
Asam Kandis atau Garcinia xanthochymus merupakan pokok yang jarang dijumpai di Malaysia. Apa yang diketahui Asam Kandis adalah salah satu bahan yang seringkali ditambahkan dalam masakan sahaja.
Mungkin pokok ini ada di tempat anda. Harap anda maklumkan jika pokok ini masih ada di kawasan anda. Selain anda juga boleh kongsikan kegunaan buah atau pokok ini kepada pembaca yang lain.
————————–Edited 1Dis—————-

Saya ada mendapat email maklumbalas dari seorang pembaca yang menyatakan bahawa gambar saya sertakan mula-mula dahulu adalah bukan buah asam kandis sebaliknya buah asam kandis adalah seperti gambar di atas. Saiz buah adalah sebesar limau kasturi. (garispusat sebesar siling 20 sen).
Apa komen anda?






