14 Sep, 2009

Buah Cerapu ke Buah Kecupu ?

Posted by: admin In: @Buah Nadir

cerapu

Siapa biasa rasa buah di atas ni tentu kenal dengan buah ni.. Buah cerapu atau ada juga dikenali dengan buah kecupu memang sudah jarang dapat kita lihat lagi.. Walaupun buahnya menarik, rasanya belum tentu boleh diterima oleh lidah anda. Nak rasa sedikit memang sedap bagi saya, tetapi nak makan banyak memang tak tertelan. Rasanya sedikit masam dan ada rasa manis.

Ada yang pernah cuba ke..? Kalau pokok ini masih ada di tempat anda, di harap ceritalah serba sedikit mengenainya.. Selain dari makan, ada lagi ke kegunaannya..  Boleh bagi sedikit komen !

Related Posts with ThumbnailsNumber of View :6581

81 Responses to "Buah Cerapu ke Buah Kecupu ?"

1 | sawahlebar

September 15th, 2009 at 1:37 am

Avatar

Di kg i org panggil buah ‘chopu’, yg masak jarang le dapat coz time muda lagi dah kena kebas buat gulai lomak cili api dgn ikan salai (keli/kembong), ooooo… best oooo… yg masak ni kalau org mengidam elok sanggat mcam rasa buah kundang… masam2 manis n kelat… i miss so much rasa nya… susah nak dapat sekarang, yg ada sebatang d kg pun dah mati dah….

2 | potato

September 16th, 2009 at 8:02 am

Avatar

kat kampung aku..panggil buah “ceropu” …memang best rasanya… aku kalau ada kebun mau je tanam pokok nie…. aku nak supaya buah2 seperti nie tak lenyap dan dikenali suatu hari nanti…(Buah Nadir) ..zaman sekarang nie..ramai orang tak kenal dengan buah yang tergolong dari kumpulan nie…Susah nak cari sekarang nie…mana aku nak dapatkan benih pokok nie bro….

3 | kwang-kwik

September 25th, 2009 at 8:23 am

Avatar

kat kg aku panggil buah mencepu (pahang-termerloh)
banyak yg dah kena tebang.
leceh nak makan sebab kena picit2 buang getah dia.
masa kecik2 dulu selalu la makan. skg dah lupa dia punya rasa

4 | ummusaif

October 8th, 2009 at 2:51 pm

Avatar

terima kasih kerana blog yang istimewa ini,banyak info penting bagi saya yang minat berkebun.

5 | Azman

October 10th, 2009 at 2:07 am

Avatar

kat kampung saya memang tak pernah dengar nama buah ni. boleh ubati penyakit Darah tinggi kronik tak?

6 | Wanabi

October 10th, 2009 at 3:31 am

Avatar

Buah kecupu memang sedap dibuat sambal cili padi, tapi biasanya tak dimasukkan belacan. Buah ini mengurangkan rasa api/ hot cili padi. Rasanya yang masam manis menyebabkan rasa sambal lebih terangkat. Biasanya kita tak makan terus buah ini. Hanya buat sambal lada.

Kat kelantan biasa buat sambal lada kecupu masa kenduri bikwah.

7 | admin

October 11th, 2009 at 3:26 am

Avatar

Ramai juga yang pernah rasa buah ni rupanya.. Baru la aku tahu buah ni ada digunakan dalam masakan.. Masalah sekarang ramai sudah tidak menyimpan pokok ini lagi.. mungkin rasanya tidak sesedap buah limau madu atau buah-buahan komersil lain agaknya..

8 | Adry

October 13th, 2009 at 7:47 am

Avatar

Kat tempat aku(Kelantan), buah ni dipanggil kecupu. Aku pernah tanam 3 pokok kecupu kat belakang rumah tp ketiga2 pokok tu mati sblm smpt mbesar. Bkn sng nk dptkn benih/anak pokok kecupu ni.

9 | Shd

October 19th, 2009 at 1:28 pm

Avatar

Kalau di N9 buah ni memang terkenal dan lebih dikenali dgn nama buah ‘chopu’ seperti komen yg pertama diatas. Buah chopu ni..memang sering digunakan dlm masakan…khasnya masak lemak cili padi. Biasanya masak lemak chili padi menggunakan asam keping ataupon asam jawa sebagai salah satu resepi wajib, namun rasa masam ini boleh digantikan dgn berbagai-bagai jenis buah-buahan mahupon dedaun. Sebagai contoh…daun gelugor, buah belimbing buluh, buah tomato, buah bacang, buah kuinin, buah mangga dan buah chopu. Selalunya org N9 akan tukar rasa masakan lemak cili padi mengikut rasa asam yg digunakan…bila boring dgn masak lemak buah bacang tukar belimbing buloh pulak…boring pakai belimbing buloh tukar pakai buah chopu lak……

Dulu masa bebudak….selalu panjat pokok chopu ni..duduk kek atas pokok…makan buah yg dah masak ranum. Mmmmm manis tapi bergetah…lepas makan buah nie…bibir bergetah sikit…buah dia pulak sentiasa ada sepanjang masa.

10 | admin

October 31st, 2009 at 2:50 pm

Avatar

Ada sesiapa yang tinggal di sebelah utara yang menjumpai pokok ini?

11 | suraya

November 22nd, 2009 at 12:03 am

Avatar

salam.. setakat ni sy blom penah jumpa buah ni kat utara.. rasa rindu lak nak makan buah chuppu ni… dulu masa dok kat kelantan selalu la sy makan.. yg muda mak suka tumbuk dgn sambal belacan.. yg tua n masak tu.. sy suka makan mcm tu je.. buah chuppu ni manis2 masam bila dah betul2 masak.. sedapp… ada bau yg tersendiri..

12 | Rusnani

November 22nd, 2009 at 9:21 am

Avatar

dulu semasa saya masih kanak-kanak saya agak suka buah ini kerana rasa yang manis bila masak ranum tetapi ianya sedikit bergetah. kalau makan ban yak alamatnya tak dapat lah buka mulut kerana getah melekat di bibir

13 | eimann

November 25th, 2009 at 4:42 am

Avatar

saya di utara, tapi tak pernah tengok pun. kat mana ada ya?

14 | Siti Zalikha Abdullah

November 25th, 2009 at 3:39 pm

Avatar

Di tempat saya di NS buah ni di panggil kecapu. Buah yang tua ( hijau) digunakan untuk campuran masak lemak cili api ikan, telur dll. Banyak dijual di pasar tani. Buahnya bermusim dan yang berharga buah yang masih hijau. Kita perlu potong dua buah ini dalam air kerana terlalu banyak getah

15 | aishah

December 2nd, 2009 at 2:09 am

Avatar

saya jual benih dia kat nurseri saya :) sapa nak sms 013-9105711

16 | aliff

December 21st, 2009 at 8:08 am

Avatar

sapo nak tengok pokok copu, poeilah twp, kek bahagian pelantar tinjau..ada duo pokok kek situ. kok nasib musim buah, ado la joki … :)

17 | nikths

December 28th, 2009 at 4:47 pm

Avatar

Di Kg saya di Kelantan nenek saya tanam pokok ni bersama pokok kerdas dalam kebun getah.Masa kecik2 dulu mak selalu buat sambal kecupu dicampur cili burung dan ikan tamban kering yg ditumbuk lumat dan digaul sebati.Fuuuhhh!!….terangkat bila cicah kerdas dengan sambal kecupu makan dengan nasi panas. Skrg pokoknya dah mati tak ada lagi bila getah dibuat tanam semula,mungkin masa ada pokok getah keadaannya agak naung sedikit tp bila getah ditebang pokoknya tak tahan panas dan mati, saya agak je lah.

18 | zulia

January 14th, 2010 at 8:57 am

Avatar

buah nie pernah makan. namanya ‘chopu’. sedap dalam masakan lomak cili padi. org negeri sembilan memang suka masukkan buah nie dalam masakan. dah lama tak makan buah nie. di JB usah nak dapat. dapat makan time balik Kuala Pilah jer.

19 | tyunik

January 15th, 2010 at 12:38 am

Avatar

namanya buah chupu. hijau masa muda dan kekuningan bila masak. yang masak rasa masam manis. buah ni banyak getah , kena hati-hati bila nak makan.

20 | kakyong

January 17th, 2010 at 2:26 pm

Avatar

kat umah mertua akak ada la pokok cerepu nihh..kat Kampung Pasir,Lambor Kanan,Perak..rasanya kalo dh masak memang manis,tp yg tak tahan getahnya tuhh…kekadang melekat kat lelangit..hehehe

21 | Abdullah Bin Hj. Rashidi

February 13th, 2010 at 1:24 pm

Avatar

Saya ada pokok Cepu ini didepan rumah saya.Umurnya lebih 60 tahun.Ditanam olih datuk saya.Kita gunakan buahnya utk. masak ikan baung asam cepu.Disegamat terkenal dengan masakan ikan baung dengan cepu.Kalau nak tengok pokoknya boleh datang ke rumah saya di Segamat, Johor. Okaylah.

22 | Ezany

February 22nd, 2010 at 1:29 pm

Avatar

owh buah ni baru jew bln 12 thn lps i jmp ada org jual kt tepi jln di satu daerah di kampar, perak. mmg x penah jmp…tp bile mkn rasa msm manis dan kelat coz of getah nye yg bnyk.

23 | lloni

March 6th, 2010 at 4:36 pm

Avatar

ini buah Kechupu..atau nama pendeknya..buah chupu..buah ini banyak yg masam..kalau ada yg manis tu..boleh ambil baka..

24 | Nasuha johari

March 11th, 2010 at 5:37 pm

Avatar

Buah cerapu dan buah kecupu adalah buah yang same….

25 | zul

March 12th, 2010 at 5:38 am

Avatar

kat belakang rumah mertua aku ada 2 batang. orang kampung bini aku panggil Buah Cupu. ( orang Kelantan). rasa masam manis bergetah, buat sambal ok le.

26 | rizwan

March 13th, 2010 at 12:22 pm

Avatar

salam..
buah ni still ade kt kg atuk aku kt r.panjang,
buah ni b’gantung pada spisis gak(huhuhu)

ade pokok buah die bukan main masam,

ade pokok buah die wah…manis btull…!

n ade gak yg masam2 manis…

mmg banyak getah buahnye…tpi cukup best,lazat….!

yg muda leh wat ulam or taruk lam gulai….huhu

27 | Parbiyah

March 18th, 2010 at 12:20 am

Avatar

lbuah kecupu..kreatif ni orang dulu-dulu mencipta motif produk kraf menggunakan tumbuhan dan buahan yang ada di sekeliling motif dalam songket bunga kecupu…

28 | cikdet

March 20th, 2010 at 12:53 am

Avatar

tempat aku kat kedah dipanggil buah kandis

29 | nora hazliza wahab

March 21st, 2010 at 4:29 pm

Avatar

kat perak buah ini di panggil buah ‘ceropu’…rasanye masam2 manis.tapi banyak ke masam…kat tepi rumah opah (nenek) saya kat kampung gajah,perak masih terdapat pokoknya..yang paling tak tahan getahnya yang kuat melekat kalau terkena tangan.

30 | mymoon zailan

March 22nd, 2010 at 2:46 am

Avatar

ohh yea…..buah kecupu ni pun sama….rasanya masam manis…yang bestnya bila kopek kulitnya disiat2 kebawah tinggalla isinya…emmm bubuh dalam sambal belacan pun sodap gak….masa kecik2 dulu memang la gemar makan buag kecupu ni….bebudak sekarang ni mana nak pandai makan…buah2 lain pun tak termakan….ye tak…

31 | matju

March 22nd, 2010 at 3:25 am

Avatar

cikdet, knape org tempat kau panggil lain
buah kandis buah kandis laaaaa……
buah chupu lain…
ni mesti kau silap panggil ni
asam kandis, asam chupu, asam gelugur, asam boi jenis yang lain2, xsama

32 | man

March 22nd, 2010 at 1:22 pm

Avatar

baru tau buah ni boleh di buat masakan.. selama ni makan cam tu aje.. best masam masam manis, pernah jumpa orang asli jual di laluan ke cameron highland
buat admin tahniah kerana wujudnya blog ini..

33 | SAPLI

March 22nd, 2010 at 3:33 pm

Avatar

ALAAA..BUAH NI BELUM MASAK BIASANYE ORG BUAT SSAMBAL CHUPU..KALAU MASAK BUDAK MAKAN BEREBUT DGN BURUNG..KARANG NI X JUMPA DAH..PUPUS KOT

34 | Rusni Binti Saleh

March 23rd, 2010 at 1:38 am

Avatar

Dah berpuluh tahun x rasa buah ni. Dulu arwah mak selalu masak lomak cili api campur ikan sombilang salai. Sampai ni haa teraso sodap eee lai ei .. ,Tapi kalau nak makan montah ,kono porah ghotah eee dulu sbb gotah ee tu pahit. Sapo -sapo ada spesis tu boleh la jual kek akak nak dicambahkan balik ,sobab kek kampung akak dah habih pupuh la…

35 | shamsul bahari

March 24th, 2010 at 1:57 am

Avatar

kt umah lama aku mmg byk pokok ni yg tumbuh secara meliar sbb dah lama terbiar. Ms aku kecik dlu mmg hobi aku panjat pokok ni sbb pokok dia mcm pokok manggis yg mudah utk dipanjat. Kt kg aku ulu dong (Phg) dipanggil ‘mencupu’. Aku biasa mkn begitu saja…tak pasti plak boleh buat bahan masakan..pas ni kena cubalah…msk ngan ikan keli pun ok ni..ikan baung payah nk dapat…kalau ada pun mahal…yg kolam punye murah tp tak sama ngan ikan sungai…alahai terkenang semasa dulu….

36 | lene

March 24th, 2010 at 4:14 am

Avatar

ooooo….ini buah cupu namanya ,dah lama tak nampak pokok ni mungkin dah pupus kot…. rasanya masam macam buah asam gelugor atau satu lagi buah cupu ni macam buah pisang kaki yang di jual di pasaraya

37 | mansor

March 28th, 2010 at 1:36 am

Avatar

buah cupu ni kalau dah masak sedap juga rasanya. Masam-masam manis. Tapi kalau digunakan untuk masak “singgang ikan” sungguh sedap. Kena guna cupu muda yang warna hijau lagi.

38 | kesumat

April 2nd, 2010 at 11:04 am

Avatar

Saya pernah makan buah ni. Beli kat pasar sabtu di Bota Kanan, Perak. Orang di sana pun panggil buah Cerophu. Mula saya ingat buah pisang kaki yang mungkin bantut sebab buah kecik2 tapi bukan…..Balik rumah saya buang kulit, potong wedges dan makan..sedap, lemak manis tapi bergetah sampai rasa gatai tekak.

39 | arifafizah

April 12th, 2010 at 9:42 am

Avatar

saya stuju ngan org n9..he. buah chopu..masam masam mnis n bergetah.sedap wat gulai n sambal blacan..ini pokok hutan sebenarnya..saya pnh panjat pokok ni mse kcik

40 | sexy

April 19th, 2010 at 1:43 am

Avatar

tak penah juper tp kalu juper pn mukin tak kenal kot. dulu masa dok dkt2 dong, raub tak juper plak shamsul bahari35. kalu tak bolehla kenal (buah mencupu la! he2!). nnt cal aishah15 tuk dptkn benih. rm5 dh la cik aishah15 yer. heh2!

41 | elly

April 26th, 2010 at 1:36 am

Avatar

kalau di kampung gajah…( di kg saya la..)
kami panggil buah ni buah ceghopu..(idram n maghraj org perak) tapi dah lama tak makan buah ni…rindunye zaman kanak-kanak dulu-dulu….
cara makannye tak payah kopek guna pisau….koyakkan jer kulitnya….kalau buah tu masak ranum senang la nak kopek….sedapnye…walau pun masam.

42 | Kak Liza

April 27th, 2010 at 12:58 am

Avatar

Kat kampung kakak (Segamat, Johor) ia dipanggil buah Asam Cepu. Masa kecil-kecil dulu, kami adik beradik selalu memanjat dan bermain-main di atas pokok ini yang dahannya agak liat dan tak mudah patah sambil memetik buahnya yang masak ranum berwarna jingga. Mula-mula kami tanggalkan sementara “punat hitam” di bahagian bawah buah, kemudian kami masukkan garam dan tutup balik punatnya. Kami biarkan lebih kurang 10 minit sehingga garam cair dan makan. Yummy, yummy……

Manakala buah yang muda pula kami bawa balik rumah kerana emak akan belah dua dan masukkan dalam masakan lemak kuning ikan sungai. Sedapnya…..

43 | ainazurin

April 28th, 2010 at 3:43 am

Avatar

Buah kecupu ni ada kat ruamh nenek saya…
Rasanya masam manis (yang masak la)… Best sgt…

44 | zilawati

May 3rd, 2010 at 3:59 pm

Avatar

kt kg sy buah ni d panggil ‘buoh cupu’ kelate seh… ehe.. :o). buah ni susah dapat.. biasa dalam kebun lama, rasnye masam.. kalu d kelate, buah ni ramai buat tumbuk sambal ikan bakar makan ngan ulam… mmm.. yummy,,, kecur seh… k

45 | Roby

May 5th, 2010 at 8:20 am

Avatar

Di belakang umah saya ada lagi pokok kecupu… berbuah sepanjang masa, lebat lagi gitu… he he he
Kg patek, kadok, kota bharu,kelantan

46 | milah

May 17th, 2010 at 8:29 am

Avatar

Wah… sedapnye buah ni. dulu mase kecik2 slalu mkn kat umah nenek skrg dah jarang balik kg nenek, tak tau la ada lg ke tidak pokoknya. Nak beli benih kat nurseri aishah takde tmpt pulak nak tanam.

47 | Dee Harun

May 20th, 2010 at 5:45 am

Avatar

Saya amat bersyukur kerana menjumpai blog ni…rupa2nyer terlalu banyak pokok herba dan buah2an yg saya tak kenal dan tak pernah dengar nama…
Aishah: Insyaallah nanti saya call untuk tahu lebih lanjut tentang benih ni dan lain2 pokok herba..

48 | Azlin

May 30th, 2010 at 12:26 pm

Avatar

hmmm.buah ni kami panggil buah copu..kat belakang rumah saya ada sebatang…buah ni kalau masak lemak
cili padi campur ikan …huh sedap ..rasanya masam

49 | Frank Juhas

May 31st, 2010 at 6:16 am

Avatar

Cerapu/Kecupu ini termasul keluarga Garcinia yang ramai baradik-adik. Kalau mau tengok gambar-gambar mereka sila tengok di halaman saya di bawah Sample Photos by Genera/Garcinia.

Frank

50 | pelita

June 11th, 2010 at 2:58 pm

Avatar

koi panggil buah mencupu.. umah mentua koi ade.. tapi tinggi amat pokoknye… umah mentua koi ada 2 jenis mencupu.. mencupu manis dan mencupu masam..

51 | noraini hashim

July 14th, 2010 at 8:01 am

Avatar

teringat zaman kecik2 dulu suka sgt mkn buah ni.sbelum makan kena buang dulu getahnya,rasa dia fuh!!terangkat.Yelah zaman tu jarang dapat makan buah yg mahal2 so belasah je lah buah2 kat hutan ni….mana nk cari sekarang ekk!!teringin la…

52 | khairudin

July 16th, 2010 at 7:30 am

Avatar

kat kg i pangil buah mencupu.adalah 2-3 btg lagi yg masih aktif berbuah.terutama yg sebatang tu kat tanah perkuburan.sekarang ni tengah lebet berbuah.

53 | Jawariah

July 21st, 2010 at 10:00 am

Avatar

Rumah sy ada!!! Ramai yg x tau pasal buah ni..actually sy pun br tau sejak pokoknya berbuah..rs msm2 manis…sedap! lg kulit dia merah..lg best..ada rasa manis2 sikit..fuh!!! suke buah ni…

54 | Jawariah

July 21st, 2010 at 10:02 am

Avatar

oh…lupe…tp buah sy cerapu di rmh sy tu lain sikit bijinnya..ala2 biji buah gelugor..gmbar kat atas bijinya mcm buah limau kasturi jer…tp..rupa kat luar mmg sejibik!

55 | Jawariah

July 21st, 2010 at 10:06 am

Avatar

eh? mmm..sy org kuala kangsar perak..kira bahagian utara la kan? ada pokok ni kat utara…

56 | hijimie

July 22nd, 2010 at 8:32 am

Avatar

buat jeruk
sedap isinyer jadi keras
wowwwww
sedap

57 | Za

August 9th, 2010 at 4:21 am

Avatar

Buah ni satu pokok ajo malampuh bilo berbuah. Dokek kawasan kubur pun banyak tumbuh.. maso kocik² dulu, mcm pengomen no 1, selalu bergayut ateh pokok ni, hehehe.. kocour air liur den…

Skrg ni musim buah, dio pun sibuk nak berbuah, sayang botul sb buah ni bukan pilihan utamo, abih berterabur ateh tanah.
Warna ranum eh oren mirip ke merah. Itu ranum btul, manihhhhhh .. tp jangan makan ngan buah lain la..
Sapo yang mencari buah nih? tak laku lagi dah, kek belakang umah kampung, melampuh anak boneh eh, la ni berbuah sakan lak tu….sapo nak makan? Burung pun tak sudi nak makan sb burung sibuk makan rambutan.
Hiris halus halus tumbuk buat sambal gesek?mentah ikan bilis umangai, sodap btul….. iskk nak puaso lak lusa nih.

58 | Arzieka Hamzah

August 13th, 2010 at 5:12 am

Avatar

Mana2 komen dari orang N9 maka samalah dengan saya.
Paling suka masak lomak cili api Ikan sembilang salai campur chopu…Gulai telur itik campur cepu ni pun memang sedap….buah yang muda la…
Kiranya dia ni jadi asamnya…banyak lagi leh jadi asam mcam Shd beritahu tu…
Kira kreatif dalam masakan ….

59 | mimizah

October 21st, 2010 at 5:05 am

Avatar

d tmpt sy gelar manggis cepu. yg msk klu nk kupas perlu buang tampuk kemudian siat kulit cm kita kupas pisang. perah2 skit utk keluarkan getah (utk elak batuk). cicah ngan garam + kicap, sdappppp. lum pnh buat masakan. skang klu nk cri kna g Pekan Sari Temerloh…mcm2 ada

60 | rosdi

December 15th, 2010 at 11:09 am

Avatar

U all tak kenal buah ni? Tak menghairankan sbb anak den pun x konal. Maso den kocik2 dulu ada sebatang pokok kat tanah perkuburan blkg rumah (betul2 sebelah kubur arwah nenek) bilo berbuah masak penuh jatuh kat tanah. Satu hari ribut kuat pokok tu tumbang. Den peka pokok ni satu hari pupus jadi pegi ambik benih dan semaikan. Idup dua batang. Kini selepas lebih 20 tahun dua-dua pokok dah besar. Berbunga sepanjang masa (bunganya cam bunga manggis tapi kecik dan bau wangi) tapi tak penah lekat buah. Mak aku kata pokok jantan. Cammano tanam dua batang dua-dua jantan??? Mungkinkah pokok gay?

61 | hidayah

December 24th, 2010 at 12:55 am

Avatar

say pun pernah makan buah ceropu nie.. saya tinggal di kg gajah dululah… buah nie selalu digunakan dalam masakan jugak seperti gulai tempoyak… sedap…
makan mcm tu pun boleh jugak tp masam skit..

62 | rahmansaaid

January 14th, 2011 at 8:16 am

Avatar

Kata orang perak ‘buah ceropu’ teman memang kenal sangat dengan buah ni, sebab dikampung masih bayak lagi pokok ni. Rasa buah ni ade masam, ade manis dan memang sedap dimakan begitu. Kadang kala memang ade yang manis dan tak masam. Boleh dimasukkan sekali apabila buat gulai lemak, adui memang sodap sekali, kena cuba baru berbaloi…

63 | wanzuu

January 19th, 2011 at 11:56 am

Avatar

Suka koi mendapat info mengenai mencepu ni..,koi salah seorang dr penjual buah ni di pekan sehari Simpang Empat Kerdau, Koi orang Lipat Kajang sampai sekarang masih ader 6-7 pokok kt rumah emak koi. Dua pokok asal yg besar dn tinggi tahun 80an dah mati, dua2 nya manis sangat , koi juga jual utk duit belanja sekolah di mentakab thn 70an..awal…yg tinggal 6-7 pokok tu x la masam sgt, tp buahnya lebih besar dri pokok yg mati dulu..

64 | azu

January 19th, 2011 at 2:27 pm

Avatar

kat kg aku panggil buah cupu(kelantan), aku suka mkn buah ni. yg msk ranum rasa dia masam manis. kami akan kumpul buah yg masask kupas kulit letak dlm satu bekas tambah gula, tambah budu n tambah cili padi gaulkan sampai sebati pastu mkn, letak dlm peti ais lg best mkn yg sejuk. kalau yg putik kami akan bakar n amik isi dia lenyek dlm budu mkn ngan nasi sedap woo…sekarng pokok tu masih ada lg kat belakang umah nenek aku…

65 | Siti Roslinah Sh Abdullah

January 21st, 2011 at 12:43 pm

Avatar

Masa kecil dulu saya biasa makan,pokoknya tidak berapa tinggi,rendang dan senang untuk dipanjat kerana banyak dahan,buahnya lebat. Kami panggil mencepu(orang Temerluh). Buah mencepu ni yang muda berwarna hijau,selepas tu warna kuning dan bila masak betul dia merah. Rasanya masam-masam manis tapi buahnya agak bergetah. Jadi kena picit sedikit,getahnya akan keluar melalui lubang tampuk yang ditanggalkan. Selepas tu koyaklah kulitnya,enak sekali. Tapi sudah bertahun tak jumpa buah ni apalagi la nak merasai keenakkannya.

66 | si honey kitty

January 24th, 2011 at 3:16 am

Avatar

assalamualaikum
nak m intak tlg ..mana nak carik buah mencepu ni ek??
kawan baik saya ngah mengidam buah ni…biasa la org pregnant…mintak tlg ye…

email saye : s0undl4cks@gmail.com

Reply - s0undl4cks@gmail.com‘); return false;”>Quote

67 | aza

January 25th, 2011 at 12:58 am

Avatar

Aku dibesarkan oleh tok dan nenek aku. Tok aku suka sangat makan sambil ikan buah cu’pu ni (loghat kelantan).sekarang bila dah kerja kat putrajaya ni aku teringin nak makan sambil yg nenek aku buat pd. tok aku (walau 2-2 dah meninggal), tapi kat sini mana nak buah cupu ni eik………kalau dapat buat tentunya anak-anak aku harian buah apa yang dicampurkan dalam sambal ikan eik…cair dah air liur aku ni……

68 | romieosman

February 9th, 2011 at 3:58 am

Avatar

@admin - Kat hentian R&R Sg Perak kekadang ada jual @ RM5-6 sekilo (buah masah + putik).
Pokok kecupu seakan pokok manggis - daunnya dan keadaan dahannya, yang berbeza pokok manggis dahannya lebih panjang (dan membentuk payung) tetapi pokok kecupu sedikit menguncup.
Buah yang masak berwarna oren dan menyerupai pisang kaki (pesimon) tetapi mersaiz kecil (@ 2-3cm g/p)dan rasanya masam dengan sedikit manis. Buah yang muda merwarna hijau dan banyak getah dan masam rasanya.
Kalau di kampung saya buah yang putik (muda) akan dicampur dalam sambal belacan.

69 | auntiefasha

March 17th, 2011 at 1:39 am

Avatar

Masyaallah, cair liur auntie. Sentiasa ‘mengidam’ buah ni. Kenal lbhkurang 20 thn lalu semenjak kawin dngan org Temerloh dan terus mastautin di sini. Yg manis tu, kalah manggis pd auntie. Ada 2 pokok d kbun tinggal mentua, tp tdk prnah merasa, rezeki kera je…. dulu ada org jual di pkan sari,skrg tidak pernah jumpa.

70 | siti diwi

April 4th, 2011 at 2:25 pm

Avatar

Buah ni la masa zaman kanak2 dulu yg paling saya minat..rasanya masam manis..kg sya kat Temerloh banyak pokok ni msa tu (kira2 25th lepas la) sekrg ni klu teringin kna gi pasar pagi kat tepi sg temerloh..tu pun blum tentu ad musim…harga pun dah mahal..5 6 biji pun dah RM3 @ rm4….nak mkn isinya kena picit buahnya buang getah dulu…klu tak sah melekat mulut & gatal lidah… buah muda biasanya di masak dgn ikan sungai…ad juga aruah nenek saudara saya buat jeruk…sedap juga rasanya mcm jeruk kelubi…pokok ni biasanya sama musim dgn kerdas…ad kerdas,ad la MEMCEPU ni…

71 | siti

April 10th, 2011 at 7:40 am

Avatar

saya org melaka jiran n9 tapi x pernah jumpa buah ni. Bertandang k umah kawan d pilah, dia masak cili padi ikan kembung je ngan buah copu tu. Fuuh terangkat… sampai skang x leh lupa. Masalahnye tu le sekali merasa, x tau mana nak cari mendalah tu. Kwn tu pun dah x dok pilah lai.

72 | mohd zukri bin mohd ramli

April 26th, 2011 at 6:53 am

Avatar

semasa berkerja dijabatan pertanian di daerah hilir perak , seorang pengusaha tapak semaian berbangsa cina di daerah tapah ada mengatakan buah ini ada 2 jenis , buah jenis masam dan jenis manis, yang jenis manis dia jumpa di pahang di sekitar daerah raub kuala lipis dan jerantut- semasa itu saya dan pengusaha tapak semaian tersebut mengembara dari kampong ke kampong mencari pokok baka buah-buahan yang terbaik untuk di biak

73 | mohd zukri bin mohd ramli

April 26th, 2011 at 6:56 am

Avatar

@aza - kat tasek putrajaya ada kut

74 | Baderul Hisham

May 10th, 2011 at 2:07 am

Avatar

Salam Tuan,

Bolekah saya dapatkan sedikit buah tersebut. Boleh beri alamat tuan ?

Tks

75 | Baderul Hisham

May 10th, 2011 at 2:10 am

Avatar

Salam En. Rahman

Boleh saya hubungi tuan. Hubungi saya di 019-2252175

Tks

76 | naem

September 15th, 2011 at 6:24 am

Avatar

salam, sy naem dr kubang kerian, sy nak cari buah cupu ni. susah skang nk cari. ade sape tau kt mane jual? ini berikutan dgn isteri sy sy mengidam ank sulung, dia tringin nak mkn buah ni. klo ade pape info, sms kt sy - 012 642 6032

77 | Fuza

September 22nd, 2011 at 2:52 pm

Avatar

Klau kat kedah Buah ni org panggei Buah kandeih… Mmg rasa dia msam manis bergetah.. Aku last penah mkn buah tu masa aku darjah satu Rasanya…tu pun sebab kat Rumah jiran aku tanam pokok tu… Bygkan Skrg Umur aku Dah 31thn. Berapa lama aku xpenah tgok Pokok tu lepas jiran aku tbg Pokok tu…

78 | mohd zukri bin mohd ramli

September 26th, 2011 at 12:56 am

Avatar

last makan buah ini, pada hari raya tahun lepas, semasa di raub, pahang, buah dibawa oleh anak saudara dari kelantan setelah balik kerumah mertuanya.

79 | Zaihani

December 4th, 2011 at 12:04 pm

Avatar

Last sekali makan buah ni 20 tahun lalu. Sekarang ni, pada musim buah saya nampak ade orang jual di tepi2 jalan Gopeng-Kampar. Ditepi2 jalan juga terdapat pokok2 cerapu ni. Boleh tanam dari bijinye yg bulat2.

80 | nazrul hafizi

March 24th, 2012 at 4:14 pm

Avatar

@Abdullah Bin Hj. Rashidi - salam bang sorry saya sedang mencari buah mencupu ni sb wife sy mengidamkan buah ni.. ade lagi tak kat mane2 yang abg tau buah ni lg? ke kat umah abg ade buah ni? sy bkerja di gemas.. kalau masih ade sy nak beli sedikit…

81 | alzarafee

May 3rd, 2012 at 1:01 am

Avatar

Salam - di kg Saya . Kg paya Pulai segamat buah ini disebut sebagai buah “cepu”. Arwah atok ada menanam pokok ini 2 batang. 1 dihalaman rumah dan satu lagi di “Baruh”. Yang dihalaman rumah Pokoknya sangat besar dan tinggi seperti Pokok Durian. Besar Sangat sehingga ianya menjadi landmark rumah atok. Orang kalau tanya saya tinggal dimana ? saya cuma jawab tinggal dekat Pokok Cepu. Masa tu orang Kg pasti Tahu kedudukan dan lokasinya.

Yg menarik masa itu (tahun 70an) ialah jiran tetangga atau penduduk Kampung selalu datang kerumah meminta buah cepu untuk di buat masakan. Ada yg baru balik mengail dari sungai terus kepangkal pokok cepu mengambil buah yg telah masak. Masih ingat lagi atok selalu menyediakan galah panjang dipangkal pokok untuk memudahkan jiran mengambil buah ini.

Dahan pokok cepu ini kalau kita panjat pokoknya tumbuh secara melintang dan mudah untuk dibuat pondok diatas pokok ini. Saya selalu mengulangkaji masa nak ambil SRP diatas Pokok ini. Seronok dan berangin.

Dimusim buah cepu masak -buahnya kekuningan dan sedikit merah bila sudah “mala” saya selalu memerhatikan kehadiran sekumpulan burung Hijau ala ala serindit yg saiznya lebih besar memakan buah ini.
Dengan paruh seperti Burung Kakak Tua burung ini memakan buah cepu yg telah masak. Riuh rendah dengan bunyi burung diatas pokok.

Pokok Cepu dihalaman atok -menjadi alat perhubungan bersama jiran tetangga dan penduduk kampung. Anak anak kecil seperti saya pada masa itu bermain dan belajar dibawah teduhan Pokok Cepu tersebut. What a nostalgia.

Hari ini pokok cepu besar telah ditebang untuk memberi laluan kepada pembangunan. Arwah atok pun sudah lama meninggalkan kami. Semuanya tinggal kenangan. Rasanya ramai yg dah tak kenal pada Pokok ini lagi. Masakan pun dah tidak sesedap masakan nenek yang menjadikan cepu sebagai salah satu resepi masakan. Kepada arwah atok -alfatihah

Comment Form

Categories

Hari ini & Semalam

BlogMalaysia.com

About

Blog ini hanyalah artikel semata-mata. Ianya di ambil dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan hati mengenai artikel ini haraplah diberi komen dan cadangan. Di harap sedikit-sebanyak blog ini dapat memberi pengetahuan kepada anda yang berminat dalam bidang tumbuh-tumbuhan, landskap, herba dan bidang pertanian.

Klik Like!! Sertai Saya di FaceBook!!

Download Percuma Pelan Bisnes !!

Artikel Paling Popular Tahun 2011


Pokok Stevia @ Pokok Gula - 17030 hits
Penjagaan Pokok Hiasan Dalam Pasu - 13919 hits
Pokok Pecah Kaca - 12236 hits
Tanaman Herba Di Malaysia - 11924 hits
Ulam-Ulaman - 11554 hits
Buah Mentega - 10479 hits
Khasiat Lobak Putih - 9737 hits
Buah Kuning Telur @ kanistel - 9647 hits
Buah Markisa - 9646 hits
Buah Keriang Dot - 9625 hits
Khasiat Daun Sirih - 9576 hits
Rahsia Buah Delima - 9246 hits
Buah Kesusu - 8911 hits
Buah Berembang - 8384 hits
Petua Tradisional - 7989 hits