18 Nov, 2009

Buah Mentega

Posted by: admin In: @Buah Nadir

mentega3

Buah Mentega atau nama saintifiknya Diospyros blancoi merupakan salah satu jenis buah yang tergolong dalam buah-buahan nadir atau buah yang jarang atau  sukar untuk dijumpai hari ini. Kulit buah mempunyai bulu halus seperti baldu.  Ada sesetengah orang yang kata Buah mentega rasanya manis dan sedikit berlemak dan baunya harum ketika dimasukkan kedalam mulut. Ada juga yang menyatakan ia boleh juga dihiris dan dicampur dengan buah-buahan lain dan dijadikan rojak buah.

mentega

Saya pernah juga rasa buah ini tetapi tidak tahulah di mana rasanya manisnya.. Mungkin ada di sana juga pernah merasai buah ini. Bagaimana pula anda menterjemahkan rasa buah ini? Masam ke? Manis ke? Kelat ke?

mentega2

Selain itu, selain kegunaan makan begitu sahaja, mungkin anda boleh kongsikan kegunaan lain buah ini atau pokok ini..  dan masih lagikah ia di tanam di kawasan tempat anda. Harap kongsikan sedikit cerita anda di sini..

Related Posts with ThumbnailsNumber of View :10480

117 Responses to "Buah Mentega"

1 | sarina

November 18th, 2009 at 1:10 pm

Avatar

Rasanya tak pernah makan buah ni…..emmm……….. Buah ni banyak di tanam di mana ye!!!!!!!!!
Teringin juga nak rasa ……….

2 | Yazid

November 18th, 2009 at 1:28 pm

Avatar

Saya pernah dengar ‘buah mentega’ tapi sayang tidak pernah makan sejauh yang saya ingat.

3 | aziz basrom

November 18th, 2009 at 1:51 pm

Avatar

salam, pernah memakannya beberapa kali, rasanya ada manis ada lemak, tetapi saya tak tahan dia punya bau satu macam menusuk hidung, pokok buah mentega ni kalau di kl terdapat di taman klcc di bahagian belakang bilik persalinan di tepi kolam kanak-kanak, pergilah kesana jika ada yg ‘mengidam’ ingin nak merasa buah mentega ni dan kalau bernasib baik ada buahnya tp jangan lupa minta izin dpd kakitangan taman klcc yg bertugas, jangan ambil sembarangan kerana tanaman dan pokok2 yg terdapat di sana tertakluk di bawah akta taman wilayah persekutuan, pejabat taman klcc terletak ditepi kolam air pancut tu…

4 | abhalin

November 18th, 2009 at 2:18 pm

Avatar

Tak pernah jumpa atau makan. Nampak cantik kulitnya & padat isinya. Mungkin pokoknya baik utk dijadikan pohon teduhan.

5 | ahmad bin hj yahaya

November 18th, 2009 at 2:21 pm

Avatar

Saya pernah tengok dan makan buah ni. rasanya kekelatan sedikit kalau kurang masak. Tapi kalau dah betul-betul masak rasanya sedap. Dikawasan utara buah ini dipanggil ‘buah seralat’.Pokok ada saya semai.

6 | nazrul

November 18th, 2009 at 2:53 pm

Avatar

buah ni rasa nya kelat manis..isi lembut gebu…memang susah nak jumpa buah termasuk pokok ini….jangka hayat pokok amat panjang…dikawasan tempat saya cuma ada sepohon sahaja…rasanya macam payah untuk dibiak…

7 | julita

November 18th, 2009 at 3:44 pm

Avatar

saya tidak pernah makan buah mentega ni. jadi tak tau nak komen macam mana sorry…

8 | khmerun

November 18th, 2009 at 3:54 pm

Avatar

eh ini ke buah mentega… saya tak bisa rasa dan tak bisa tengok… tapi ade orang kata buah mentega tu buah avocado….

9 | Noor Alam Sheriff

November 18th, 2009 at 4:55 pm

Avatar

Buah Mentega ini manis dan lemak, pokoknya besar dan untuk mengambil buahnya kami sering membaling kayu untuk menjatuhkan buah nya, buahnya akan kami gosok pada rumput untuk membuang bulu diatas kulitnya dan buah yang cukup masak berwarna merah dan sangat sangat sedap.

10 | Wak Sudin

November 18th, 2009 at 6:24 pm

Avatar

Buah ni rasanya macam mentega, lembut dan manis. Dulu banyak di Pekan Pahang, sekarang tak tau la ada lagi ke tidak. Rsanya di Dusn Dato Murad, Ayer Keroh Melaka masih ada buah ni dan tergolong kepada jenis buah nadir (atau eksotik). Botanical Garden Melaka pun rasanya dah tanam buah ini.

Nanti Wak carikan maklumat bila musim berbuah, dan kalo ada wak makulumkan.

11 | yati

November 18th, 2009 at 11:40 pm

Avatar

salam.saya tak pernah mkn dan teringin juga nak rasa..so tak tahu nak komen …. sorry

12 | rusdi_smach89

November 18th, 2009 at 11:53 pm

Avatar

Buah mentega ni ada kadang-kala di jual di pasar malam, contohnya di Pasar Malam dekat Taman Tas Ria Kuantan, Pahang..tetapi mungkin nasib-nasib le kalu dapat jumpa..maklumle..buah nadir katakan..Saya setuju bahawa saya tidak tertarik dengan baunya yang menusuk hidung…Rasanya manis-manis jugak tetapi tidak le manisnya seperti buah manggis pulak…Juga pernah tengok buahnya beberapa biji diatas jalan di Kampung Banjir, Lepar..jalan nak ke sekolah rendah tu…

13 | Syed Abd.Aziz

November 19th, 2009 at 12:22 am

Avatar

Saya amat bersetuju untuk mengatakan bahawa buah ni amat special, lebih lagi dari segi rasanya..struktur isinya yang lembut macam baldu…lebih halus dari buah epal.
Baunya memang harum..
Bagi yang alergic dgn keharuman saya sah diaorang akan katakan ” macam makan cicah perfume” hahaha..

14 | norazura

November 19th, 2009 at 12:49 am

Avatar

saya tak pernah rasa lagi buah ni…nampak macam sedap……

15 | J. Sam Hj. Sundin

November 19th, 2009 at 12:54 am

Avatar

Buah mempunyai bulu di kulit
rasanya manis, isi lembut macam baldu berwarna putih krim.

bau memang harum
di Sabah buah ini di gelar buah berbulu

saya tidak berapa suka makan buah ini.

16 | mohkita

November 19th, 2009 at 12:56 am

Avatar

Buahnya berbulu halus,dicuci mengunakan sabut kelapa
sebelum dikupas berwarna light pink apabila masak harum ,manis yang ringan,diutara dipanggil buah sarlad.pokok seperti manggis,rendang.berbuah mengikut musim.begitu sukar untuk mendapakanya sekarang.

17 | sue faris

November 19th, 2009 at 12:56 am

Avatar

Salam.., sya juga pernah merasa buah ini. Buah ini mmg susah didapati skrg.. tp saya merasa ketika di pameran buah-buahan tempatan anjuran Jabatan Pertanian di Pesta Pulau Pinang semasa sya kecil (ketika di sekolah rendah). Itupun dibawa oleh abah sya, sbb abah kije di Jabatan tersebut n terlibat sama dlm pameran itu. Buahnyer tidaklah terlalu manis sgt..tp manis sesedap rasa, lazat dan lemak serta lebut isinya….tapi tidaklah berair. Baunyer mmg menyelerakan…..hmmmm….

18 | Syed Abd.Aziz

November 19th, 2009 at 1:07 am

Avatar

Buah mentiga ni banyak di jual di pekan sari di Pekan Pahang..
Buah bermusim..

19 | yati

November 19th, 2009 at 2:19 am

Avatar

tak pernah makan tapi rasanya pernah dengar sebelum ni..

20 | kamarudin

November 19th, 2009 at 2:26 am

Avatar

Buah ini sangat istimewa pada saya.Saya selalu memakannya semasa saya kecil dulu.Rasanya manis dan lemak dan berwarna merah bila masak.Susah nak jumpa pokoknya.Saya pernah cuba menanamnya tapi gagal.Pada saya buah ini lain dari yang lain.

21 | Nozi

November 19th, 2009 at 2:31 am

Avatar

Eh,pelik lak nama dia..igtkan mentega utk makan roti tadi.Ke boleh buat mentega nih. Tak pernah makan.Tapi bila tgk gambar mcm ni hmm,rasa teringin lak nk makan.Cair air liur :)

Jgn mengidam udah ler..susah plak cik abg nk cari karang..

22 | bunga

November 19th, 2009 at 2:45 am

Avatar

pertama kali dengar nama buah ni dan pertama kali ni nampak.
kalo ada sesiapa nak bagi pd saya meh la. saya teringin gak.

23 | azmi

November 19th, 2009 at 3:31 am

Avatar

Saya pernah menjumpai dengan banyak diSabah(mungkin buah yang sama)…Baunya harum,isi gebu halus bewarna kuning -macam mentega (mungkin dari itulah terhasil namanya),rasa sedikit manis dan lemak tetapi agak kelat walau pun ranum..bagi saya tak la sedap sangat untuk dimakan begitu saja.Banyak dijual di kundasang dan kadang-kadang terdapat ditamu-tamu lain disebelah pantai barat Sabah.

24 | liza

November 19th, 2009 at 4:30 am

Avatar

pernah mengidam nak makan buah ni.. tp cuma dapat yg tak berapa masak.. so rasa dia kelat2..
pokok ni ada ditanam beberapa pokok sepanjang jalan kat hospital sultan abd. samad, johor….

25 | Rina

November 19th, 2009 at 5:17 am

Avatar

Saya mmg selalu mkn buah nie, sbb kt umah mak sye de tanam…Rasanya x brape manis tp sedikit kelat, berlemak… Baunya mmg de yg x tahan sbb berbau wangi… de yg x leh mkn sbb wangi sgt… Kegunaan len x pasti plk…

26 | adi

November 19th, 2009 at 5:46 am

Avatar

Buah mentega umumnya dimakan dalam keadaan segar jika matang. Buah bisbul dianggap matang jika telah berubah dari coklat kehijau-hijauan menjadi merah kusam.Rasanya agak manis, tetapi cukup kering. isi buahnya juga dapat dihiris-hiris dan dicampur dengan buah-buahan lain untuk dijadikan rojak. Kayunya licin dan tahan lama, warnanya hitam dan sesuai untuk membuat produk kraftangan. Pohon mentega sering ditanam di pinggir jalan.
Buah bisbul memiliki 60-73% dari bahagian yang dapat dimakan, yang setiap 100 g mengandungi: air 83,0-84,3 g, protein 2,8 g, lemak 0,2 g, karbohidrat 11,8 g, serat 1,8 g, abu 0,4-0,6 g, kalsium 46 mg, fosfor 18 mg, besi 0,6 mg, vitamin A 35 SI, tiamina 0,02 mg, riboflavin dan niasina 0,03 mg, dan vitamin C 18 mg. Nilai energinya rata-rata 332 kJ/100 g.
Itu je info yang aku dpt dari laman web indon……

27 | Mokhtar Al-Attas

November 19th, 2009 at 9:54 am

Avatar

Buah mentega ni rupanya banyak terdapat di Filipina. Nama biasa Inggeris ialah Velvet Apple manakala di Filipina pula dikenali sebagai Mabolo

Kebaikan buah mentega adalah untuk

menyembuhkan batuk, sakit perut, demam dan masalah kulit dengan cara menggunakan daun dan kulit pokok buah mentega ni.

digunakan sebagai ubat mengatasi cirit-birit, disentri, komplikasi jantung, tekanan darah tinggi dan diabetes.

wassalam.

28 | joe

November 19th, 2009 at 11:46 am

Avatar

kalau nak tengok pokok buah mentega datang lah ke upm ada di dusun contoh

29 | lyz

November 19th, 2009 at 1:08 pm

Avatar

saya sebenarnya baru pertama kali dengar nama buah ni… maybe kalau bahasa ibunda sabah rasanya saya pernah dengar.. dan kalau saya lihat sendiri kenal kot.. tp rasa tidak pasti..

30 | bahtera

November 19th, 2009 at 1:55 pm

Avatar

jika rasanya macam mentega, leh digunakan utk buat mentega organik. ataupun dibuat jem buah2an yg rasanya mcm mentega. satu prospek yg bagus.

31 | zety

November 19th, 2009 at 2:11 pm

Avatar

laa yer ker,tak pernah lak dengar nama buah mentega..nak dpt kat ner ek….leh bagi tau tak?nak cuba gak rasa buah mentega tu.

32 | yayath

November 19th, 2009 at 3:32 pm

Avatar

saya pernah makan dan lihat buah ini..di kundasang kota kinabalu sabah..isinya kekuningan dan lembut..rasanya kurang enak bagi saya..tapi mmg berlemak rasanya..

33 | Ahmad Jamal

November 19th, 2009 at 11:41 pm

Avatar

Saya pernah makan buah ini masa kecil-kecil dulu. Kali kedua 10-15 tahun yang lalu’. Baru dua kali dalam hidup ini.

Isinya kalau terlalu masak lembut macam mentega begitu juga warnanya. Rasanya taklah rasa mentega!
Kalau tak silap rasanya kelat-kelat manis. Tak tahulah bagaimana nak terangkan dengan perkataan.

Buah ini jarang terdapat tak macam buah tempatan lain. Tanya pada isteri katanya dia tak pernah rasa buah mentega ini.

34 | pulo_kapas

November 20th, 2009 at 8:48 am

Avatar

pnh beli d tamparuli, sabah..rasanya mmg blemak dan bwarna kuning..memula mkn rasa pelik,tp lama2 mkn mcm ketagih lak..tp satu jer prob,pas je sy mkn trus kulit skeliling bibir sy mcm mlecur..kot2 kena getah dier kot..

35 | Johan

November 20th, 2009 at 9:09 am

Avatar

Sy bekerja di UTM Skudai. Dalam kampus banyak pelbagai pokok yg sy pun tak kenal. Tapi buah mentega ni memang banyak. Buahnya ada jenis kecil,besar, lonjong. Kulit berbulu. Bila masak harum baunya. Biasanya jatuh sendiri bila dah masak. Jika dipetik sebelum masak ranum, rasanya macam makan buah “golden apple”. Nak makan perlu kupas kulit dengan pisau, bagi elakkan mulut gatal. Rasa manis sedikit, tapi memang rasa mentega. Lebih-lebih lagi bila lekat di gigi. Dari segi khasiat saya tak pasti. nak cuba datanglah ke sini, sebagai pelawat atau pelajar…..

36 | ssuraya

November 21st, 2009 at 11:56 pm

Avatar

salam.. sy penah gak makan buah ni.. bagi sy rasa buah ni mmg macam epal.. sesuai dgn nama english nya velvet apple.. tp mcm epal yg gebu tu.. bkn epal yg rapuh… penah cuba semai biji nye.. tp sayangnya tak menjadi.. huhuhu..

37 | Rusnani

November 22nd, 2009 at 9:12 am

Avatar

salam … bila tengok buah mentega terasa teringin sangat nak merasanya kerana saya sepanjang usia saya tak pernah melihat buahnya …. saya tahu ia adalah buahan bermusim ….dan saya ingin tahu bila dan dimana ia boleh didapati.

38 | Ubaidillah

November 22nd, 2009 at 1:19 pm

Avatar

Dulu di Johor Bahru ada dua jenis buah mentega, warna merah dan kuning. Yang merah buahnya agak bulat dan yang kuning buah nya leper sadikit. Pokok mentega merah masih banyak terdapat di Johor Bahru, terutamanya di tepi jalan raya lama. Yang kuning pula susah hendak jumpa lagi. Saya ingin cari benih buah mentega kuning.

39 | nisah

November 23rd, 2009 at 1:55 am

Avatar

…………buah mentegA ni manis bila betul2 masak..yg
……………warnanya betul2 merah…ada rasa lemak macam buah avokado sket..try la di UPM dan Jabatan Pertanian Serdang mmg ada ditanam..

40 | zairena

November 23rd, 2009 at 7:25 am

Avatar

x pernah tengok dan rase buah ni.kt nurseri ada jual x benih pokok ni.nak jugak cuba tanam..

41 | rabina

November 24th, 2009 at 3:11 am

Avatar

saya penah makan.. kat kamunting rumah sape ntah.. anak2 pokok mentega ni bnyak membiak bwh pokok mentega.. 1st time rasa..masa tu bila dgr nama buah mentega..rasa cm pelik je..sbb x pnah dengar n rasa.. masa makan tu ade yg kata rasa mcm buah epal..n ade yg kata mcm buah nona..

42 | iefa ridza

November 24th, 2009 at 4:19 am

Avatar

kat penang saya keluarga panggil buah seralat (bunyi pelat sikit R dia)….kulit dia macam baldu berbulu warna oren, rasa manis dan lemak.bau dia saya suka,,wangi..ada satu pokok kat pulau tikus dah kena tebang,,,bengang tul saya…sebabnya buah dia bukan main lebat lagi.. baru2 ni ja baru makan buah seralat ni hehe.. nanti kena tanya my father katna dia amek..;P

43 | sufri

November 24th, 2009 at 6:55 am

Avatar

macam best.. sayangnya tak penah jumpa…

44 | mazlan

November 25th, 2009 at 3:04 am

Avatar

pernah makan buah ini, rasanya manis dan lemak. Tak tahulah pokok ini masih ada lagi atau tidak kerana dulu pokok itu ada di hadapan rumah seorang kawan di Batu pahat sekarang kawasan tersebut telah terlibat dengan projek naik taraf jalan.

45 | eimann

November 25th, 2009 at 4:25 am

Avatar

dulu pernah le makan. baunya macam pewangi kereta. sedap le jugak. rasanya kalau buat jem boleh ni. gunakan buah yang masak, buang kulit dan bersihkan, potong kecik2 dan blender dgn sedikit air. letak dalam periok atas api kecil. masukkan gula secukupnya dan secubit garam. masak la sampai pekat.

46 | arisha12

November 25th, 2009 at 2:50 pm

Avatar

pokok ada di old town PJ, Dekat UITM

47 | missherb

November 28th, 2009 at 1:29 pm

Avatar

ayah sy ada menanam pokok buah mentega di halaman rumah kami di kg.ukuran pokok boleh dikatakan agak tinggi.buahnya yg masak selalunya jatuh sendiri ke tanah.itu menandakan buah tersebut sudah masak.bau manis dan enak.rase isinya manis2 lemak..tekstur isi agak pejal.selalu bila jatuh ke tanah…buah mentega disimpan semalam…bau dan isinya akan lebih enak..kalau nak makan…kami sekelurga selalu mengosokkan sabut kepala ke kulit buah ni sebelum di makan.ini sebab nya kulitnya nmpk baldu tapi gatal..penuh dengan bulu2 halus..ini yang jadi gatal. sampai skrg sy gemar buah ni…memang sedap…

48 | elora

November 28th, 2009 at 6:02 pm

Avatar

Buah mentega ini merupakan buah kegemaran saya semasa zaman kanak-kanak. Lebih-lebih lagi bila musim cuti sekolah, balik ke kampung melawat nenek saya. Saya pastikan yang saya akan dapat makan buah mentega. Di bahagian kulitnya kelihatan seperti suede/baldu. Untuk membersihkannya saya gunakan sabut kelapa yang digosok sehingga kesemua bulu-bulu halus itu semua tanggal. Setelah selesai, buah mentega itu kelihatan bertukar warna dari coklat kehijauan kepada warna merah. Isinya berwarna cream, lebih kurang seperti warna chessdale. Rasanya lemak manis dan lembut bila digigit disamping mempunyai haruman yang menyelerakan. Tapi jika ia tidak cukup masak, rasanya sedikit kelat. Sudah berbelas tahun tak pernah berpeluang nak merasainya lagi. Saya pernah bercerita tentang buah mentega ini kepada beberapa orang teman di KL tapi mereka semua tak pernah dengar pun ada buah tempatan bernama mentega. Saya jadi mangsa gelak. Teringin + rindu nak makan buah mentega ni tak dapat, jadi ingatkan dapat kongsi pengalaman pun cukup lah. Tapi sia-sia kena gelak. Beberapa tahun yang lepas masa saya balik ke Johor, saya ada bertanya kepada ibubapa saya dimana kalau saya bole dapat buah mentega ni. Menurut ayah saya kebanyakan pokok mentega itu semua yang ada di kampung nenek saya sudah mati disebabkan oleh banjir yang melanda.

49 | aishah

December 2nd, 2009 at 2:12 am

Avatar

saya jual benih dia kat nurseri saya sapa nak sms 013-9105711…beribu pokok ada..stok untuk maha 2010

50 | FAEEZA A. MAJID

December 7th, 2009 at 6:37 am

Avatar

Rasanya sedap, pernah makan sekitar tahu 60 - 70an . Anak-anak gelak je bila sebut buah ini. Dikomersializekan takut jenerasi sekarang tak tahu apakebende ni.

51 | Kak G

December 13th, 2009 at 10:58 am

Avatar

he he kat Penang depa panggil buah ni Buah SE RA LAT
( buah mentega ) mesti cuba, memang best.

52 | azizah

December 14th, 2009 at 3:10 am

Avatar

rasanya sedap dan lemak manis, biasa makan buah mentega ni masa sekolah dulu, pokok nya besar dan ada juga nama lain nya iaitu buah seralat..jika tak salah saya.

53 | cikgu

December 22nd, 2009 at 2:53 am

Avatar

salam, pokok mentega ini cantik utk buat hiasan laman. Diospyros discolor. ada tanam di sekolah utk generasi seterusnya mengenali pokok nadir ini

54 | Cmayau

January 4th, 2010 at 1:53 am

Avatar

menarik, sekali imbas macam buah pisang kaki. tak pernah tengok life apalagi rasa. bila baca komen-komen tuan puan disini rasa teringin nak tanam pulak kebetulan saya ni memang suka berkebun. ada sapa-sapa boleh bagi saya benih. boleh kirimkan kat saya di alamat balai seni lukis negara, no 2 jalan temerloh off jalan tun razak, 53200 kuala lumpur.

terima kasih

55 | TENGKU NOOR SHAMSIAH

January 19th, 2010 at 2:26 am

Avatar

Saya pernah makan buah ini semasa kecil di Kuala Terengganu, kalau tak silap rasanya manis dan lemak. Kehidupan pokok ini agak terbiar, pokoknya besar dan daunnya lebat if I am not mistaken. The sad thing is that saya terlupa kat mana pokok ini sebenarnya located. Tapi ada lagi kemungkinan ianya terdapat di kawasan persekolahan saya di Sekolah Rendah Sultan Sulaiman, wonder jika pokok ini masih wujud atau tidak. dulu I used to walk from the school to Batas Bahru before reaching home near Padang Maziah. Along these roads, I used to stop by and looked for whatever fruit trees available along the way. Therefore I have no doubt the fruit must be somewhere along the location I mentioned. tapi tak tahulah the authorities dah tebang pokok tu semua.

56 | admin

January 20th, 2010 at 8:19 am

Avatar

Ada org Kedah tak kat sini? dengar citer orang KEDAH panggil buah ni ..BUAH SERALAT…

57 | d'johari yaakop

February 11th, 2010 at 2:33 am

Avatar

bau buah ni sgt wangi harum manis..makan masa dah ranum..

58 | ejey hassan

March 6th, 2010 at 5:34 pm

Avatar

salam,
buah mentega.. belum pernah saya lihat apatah lagi memakan…
Bila saya terbaca tulisan elora maka saya teringat pada sejenis buah pada zaman kanak2 dulu. Buah yang saya maksudkan, di kelantan buah ini dinamakan “buah piah”. Pokoknya besar dan buahnya berwarna hijau dan berubah menjadi sedikit coklat apabila masak. Tekstur kulitnya sedikit menggerutu. Buah ini akan jatuh sendiri setelah masak. Yang seronoknya ialah sebelum dimakan buah ini perlu diketuk di lantai terlebih dahulu hingga semua isi sekelilingnya menjadi lembut serta kulitnya akan terlekang. Isinya kekuningan dan rasanya lemak2 manis dan sedikit kelat jika buah tidak begitu masak. Isinya berwarna kekuningan dan di dalamnya mempunyai sebutir biji yang agak besar. Bentuk buahnya mempunyai 3 segi bundar dan saiznya agak2 sebesar telur ayam. Isinya perlu dikikis daripada bijinya yang keras dengan menggunakan gigi kacip (lepas makan gigi kelihatan kekuningan… nak sengih pun malu). Bijinya juga mempunyai tekstur yang agak menggerutu dan apabila dibelah atau dipecahkan menggunakan kapak, maka terdapat pula isirongnya sebesar biji badam, rasa isirongnya juga agak2 badam.
Lebih 30 tahun dulu di kampung, yang saya tahu cuma ada 2 batang saja pokok ini, malangnya kini pokok itu tak ada lagi dan saya tidak pernah nampak pokok itu di mana2 saya pergi.
Sekiranya saudara atau pembaca2 sekalian tahu apakah nama lain bagi “buah piah”ini bolehlah berkongsi pengalaman dan maklumat serta bolehlah uploadkan gambar2nya sekali jika ada.
Sekian, wassalam..

59 | fauzani bin Abd.Rahim

March 7th, 2010 at 8:15 am

Avatar

pada raya yang lepas semasa saya beraya ka rumah saudara isteri saya ka parit mustaffa parit sulong batu pahat johor ada pokok ni kebetulan ada buahnya yang masak dan gugur sempat saya merasa sedap juga lemak manis

60 | nur

March 17th, 2010 at 2:08 am

Avatar

byk buah yg tak pernah tau dpt tgk kt sini..

61 | Y.B

March 17th, 2010 at 7:37 am

Avatar

Buah mentega / seralat ni memang rasa nya manis,lemak sedikit kelat dan berbau kuat. Yang masak tu warna nya merah dan kulitnya ada semacam miang. Kena gosok kat sabut kelapa atau rumput dahulu sebelum dikupas. kalau nak tengok pokok nya ada di Jalan Aman, Kawasan Melayu, Seksyen 3 P. Jaya.

62 | man

March 22nd, 2010 at 1:12 pm

Avatar

selama ni panggil buah seralat aje… tak tau pulak nama lainnya buah mentega… lemak, manis dan kelat sikit, tapi memang sedap..

63 | jess ismail

March 23rd, 2010 at 4:31 am

Avatar

salam..

buah mentega ni rasanya manis dn lemak. hati2 kpd sesiapa yg terigin nk rasa. pilih buah yg masak. warna nyer merah hati. berus kulit luar dulu seblm kupas sbb kulit luar tu mcm baldu.

64 | dwmsaid

March 26th, 2010 at 11:44 am

Avatar

saya pernah makan buah mentega sejak 60 tahun dahulu. Bila cukup masak baunya harum, isi lembut, dan rasanya lemak manis. Terdapat pokok-pokok buah mentega yg di tanam sebagai pokok tepi jalan (roadside trees) di tiga tempat di kawasan rumah saya di Shah Alam. Banyak sudah ditebang oleh penduduk tapi masih ada 60-70 batang. Sebab tidak di jaga setengah pokok-pokok tidak sihat, terbantut dan berkulat. Saya selalu makan buah dari pokok ini.

65 | ummu ahmad

March 29th, 2010 at 3:12 am

Avatar

sekali tengok.. ala buah pisang kaki@persimon plak buah ni,….

66 | nurul

March 29th, 2010 at 3:02 pm

Avatar

ni first time sy tgk buah mentega..saya tgh cri bhn tuk present.. tk tau langsung yang pokok mentega ni ad buah..

67 | Nor

March 30th, 2010 at 6:48 am

Avatar

Buah mentega masih banyak lagi di Daerah Pekan, Pahang…so mail le rasa…

68 | NuR

April 22nd, 2010 at 2:59 pm

Avatar

salam…..
kat mane nak cari buah nie kalu kt kelantan ekk??? nmpak sdap

69 | hally

April 30th, 2010 at 12:12 am

Avatar

sy pernah lah ihat buah nie time pameran MAHA 2008. org yang jaga pameran tu kat kata melaka masih ada ladang yg tanam buah mentaga nie. tp bau memang x leh tahan lah. org kate bau maung..

70 | Shahbahana

May 2nd, 2010 at 4:53 pm

Avatar

Orang tua saya menanam sepokok buah mentega, sekarang dah berumur lebih 15 tahun, sudah mula belajar berbunga tapi sukar untuk menjadi buah. Pokoknya subur merimbun dan dijadikan teduhan.

71 | roger

May 6th, 2010 at 6:03 am

Avatar

Pokok buah ni tak pernah tengok tapi pernah makan buahnya, itu pun zaman bebudak dulu mungkin dah lebih 20 tahun lalu. Baunya harum menyengat rasa boleh tahan. Kami panggil buah seralat sebab rupa nya seperti bola seralat (bola tenis). Tak pernah pula tengok orang jual buah ni dipasar-pasar kat pasar tani pun tak pernah nampak.

72 | azbis

May 10th, 2010 at 1:22 am

Avatar

dekat lab sy ada 4 pokok yang berbuah lebat…sbb rasanya
kurang mengancam tulah sebab nya tidak ada dijual di pasaran….,tiada permintaan berbanding durian,rambutan,manggis dan lain-lain…kalau ada sesiapa nak buat projek…bole lah emel sy.

73 | HBH

May 10th, 2010 at 7:29 am

Avatar

Pokok buah mentega agak rendang dahannya tumbuh tersusun atur seperti pohon manggis dan berbuah agak lebat ia sesuai untuk pokok redup .Buahnya boleh dimakan gebu isinya rasa manis seperti buah koko masak,bila masak buahnya kelihatan berwarna jingga seperti warna inai (cantik sekali).Ia berbulu sedikit seperti buah kiwi.Bila masak ada berbau aroma tersendiri.

74 | samsuri

May 14th, 2010 at 3:42 pm

Avatar

saya pernah menemui pokok ini dan pernah jua merasai buahnya ditaman rimba batu 7 sandakan sabah.bagi saya bau buah ini sangat wangi dan pasti membuka selera pada sesiapa yang terhidu akan keharumannya
tetapi sayang sekali buahnya rasa hambar dan tidak manis

75 | zira

May 18th, 2010 at 5:23 pm

Avatar

x ada ka gmbr buah yang rasanya macam keju? saya penah makan.. buahnya berwarna kuning, kulit x tebal sgt.. isinyanya wrne kuning cm keju/mentega n rasenye pown cm 2 gak.. ade sesape penah makan buah nie x?

76 | anariah abd manan

May 20th, 2010 at 4:50 am

Avatar

rasanya buah ini banyak di tanam di taman kami di Pusat Penyelidikan Pertanian Tun Razak
di Jerantut, Pahang

77 | anariah abd manan

May 20th, 2010 at 4:51 am

Avatar

kalau berminat silalah datang untuk merasai keenakkannya

78 | Frank Juhas

June 2nd, 2010 at 9:38 am

Avatar

Buah mentega atau mabolo ada bermacam macam, ada yang berbiji, tanpa biji, yang berjus, yang agak kering, yang kulitnya berbuluh dan ada lagi yang gundul. Kebanyakan varietias ada di Sabah sebab buah in memang asal di Filipinas.

Ada beberapa gambar jenis ini di site saya di bawah Sample Photos by Families/Ebenaceae

Frank

79 | misaae maais

June 17th, 2010 at 7:37 am

Avatar

kalu di johor baru, teringin nak tengok pokok & buah nya datang lah ke jln abd samad berhampiran hosp pakar abd, samad & rtm jb. sepanjang jalan pokok mentega saja selalu berbuah.

80 | Johari bin Hj Idris

July 26th, 2010 at 8:30 am

Avatar

Pokoknya ada dikebun saya, susah nak merasa sebab banyak kera.

81 | mardiana binti kholid

July 29th, 2010 at 6:14 am

Avatar

klu kat kg saya org panggl pokok salad..memang sedap isi buah ni..

82 | Harisham

July 30th, 2010 at 7:37 am

Avatar

Kat taman KLCC nampak ada beberapa pokok… buah yang masak tak penah nampak gugur, agaknya diorang dah bersihkan sebelum orang datang…

83 | ija aziz

August 6th, 2010 at 1:52 am

Avatar

kat jb ada banyak pokok ni.. kalo nak tau pokok & buah nya cmana, pegi la kat jalan dkt RTM tu, yg ada hospital KPJ ke apa ntah, nama jalan saya lupa la, tapi yang ada banyak sekolah tu.. boleh kata sepanjang jalan tu mmg seme pokok mentega je..mungkin ada yang selalu lalu kat situ tapi tak kenal pokoknya.. ada banyak lagi area kat JB yang saya slalu nmpk pokok ni tapi lupa la area mana. tapi sya tak penah makan pulak buahnya. teringin nak tau apa kelebihan pokok buah mentega ni

84 | waniey

August 16th, 2010 at 2:02 am

Avatar

aq tringin nk makan buah ni nmpk mcm sdap je……..bleh x aziz tlong ambkkn

85 | pak long ani

August 16th, 2010 at 2:03 pm

Avatar

buah mentega,buah ini jarang kita ketemuinya,saya kenal pokonya jika kita ke taman bunga johor bharu di situ ada, di kampong singkir genting,singkir kedah dan teakhir ini saya terlihat dihalaman sebuah rumah peneroka felda jengka12, pahang…mengikut beberapa org tua yg pernah saya tanya tentang khasiat daun mentega ini kata mereka baik untuk org yg mengidap penyakit buah pinggang ditahap baru tetapi bukan yg sudah penyakitnya kronik, caranya cuma ambil beberapa helai (7 atau 8) daun yg sedang tua dicampur dg halia,kemudian rebus dg satu liter air,rebus hingga mendidis selama 15 minit, apabila suam buat minum sehari dua atau tiga kali sehari.

86 | Wakman

September 5th, 2010 at 4:58 am

Avatar

Buah mentega ni ada 2 jenis, yg merah dan yg kuning..
Yg merah kurang sedap berbanding yg kuning..

87 | zek

September 8th, 2010 at 3:46 am

Avatar

Buah cerpu ni masih boleh didapati dijual di tepi jalan raya persekutuan berhadapan stesyen minyak di persimpangan menghala ke Malim Nawar .Terdapat dua gerai menjual cerpu ini yang menghala ke Ipoh atau ke kuala Lumpur. jika ada musim 10 biji di jual RM3-4. rasa lebih manis daripada masam. Jika makan mentah ada sedikit getah. Jika buat sambal pun boleh tapi jangan letak belacan.

88 | prayitno dulman

October 1st, 2010 at 8:34 am

Avatar

Buah mentega atau kalau di Indonesia sering juga disebut buah bisbul.
Buah ini termasuk buah langka karena sudah jarang dijumpai,akan tetapi di kota Bogor (Jawa Barat) Indonesia ,kalau lagi musim masih sering kita jumpai dengan harga 1kg/Rp.15000-Rp20000.
Saya sendiri punya 1 pohon yang saya tanam didalam pot/drum .
Sayang saya tidak menyertakan fotonya.

89 | sya

October 2nd, 2010 at 11:08 am

Avatar

buah mentega ni, kat tempat saya, terengganu dipanggil buah seralat atau skalat. Masa kanak-kanak dulu memang sering makan buah ni. Pada saya rasa buahnya sedap, gebu macam buah epal, isinya mengeluarkan sedikit bau wangi yang sedap sungguh. Kita kena licinkan dulu kulitnya yang seperti baldu tu. Pada masa itu, saya gosokkan kulit buahnya dengan sabut kelapa atau apa saja sehingga baldunya hilang. Dulu pokoknya besar, tinggi. Kalau nak ambil buahnya kita jolokkan sahaja atau ambil kayu balingkan supaya buahnya gugur. Sayangnya pokok tersebut telah ditebang.
Budak-budak sekarang mungkin sudah tidak mengenalinya, apa lagi merasa buahnya!

90 | Khairi

October 12th, 2010 at 8:42 am

Avatar

kepada yang ingin merasa dan melihat sendiri pokok dan merasa buah mentega sila emel kepada saya.

91 | Khairi

October 12th, 2010 at 8:51 am

Avatar

APABILA MASAK KULITNYA BERWARNA MAGENTA TERANG (MERAH + UNGU) TERANG. KULITNYA BERBULU SEPERTI BUAH KIWI. RASANYA MANIS, ISINYA LEMBUT BERWARNA PUTIH. BAUNYA HARUM SEAKAN BARU VANILLA.

POKOKNYA HIDUP LAMA DAN AKAN TINGGI JIKA DIBIARKAN. LEBIH BAIK IANYA DICANTAS AGAR TIDAK TINGGI.

SESIAPA YANG INGIN MELIHAT SENDIRI POKOK MENTEGA DAN MERASAI SENDIRI BUAHNYA, SILA EMEL SAYA. DIKAMPUNG SAYA DI MELAKA DI KG PAYA RUMPUT BERSEBELAHAN DENGAN STADIUM HANG JEBAT MEMANG ADA MENANAM POKOK INI.

JIKA DIJAGA DENGAN BAIK, IA BERBUAH TIDAK MENGIRA MUSIM.

93 | mohamad nizam

November 8th, 2010 at 4:48 am

Avatar

rasanya buah mentega ni mak cik aku panggil buah kuma…bukn kurma yeee…tp kt rumh buah warna kuning…manis juga rasanya tp…aku x lalu nak makan banyak….buah kuning telur pn orng pnggil jugak…

94 | hafez

November 11th, 2010 at 12:01 am

Avatar

saya ada tanam pokok ni dan ada semai biji benihnya. Malah di kota damansara, pokok ni di tanam sebagai pokok lanskap. Memberi teduhan yang baik, disamping buah yang enak

95 | wa

December 3rd, 2010 at 3:55 am

Avatar

sy tgh ngidam buah ni tp cri xjmpe2, sape yg de kt umah buah 2, tlg2 la juai kt sy erk…

96 | Nor Salwah Abdul Wahab

December 3rd, 2010 at 3:55 pm

Avatar

Buah mentega ni saya pernah makan. Boleh dijumpai banyak berhampiran Hospital Pakar Johor Bahru Jalan Nong Chik. Rasanya sedap dan berbau harum bila masak. Saya pernah mengidam buah ini semasa mengandungkan anak sulung 12 tahun lalu. Suami cari di Jalan Nong Chik tu. Pokonya sesuai dijadikan pohon teduhan.

97 | musafir lalu

December 17th, 2010 at 2:59 pm

Avatar

pokok ini mmg susah nak jumpa sekarang ini.dkt kampung Panglima seman petra jaya kch ada satu pokok jer ada. masih ada sekarang ini tapi saya tak pernah rasa buahnya.tak ada kesempatan kot..di miri saya jumpa dekat bangunan dewan padang sukan berhadapan st colomba.

98 | liza

December 27th, 2010 at 5:24 am

Avatar

Kebetulan saya sdg mencari bahan dilaman blog ini. Adalah dimaklumkan,kpd yg berminat utk merasai sendiri buah mentega ini sila berkunjung ke Serdang, Selangor, dimna skrg nie buah mentega mengeluarkan hasilnya yg banyk. @ hubungi 03-89464070

99 | omran

January 5th, 2011 at 1:32 am

Avatar

saya ada memiliki pokok mentiga yang berusia lebih dua puluh tahun. ramai yang datang mengambil buahnya , ia berbuah tanpa musim, tapi serentak . pokok mentiga terdapat di ladang Uni.Putra Mal. serdang.di pekan pahang banyak pokoknya. di kl datanglah ke kg. malaysia tambahan berhampiran Hentian Bas spadu BTS
buah mentiga tanaman saya tida berbiji. tidak boleh ditot, mungkin boleh di Tissue culture kan

100 | jamil

January 19th, 2011 at 6:10 pm

Avatar

kalau di langkawi ,saya pernah makan ,isinya lemak manis,saya panggil buah segelat,saya suka rasa dan baunya.

101 | Halimah Yusof

February 2nd, 2011 at 1:37 am

Avatar

Bestnya tengok buah ni, biasa makan masa zaman sekolah rendah dulu. Buahnya manis dan sedap betul. Ada bau yang tersendiri, wangi. warnanya kuning keemasan waktu muda, kalau dah masak, kulitnya merah, cantik sangat warnanya. Bulunya kalau kena badan memang gagal, kalau nak makan kena bersihkan bulunya menggunakan isi sabut, dah licin baru boleh kupas kulit luarnya sebelum dimakan. Buah ini akan jatuh kalau masak. Selalunya terpaksa berkongsi dengan tupai sebab tupai gemar sangat buah ni. Rasa teringin nak makan buah ni, sekarang susah nak dapat. Kalau orang jual pun tak sama dengan yang masak dari pokok, manis….sedap…..sangat.

102 | fazil

February 27th, 2011 at 4:22 pm

Avatar

benih pokok mentega ni ada dijual kt jab prtanian serdang >< 1kaki tinggi hrga sepokok rm3 shj.klau minat leh g tgok kt sna

103 | mel

March 20th, 2011 at 4:09 pm

Avatar

buah ni tk berapa sedap,rasanye manis kelat dan lemak.boleh makan begitu saja @ makan dengan garam…pokok buah ni ada sepokok saje di rumah arwah opah saya,,agak2 adalah dlm 50 thn-besar dan tinggi…kami panggil buah salad..pokok ni jarang dijumpai..

104 | lina

April 11th, 2011 at 4:11 am

Avatar

@liza -

sis,saya berminat deng benih pokok nie?..ade jual online ker?..

105 | Mohamad Sayuth

May 18th, 2011 at 2:57 am

Avatar

Buah ini dah lama saya kenal di Kg. Tengah Kluang Johore. Kakak saya ada dua batang pokok. Semasa saya bertugas menjaga tapak bina di kota Serimas Nilai saya jumpa deretan pokok ini lebih kurang macam pokok manggis ditanam sebagai pokok hiasan sekeliling pagar. Yang bezanya buah pokok yang dikampung kakak saya isinya keputihan tapi isi buah di Nilai ini kemerah merahan walaupun rasanya tidak banyak beza. Anda boleh lihat pokok ini ditanam ditepi jalan besar dari simpang Kajang-Bangi-Putrajaya menghala Kajang hampir simpang Sungai Ramal.

106 | li amilia frido

May 26th, 2011 at 12:19 pm

Avatar

dekat rumah nenek saya kat johor…..ada banyak buah mentega ni ..tapi saya tak pernah makan pun…buah tu kalau gugur kami biarkan mcm tu je……

107 | ciku

June 7th, 2011 at 5:57 pm

Avatar

Dulu kekecik pernah makan … tu pun kongsi ngan tupai. Buah ni kalau masak tupai suka makan. Memang sedap lagi wangi. Teringin nak makan lagi……..

108 | ciku

June 7th, 2011 at 6:02 pm

Avatar

Originally Posted By melbuah ni tk berapa sedap,rasanye manis kelat dan lemak.boleh makan begitu saja @ makan dengan garam…pokok buah ni ada sepokok saje di rumah arwah opah saya,,agak2 adalah dlm 50 thn-besar dan tinggi…kami panggil buah salad..pokok ni jarang dijumpai..

Yamg kelat tu belum cukup masak lagi… macam pisang muda…….kalau dah cukup masak pasti tiada kelat langsung………..

109 | Halim

June 22nd, 2011 at 2:04 pm

Avatar

Saya pernah makan buah mentega ni, rasanya manis dan lemak. Jika masak kulitnya berwarna merah itu pun selepas buang bulunya dengan gosok di atas rumput kalau tersilap kena bulunya agak miang pada kulit

110 | Lela Alor Setar

July 6th, 2011 at 6:04 am

Avatar

di Alor Setar juga buah ni dipanggil buah Sanglat…untuk makluman.

111 | Ism.

July 30th, 2011 at 1:37 am

Avatar

Ada para komentar yang menyatakan buah mentega ini rasa nya seperti epel dan avocado adalah tidak benar.Buah yang serasa epel dan avocado ini serupa bentok nya dengan buah mentega tetapi mereka adalah dua jenis buah yang berbeza.Buah mentega yang berbulu gatal ada lah buah mentega yang asli tetapi yang mempunyai rasa epel atau avocado tidak berbulu.Rasa buah mentega yang berbulu miang ini memang sedap dan lembut isi nya kuning seperti mentega.Pokok besar buah nya bercanggah canggah dan biasa nya gugur bertebaran tak siapa pun berminat untuk mengutip nya.Saya menjadi hairan ada juga para komentar yang menginginkan nya.Mujur dahulu saya yang sering mengutip nya kadang kala jika ingin memakan nya (merupakan pokok terbiar di jalanan)Yang membosankan,buah nya terlebih dahulu di licinkan bulu gatal nya jika tidak,siapa yang menjadi mangsa buah ini akan tergarok garok macam kera.Itulah satu satu nya pokok buah mentega di kampong saya dahulu di Singapura yang kini jangankan kata pokok buah yang lain,malahan semua tanah di Singapura sudah menjadi flat.Pastikan jika sesiapa yang ingin merasa nikmat sebenar buah mentega,buah ini berbulu seperti buah kiwi tetapi gatal sementara buah kiwi tidak.Jika tidak berbulu,berarti anda telah merasa buah yang berasa epel atau avocado jauh berbeza dengan rasa buah mentega yang lemak manis.

112 | Suzana

December 5th, 2011 at 2:38 pm

Avatar

@ahmad bin hj yahaya -

Saya pernah makan buah ni semasa zaman kanak2 dulu di pulau pinang, balik pulau, kampung genting. Buah manis lemak dan wangi. Isinya warna kekuningan seperti warna isi epal merah dan rasanya gebu sangat gebu, hmmm patutlah namanya buah mentega. Tapi kami panggil buah seralat juga (mungkin dibelah utara kot). Mak kata kat Johor kampungnya pun ada. Biasanya pokoknya besar tinggi, rendang dan dibawahnya redup. Mak cakap kat kampungnya dulu harimau suka lepak..
bawah pokok ni. Nak makan, biasanya kami cari buah yang dah luruh saja sebab rasanya manis dan lemak. Dapat kita gosok di tanah buang bulunya, dan boleh kupas macam epal, pastu makan. Ketika tu rasanya tak boleh nak makan banyak sebab rasa lemaknya cepat muak.

113 | Azim

January 15th, 2012 at 11:20 am

Avatar

sy pernah makan buah ni waktu zaman kanak2..pokok dia mmg cukup besar dan tinggi berdaun hijau lebat…kalau nak ambik buah ni mmg kena baling dgn ranting…sebab x tercapai…tp awas buah dia mmg berbulu…kena buang bulu dgn gosokkan ke rumput……buah dia mmg kelat2 sikit tp gebu..dan paling best buahnya berbau macam buah epal kalau masak ranum…

114 | azhar

January 22nd, 2012 at 8:51 am

Avatar

salam , saya pernah makan buah nie ,sedap… kat penang ada pokok ni..kalau anda nak pi ke taman belia PP.ada sepohon pokok ni disebelah kiri jalan menuju ke taman tu..

115 | nnisa

February 9th, 2012 at 3:52 pm

Avatar

Buah ni ada banyak kat Penang sekang….Buah ni juga dipanggil buah seralat (gelaran org2 sini kepada bola tennis - juga dipanggil bola seralat. Rasa buah ni seperti rasa epal manis, putih susu dan…betul..ia wangi. Pokok ini tak akan berbuah jika tunggal melainkan ada proses pollination. Saiznya lazim sebesar epal dan memang daunnya yang tebal menjadikan ia cantik sebagai pokok hiasan tapi kekadang boleh meninggi melebihi atap rumah

116 | Y.B

February 16th, 2012 at 3:40 am

Avatar

Salam semua. Baru2 ni saya sempat ke Balung River di Tawau Sabah. Tak sangka terdapat sebuah ladang yg sngt. luas. Di sana terdapat bermacam2 jenis tanaman & buahan. Di sana juga terdapa berpuluh-puluh batang pokok buah Mentega yg dah berbuah di tanam. Kalau anda terlepas kesana jangan lepaskan peluang melawat Balung River Resort.

117 | wan gedangsa

March 14th, 2012 at 2:26 pm

Avatar

saya ada jmpa pohon no dlm jmlh yg bnyk lbih dri 20 btg pokok dtnm sbgai pohon tduhan dan lndskap. kalau siapa tahu jln ke bangunan RTM JOHOR dan HOSPITAL KUMPULAN PAKAR JOHOR di johor bahru ni blhla dtg tgk…mmg dah ada yg berbuah…yg berbuah pun cuma ada x lbih dri 6 btg pokok sahaja. pada saya dlm bpuluh anak bnih yg cambah..sgt kurg yg akan berbuah…kalau bnasib baik ia berbuah… ini pngalaman dari kampung arwah nenda saya di sg. besar selangor. bliau dah tnm 2 pkok…dari dua hanya satu yg berbuah itupun stlh ckup lama. mjur arwah smpt mrasa buah sulung dan sterusnya… dan biji2nya tu bcmbh..tpi mmg ikut kbtulan juga …ada rezki berbuah la…x da rezki mmg x berbuah… kna bnyk kajian tntg sifat dia…ada sepohon di USM pulau pinang di laman landskap DESASISWA INDAH KEMBARA. sygnya buahnya kcil mcm telur ayam..mgki x cukup baja pohonnya mmg dah tlmpau tua. mgkin dgn cara kultur tisu dari pohon yg buahnya berpotensi tinggi dari saiz dan jumlah buah yg menjadi kita dptlah biakkan bnihnya tnpa guna biji yg sukar diduga. harap pihak MARDI atau FRIM dpt popularkan pohon ini sebagai tanaman landskap yg bnilai sepertimana tumbhn lain yg dikomersilkan.

Comment Form

Categories

Hari ini & Semalam

BlogMalaysia.com

About

Blog ini hanyalah artikel semata-mata. Ianya di ambil dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan hati mengenai artikel ini haraplah diberi komen dan cadangan. Di harap sedikit-sebanyak blog ini dapat memberi pengetahuan kepada anda yang berminat dalam bidang tumbuh-tumbuhan, landskap, herba dan bidang pertanian.

Klik Like!! Sertai Saya di FaceBook!!

Download Percuma Pelan Bisnes !!

Artikel Paling Popular Tahun 2011


Pokok Stevia @ Pokok Gula - 17030 hits
Penjagaan Pokok Hiasan Dalam Pasu - 13919 hits
Pokok Pecah Kaca - 12236 hits
Tanaman Herba Di Malaysia - 11924 hits
Ulam-Ulaman - 11555 hits
Buah Mentega - 10480 hits
Khasiat Lobak Putih - 9737 hits
Buah Kuning Telur @ kanistel - 9647 hits
Buah Markisa - 9646 hits
Buah Keriang Dot - 9625 hits
Khasiat Daun Sirih - 9576 hits
Rahsia Buah Delima - 9246 hits
Buah Kesusu - 8911 hits
Buah Berembang - 8384 hits
Petua Tradisional - 7989 hits