19 Nov, 2009

Unidentified Plant : Pokok Apa ni?

Posted by: admin In: Artikel

pokok

Pokok ini aku jumpa masa melawat di salah sebuah tempat di Terengganu dahulu. Pada pandangan aku memang pokok ni menarik, tetapi tak tahu pula nama pokok ni.. Rasa macam adik beradik atau family tanaman orkid.

pokok2

Ada ke yang menanam pokok ini di rumah? Boleh la tolong beritahu saya nama pokok ni.

Ada satu lagi pokok di bawah ini !!

pokok3

Pokok ini seakan-akan pokok Roselle tetapi batangnya lebih panjang danĀ  berduri. Bunganya pula lebih menarik daripada bunga roselle. Menurut tuannya ia tumbuh liar. Tidak tahu asal-usulnya. Mungkin juga berasal dari tanah tinggi. Buat sebagai tanaman hiasan pun menarik juga.

pokok4

Kalau ada sesiapa tahu atau biasa melihat pokok ini, diharap dapat dikongsikan bersama..

Related Posts with ThumbnailsNumber of View :899

8 Responses to "Unidentified Plant : Pokok Apa ni?"

1 | nurul

November 20th, 2009 at 8:39 am

Avatar

pokok ni kat rumah saya ada…ingatkan dulu pokok roselle tp mak ckp bkn.nsib baik bunga die xkene blend…
pokok liar tp sng hdop kat umah orang.

2 | chah

November 22nd, 2009 at 9:46 am

Avatar

kalau batang dia kaler merah tu pokok asam paya….tapi yang ni saya nampak sebijik macam pokok ganja je…betol,macam daun ganja sebijik….

3 | fahmi

November 23rd, 2009 at 3:48 pm

Avatar

saya rase pokok kenaf..tapi bukan varieti G4 (bunga kaler krim) yg biasa ditanam di malaysia ..kenaf is hibiscus cannabinus..roselle xingt la..tapi hibiscus gak….pokok kenaf dlm mase 3 bulan dah boleh tinggi 4 meter….

4 | mek bungo

December 2nd, 2009 at 9:23 am

Avatar

Pokok yg bunga putih itu ada saya tanam lama dah tetapi nama juga tak tahu, Saya rasa ia spesis orkid. Akarnya menjalar di tanah dan akan mengeluarkan sulur pokok baru atau anak pokok. Ia senang hidup dan membiak, tetapi mahukan tempat teduh untuk subur.

5 | anis

December 20th, 2009 at 11:21 am

Avatar

Salam. Tumpang tanya, saya nak tanam pokok yg boleh menghalau nyamuk. Ada 2 jenis yg saya tau boleh:- pokok marigold@ada orang yg menggelarnya bunga tahi ayam juga tapi bukan jenis bunga sejambak yg kecik2 tu, ni jenis bunga sekuntum, sekuntum yg warna kuning/oren kuat tu & sejenis lagi ada jiran tanam, tapi panggilannya pokok halau nyamuk. Dia tak tau nama lain atau nama saintifiknya. Daunnya macam berbaldu, hijau je, setau saya takde bunga & jenis renek. Bila dipegang, baunya macam bau marigold tapi lagi kuat/mengit baunya. Boleh sesiapa tolong saya? TK banyak2.

6 | khairunni

March 13th, 2010 at 5:05 am

Avatar

Salam. Kalau saya tak silap nama pokok bunga yang berwarna putih, Orkid Batu. Ia adalah sejenis orkid yang boleh ditanam ditanah, saya ada menanamnya dirumah

7 | lekceria

September 16th, 2010 at 3:21 pm

Avatar

ini laa orkid tikus memang spesis dia blh hidup diatas tanah…..klu kt dlm hutan spesis ini tumbuh kt celah batu ditepi caruk@sungai kecil…..memang cantik bunganya….

8 | emkay

March 6th, 2012 at 7:40 am

Avatar

Yang bunga purple/pinkish tu rasanya dari keluarga Cannabaceae

Comment Form

Categories

Hari ini & Semalam

BlogMalaysia.com


  • rosmpkmn: dulu masa kecik2 biasa jugak petik terung ni. bnyk tumbuh melata kt kampung. bila petik kne jaga bulu2 halus pd terung ni, bila terkena kulit akn meny
  • djali: @admin - salam, buah mukyu tu macam buah keriang acheh.. tapi dia tu besar sikit. rasa nya ada yg masa
  • rose: senduduk putih hanya orang tertentu sahaja boleh memilikinya. ia adalah pokok kesayangan puteri bunian.

About

Blog ini hanyalah artikel semata-mata. Ianya di ambil dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan hati mengenai artikel ini haraplah diberi komen dan cadangan. Di harap sedikit-sebanyak blog ini dapat memberi pengetahuan kepada anda yang berminat dalam bidang tumbuh-tumbuhan, landskap, herba dan bidang pertanian.

Klik Like!! Sertai Saya di FaceBook!!

Download Percuma Pelan Bisnes !!

Artikel Paling Popular Tahun 2011


Pokok Stevia @ Pokok Gula - 17164 hits
Penjagaan Pokok Hiasan Dalam Pasu - 14054 hits
Pokok Pecah Kaca - 12312 hits
Tanaman Herba Di Malaysia - 12055 hits
Ulam-Ulaman - 11680 hits
Buah Mentega - 10601 hits
Khasiat Lobak Putih - 9842 hits
Buah Kuning Telur @ kanistel - 9757 hits
Buah Markisa - 9739 hits
Buah Keriang Dot - 9690 hits
Khasiat Daun Sirih - 9651 hits
Rahsia Buah Delima - 9323 hits
Buah Kesusu - 9007 hits
Buah Berembang - 8471 hits
Petua Tradisional - 8061 hits