
Hari ke dua berada di Tenom, saya berkesempatan berkunjung ke pasar tamu melihat pelbagai hasil-hasil dari sumber alam dijual.

Kebanyakkan hasil-hasil tani yang dijual sememangnya sukar dijumpai atau tidak terdapat di pasar-pasar tani di Semenanjung.

Gambar di atas ini adalah kuih seperti kuih pau tetapi yang menariknya ia mempunyai macam-macam warna…

Barang yang bewarna putih tu saya dah lupa apa bendanya tetapi yang sebelahnya tu adalah belacan..

Di pasar tamu, kalau anda berkesempatan pergi anda boleh lihat pelbagai jenis labu ada di jual, ada kecil .. ada yang besar.. ada yang bulat.. ada yang lonjong…

Kalau tak silap, gambar di atas ini ialah daun bawang bersama bebawangnya turut dijual..

Daun di atas ni saya tak sempat tanya pada tuannya.. tapi seakan daun bawang juga..

Biji benih pelbagai jenis sayur-sayuran juga turut dijual.. Biji benih tersebut ada yang diimport dan yang dihasilkan sendiri..

Tidak ketinggalan juga daun tembakau dan ragi juga ada terdapat di pasar tamu ini..

Anak benih pokok tomato yang dibalut dengan suratkhabar basah juga mempunyai pembelinya tersendiri..

Bukan itu sahaja, pokok puding pun ada dijual di sini..

Benih sayur petola yang masih belum diproses pun ada dijual juga di sini. Kalau di tempat lain memang susah nak jumpa..

Benda di atas ini saya tidak pasti apa namanya. Ada orang Sabah yang boleh beritahu ke?

Kepada yang suka makan siput, di sini juga ada dijual. Ia seakan siput sedut yang bezanya warnya lebih hitam.

Kuda laut pun ada dijual..

dan sebelum pulang sempat saya mengambil gambar pengusaha yang menjual ikan masin hanya di atas kenderaan..

