02 Sep, 2009

Pengalaman dalam Penggunaan Herba

Posted by: admin In: Artikel| Artikel Herba

-Gambar Hiasan sahaja-

Saya telah menggunakan tumbuhan herba kunyit dan sireh sebagai air minuman herba 2 kali seminggu untuk kesihatan dalaman wanita. Pengalaman saya semenjak menggunakan herba tradisional ini saya mendapati semasa saya datang haid badan saya tidak berbau begitu juga dgn darah kotor.

Petua-petua tradisional yang melibatkan penggunaan tumbuhan herba yang biasa saya gunakan dalam kehidupan seharian saya ialah meminum minuman herba teh sireh teh halia dan kunyit untuk kesihatan dalaman wanita, begitu juga dengan buah manjakani sebagai cucian luaran bahagian intim untuk wanita.

Petua-petua tradisional dalam penggunaan tumbuhan herba yang masih diamalkan oleh org tua atau datuk n nenek yang masih saya lihat sampai sekarang ialah penggunaan daun mengkudu untuk menghilangkan lebam. dulu hairan juga macam mana nak hilangkan lebam guna daun tetapi bila lihat hasil dan kesan nya memang berkesan. Lebam dekat badan makin lama makin hilang dan surut. Selain itu, penggunaan minyak kelapa untuk melebatkan rambut bayi masih lagi dipraktikkan hingga sekarang oleh mak dan ayah, memang berkesan untuk menumbuhkan rambut bayi. Orang tua pUn boleh pakai. Penggunaan buah manjakani pun memang daripada petua org dulu-dulu. Saya rasa penggunaan buah manjakani sebagai cucian memang elok.

Kiriman E-Mel: irmchu @ yahoo.com

Related Posts with ThumbnailsNumber of View :1593

5 Responses to "Pengalaman dalam Penggunaan Herba"

1 | Doren

September 17th, 2009 at 3:14 am

Avatar

Pengalaman dalam penggunaan herba. Sebenarnya akar lalang baik untuk di minum khasnya kanak - kanak yang mengalami demam panas . Akar lalang yang telah dibersikan direbus kemudian airnya diminum.Air itu berkhaiat untuk mengeluarkan ruam panas Termasuklah penyakit Cacar dan campak.

2 | Kedai Herba Malaysia

July 9th, 2010 at 7:02 pm

Avatar

Untuk dapatkan herba dengan harga yang berpatutan, sila dapatkan di kedai herba malaysia http://www.herba.com.my .

3 | pak dee

August 22nd, 2010 at 3:27 am

Avatar

Kulit pisang nipah atau pisang batu dicampur dengan halia direbus untuk diminum cegah sesak nafas

4 | Ain

September 3rd, 2010 at 12:07 am

Avatar

Sebelum ni sy mengamalkan minum air kunyit, rupa-rupanya tidak sesuai diambil dengan kerap kerana cepat menapous. Itu pun sy dapat tahu dr kakak saudara, memang ada kes. Patutla darah haid sy sebelum ni dtg 7 hr tp skrg 5 hari dah kering.

5 | Siti Aminah

December 12th, 2010 at 5:04 am

Avatar

As’salam.Amalkan bunga senduduk putih @ daunnye yg sudah di keringkan dgn cara di buat mcm air teh akan dpt mmbantu sesiapa yg hidap kencing manis,daun jintan hitam di rebus dgn gula batu utk terkena batuk,jika mengalami gatal2,ruam @ kene campak di badan cubalah ambil segulung daun peria katak,btg n akarnye direbus kmdn di bawa mandi(setiap herba yg dikering@basah hendaklah dibasuh dahulu).

Comment Form

Categories

Hari ini & Semalam

BlogMalaysia.com


  • rosmpkmn: dulu masa kecik2 biasa jugak petik terung ni. bnyk tumbuh melata kt kampung. bila petik kne jaga bulu2 halus pd terung ni, bila terkena kulit akn meny
  • djali: @admin - salam, buah mukyu tu macam buah keriang acheh.. tapi dia tu besar sikit. rasa nya ada yg masa
  • rose: senduduk putih hanya orang tertentu sahaja boleh memilikinya. ia adalah pokok kesayangan puteri bunian.

About

Blog ini hanyalah artikel semata-mata. Ianya di ambil dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan hati mengenai artikel ini haraplah diberi komen dan cadangan. Di harap sedikit-sebanyak blog ini dapat memberi pengetahuan kepada anda yang berminat dalam bidang tumbuh-tumbuhan, landskap, herba dan bidang pertanian.

Klik Like!! Sertai Saya di FaceBook!!

Download Percuma Pelan Bisnes !!

Artikel Paling Popular Tahun 2011


Pokok Stevia @ Pokok Gula - 17163 hits
Penjagaan Pokok Hiasan Dalam Pasu - 14054 hits
Pokok Pecah Kaca - 12312 hits
Tanaman Herba Di Malaysia - 12055 hits
Ulam-Ulaman - 11680 hits
Buah Mentega - 10601 hits
Khasiat Lobak Putih - 9842 hits
Buah Kuning Telur @ kanistel - 9757 hits
Buah Markisa - 9739 hits
Buah Keriang Dot - 9690 hits
Khasiat Daun Sirih - 9651 hits
Rahsia Buah Delima - 9323 hits
Buah Kesusu - 9007 hits
Buah Berembang - 8471 hits
Petua Tradisional - 8061 hits