25 Oct, 2009

Pokok Gelenggang Besar

Posted by: admin In: Gelenggang

gelenggang_besar

Pokok Gelenggang Besar atau nama saintifiknya Cassia alata ini dipercayai dapat merawat gatal kulit, ruam, kudis dan kurap, merawat panau dan ketuat. Selain itu, ia juga dapat mengubati sakit perut, masalah cacing, sembelit, pedih ulu hati dan hilang selera makan. Pokok Gelenggang ini juga dipercayai dapat merawat sengatan berbisa.

Related Posts with ThumbnailsNumber of View :1889

15 Responses to "Pokok Gelenggang Besar"

1 | Rusni Binti Saleh

November 4th, 2009 at 1:26 am

Avatar

Pokok ni tumbuh meliar di kawasan tanah sawah terbiar ,dan ditepi -tepi tebing anak sungai .Memang terbukti berkesan boleh menghilangkan panau,sakit kulit dan gatal -gatal kulit.Caranya ambil segenggam daun gelenggang ,di ikat ketat dengan getah ,potong bahagian pangkalnya dan sapukan(tonyoh-tonyohkan) dibahagian kurap atau gatal tadi. insyaallah amalkan setiap hari sehingga sembuh.

2 | mee

November 5th, 2009 at 9:23 am

Avatar

Bunga pokok ini memang cantek, berwarna kuning terang dan berbunga pada musim kemarau antara December hingga March setiap tahun. Air rebusan daun nya dikatakan boleh dibuat julap.

3 | RAKIAH BINTI OMAR

November 6th, 2009 at 5:57 am

Avatar

Memang benar apa yang dikatakan oleh Cik Rusni binti Saleh. Semasa saya kecil dulu emak memang menggunakan daun ini untuk menghilagkan kudis gatal dikaki dan di badan.Dalam masa seminggu disapu tiap-tiap malam.Alhamdulillah baik.Tetapi sekarang agak sukar untuk menemuinya ,walaupun dikawasan kampong. Setahu saya pokok ini tumbuh meliar dengan bentuk bunganya yang memang menarik. Bau daunnya agak kurang enak sadikit.

4 | Fauziah Othman

November 9th, 2009 at 4:14 pm

Avatar

Saya baru tanam pokok gelenggang ni, kak kiah (biras saya) juga kata rebusan daun nya boleh mengubat sakit perut, cirit birit dan duannya dilumat digosokkan ditempat kena gigitan serangga berbisa.

5 | cikgu ani

November 15th, 2009 at 2:00 am

Avatar

Saya akui pokok gelenggang memang mujarab utk merawat kurap, panau dan gatal-gatal kulit. Tiada kesan sampingan. Buktinya anak saudara saya yang mengalami gatal-gatal pada kulit perut ke bawah sehingga ke belakang badan dari bahagian pinggang ke bawah pulih sepenuhnya apabila dilumurkan dengan daun gelenggan yang dimesin halus. Lumurkan pada bahagian yang gatal dan biarkan ia kering. Hanya 2 kali sapu, terus sembuh. Sebelum ini adik saya telah menghabiskan hampir ribuan ringgit mendapatkan rawatan doktor dan pakar kulit tetapi penyakit tersebut semakin melarat-larat. Rupa-rupanya pokok herba ni jugak yang terbaik…. Tak perlu keluarkan duit 1 sen pun rupanya…hai, mengeluh adik saya!

6 | jaja

January 30th, 2010 at 2:28 pm

Avatar

daun gelenggang ni elok dibalut bersama tungku. elok bagi wanita2 yg baru melahirkan yg mengalami masalah sembelit.

7 | rirawati

February 26th, 2010 at 2:13 pm

Avatar

Di mana saya boleh jumpa pokok ni?

8 | alim

March 8th, 2010 at 2:36 pm

Avatar

Daun gelenggang memang banyak khasiat terutama untuk merawat penyakit gatal-gatal atau panau tapi kalau nak senang beli je sabun cassia HPA, sabun gelenggang la tu.

9 | Yee Sze Shiun

May 3rd, 2010 at 3:23 am

Avatar

Saya nak Daun Gelenggang ini secara besar besaran.

Saya nak beli dengan RM1/kg , setiap bulan kita mahu sebanyak 1 hingga 2 tonne daun gelenggang ini dengan batangnya sekali.

Boleh hubungi saya dengan nombor 012 2389319. Kita dari KL.

Terima Kasih.

11 | Siti Aminah

December 15th, 2010 at 1:43 pm

Avatar

mang betul daun gelenggang untuk sape yg kene gatal2 @ sakit kulit dll……masa sy merebus daun tersebut untuk di buat mandi anak sy yg terkene gatal2 dibadan,sy di ingatkan jgn smpai terminum krn airnye akan mmbuat kite mabuk……

12 | nagasuci79

January 24th, 2011 at 5:41 am

Avatar

Sesiapa yang berminat nak dapatkan pokok nie (Kuantan) boleh hubungi saya - badrul, 013-9194796

13 | Muhamad Rizal

February 10th, 2011 at 7:19 am

Avatar

dulu masa kecik2 kadang2 tkena kurap. sya buat mcm rusni tapi sebelum tonyoh kat kulit, celup dulu dalam minyak tanah. kesan dia cepat sket.

14 | Shabudin

April 15th, 2011 at 3:14 pm

Avatar

Boleh beritahu macam mana nak tan am secara komersil Dan di mana boleh dap at benihnya…

15 | adzhar rejab

May 22nd, 2011 at 5:51 am

Avatar

Seingat saya sewaktu saya masih sekolah rendah ini salah satu tugasan saya hampir setiap hari.Abang saya akan menyuruh saya mencari daun gelenggang didalam belukar sekitar rumah saya kemudian disruruh tonyok (gosok) dibelakang badannya sebelum mandi petang.Jimar kos tak payak beli panau salap heheheh.

Comment Form

Categories

Hari ini & Semalam

BlogMalaysia.com


  • rosmpkmn: dulu masa kecik2 biasa jugak petik terung ni. bnyk tumbuh melata kt kampung. bila petik kne jaga bulu2 halus pd terung ni, bila terkena kulit akn meny
  • djali: @admin - salam, buah mukyu tu macam buah keriang acheh.. tapi dia tu besar sikit. rasa nya ada yg masa
  • rose: senduduk putih hanya orang tertentu sahaja boleh memilikinya. ia adalah pokok kesayangan puteri bunian.

About

Blog ini hanyalah artikel semata-mata. Ianya di ambil dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan hati mengenai artikel ini haraplah diberi komen dan cadangan. Di harap sedikit-sebanyak blog ini dapat memberi pengetahuan kepada anda yang berminat dalam bidang tumbuh-tumbuhan, landskap, herba dan bidang pertanian.

Klik Like!! Sertai Saya di FaceBook!!

Download Percuma Pelan Bisnes !!

Artikel Paling Popular Tahun 2011


Pokok Stevia @ Pokok Gula - 17164 hits
Penjagaan Pokok Hiasan Dalam Pasu - 14054 hits
Pokok Pecah Kaca - 12312 hits
Tanaman Herba Di Malaysia - 12055 hits
Ulam-Ulaman - 11680 hits
Buah Mentega - 10601 hits
Khasiat Lobak Putih - 9842 hits
Buah Kuning Telur @ kanistel - 9757 hits
Buah Markisa - 9739 hits
Buah Keriang Dot - 9690 hits
Khasiat Daun Sirih - 9651 hits
Rahsia Buah Delima - 9323 hits
Buah Kesusu - 9007 hits
Buah Berembang - 8471 hits
Petua Tradisional - 8061 hits