10 Oct, 2009

Buah Nona

Posted by: admin In: @Buah Nadir

nona

Tentu anda biasa lihat buah ini.. tetapi pernahkah anda merasai buah ini? Buah Nona atau nama sainsnya Annona squamosa berasal dari Amerika Selatan, merupakan sejenis buah  yang berbonggol dan mempunyai banyak biji. Terdapat pelbagai jenis Nona, antaranya yang mempunyai kulit bewarna hijau atau merah.

Dari segi khasiat buah nona mengandungi protein, kalsium, serat, zat besi, vitamin dan mineral. Kandungan yang paling ketara ialah niacin yang dikatakan dapat mengatasi masalah sindrom saraf.

Di Malaysia mungkin ia tidak popular tetapi di  Amerika Syarikat ia mendapat pasaran yang besar dan dijual dengan harga yang mahal. Kalau anda ada pokok ini di rumah cubalah menyemai bijinya, mana tahu pada masa akan datang buah nona ini mendapat permintaan.

Related Posts with ThumbnailsNumber of View :4947
Tags:

54 Responses to "Buah Nona"

1 | yinna

November 3rd, 2009 at 8:26 am

Avatar

emmm..sedapnya buah nona. lama dh x mkn…last mkn wakt sekolah rendah dulu. jarang jumpa la
kalau jumpa pun kat dalam pagar rumah auntie2 chines je.

2 | ctazro

November 3rd, 2009 at 4:19 pm

Avatar

satu2nya pokok nadir yang hampir pupus. saya mempunyai anak pokok nona ni, lebihan projek landskap tepi jalan, kalau ada sapa2 yang berminat hubungi saya, sikit2 tu boleh saya bagi.
azro2576@gmail.com

3 | jentayubisu@yahoo.com

November 3rd, 2009 at 5:19 pm

Avatar

Nona nona zaman sekarang,tak boleh ditegur tak boleh dilarang. Itu lagu zaman 60 an popular tu… Buah nona memang sedap. Kelopak bunganya harum seakan-akan bau pisang bunga. Buah nona ni suku sakat buah sekaya bezanya buah nona agak besar,kurang manis ,isinya lembut dan kulit licin manakala buah sekaya rasanya amat manis,isinya juga lembut dan kulitnya mengerutu. Khasiatnya saya tak pasti cuma saya nak kongsi pengalaman dengan tumbuhan nona atau sekaya ini. Selain masak dipokok ada kaedah lain bagi mengelakan buah tersebut dimakan burung, anda kena pastikan buah tua saja yang dipetik. Ambil sekali dengan tangkainya kemudian dibahagian atas buah hendaklah dicalit dengan kapur makan akhir sekali simpan buah berkenaan didalam tong beras kita. Insyaallah buah nona atau sekaya akan cepat masak. Selamat mencuba….

4 | jentayubisu@yahoo.com

November 3rd, 2009 at 5:23 pm

Avatar

Dalam gambar yang anda lihat itu dipanggil buah sekaya bukan buah nona

5 | azie

November 3rd, 2009 at 11:41 pm

Avatar

buah nona jenis kulit licin,muda kaler hijau masak merah,masa remaja memang selalu makan sebab arwah mak memang suka makan dan tanam depan rumah.memang sedap,manis dan halus isinya.bila kulitnya dah warna kemerah2an memang kena petik dan peram kalau tak alamat tak merasa la.

6 | Redzuan

November 4th, 2009 at 12:19 am

Avatar

Slm,

Buah nona dan buah durian belanda dalam kumpulan yang sama… tetapi di malaysia orang lebih suka dan selalu lihat buah durian belanda (walaupun hidupnya di Malaysia!!!). Terdapat beberapa kawasan di mana buah nona ini ditanam secara besar-besaran antaranya di Felda Fruits Farm Sg. Tengi Selangor. Berkunjunglah ke sana kalau nak tengok, rasa buahnya… anbik gambo.. atau nak beli buah nona ni…Tentang khasiat tu… banyak artikel dalam jurnal-jurnal telah dikeluarkan cuma yang mungkin orang kurang perihatin adalah kegunaan dari segi perubatan “tradisional’ terutama dunia perubatan Melayu dan Cina… sebab maklumat berkenaannya kurang tersedia dalam bntuk bertulis..

Wallahualam..

7 | Haji Hasan Alias

November 4th, 2009 at 1:07 am

Avatar

Nona ke? Sekaya ke? Kedua-duanya betul, panggilan mengikut daerah masing-masing. Di pendalaman buah yang berkulit licin tu memang dipanggil nona, tetapi terkemudian itu(4-5dekad dahulu) ada pula buah jenis menggerutu seperti dlm. gambar, orang kampung saya panggil Nona Jepun. Apa hubungannya dgn Jepun pun saya tak tahu. Mungkin saiznya ke? atau dikenali selepas perang dunia kedua. Jika dibezakan nama “Sekaya” adalah lebih baik. Tapi namanya sebagai NONA sudah popular termasuklah di Pantai Timur. Khasianya: buahnya boleh mencegah sembelit, biji yang dibakar blh buat ubat cacing (Kata nenek)

8 | Rusni Binti Saleh

November 4th, 2009 at 1:09 am

Avatar

Buah nona berperisa manis dan lemak-lemak .amat menyegarkan bila memakannya. memudahkan pencernaan,untuk struktur kulit yang halus dan bagus untuk usus.sesiapa yang mengidap sembelit elok diamalkan memakannya. boleh dibuat jus.sungguh menyegarkan.Daunnya boleh dibuat jaram jika mengalami demam panas.Caranya ambil segenggam daun nona,diramas-ramas didalam semangkuk air dan disapukan dari kepala hingga ke seluruh badan.selawat 3 x sebelum menyapukannya.

9 | Rusni Binti Saleh

November 4th, 2009 at 1:13 am

Avatar

lupa pulak ,gambar yang kat atas tu buah seri kaya .Buah nona kulitnya licin ,tapi fungsi kedua-duanya lebih kurang sama.tapi sedap lagi buah seri kaya

10 | roseni

November 4th, 2009 at 1:16 am

Avatar

Suka makan buah ini , cuba tanam guna biji tapi tak tumbuh pun.
Buah nona dari Australia pun sedap, besar macam buah kelapa muda .Pernah beli di Petaling Street.
Not sure pasal khasiat nya, mungkin boleh cari dlm internet.

11 | din losong trg

November 4th, 2009 at 1:48 am

Avatar

saya slalu mkn buah tu.kt depan rumah ada.dulu arwah ayah tanam yang hijau dgn yg merah.tp skrg yg buah hijau tu pokok dia dh mati. nona merah lebih sedap,manis dan wangi… yg hijau tu kurang skit… ttg khasiat saya x brape pasti…

12 | Adry

November 4th, 2009 at 2:27 am

Avatar

Gmbr foto kat ats tu bkn buah nona. Kita dpt cam dr bentuk dn warna buah tu. Daunnya bbeza dgn daun nona yg sebenarnya. Daun nona agk hijau tua dn lbh runcing. Kat rumah aku byk pokok nona ni. Buah@jusnya blh myejukkn bdn. Daunnya pula selalu digunakn utk mgurangkn pns/menurunkn suhu ketika demam.

13 | Hjh. nadzrah

November 4th, 2009 at 2:34 am

Avatar

Betoi, saya setuju dng jentayubisu, yang dlm gmbar tu buah sekaya, buah nona kulitnya lebih licin, warna kuning kemerahan bila masak, tapi isi di dlmnya lbh kurang sama, berwrna putih dan ada biji hitam keras, isi nya bnyak berulas2, tp bagi sy buah sekaya lebih sedap. Sy pun dngar cite buah ni skrng mahal harganya, baru2 ni abg saya bw blik 3 biji, ktnya dia beli kat hentian R&R, saya taak pasti pula R&R mn, cuma yang saya tau, dulu time sy kanak2, buah ni la yang ada buat kami budaak2 kampg dok merugas setiap ptg. Ada satu lagi buah yg sy rasa ada org bandar tak penah tengok ialah buah cermai moden , pernah dengar dak.

14 | masura

November 4th, 2009 at 4:32 am

Avatar

saya biasa panggil buah ni, buah nona dan saya akui mmg ada beberapa jenis, kalau yang merah tu lagi sedap, dan orang2 cina memang selalu tanam buah ni. Tapi dah lama sangat tak nampak dan makan buah ni. Dulu masa kecik2 mak selalu amek daun dia ramas2 untuk redakan demam panas…. sama gak cam daun durian belanda, kalau diramas airnya akan jadik merah, untuk penyejuk badan… dan mmg mujarah

15 | Mokhtar Al-Attas

November 4th, 2009 at 9:08 am

Avatar

banyak khasiat buah nona ni. sila rujuk dalam internet bawah nama “sugar-apple” atau “custard apple”

16 | chullen

November 4th, 2009 at 1:41 pm

Avatar

mae kecik dulu kalo sekaya tu jenis yg hijau, bau wangi dan rasenye manis. skarang pokok tu dah tak jumpa lg. saya mencari species yg hijau tu sapa ada info leh la bg tau saya. saje nak tanamn kat laman rumah…

17 | cik din

November 4th, 2009 at 2:23 pm

Avatar

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

biasa jumpa dan biasa makan… kat Pasar Rawang dan Pasar Tani Mega Taman Bersatu Rawang ni biasa jual… dia jadi lembut sikit terus ngap aje… sedap

18 | admin

November 4th, 2009 at 11:21 pm

Avatar

Boleh tak cik din atau siapa sahaja beritahu berapa harga buah nona ni di pasar…

19 | lek ceria

November 5th, 2009 at 9:11 am

Avatar

salam …….memang saya suka makan buah ni..memang sedap……..bijinya juga boleh digunakan untuk merawat jerawat batu …caranya ambil biji yg telah hitam tu dan ditumbuk dengan kapur yg kita mkn tu…pas2 ianya rasa pedih sikit masa kita sapu kat jerawat tu….tapi utk jerawat batu je tau….

20 | adi

November 5th, 2009 at 9:51 pm

Avatar

salam…..
aku cuma nak tambah ckit je.
buah nona memang sedap rasanya. dari segi perubatan orang dulu-dulu, daun nona boleh digunakan untuk mengurangkan kepanasan bagi kanak-kanak yang demam. caranya, rendam daun-daun nona di dalam air dan usap air rendaman tersebut di kepala kanak-kanak tersebut. lakukan beberapa kali sehari.

21 | Noor Hamisah

November 6th, 2009 at 1:43 am

Avatar

Nona, ada banyak jenis. Sekaya tu buah nona jugak. Nona yang dalam gambar tu ada dua jenis juga, yang warna hijau dn merah. Kalau nak tau dia dah masak ke tak, bila dia masak, kulitnya menjadi lembut. Rasanya macam buah durian belanda tapi lebih sedap dan lebih manis. Lain-lain khasiat, saya tak tau le..tau makan je..hehehe

22 | rusli yusop

November 6th, 2009 at 10:18 am

Avatar

salah satu kegunaan adalah batang@rantingnya sebagai modul pengetuk bagi pengamal perubatan alternative.

23 | aslinda

November 8th, 2009 at 8:30 am

Avatar

buah nona ni lbh familiar dgn kaum cina. kws yg byk kaum cina adala dijual dipasar. misalnya dipasar kampar, perak. dipasar sana byk dijual buah2an yg dijual oleh kaum cina yg xde ditpt lain. mmg susah nak jumpe buah nona ni.pokokpun dah susah nak jupe, apa lg buahnya.hampir pupus. daun dia bleh direbus&minum utk ubat cacing klu x silap saya.petua org tua2.

24 | suyussp

November 8th, 2009 at 8:38 am

Avatar

Saya memang suka buah ini, oleh kerana sukar oleh mendapatkannya setelah makan saya mencampakkan sahaja bijinya depan rumah, dipendekkan cerita saya pun dah terlupa ada menyemainya.. apa yang menakjubkan ia tumbuh dengan elok sehinggalah saya sendiri dan keluarga dapat merasa kembali buah dari pokok yang kami dengan tak sengaja menanamnya

25 | suraya

November 8th, 2009 at 12:17 pm

Avatar

salam.. sy pun suka makan buah nona ni.. penah makan yg kaler hijau n yg kaler maroon ni.. dulu kat pasar mlm ada gak org jual.. yg jenis besar pun ada gak dorg jual.. tp pakcik dgn makcik yg slalu jual buah2 nadir ni dah pencen menjual buah agak nyer.. ada gak tanam dari biji nye.. cuma blom berbuah.. maybe pasal tak penah dok baja kot hehe… tak silap sy, biji buah nona ni wat ubat kecacingan..

26 | pulo_kapas

November 12th, 2009 at 8:39 am

Avatar

dulu kecik my dad tnm byk cam nk wat kebun je rupanya..btmbh sedap klu ltk kt lam peti ais,pastu mkn..tp yg dlm gmbr tu xsama ngn buah nona(cherimoya)..buah nona klu msk kaler kuning..

27 | juniah

November 13th, 2009 at 11:38 am

Avatar

vSalam 1 Malaysia

Macam mana nak rasa…tak pernah jumpa pun buah ni….kasian saya hehehe …saya hanya kenal buah ini melalui buku aja

28 | Norli

November 13th, 2009 at 3:25 pm

Avatar

rasanya best… lebih kurang mcm buah durian belanda jugak. Ruah saya ada tanam..

29 | siti

November 20th, 2009 at 2:00 am

Avatar

salam.
belakang rumah mak saya ada pokok ni. begitu juga dengan durian belanda. memang buah ni manis lagi jika dibandingkan dengan durian belanda yang rasanya ada masam sikit. Kurang berminat sebab banyak biji walaupun khasiat dia bagus sebab tu selalu aje buah-buah tu masak terbiar aje atau dibiarkan aje dalam peti sejuk pas tu dibuang. Malaysia terlalu mewah dengan buah-buahan so banyak pilihan…

30 | eimann

November 25th, 2009 at 4:52 am

Avatar

keluarga sa panggil buah ni Nona Kaya. sebab bentuk seakan2 nona. yang jadi kaya tu sebab kaya dengan biji. bayangkan buah sebesar penumbuk wanita, bijinya ada hampir 150. buah nona betul tak banyak sangat bijinya dalam 20 atau 30 sahaja. tapi kedua2 nya saya suka.

31 | siti

December 28th, 2009 at 5:02 am

Avatar

salam … makluman … buah nona ini sedap dimakan…
tanaman ini sesuai ditanam dikawasan berpasir

kat rumah saya ada ditanam…tapi kebelakangan ini buahnya seperti diserang penyakit..macam ulat… jadi keras dan hitam.. sebelum ini tidak pernah jadi seperti begitu,,, ia senang dijaga… kenapa ye…

32 | poksu janggut

February 5th, 2010 at 4:28 am

Avatar

nona ker…sekaya ker..satu spesis jer….
byk jer kat kg2, d pantai timur….
myb xdkomersial kan,so xramai yg kenal….
sesuai dikomersial kan….buah ni sedap jer….

33 | d'johari yaakop

February 11th, 2010 at 2:45 am

Avatar

mmg best buah ni masukan dalam peti sejuk pastu makan..ada org buat puding..ada nona kulit licin tu x sedap sangat in english we call apple sugar

34 | umie

February 21st, 2010 at 2:56 am

Avatar

ssedap taw buah nonaaa….rugi siapa yang xmkan…

35 | adilo

February 22nd, 2010 at 1:56 am

Avatar

Salam semua,
Saya nak la rasa buah ni sesgt. Kat mana bole beli buah ni kat area Selangor. Any info bagitau saya ek… ;)

36 | niz

March 1st, 2010 at 12:35 pm

Avatar

salam… ada sape2 tak yang tahu khasiatnya??? ada org tua2 kata bagus untuk jantung?? betul ke?

37 | ejey hassan

March 6th, 2010 at 4:56 pm

Avatar

seri kaya, anona, nona…. yang penting di kelantan di kenali sebagai buah “lo-ne”…

38 | sabri b hamzah

March 7th, 2010 at 12:10 pm

Avatar

assalamualaikum. gambar tu buah kaya atau buah sekaya bukan nona.Ada dua jenis , yg warna hijau dan purple. Boleh dapat kat taesco.Buah nona besar, 3 kali ganda size buah kaya tu.Kulit licin dan bila buah nona masak color dia jadi orange.Rasa kedua2 buah ni sama je

39 | hidayah

March 12th, 2010 at 8:05 am

Avatar

uwaaa..saya tgh mengidam nk mkn buah ni..cari x jumpa2..sesape yg ade trnmpk atau tau kt mane saye leh r0ger2 saya di >>> pu3_hidayah@yahoo.com

Reply - pu3_hidayah@yahoo.com‘); return false;”>Quote

40 | hidayah

March 12th, 2010 at 8:06 am

Avatar

uwaaa..saya tgh mengidam nk mkn buah ni..cari x jumpa2..sesape yg ade trnmpk atau tau kt mane saye leh cari buah ni, leh la r0ger2 saya di >>> pu3_hidayah@yahoo.com

Reply - pu3_hidayah@yahoo.com‘); return false;”>Quote

41 | Pakcik Bad

April 6th, 2010 at 7:41 am

Avatar

baru ni..jupe kawan kt kebun.so dia bagi rasa buah nona ni.. sedappp woooo
pastu saya ambik biji..baru je semai
belum tumbuh lagiiii
adalah dalam 5 hari daaaaaa

42 | Pakcik Bad

April 6th, 2010 at 7:43 am

Avatar

ada sape tau brape harga sekilo buah nona..

43 | azim

April 6th, 2010 at 1:30 pm

Avatar

kt mana nk dapat buah ni ye..isteri saya mengidam la

44 | aza

April 23rd, 2010 at 3:57 am

Avatar

teringat kisah mase zaman sekolah teknik form4 n form5..pokok ni ade dibelakang hostel kitorg.sambil berehat2 di tmpt duduk, kitorg mkn buah nona n nyanyi lagu rase syg hey..hehehe..

45 | johnlabu

July 11th, 2010 at 2:35 pm

Avatar

salam….
sape2 nk buah ni boleh le datang kat kampung saya….
kat pekan bidor, teluk intan….mesti jumpe punye…
kat sana ada jual macam2 selain buah tue…
klu teringin buah durian,jambu batu/air, petai mangga ada kat situ…
jemput2 la datang dikampung saya….

46 | zex

August 1st, 2010 at 5:21 am

Avatar

ada satu jenis lagi(anona capri) buahnya kurang biji,lebih besar kulit luar bila masak agak licin rasanya lebih kurang tapi saya lebih suka anona capri.
dulu banyak kat klampung sekarang susah nak nampak ykadang nampak kat pasar tapi bukan jenis capri

47 | zane_al

August 17th, 2010 at 6:53 am

Avatar

saya beli buah ni kat Tesco Ampang; 5.99 sekilo. Sedapnye….very much an underated fruit. Bila masak buahnya lembut, yg keras tu kena pram lg.
Lepas ni kalau saya jumpa saya beli lg.

48 | mizan

September 14th, 2010 at 1:47 am

Avatar

kt umah sy kt kg d kelantan ade pokok buoh nona ni..kalau kt kelantan buah nona ni dpanggil buah ‘lone’..sebutannya ‘lo-ne’..mmg sedap sgt rasanya..sy suka.

49 | hasyim

November 28th, 2010 at 4:01 am

Avatar

dalam segi perubatan….buah nona ini bagus untuk pesakit jantung…sayapun tak tahu sejauhmana keberkesanannya. pernah satu ketika mentua saya di sahkan sakit jantung,cuma jenis sakit yang macammana tu saya tak tahulah…..pakcik saya(adik mentua saya)suruh makan buah nona,tak kira lah masak atau putik,…mentua saya amalkan untuk berapa ketika….sebab buah ni jarang di jual di kedai…sekarang alhamdulillah,mentua saya tak makan ubat yang di sarankan oleh doktor untuk pesakit jantung,dan dia boleh kerja serta bertambah sihat,……tapi yang menyembuhkan tu hanyalah Allah yang maha berkuasa……

50 | JALALUDDIN ASRAM

December 24th, 2010 at 9:05 am

Avatar

rumah mak teman kat kampung ada tananm nona merah ni…selalu miss nak makan..pokok tak besar buahnya kekadang ada 2,3 biji jer..time balik kg buahnya masih putik, balik sekali lagi dah kering buah tu kat pokok..ish.ish

51 | Hani

December 28th, 2010 at 1:52 pm

Avatar

Saya pernah makan buah ini rasanya asam manis..rasanya seperti durian belanda..

52 | Muhamad Rizal

February 10th, 2011 at 6:54 am

Avatar

kalau di kampung saya (utara) buah dlm gambar tu dipanggil buah sekaya. kalau buah nona, ia besar 2 kali ganda. bila masak ada warna oren kemerahan dan kuning2 sket. bentuk dia bujur ke bawah.

53 | hudzaifah

July 16th, 2011 at 9:29 am

Avatar

kalau di indonesia disebut buah srikaya, yang dagingnya manis serta mempunyai biji banyak, isi daging buah ini mirip isi daging sirsak.

54 | mdazreen

November 2nd, 2011 at 10:23 pm

Avatar

salam saya ada tanam buah nona ni,satu hijau satu merah ungu,yg merah ungu tu manis buah,yg hijau tu manis sangat,masak dipokok lagi sedap,buahnya akan megembang jarang2 di sekeliling buah,semai 6bulan dah berbuah tapi kecil sikit kerana paksa berbuah,sekarang dah semakin besar,semai biji lagi tahan lama,

Comment Form

Categories

Hari ini & Semalam

BlogMalaysia.com

About

Blog ini hanyalah artikel semata-mata. Ianya di ambil dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan hati mengenai artikel ini haraplah diberi komen dan cadangan. Di harap sedikit-sebanyak blog ini dapat memberi pengetahuan kepada anda yang berminat dalam bidang tumbuh-tumbuhan, landskap, herba dan bidang pertanian.

Klik Like!! Sertai Saya di FaceBook!!

Download Percuma Pelan Bisnes !!

Artikel Paling Popular Tahun 2011


Pokok Stevia @ Pokok Gula - 17030 hits
Penjagaan Pokok Hiasan Dalam Pasu - 13919 hits
Pokok Pecah Kaca - 12236 hits
Tanaman Herba Di Malaysia - 11924 hits
Ulam-Ulaman - 11555 hits
Buah Mentega - 10479 hits
Khasiat Lobak Putih - 9737 hits
Buah Kuning Telur @ kanistel - 9647 hits
Buah Markisa - 9646 hits
Buah Keriang Dot - 9625 hits
Khasiat Daun Sirih - 9576 hits
Rahsia Buah Delima - 9246 hits
Buah Kesusu - 8911 hits
Buah Berembang - 8384 hits
Petua Tradisional - 7989 hits