06 Oct, 2009

3 Gandarusa yang perlu anda tahu !

Posted by: admin In: Gandarusa

Number of View :1090

gandarusahitam

Terdapat 3 jenis pokok gandarusa yang telah aku jumpa semasa pergi ke Taman Herba Negeri Perak dahulu. Antaranya ialah gandarusa hitam, gandarusa putih dan gandarusa jalur.

gandarusajalur

Pokok Gandarusa juga mempunyai khasiat perubatan herba yang tersendiri. Antaranya ialah ia dikatakan dapat merawat bengkak yang terseliuh, merawat cacing kembung perut dan muntah.

gandarusaputih

Cara merawat kembung perut ialah; daunnya dihancurkan bersama asam limau dan ditampalkan pada perut.

Related Posts with Thumbnails
Tags:

12 Responses to "3 Gandarusa yang perlu anda tahu !"

1 | suaidah

October 11th, 2009 at 12:03 am

Avatar

adakah pokok gandarusa ini blh dijadikan jem atau tumbuhan ini blh dikomersialkan dengan lebih meluas?

2 | chah

October 24th, 2009 at 12:37 am

Avatar

Jangan cuba-cuba cik suaidah oiiii……pokok ni x bley makan…..untuk kegunaan luaran je….pas ni sedara admin kita kena la letak info pada tumbuhan yg dipaparkan di sini yg mana bleh makan & yg mana x bleh…..sekadar bagi pandangan ye admin….!

3 | admin

October 31st, 2009 at 2:45 pm

Avatar

terima kasih chah bagi komen.. saya sendiri pun tak tahu samada tumbuhan ni boleh di makan atau tidak..

4 | rusli yusop

November 1st, 2009 at 2:03 pm

Avatar

tambahan sikit pokok ni arwah mak aku selalu guna untuk berserom (daun direbus, air dan daunnya dipicit kekaki atau lutut semasa mandi). tujuan untuk meringankan badan.

5 | shida

November 7th, 2009 at 9:12 am

Avatar

salam

saya hampir juga teperanjat kerana chah ada mengatakan gandarusa tida boleh dimakan..kerana baru2 ini saya ada mendapat tahu cara bagi menghilangkan penagihan dadah dengan merebus daunnya dan minum…bagaimana ye..adakah ini benar atau cakap kosong..sila bagi pandangan

6 | Ummi

November 24th, 2009 at 4:07 am

Avatar

salam,
setahu saya pokok ini bayak khasiatnya.Air rebusan akarnya diminum untuk melawaskan buang air kecil dan air besar. Daun pula ditumbuk lumat ditampal pada bisul dan juga utk. patah tulang(setelah kedudukan tulang dibetulkan), daun tersebut dicampur bawang merah boleh ditampak didahi utk. sakit kepala. Daun dipanaskan dan ditampal dipinggang utk sakit pinggang dan sakit ginjal. Air rebusan nya pula diminum untuk merawat batuk, asma dan merangsang perluh. Air rebusan daun dan ranting gandarusa jenis yg. berwarna hijau diminum untuk merawat gonorea, kurang atau tiada haid dan malaria.

7 | azrul hizan

February 22nd, 2010 at 4:27 pm

Avatar

akum

pkk gandarusa ni xberacun lgsg..makcik sya mkn pucuk daun tu utk bg lega demam..d rumah sya ada yg jenis hitam je..d mana sya leh cri pkk2 ni?

8 | chah

March 20th, 2010 at 2:26 am

Avatar

Jika betul seperti kata azrul hizan,mungkin info sy yang salah…..
Tapi saya belum berani nak cuba makan walaupun ada tanam kat rumah sbb nenek sy kata xleh makan nanti mabuk(istilah nenek sy untuk benda yg xleh mkn).Pernah petik daunnya,ada getah warna putih.Kami hanya buat alas tungku untk rawatan perempuan baru bersalin & rawatan sakit2 badan……tq

9 | Zie

July 7th, 2010 at 1:33 am

Avatar

Saya penah makan daun ganda rusa hitam.Ustaz yang rawat tu kata untuk membersihkan benda2 kotor dlm perut.daun dia kene blend buat jus.Kesan dia kita akan muntah sehingga isi perut kita bersih.Tp sekarang saya dah fobia dah mkn daun ni.

10 | miz

December 8th, 2010 at 1:09 am

Avatar

ya betul untuk lampik tungku.

11 | TINAH HJ.MANAH

January 25th, 2011 at 8:02 pm

Avatar

bukan 3 jenis ada 4 jenis daunnya hijau batangnya pun hijau susah tanam saya tanam udah 4tahun hanya satu pasu aja

12 | zai sri

February 23rd, 2011 at 9:15 am

Avatar

btul cik zie. hri ni sy x dpt g keja sbb letih muntah banyak lepas berubat cara alterrnatif. daun tu blend jadi jus…sebenarnya banyak khasiat dari muka bumi ini yang kita tidak teroka. sebenarnya boleh buat ubat apa-apa pun yang ada di muka bumi ini tanpa kita perlu menggunakan dadah dan bahan kimia yang lain.

Comment Form

Categories

Hari ini & Semalam

About

Blog ini hanyalah artikel semata-mata. Ianya di ambil dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan hati mengenai artikel ini haraplah diberi komen dan cadangan. Di harap sedikit-sebanyak blog ini dapat memberi pengetahuan kepada anda yang berminat dalam bidang tumbuh-tumbuhan, landskap, herba dan bidang pertanian.

Klik Like!! Sertai Saya di FaceBook!!

Download Percuma Pelan Bisnes !!

Artikel Paling Popular Tahun 2011