05 Sep, 2009

Kelapa Laut

Posted by: admin In: @Buah Nadir| @Tanaman Buah

kelapa-laut

Kelapa laut ialah sejenis pokok palma yang juga dikenali sebagai pokok tal, lontar, tah, tai, ental, dan etal. Nama botaninya ialah Borassus flabellifera. Pokok kelapa laut terdapat di India, Myanmar,dan Thailand. Kelapa laut banyak ditanam di kawasan tepi sawah padi. Pokok kelapa laut sebenarnya mempunyai nilai komersil yang tinggi. Nira yang boleh diperolehi dari pokok ini boleh dibuat gula ataupun todi. Daun tal banyak digunakan sebagai tempat menulis sebelum kertas dicipta. Daun kelapa laut juga boleh digunakan untuk membuat kipas, atap rumah, tikar, topi, beg dan bakul.

Buah kelapa laut muda yang dicampur dengan bahan tertentu dijadikan ubat jika seseorang mempunyai banyak hingus. Buah tal dihancurkan dan cecair di perah keluar digunakan untuk mengubati bisul sering digunakan di Laos. Beberapa bahagian pokok ini boleh melawaskan kencing diberbagai negara, di Kemboja orang menggunakan bahagian batang daun, di jawa pula bahagian jambak bunga jantan, di India bahagian unbut dan akar. Penggunaan pokok kelapa laut dalam perubatan memang telah diakui keberkesanannya. Selain pokok kelapa laut spesis pokok kelapa yang lain juga banyak mengandungi khasiat untuk merawat pelbagai penyakit.

Related Posts with ThumbnailsNumber of View :5552

45 Responses to "Kelapa Laut"

1 | roma

September 7th, 2009 at 4:17 am

Avatar

kat malaysia,di mana ia ditanam???dah lama saya ingin tau ,jarang saya dapat artikel berkaitan kelapa ni di malaysia…

2 | potato

September 16th, 2009 at 8:05 am

Avatar

nie aku nak tanya….buah nie sebenarnya rasanya..aku ada beli kat pasar tani..rasa air gula merah je… tak enak langsung…

3 | Wanabi

October 10th, 2009 at 3:25 am

Avatar

Kat sawah padi,

Daerah Pasir Mas ada di Kg Tal Tujuh
Di Salor ada kat umah aku.

Kelantan

4 | bond

October 17th, 2009 at 11:33 am

Avatar

pokok ini kat belakang rumah aku ada 3 pohon.
ketiga-tiga pohon ini semuanya ada tangga untuk naik kat atas. atok aku tiap pagi dan petang panjat pokok ni untuk dapatkan niranya yang masam untuk diminum. kat kelantan orang panggil pokok tal. dan niranya dibuat tuak.

5 | chah

October 22nd, 2009 at 3:02 am

Avatar

Kat utara kami panggil buah Thai…..Nama Thailand tu dari buah ni la kot sebab kt Thailand memang banyak buah ni…..selalu hidup subur kt batas2 sawah padi & menjadi tempat tinggal kelawar…Klu bli yg fresh dh siap bijinya bewarna putih & kembung masih berbalut kulit arinya…Klu nak rasa yang dh ditinkan biasanya akan dilabelkan sebagai “Palm toddy”….kt pasar tani ke kdg2 jumpa jg air “honey sea coconut”…Orang yang dlam pantang jgn minum tau…sejukkkk!!!!

6 | Noor Hamisah

October 31st, 2009 at 2:09 am

Avatar

Buah kepala laut ni banyak terdapat di sebelah Utara Semenanjung Malaysia. Dalam sebiji buah kelapa laut ni ada 3 raung yang berisi. Biasanya dia kurang berair. Isinya biasanya di buat manisan atau dimakan dengan santan gula Melaka. Rasanya macam rasa buah nipah (kalau sesapa penah makan buah nipah le..). Khasiatnya, jika airnya diminum dicampurkan dengan madu, boleh melegakan batuk ringan. Kandungan gulanya tinggi, hati-hati kepada orang yang ada kencing manis. Untuk menambah tenaga pun ia bagus. Lain-lain, saya tak habis study lagi … tapi bagi saya sedap….

7 | En. Wong Yat Seng

October 31st, 2009 at 3:12 am

Avatar

Selamat pagi/petang/malam,

Hal kelapa laut tak jumpa lagi orang yang menanam dan macam mana bentuknya diatas tanah.

Yang saya tahu dan yang pernah lihat adalah yang diproses secara komersil.

Dalam pemprosesan ubat batuk ada dilihat tetapi saya lebih membeli Woods Pepermint. Selain itu yang dalam tin tetapi telah diproses dengan gula melaka (untuk di buat minuman atau barcampur dengan yang lain secara ‘topup’.

Yang mana di iklan ia ada sesuatu dimana ia boleh lega ataupun sembuh batuk dan lain2….

8 | hamidi

October 31st, 2009 at 5:32 am

Avatar

x taulah .slalu beli kat pasar malam aja

9 | din

October 31st, 2009 at 6:14 am

Avatar

Kat sarawak….kota samarahan tempat saya, memang tak ada lansung pokok kelapa laut ini. tp, menerusi info ini, mungkin dpt menolong anda dan menjawap persoalan saya. tq. Pokok Kelapa Laut (bahasa Inggeris: coco de mer) yang merupakan ahli tunggal dalam genus Lodoicea, ialah sejenis palma yang berasal dari Pulau Praslin dan Pulau Curieuse di Seychelles. Pada satu ketika, pokok ini juga boleh didapati di Pulau St. Pierre, Pulau Chauve-Souris, dan Pulau Round yang merupakan sebahagian kepulauan Seychelles, tetapi kini telahpun pupus. Pokok Kelapa Laut kini merupakan salah satu spesies nadir yang terlindung. Bagaimanapun, pokok ini kini ditanam di Seychelles untuk membantu memulihara spesies ini, dan juga ditanam di banyak kawasan tropika sebagai pokok hiasan. Nama botaninya Lodoicea maldivica.

Pokok Kelapa Laut bertumbuh sehingga 25-34 meter tinggi. Daun-daunnya yang berbentuk kipas adalah sepanjang 7-10 meter dan selebar 4.5 meter, dengan petiol yang panjangnya 4 meter. Pokok ini bersifat dioesius, iaitu pokok jantan dan pokok betina adalah berasingan. Bunga jantan seolah-olah katkin, dan sepanjang satu meter.

10 | siti

October 31st, 2009 at 6:14 am

Avatar

sejarah kelapa laut
Buah Kelapa Laut mengandungi biji yang terbesar dalam alam tumbuhan. Diameter buah yang matang sebanyak 40-50 sentimeter, dengan berat sebanyak 15-30 kilogram. Buah ini memerlukan 6-7 tahun untuk mencapai kematangan, dan lagi dua tahun untuk bercambah. Buah Kelapa Laut kekadang juga digelarkan double coconut (kelapa kembar), coco fesse, atau Seychelles nut (kekeras Seychelles) di luar negeri.

Kelasi-kelasi yang menemui buah ini berhanyut-hanyut di laut bertanggapan bahawa buah itu kelihatan seolah-olah punggung perempuan yang terpisah daripada jasad. Perkaitan ini dibayangkan dalam salah satu daripada nama botani kuno untuk pokok ini, Lodoicea callipyge Comm. ex J. St.-Hil. Callipyge ialah bahasa Greek untuk punggung cantik. Nama-nama botani lain yang pernah digunakan termasuk Lodoicea sechellarum Labill. dan Lodoicea sonneratii (Giseke) Baill. Nama genusnya Lodoicea berasal daripada Lodoicus, iaitu perkataan Latin untuk Louis, dan merupakan penghormatan kepada Raja Louis XV dari Perancis.

11 | mimie

October 31st, 2009 at 7:51 am

Avatar

biasa makan buah ni tapi jarang jumpa..

12 | Ismail K.G.

October 31st, 2009 at 8:13 am

Avatar

Ditempat saya tidak ada kelapa laut. Saya kenal kelapa laut ini bila saya melawa keTuban Jawa Timor.

13 | johari b. hashim

October 31st, 2009 at 10:56 am

Avatar

Buah Kelapa Laut isinya memang sedap. Ada juga dijual di pasar malam segelas RM 1. Setahu saya jika anda ingin melihat secara dekat pokok berkenan sila berkunjung di kawasan Pulau Pinang atau Bagan Butterworth. Kata orang tua-tua jangan minum banyak sangat boleh kembang urat bagi yang ada alahan….

14 | Haji Wan Aziz

October 31st, 2009 at 12:03 pm

Avatar

Salam… kelapa laut atau lebih dikenali juga dengan pokok thai dan nama negara Thailand diambil sempena nama pokok ini dan banyak tumbuh di selatan Thai.
Memang dipercayai sejak turun temurun buah kelapa laut ini mempunyai nilai perubatan yang tinggi.
Tentu sudah maklum ubat batuk kelapa laut. Ini antara khasiat dari pokok palma ini. Pokok ini juga boleh menghasilkan nira sebagaimana kelapa dan juga nipah.
Setahu saya pokok ini biasa tumbuh atau ditanam di kawasan sawah padi. Mungkin sawah-sawah terbiar boleh ditanam dengan tanaman ini untuk menghasilkan produk baru dari pokok kelapa laut yang sudah tentu mendapat permintaan tinggi.
Kajian lebih mendalam boleh dilakukan.

15 | napia

October 31st, 2009 at 12:59 pm

Avatar

mcm mana nak komen aku belum pernah nampak benda ini

16 | mohd nazrie b.hassan

October 31st, 2009 at 1:00 pm

Avatar

selamat berbahagia,saya tak pastilah pasal buah kelapa laut ni….tapi yang saya tau,khasiat airnya mampu menyejukkan badan yang panas n keluarkan angin dlm bdn…

17 | cik din

October 31st, 2009 at 1:44 pm

Avatar

assalamualaikum dan salam sejahtera…

Pokok Kelapa Laut atau orang kelantan panggil pokok tar banyak terdapat di Kelantan terutama berdekatan dengan Pangkalan Kubur (dekat border siam)… di Pasar Besar Siti Khatijah banyak juga dijual (siap dikopek).

isinya putih, rebus sehingga lembut dan air rebusan memang best, isinya selepas direbus seakan akan jelly, sedap dimakan… rebus dengan sedikit daun pandan memang terangkatlah minum..

18 | lek ceria

October 31st, 2009 at 1:51 pm

Avatar

lagi satu tentang khasiat kelapa laut ni,akarnya blh mengubat org yg kena santau..saya dah mencubanya .

19 | romisah bt yazid

October 31st, 2009 at 2:14 pm

Avatar

Hanya mengetahui kelapa laut ini dari jualan langsung barang ubatan daripada kelapa laut. Yang lain tidak diketahui.

20 | admin

October 31st, 2009 at 2:32 pm

Avatar

Terima kasih pada yang beri komen.. daripada komen yang diberi banyak yang menyatakan bahawa buah ini di banyak dijumpai sebelah pantai timur.. tak tahulah samada di sebelah selatan atau utara masih ada dijumpai pokok ini..

21 | Redzuan

October 31st, 2009 at 3:00 pm

Avatar

Slm…

Sebenarnya kelapa laut ada banyak ditanam di Malaysia tetapi kebanyakkanya dijadikan sebagai pokok hiasan di tepi jalan dan taman-taman sahaja..kat masjid UKM ada yang berbuah…kalau kat bulatan besar Putrajaya tu masih muda lagi pokoknya… pokok kelapa laut biasanya mula berbunga selepas berusia 15 tahun dan ianya memerlukan bunga jantan dari pokok kelapa laut lain baru boleh buahnya menjadi… tu sebabnya kita jarang dapat tengok pokok kelapa laut ni berbuah…kepada sesiapa yang tak kenal atau nak kenal pokok kelapa laut ni… InsyaALLAH saya boleh tunjukkan lokasinya (kawasan lembah kelang dan KL le)… Wallahualam..

22 | norlia samin

October 31st, 2009 at 4:23 pm

Avatar

sory.saya bukan penggemar buah kelapa.saya cuma pengguna santan,kelapa parut & makan isi kelapa muda biasa. so saya x tau apa khasiat kelapa laut

23 | ryaf

November 1st, 2009 at 12:41 am

Avatar

http://pkukmweb.ukm.my/~ahmad/tugasan/s3_99/ruzita.htm

aku xtau sgt pasal pokok kelapa laut ni, tp ak jumpa satu link y and info tentang buah ni…

24 | suraya

November 1st, 2009 at 3:32 am

Avatar

salam.. sy penah makan tp yg kaler ungu bkn yg kaler hijau cam dlm gambar ni.. beli kat pasar mlm tman selasih kulim. tapi tak selalu ada.. mcm bermusim je.. tepi jalan nak ke sg. petani pun ada jual. nak kata mkn kelapa ni sakit urat saya rasa takde pape pun.. pasal sy ni mmg sakit urat n sakit tulang.. tp makan takde jadi pape pun.. tak bertambah teruk pun sakit urat sy.. cam biasa je sakit urat sy tu.. anyway. ada terbaca dlm email, pada org yg terkena H1N1 disaran kan makan kelapa laut ni..

25 | rusli yusop

November 1st, 2009 at 1:30 pm

Avatar

seumur hidup saya tak pernah melihat pokok ini. tapi saya selalu tengok iklan ubat batuk cap kelapa laut afrika. macam mana pun saya pernah dengar buah ini boleh melegakan batuk dan menyejukkan peminumnya.
wallahualam.

26 | roseni

November 2nd, 2009 at 2:19 am

Avatar

Pernah tengok pokok nie on my way to Padang Besar.Ada beli dipasar, chillkan lepas tu makan buat macam desert.Very cooling.

27 | Adry

November 2nd, 2009 at 7:50 am

Avatar

Buah tal ni saya suka mkn atau minum jusnya dlm bulan puasa utk buka puasa. Sblm ni saya mkn buah yg segar tp setelah berpindah ke utara, nk mkn kelapa laut, beli yg dlm tin je la. Tu pn jenuh nk check ada logo halal ke tidak sbb semuanya buatan Thailand.

28 | Linda

November 3rd, 2009 at 1:58 am

Avatar

Pernah minum air dan makan isinya. Yang saya tahu ia boleh menyejukkan badan aje. Agak sedap juga…

29 | chah

November 3rd, 2009 at 11:09 am

Avatar

Jgn ada yg terkeliru……….

Buah kelapa laut (buah Thai)yg dlm gambar kat atas ni dgn kelapa laut yg jd brand ubat batuk tu adalah dua tumbuhan yg berlainan……….dua-duanya mempunyai nama yg sama tp pokok & buahnya berlainan sama sekali….tq

30 | Hjh. nadzrah

November 4th, 2009 at 2:45 am

Avatar

kt org buah ni bnyak terdpt di kaw utara, tp saya pernah mkn buah ni sekali , beli kat pasar mlm di cameron highland.

31 | eris

November 7th, 2009 at 2:47 pm

Avatar

saya first time nampak buah kelapa laut ni. tak pernah test lagi.

32 | juniah

November 12th, 2009 at 12:01 pm

Avatar

Kat Sipitang ni(Sabah)walau dekat laut tepi saya tak pernah dengar mengenai buah kelapa laut ni.Inilah first time nampak buah ni.

33 | iefa ridza

November 24th, 2009 at 4:05 am

Avatar

salam, kat utara, still panggil klapa laut, isi dia jernih, manis dan kulit putih yang menyelaputi isi kelapa laut ni sedikit kelat..orang india banyak jual kat penang..bawa beca jual…kalau teringin mai penang, pi kat lorong abu siti ada la jual..heheh..merata rata pun jual..kalo nak senang dalam tin pun ada,,,:P

34 | yati

November 24th, 2009 at 4:34 am

Avatar

salam, nama kampung saya bersempena nama pokok ini. Ia banyak tumbuh (waktu dulu la) di tepi tali air sekarang ni mungkin banyak disekitar tepi sungai kot. Saya jarang makan isinya tapi isinya memang sedap. Khasiatnya tak pasti la pulak cuma yang saya tahu untuk sejukkan badan.

35 | eimann

November 26th, 2009 at 3:50 am

Avatar

kalau singgah kat restoran Thai ada menu Minuman Air Kelapa Laut. saya pernah minum dan makan isinya. sedap le. tapi saya belum pernah tengok pokoknya. kalau boleh saya nak juga tanam kat tepi bendang bapa saya. kena tanam banyak pokok baru cepat berbuah, kata orang.

36 | cikgu

December 22nd, 2009 at 2:31 am

Avatar

rasanya pokok ini ditanam oleh org siam. saya pernah mendengar org tempatan berkata, kalau nak tahu penempatan siam, kat situ mesti ada banyak tanaman pokok kelapa laut ni. nak tanya : tak sama ka borasus lontarus dgn pokok ni?

37 | farid

January 9th, 2010 at 8:37 am

Avatar

saya penah tgk kt sureheboh kuantan 2003(sekarang dikenali sbg jomheboh).ada org juala irnyer….tp warna ungu sume.xde lak ijau2 nh….hikhik

38 | maruthibalan5

January 28th, 2010 at 7:47 pm

Avatar

Hi, Tempat tinggal saya dulu ada sebatang pokok Kelapa Laut ini. Orang India panggil buah ini “Nongu”. Setahu saya memang buah Kelapa Laut muda ini mujarab sebagai penyejuk badan dan saya juga ada dengar dari seorang tua bahawa buah ini berkesan dalam pengubatan Santau iaitu dengan memakan isi Kelapa Laut muda ia dapat bantu memotong kesan Santau.

Buah Kelapa Laut yang tua akan jatuh dengan sendiri.Buah Kelapa Laut yang tua ini boleh dimakan secara dipanggang atas api.Tak payah guna apa-apa perisa atau gula (sedap juga kalau dimakan cara ini).

39 | Y.B

March 19th, 2010 at 4:48 am

Avatar

Salam.

Kami di utara panggil ‘Nongu” @dlm bahasa India. Bila hari Thaipusam kat Penang ada depa jual ditepi jalan.
Yang kawan kita Mr.Potato rasa kat pasar tani tu dah di campur gula merah. Kalau yg original rasa nya mcm nyuk muda. Satu biji ada tiga/empat ulas didalam. Mcm juga nyuk muda kalau semasa mumbang tu hanya ada ayak saja. Bila sedang matang baru isi nya lembut. Dah tua keras mcm buah nipah. En. Wong kalau nak tahu, pokoknya tinggi mcm pokok kelapa & daun nya lebar boleh buat kipas & mcm2 lagi. Nak senang, beli yg dlm tin , produk Thailand.

40 | mamat kelantan

July 2nd, 2010 at 3:14 pm

Avatar

Kelapa laut adalah kelapa laut yang mana gambar nya seperti pada botol ubat batuk tu.. kelapa laut afrika, tumbuh dalam laut… Yang saya heran nya entah menate mana yang menamakan bual tal yang tak sama dengan kelapa laut itu sebagai kelapa laut.. punah jahanam habis pemahaman anak-anak muda kita dengan perangai manusia yg suka tukar nama dan buat cerita.

41 | pak dee

August 22nd, 2010 at 4:28 am

Avatar

Orang le ni main pakai bantai nama buah buahan pokok thai depa kata kelapa laut,buah kelapa laut dia lain mcm buah nyior tapi kecik sikit kat black forest ada banyak dijual buah kelapa laut ni hampa pi sana tengok

42 | zkuanli

October 18th, 2010 at 3:06 pm

Avatar

kt kpg ana buah ni dpanggil TAI KONG..sbb lpas mkan rasa gaTAI korengKONG skit

43 | mashita.

April 25th, 2011 at 2:47 pm

Avatar

hanya peniaga dr sltn Thai biasa bawa keKangar Klu jumpa mesti beli yg segar. Ptg nipis2 masak dgn gula merah buh d.pandan masak spi mdidih. + Air batu oi sedap nya Klu d Hotel2 mahal tu

44 | amiya

July 12th, 2011 at 6:02 am

Avatar

Saya berniaga air kelapa laut. Dalam satu hari berbalang-balang saya jual di Pasar Tani Prima Saujana Kajang. Semua pelanggan saya kata, sedap. Nak cuba boleh datang ke Pasar Tani Prima Sauja Kajang pada hari Selasa dari pukul 4.00 ptg hingga 10.00 mlm. dan di pasar malam TAMAN DELIMA, SIMPANG BALAK, Kajang pada hari Sabtu dari 4.00 ptg - 10.00 mlm. Datang dan rasalah keenakan “AIR KELAPA LAUT”.

45 | nnisa

February 9th, 2012 at 5:01 pm

Avatar

Mungkalu sesiape datang Penang, boleh dapatkannya di Queen Street, Georgetown.

Comment Form

Categories

Hari ini & Semalam

BlogMalaysia.com


  • rosmpkmn: dulu masa kecik2 biasa jugak petik terung ni. bnyk tumbuh melata kt kampung. bila petik kne jaga bulu2 halus pd terung ni, bila terkena kulit akn meny
  • djali: @admin - salam, buah mukyu tu macam buah keriang acheh.. tapi dia tu besar sikit. rasa nya ada yg masa
  • rose: senduduk putih hanya orang tertentu sahaja boleh memilikinya. ia adalah pokok kesayangan puteri bunian.

About

Blog ini hanyalah artikel semata-mata. Ianya di ambil dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan hati mengenai artikel ini haraplah diberi komen dan cadangan. Di harap sedikit-sebanyak blog ini dapat memberi pengetahuan kepada anda yang berminat dalam bidang tumbuh-tumbuhan, landskap, herba dan bidang pertanian.

Klik Like!! Sertai Saya di FaceBook!!

Download Percuma Pelan Bisnes !!

Artikel Paling Popular Tahun 2011


Pokok Stevia @ Pokok Gula - 17163 hits
Penjagaan Pokok Hiasan Dalam Pasu - 14054 hits
Pokok Pecah Kaca - 12312 hits
Tanaman Herba Di Malaysia - 12055 hits
Ulam-Ulaman - 11680 hits
Buah Mentega - 10601 hits
Khasiat Lobak Putih - 9842 hits
Buah Kuning Telur @ kanistel - 9757 hits
Buah Markisa - 9739 hits
Buah Keriang Dot - 9690 hits
Khasiat Daun Sirih - 9651 hits
Rahsia Buah Delima - 9323 hits
Buah Kesusu - 9007 hits
Buah Berembang - 8471 hits
Petua Tradisional - 8061 hits