19 Oct, 2009

Pokok Bebuas dapat mengatasi masalah angin

Posted by: admin In: Buas-buas

buas-buas2

Buas-buas atau bebuas dengan nama saintifiknya Premma cordiflora mempunyai pelbagai khasiat yang tersendiri. Pokok Buas-buas dipercayai dapat membuang angin dalam badan, mengatasi masalah cacing pada kanak-kanak dan menambah air susu ibu. Selain itu, ia juga digunakan untuk menghilangkan hanyir ikan.

buas-buas

Cara yang biasa digunakan ialah dengan meminum air rebusan atau dijadikan sebagai ulaman dan dimakan bersama nasi.

Unik tak pokok ini? Bila tengok pokok ni keluarkan buah memang cantik.. tak pasti pulak buah pokok ni boleh makan ke tak.. Anda ada tanam ke pokok ni di depan rumah anda. Boleh kongsikan cerita di sebalik pokok ini..

Related Posts with ThumbnailsNumber of View :16364

13 Responses to "Pokok Bebuas dapat mengatasi masalah angin"

1 | Kak N

October 22nd, 2009 at 12:27 am

Avatar

Memang betul, pokok bebuas ni……sodap rasonyo….buat kerabu dgn kerang pun sodap….

2 | Eda Irwan

October 23rd, 2009 at 3:49 am

Avatar

Salam,
Saya nak kongsi la sedikit pengalaman tentang ‘pokok Bebuas’ ni. Kat tempat kita Sarawak, ada yg panggil ‘singkel’, Kaum Melanau pulak ‘Tebawan’. Nak dijadikan cerita, daun pokok ni selalunya digunakan dlm masakan ‘bubur pedas Sarawak’. Bulan Ramadhan, memang ramai suri rumah mencarinya. Keluarga kita, selalu juga bersayurkan daun tebawan ni. Masak goreng belacan, sedap! Bagi yg belum merasa, cuba lah. Sekian, ini sahaja yg dpt saya kongsikn bersama.Terima Kasih!

3 | yinna

November 3rd, 2009 at 8:22 am

Avatar

emmm..sedap gak. kalau eda irwan x bagitau ni tebawan saya pun x knl…hehehhe

4 | cmayau

January 4th, 2010 at 7:34 am

Avatar

salam,

pokok ini banyak terdapat tumbuh liar di sarawak. saya selalu petik pucuk buat sayur lemak atau ulam atau untuk balutan ikan bakar. memang sedap pucuk ni bila diulam atau buat sayur lemak dan dicampur dengan pusuk ubi atau lain-lain sayuran. bau nya wangi berangin sikit dan sedap dihidu. cara tanaman keratan batang.

terima kasih

5 | shaifull

January 21st, 2010 at 1:59 am

Avatar

ramai org sarawak bg komen nampak…aku pun nak citer jugak lah….kat sarawak memang banyak daun ni….sedap sangat di ulam dengan sambal belacan yang diperah dengan limau kasturi…..setahu aku buah pokok ni orang tak makan tapi zaman budak-budak aku dulu kita orang ambik buah ni buat main sumpit je…seronok apa sumpit orang guna straw…cara nya masuk kan setengah genggam buah pokok ni dalam mulut pastu apa lg…kita cariklah sasaran….apa-apa pun pokok ni memang banyak khasiat

6 | alim

February 27th, 2010 at 8:08 am

Avatar

orang johor masak botok-botok kalau tak masukkan pucuk bebuas tak sah….
orang kata kalau masak asam pedas pun boleh masukkan pucuk bebuas sedap juga…

7 | ummijami

July 23rd, 2010 at 9:32 am

Avatar

saya baru bekenalan dgn pucuk bebuas ni,mmg sedap kalu cicah dgn sambal belacan. Sape2 tau tak kandungan vitamin apa yg terdapat dlm pucuk bebuas nih.Doktor saya ckp tak boleh mkn sayuran yg byk vitamin k, sebab saya ingin tau sgt vitamin apa yg terdapat dlm daun bebuas.

8 | azima

October 18th, 2010 at 7:21 am

Avatar

salam..

ulam bebuas nie sedap kalau dicicah mentah dengan sambal belacan + air asam limau sikit.. perghh terangkat. itu yg simple.

kalau nak renyah sikit, buat kerabu kerang.. balik kg pantang ada pucuk nie, abis lah togel.

sy semai pokok nie.. dah ada tumbuh tunas, menghitung hari bila lah nak besar, nak berulam pokok taman sendiri :p :p

9 | Med

November 19th, 2010 at 3:45 am

Avatar

kat sarawak di kenali sbg daun singkel. salu tumbuh terbiar tp lau dah tumbuh kat tepi umah tu, saya biarkan ja sbb senang nak amik buat lauk sayur manis/sayur lemak/botok/ulam dan etc. ^_^

10 | hjh.faridahibrahim

December 6th, 2011 at 7:41 am

Avatar

buat asam pedas campur ikan memang sedap

11 | Andika

February 23rd, 2013 at 12:35 pm

Avatar

di daerah sy saribas sarawak kami panggil daun buas. Bila teringat daun ini teringat pulak bulan puasa. Orang2 di kpg sy sgt suka daun ini utk dibuat masakan mumbu pedas. Di antara ramuan utamanya ialah daun bebuas, daun kunyit, udang senek dan mumbu pedas itu sendiri. Bila nak berbuka semangkuk besar mesti ready kat depan…kenyang arrrrggghhh

12 | AMANAF

June 9th, 2015 at 6:54 am

Avatar

memang sedapp, sayangnya cepat layu selepas dipetik. Nak tanya skit..bunganya boleh dimakan ke?..dan pokoknya boleh dibuat bonsai ke?..

13 | ogi

December 6th, 2016 at 11:37 pm

Avatar

bebuas ni sama ke ngan pokok beruas?

Comment Form

Categories

Share on Facebook

1376
Share

BlogMalaysia.com

website statistics

About

Blog ini hanyalah artikel semata-mata. Ianya di ambil dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan hati mengenai artikel ini haraplah diberi komen dan cadangan. Di harap sedikit-sebanyak blog ini dapat memberi pengetahuan kepada anda yang berminat dalam bidang tumbuh-tumbuhan, landskap, herba dan bidang pertanian.

Klik Like!! Sertai Saya di FaceBook!!

Artikel Popular Hari ini

Artikel Popular Minggu Lepas

Artikel Paling Popular Tahun 2011-2014