18 Sep, 2009

Sedap sangat ke jering ?

Posted by: admin In: @Harga Sayur/Buah

jering

Jering atau Pithecellobium jiringa tergolong dalam famili Legumnasea. Jering mengandungi sebanyak 3.5% protein, 0.1% lemak, 1.7% karbohidrat dan banyak mengandungi kalsium, fosforus, besi, vitamin A, B dan juga C. biasanya biji jering dimakan sebagai ulam. Jering dipercayai dapat meransang pembuangan air kecil. Tetapi jika dimakan terlalu banyak jering boleh menyebabkan kesukaran membuang air kecil kerana ia mengandungi bahan toksid iaitu asid jengkolik yang boleh menyumbat pundi kencing. Jering juga dikatakan dapat mengubat penyakit kencing manis dan menurut kajian sains sebatian alkoloid dalam jering dapat meneutralkan kandungan gula dalam badan.
Jering mempunyai rasa yang pahit dan berbau. Ini menyebabkan golongan muda kurang menyukainya. Tetapi bagi sesetengah orang yang telah lama mengenali jering, rasanya yang sungguh enak terutama sekali apabila dimakan bersama sos ataupun kelapa parut bergula.
Anda suka ke makan jering ?

Related Posts with ThumbnailsNumber of View :867
Tags:

7 Responses to "Sedap sangat ke jering ?"

1 | aspa

October 1st, 2009 at 8:00 am

Avatar

Saya suka jering…dari kecil sampai laaa nie. Jering tua boleh dicambah untuk tambah wanginyer..cambah pakai habuk papan..mahal nie kalau kat pasar. Tapi saya buat sendiri jer. Yang tua buat gulai lemak cili padi dengan ikan bilis. Yang muda buat ulam ler. Yang cambah tu..sedap buat sambal dengan ikan bilis..

2 | ummusaif

October 8th, 2009 at 3:07 pm

Avatar

kami di kelantan makan jering rebus sebagai sarapan, cicah nyior parut campur gula…sedap!

3 | king

October 18th, 2009 at 2:26 pm

Avatar

mmg btol,fakta anda 2..
tersilap rebus,xdpat kencing la anda..
hehe..ada cara,dia nk rebus..
tp,xingat dh mcm mane..
nk kne,tanyer blik mmber2..
hahha..

4 | Shah

November 30th, 2009 at 3:29 am

Avatar

Camne ye nak buat jering rebus? Susah tak? Tolong ajar bagaimana nak rebus ye? Nenek kata, kena rebus berulang kali. etul ke?

5 | shada

March 31st, 2010 at 8:13 am

Avatar

emm..aku suker jering..
aku kalu x lalu nk mkn..tetibe pulak bau aroma jering..mesti tetibe trus aku rase lapa…hihihi…
jering ni aku rebus dulu bg lembut..pastu potong panjang2..dah tu goreng..
pastu bt sambal campur dgn ikan bilis…
aku gerenti mak metue lalu pun x nmpak…

6 | MamaBoo

August 17th, 2010 at 3:18 am

Avatar

Jering rebus??? kena cuba tuh..
Saya kalau goreng jering campur cili n bawang… uish.. leh tambah byk kali tu…

7 | nuraidah

December 15th, 2010 at 10:17 am

Avatar

syoknye boleh mkn jering. tengok ayah saya mkn, kruk..kruk bunyinye bila wat ulam tu. tapi saya x bleh masuk la, bl mkn je masti vomit.huhu..tapi yg rebus tu xpe lak.hehe..memg sedap bl cicah ngan nyok parut. tapi saya pun x pandai nk rebus caner.tengok nenek wat, dia x msk ats dpr gas, msti msk ats dpur kayu.nek kate lg sedap dr yg msk ats dpur gas.x tau la sejauh mane kbnrnnya. ape yg saya tau sental je, x kira la masak atas dpr kayu ke, dapur gas ke.hehehe. yg pntg sy berjaya mkn jering w/pn yg rebus je.hehehe

Comment Form

Categories

Hari ini & Semalam

BlogMalaysia.com


  • rosmpkmn: dulu masa kecik2 biasa jugak petik terung ni. bnyk tumbuh melata kt kampung. bila petik kne jaga bulu2 halus pd terung ni, bila terkena kulit akn meny
  • djali: @admin - salam, buah mukyu tu macam buah keriang acheh.. tapi dia tu besar sikit. rasa nya ada yg masa
  • rose: senduduk putih hanya orang tertentu sahaja boleh memilikinya. ia adalah pokok kesayangan puteri bunian.

About

Blog ini hanyalah artikel semata-mata. Ianya di ambil dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan hati mengenai artikel ini haraplah diberi komen dan cadangan. Di harap sedikit-sebanyak blog ini dapat memberi pengetahuan kepada anda yang berminat dalam bidang tumbuh-tumbuhan, landskap, herba dan bidang pertanian.

Klik Like!! Sertai Saya di FaceBook!!

Download Percuma Pelan Bisnes !!

Artikel Paling Popular Tahun 2011


Pokok Stevia @ Pokok Gula - 17163 hits
Penjagaan Pokok Hiasan Dalam Pasu - 14054 hits
Pokok Pecah Kaca - 12312 hits
Tanaman Herba Di Malaysia - 12055 hits
Ulam-Ulaman - 11680 hits
Buah Mentega - 10601 hits
Khasiat Lobak Putih - 9842 hits
Buah Kuning Telur @ kanistel - 9757 hits
Buah Markisa - 9739 hits
Buah Keriang Dot - 9690 hits
Khasiat Daun Sirih - 9651 hits
Rahsia Buah Delima - 9323 hits
Buah Kesusu - 9007 hits
Buah Berembang - 8471 hits
Petua Tradisional - 8061 hits