbayang buah jambu susu tapi bila tengok gambar buah kesusu terus binggung tak tau nak ulas apa hehehe.. Apa pun terimakasih bagi peluang menatap buah ciptaan Allah ini….

9 | Mohd Kamal Ibrahim

January 2nd, 2010 at 12:33 am

Avatar

Assalam,rupanya macam kristal.Memang menarik, harap dapat lebih maklumat berkenaan khasiatnya.

10 | mimie

January 2nd, 2010 at 3:04 am

Avatar

unik tul buah ni,pertama kali tengok..

11 | aziz basrom

January 2nd, 2010 at 10:51 am

Avatar

salam, melihat gambar & rupa buah kenusu ni saya teringat pada sebatang pokok di kg saya di kuala pilah n9 ada pokok yg buahnya sama dgn buah kenusu ni tp pokoknya tinggi, semasa saya kecil2 dahulu pokok ini rajin berbuah, org kg saya panggil ‘buah lempato’ (loghat n9) nama lain saya tak pasti, buah ni yg muda mcm dlm gambar yg pertama tu sangat enak dibuat masak lemak cili api campur ikan bilis saja sebelum dimasak perlu dicelur dahulu untuk membuang getah dia, buah yg masak tak pernah makan,buah ni banyak getah bila di potong dgn pisau terutamanya yg muda, saya tak pasti pokok ini masih ada atau tidak di kg..saya memang dah lama tak balik kg..dah tak ada sesiapa di kg..kalau mudah dapat benih saya pun ingin mendapatkannya untuk ditanam..sekian

12 | iefaridza

January 2nd, 2010 at 11:41 am

Avatar

wahhh x pernah tgk…wooo tertarik :)

13 | azizan

January 3rd, 2010 at 1:25 am

Avatar

memang pelik buah tu ya, nak makan pun takut kerana rupanya memang horror betul, saya tak pernah tengok buah kesusu ni tapi kalau buah susu, wow memang selalu tengok le

14 | akma

January 3rd, 2010 at 1:36 am

Avatar

plek tp benar..sy pon x pnah tgk buah ni..teringin plak nk tgk buah 2 y real punyer..

15 | Nur Aliza

January 3rd, 2010 at 2:56 am

Avatar

first time tengok buah ni…unik betul

16 | kanul

January 3rd, 2010 at 3:34 am

Avatar

hmm saya org Sabah pernah dengar nama kesusu tpi blum pernah nampak buah spt dlm gambar fazli post tu..
erm kamu pernah dengar buah ‘kungkurad” hehe.
saya ada pokok Crown of Gods (Mahkota Dewa) dari Papua.. mereka kata boleh cegah / sembuh kanser dan gout.. bila dah berbuah saya akan benihkan dan jual dlm polibeg, sepa nak pesan sila hubungi saya SEGERA… 016-8460018 makasi

17 | FAIRUZ

January 3rd, 2010 at 3:40 am

Avatar

buah ini sgt mnarik……bru frst time lhat…

18 | Rahman

January 3rd, 2010 at 11:50 am

Avatar

Assalamualatkum; Saya ucapkan terima kasih kepada tuan yang sudi menghantar berita bergambar keunikan Buah Kesusu; Inilah kali pertama saya melihat keunikan buahnya yang begitu menakjukkan! Kebarangkalian khasiatnya mungkin bolih mengubati penyakit-penyakit yang sama dengan bentuk rupanya dengan orgon manusia contohnya sperti penyakit payu dara, ketumbuhan dalaman atau luaran yang mempunyai keserasian pada sesorang. Kejadian Allah Taala adalah berbagai-bagai cuma kita yang berusaha mencari berikhtiar mengubati segala penyakit dengan Dos yang sesuai apa-apa pokok herba ‘Herba adalah Racun dan Racun adalah Herba
Terima kasih…”

19 | syifa

January 3rd, 2010 at 11:51 am

Avatar

kat mana bleh dapat buah buahan yg selalu kasi tu ye..
nampak cam sedap je

20 | zamri

January 3rd, 2010 at 2:41 pm

Avatar

assalamualaikum….

fist time saya dengar namanye…berape harga sekilo? di mana ada jual plak?

21 | yonneyy

January 4th, 2010 at 12:18 am

Avatar

Xpernah tengok. Rupa yang unik

22 | Ibrahim Mustapa

January 4th, 2010 at 1:09 am

Avatar

Buah ini didapati mula pupus dan satu tindakan yang saudar kenalkan amat baik untuk jenarasi baru mengenalnya. Baik kita syurkan dikembangkan buah yang mulai pupus/ tidak dikenali ramai untuk dibenehkan.

23 | adenan bahari

January 4th, 2010 at 1:32 am

Avatar

Assalammualaikum..,
Saya ada bekalan pokok Mahkota Dewa dari saiz 5 in. hingga 6 kaki ada la dalam 60 pokok .Buah nya yang saya jadikan teh (dikeringkan) ada dalam sekilo disamping menjadi amalan saya sudah 2 tahun minum teh ini ..alhamdulillah sihat! .Saya ambil benihnya dari Indramayu dan Curup,Bengkulu.Difahamkan buah ini berasal dari Papua .Buah Kesusu tu kalau ada sesiapa hendak menjual benihnya saya berminat untuk membeli call saya 013 4412250 adenan .t/kasih .

24 | Cmayau

January 4th, 2010 at 1:38 am

Avatar

hi saudara fazli,
terima kasih atas info ini. saya sangat tertarik dan kagum melihat ciptaan Allah pada buah ini. Ini kali pertama saya melihatnya. sangat luarbiasa, diharap pihak berkenaan mengkaji buah ini dan khasiat disebalik ciptaannya yang unik ini.

wasalam

25 | nor

January 4th, 2010 at 4:53 am

Avatar

salam…
1st time gak nmpak buah tu..
time sy g taman pertanian tenom x jmp plak..
so far best jer tgk..

26 | maizura

January 5th, 2010 at 1:04 am

Avatar

Tq atas info menarik ni…mmg menakjubkan, mungkin ada khasiat tersembunyi pada keunikan buah ini yang belum kita ketahui ataupun memang telah diketahui oleh penanamnya atau penduduk disitu. Diharap buah2 unik seumpama ini masih terus kekal hidup di mukabumi kita ini..

27 | adrina

January 5th, 2010 at 5:08 am

Avatar

x pernah pulak sa nmpk ni buah…ada sepa2 blh bg anak pokoknya atau benihnya…dan cara2 penjagaannya…

28 | Rusni Binti Saleh

January 5th, 2010 at 7:03 am

Avatar

Assalamualaikum en,Fazli, Akak sependapat dengan abang Aziz Basrom tu.Nama buah tu di kampung akak disebut buah limpato.Memang sedap dibuat masak lomak cili api dicampur ikan,udang ,telur itik dan ikan bilis. Baru -baru ni akak jumpa dia kat pasar tani Kuala Pilah. Akak beli lah 6 ikat.dan bijinya akak cuba semaikan nak dijadikan benih . Dah tumbuh panjang sekaki.Tapi lupa pulak apa nama pokoknya. Alhamdulillal bila tengok gambar yang fadli kirim ni akak teringat akan pokok limpato yang akak nak buat koleksi tu.Tq

29 | J.EVY T

January 5th, 2010 at 8:19 am

Avatar

First time saya tengok buah ni. Terlalu unik dan menakjubkan bentuknya. Semasa saya datang ke Taman Pertanian di Tenom tu, takde pulak sy terlihat pokok ni.

30 | jamilah ali

January 5th, 2010 at 1:04 pm

Avatar

terima kasih,banyak info yang saya dapat nanti kirim lah lagi

31 | idadida

January 5th, 2010 at 2:56 pm

Avatar

salam..
terima kasih diatas info yang menarik dan hebat ni..saya adalah salah sorang peminat tanaman buah2han,herba juga ulam ulaman.tq FAZLI.ada sesapa yang ingin menjual benih kacang botor yang panjangnye lebih kurang 1 kaki.?setahu saya benih tu asalnye drp sabah/sarawak.Dan saya berharap sgt..kacang botor yang biasa saya dah tanam.

32 | farhan

January 6th, 2010 at 1:06 am

Avatar

kebesaran Allah. Memang menarik buah kesusu ni. Saya harap tuan boleh dapatkan lebih infomasi tentang khasiat dan peluang pemasaran masa hadapan. Terima kasih.

33 | mohd zain

January 6th, 2010 at 2:04 am

Avatar

Ini adalah buah lonang(nona) buah ini banyak terdapat dikelantan.

34 | yoga

January 6th, 2010 at 5:43 am

Avatar

salam sejahtera. terima kasih info yang berguna dapat belajar pelbagai jenis tanaman dan buah-buahan. saya tak pernah tengok buah ini .

35 | Hj Ahmad

January 10th, 2010 at 6:27 am

Avatar

Pertama kali saya tengok buah ini. Boleh dimakan ke?

36 | abd halim

January 11th, 2010 at 5:07 am

Avatar

pertama kali dengar dan lihat buah ni…apa khasiatnye ye?

37 | Zarina

January 12th, 2010 at 8:41 am

Avatar

masyaallah betapa cantiknya buah kesusu ini dan buahnya mesti sedap.baru tahu tentang buah kesusu ini.

38 | hafizahhamid

January 13th, 2010 at 1:50 pm

Avatar

first impression… its streght. a very big of thanks for this info. it helps me a lot

39 | hafizahhamid

January 13th, 2010 at 1:53 pm

Avatar

ups… wanna know a lot about this fruit, kindly brief me on its nutrient, function, benefit…thank you

40 | HADI

January 21st, 2010 at 11:27 pm

Avatar

comel dan unik ciptaan Yang Maha Esa. Boleh tengok bijinya.

41 | HADI

January 21st, 2010 at 11:32 pm

Avatar

sekali pandang macam buah putat. tapi banyak buah satu tangkai.

42 | ayu

February 18th, 2010 at 4:16 am

Avatar

saye br je lihat dan dapat merase buah kesusu ni di Taman Pertanian Sabah di Tenom.rase dia cam lemak2 mcm susu la sesuai ngan name dia.ade mcm2 lg buah-buahan yg pelik ade di situ dan tiada di pasaran…jom singgah di Taman Pertanian..byk buah2an dr luar negara…

43 | m helmi

February 23rd, 2010 at 4:44 am

Avatar

Kesal kerana ada pihak yg edit gambar dr blog neh, cropped d pic n credit for himself/herself…

http://ygmenarik.blogspot.com/2010/01/pelikbuah-kesusu.html

44 | ejey hassan

March 6th, 2010 at 5:01 pm

Avatar

Salam,
Tahniah kerana info yg sangat berguna ini… dah hampir 50tahun hidup, sememangnya tak pernah saya lihat buah ini, apatah merasa….

45 | norain

April 4th, 2010 at 2:17 pm

Avatar

Assalamualaikum

Tahniah kpd 2 org pilah yang kona buah lempato
Se pun org sekampong, tompek lain tak ado agak ae
Nak maklum kek MB buek ladang lempato
Nanti ada ladang aboratum pokok-pokok nadir

46 | hj azlan

April 4th, 2010 at 2:23 pm

Avatar

Boto te kau ae
Buah lempato ni gulai tempoyak ngan ikan tenggiri mesti msk lomak cili api
Masa bebudak dulu (60an) ambik sendiri kek hutan
Beagih lah dongan sodaro keliling gumah
Fulamak……………………………..sodap te kau ae
Budak jam ni tak tau lah mau makan gulai ni sbb tak ponah tau pun!!!!!!!!!!!!!!!!

47 | sexy

April 19th, 2010 at 3:24 am

Avatar

tak penah tgk gak buah kesusu nih. kalu sy dpt benihny, tnm dlm pasu je dulu, tak kisah bila blh tnm kt tas tanah.

kpd anastasia2…. kalu nk tgk gmbr kledek bt blhla lwt penakumenulis.blogspot.com (bkn blok sy daa…) tp mklumat lanjut tk dpt nk tlg.

kpd helmi43, http://ygmenarik.blogspot.com tlh mengisytiharkn bhw gmbr yg ada dlm blok tsbt sumbernya adlh dr http://fazlisyam.com. wp mukin kena mintak izin dulu kot dr e.fazli tp sy p.k. e.fazli x marah kan? kan? kan?

48 | aima

April 20th, 2010 at 3:02 pm

Avatar

huyooo… sabah n sarawak ni mcm2 buah pelik ade yek.kt semenanjung dimane boleh dapat buah ni?aku nak jugak cuba makan.sape tau kt semenanjung ade kat mane ckp la

49 | nor

May 2nd, 2010 at 1:32 pm

Avatar

d smenanjung memang ada, tapi istilah lain lah
tanye kat jab pertanian atau perhutanan

50 | aza

May 5th, 2010 at 7:32 am

Avatar

xpernah jumpe..xpernah tgok..xpernah tahu..teringin nk mkn buah ni..mcm best je..bentuk n kaler mase dh masak tu menampakkan yg buah ni sgt unik…

51 | milah

May 19th, 2010 at 6:50 am

Avatar

Tak penah dgr ttg buah ni….. mmg unik dan pelik.

52 | Janeesa Ainur

May 22nd, 2010 at 2:51 pm

Avatar

pernah makan buah ni time kecil2 dlu. memang rasanya masam2 manis. dalamnya merah, ada biji2 jga. pokoknya besar….mcm pokok durian. tapi x tau la skrg mgkn jabatan pertanian dah buat hybrid yg pokoknya kecil

53 | Frank Juhas

June 2nd, 2010 at 8:58 am

Avatar

Di Malaysia saya suda jumpa 3 jenis lain.
Satu yang ada di halaman ini.
Kedua yang ujung buahnya tidak tajam.
Ketiga yang punya tangkai memang panjang.

Kalau mau tengok gambar ada di site saya di bawah Sample Photos by Genera/Prainea

Frank

54 | admin

June 2nd, 2010 at 12:49 pm

Avatar

Memang benar.. di Kuala Pilah, Negeri Sembilan ada terdapat satu spesis yang lain.. Tak sama macam spesis di gambar ini..

55 | puteri atikah

August 16th, 2010 at 2:08 am

Avatar

buah ni bleh m,kn ke x…………

56 | fadli

August 16th, 2010 at 2:09 am

Avatar

of c0urse larw blh mkn……
huhuhu….

57 | fadli

August 16th, 2010 at 2:10 am

Avatar

bez larw nmpk buah 2……

Comment Form


 Powered by Max Banner Ads 

 Powered by Max Banner Ads 

Categories

About

Blog ini hanyalah artikel semata-mata. Ianya di ambil dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan hati mengenai artikel ini haraplah diberi komen dan cadangan. Di harap sedikit-sebanyak blog ini dapat memberi pengetahuan kepada anda yang berminat dalam bidang tumbuh-tumbuhan, landskap, herba dan bidang pertanian.

Dapatkan Artikel Baru Terus ke Email Anda

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Percuma Pelan Bisnes Ladang Sayur