22 Aug, 2009

Buah Pala

Posted by: admin In: @Buah Nadir

buahpala

Buah pala atau nama saintifiknya Myristica fragrans tergolong dalam genus Myristica dan merupakan spesies yang terpenting dalam famili myristicaceae. Buah pala yang lebih terkenal sebagai rempah, perasa dan ubat-ubatan ini dipercayai berasal dari kepulauan Maluku , jajahan Indonesia. Kemudian ia disebarkan ke Pulau Jawa. Sebelum kawasan Hindia Timur dijajah oleh kuasa besar Eropah seperti Belanda, Inggeris, Sepanyol, Perancis dan Portugis, saudagar-saudagar dari Pulau Jawa memperdagangkan hasil buah pala dan bunga cengkih ke Sri Lanka dan Malabar di Selatan India. Manakala saudagar-saudagar Arab pula memperkenalkan hasilan rempah ini ke Aden, Kaherah dan Alexandria yang kemudiannya dibeli oleh saudagar-saudagar dari Venice. Negara-negara di Eropah memperoleh rempah dari para saudagar Venice dengan harga yang mahal. Dalam sekitar 1600 selepas masehi, Belanda menguasai kepulauan Maluku dan mereka memonopoli perdagangan rempah antara Hindia Timur dan Eropah.

Selain daripada kulitnya, semua bahagian buah pala mempunyai kegunaan yang tersendiri. Bahagian perikarpnya, walaupun terlalu masam dan kelat untuk dimakan dalam keadaan segar, ia boleh diproses untuk dijadikan halwa, kandi dan jeruk pala. Manakala biji dan aril atau ‘mace’ boleh dikeringkan dan digunakan sebagai rempah. Rempah dari ‘mace’ ini digunakan dalam penyediaan berbagai jenis makanan terutamanya untuk memberi perisa pelbagai jenis sos dan kicap. Hasilan dari biji pala ini digunakan sebagai rempah, bahan perisa untuk masakan yang manis seperti kek dan masakan yang menggunakan susu.

Kedua-dua biji dan aril buah pala mengandungi minyak pala yang mempunyai perisa yang berbeza. Sejenis minyak yang bersifat tepu pada suhu bilik juga boleh dihasilkan daripada biji pala. Minyak ini digunakan sebagai minyak ubat sapu dan untuk pembuatan minyak wangi.

pokokpala

Pokok pala mempunyai ketinggian di antara 4-15 meter dan bersifat ‘unisek’, iaitu pokok hanya mengeluarkan bunga jantan atau betina sahaja. Oleh itu, pada kebiasaannya satu batang pokok jantan ditanam di antara 10 batang pokok betina. Namun ada sumber yang mengatakan bahawa terdapat pokok yang mengeluarkan kedua-dua bunga jantan dan betina. Tetapi ini jarang ditemui.

Buah pala ialah buah jenis ‘drup’ dan mempunyai bentuk yang berbeza di antara pokok yang berlainan. Ada pokok yang menghasilkan buah berbentuk bulat dan ada juga yang menghasilkan buah berbentuk pir. Secara purata berat buah pala ialah dalam lingkungan 89 g dan bergaris pusat lebih kurang 5.6 cm. Apabila buah ini masak, perikapnya yang berwarna kuning dan mempunyai ketebalan 1.5 cm terbelah dua dan mendedahkan biji yang berwarna perang keungguan serta berkilat. Biji ini diselaputi biji atau aril yang dipanggil ‘mace’ berwarna merah terlekat pada pangkal biji.

Related Posts with ThumbnailsNumber of View :13178
Tags:

15 Responses to "Buah Pala"

1 | chah

October 31st, 2009 at 8:57 am

Avatar

Pada kengkawan yg blm pernah tgk…Kalau kt KL ni nk tgk pokok buah pala ni ada kt Zoo Negara(x silap sy dkt kandang seladang)
Sy pernah amik buah pala ni kt situ(minta kat gardener) yg dok sapu sampah & bersihkan bawah pokok tu….kebetulan masa gi situ pokok tu berbuah & gardener tu plak baik,siap tolong cari kayu jolokkan buah tu…

2 | admin

October 31st, 2009 at 2:39 pm

Avatar

Biasanya buah pala ni banyak di tanam di mana agaknya?

3 | mui

November 4th, 2009 at 7:18 am

Avatar

banyak dapat di pulau pinang

4 | hanisah

January 5th, 2010 at 3:31 am

Avatar

brp hrga buah pala yg segar dan kering sekilo?

5 | ifa

January 12th, 2010 at 5:19 pm

Avatar

saya ada menjual jus buah pala. jika berminat hubungi saya di 016-4754270 atau layari web htp://eyfashoppe.blogspot.com. jus ini mempunyai banyak khasiat dan sesuai diminum bila-bila masa.

6 | maruthibalan5

January 28th, 2010 at 8:08 pm

Avatar

Pokok buah Pala dan buah nya banyak terdapat di kawasan Balik Pulau,P.Pinang. Selain dari jeruk dan halwa buah pala buah ini juga digunakan sebagai rempah, ubat dan perisa dalam pelbagai jenis kuih.
Terdapat juga Jus Buah Pala yang saya dengar baru-baru ini ia sangat berkesan untuk membersihkan saluran darah yang sudah sumbat dan ia juga mujarab untuk gigitan serangga kalau diminum selalu.

7 | Hazia

February 21st, 2010 at 9:01 am

Avatar

Jus buah pala ada di jual di sekitar daerah balik pulau. Label keluaran MILADY FOOD & BEVERAGE INDUSTRIES.
1 LITER. Terdapat di kedai runcit NYZA DINI Permatang Pasir, AA TEGUH Permatang Pasir, atau boleh hubungi saya di 017-481 9459.

8 | Frank Juhas

May 31st, 2010 at 3:21 pm

Avatar

Buah Pala punya banyak adik di dalam hutan rimba Malaysia. Mereka pun punya buah yang menarik. Tengok keluarga itu di site saya: di bawah Sample Photos by Families/Myriscticaceae

Frank

9 | Nur

June 28th, 2010 at 6:19 am

Avatar

Kenapa hasil produk dari buah pala tidak di komersil kan di Sarawak? Saya yakin di sarawak ini bukan hanya saya saja penggemarnya malah mungkin ramai lagi. Saya mula jatuh cinta pada buah pala ini ketika tahun 1997 yang mana pada masa itu saya bercuti ke pulau pinang. Bermula dari jeruk hinggalah ke manisan. Dan semenjak dari itu saya mula tergila gilakan buah yang cukup susah untuk di dapati di sarawak.

10 | hilmi

November 29th, 2010 at 3:59 pm

Avatar

salam sy ada menjual buah pala jeruk dan jus buah pala. berminal boleh emailkan ke nissanmusafir88@yahoo.com atau contact direct 013 9945120. ofis di hentian kajang b.b. bangi. ada juga peluang bis.andai berminat boleh hubungi sy bila2 masa

11 | K Kreatif Ent. (Khairi)

January 28th, 2011 at 7:55 am

Avatar

Sykt. Kami ada mengedarkan Jus Pala Sedia diminum (RTD). Rasanya enak & segar. Sesiapa yang berminat untuk mencuba atau menjadi ejen sila hubungi saya ditalian: 0126357381. Produk mendapat sokongan Jabatan Pertanian, FAMA & MARDI.

12 | ruslina

June 6th, 2012 at 4:01 am

Avatar

errmmm……pd cuti sek bln 6 thn 2012, baru2 ni…saya sefamily telah ke ppinang. dan dpt gi ke kilang proses buah pala. amat bertuah skali dpt melihat sendiri pokok dan buah pala secara ‘live’. tuan punya ldg amat bbesar hati mberi penerangan mgenai buah pala. how buah pala dproses jd jeruk, ubat2an dan rempah2an dlm masakan…..dan dberi percuma merasa jeruk buah pala, balm buah pala dan jus buah pala. ermm….jus nya sgt enak skali, apatah lg time sejuk…..x lupe juga bawa blk jeruk dan jus buah pala pulang ke johor bahru…….

13 | Andika

February 9th, 2013 at 1:13 pm

Avatar

pokok buah pala ada banyak ditanam di pusat pertanian tarat, serian, sarawak. Di waktu berbuah tiada siapa peduli buah ini. Bila masak buahnya merekah mempamir bijinya yg diselaputi aril berwarna merah garang. Ada sy petik 2-3 biji untuk kenangan. Bau rempahnya cukup kuat. Sy tak tahu bahagian mana buah ini yg berguna untuk dijadikan rempah.

14 | D'ROSA

October 1st, 2013 at 4:00 am

Avatar

Assalmualaikum dan salam sejahtera ,JUs Buah Pala jenama D’ROSA dari Balik Pulau,Pulau pinang
keluaran Rohani MH Enterprise ,Sekira nya ada sesiapa berminat sila hubungi saya 0174304698 Jus ini ada dijual dipersikataran p.pinang perak sungai buluh ,sebagaimana biji dan arinya menghasilkan rempah ,buahnya pula boleh menghasilkan jus yang berkhasiat dan menyegarkan,jus buah pala boleh mengeluarkan angin dalam badan,sembelit muntah2,senggugut dan penyakit urat saraf.selain itu daun dan batangya boleh direbus dn direndam kaki ketika suam boleh meredakan sakit perut,demam dn sebagainya,syarikat saya juga ada menghasilkan kordial pala , teh pala,sabun pala dan minyak pala,sekian Wassalam

15 | hairulniza

March 18th, 2015 at 3:56 pm

Avatar

Ada tak jual pati minyak buah pala.

Comment Form

Categories

Share on Facebook

1290
Share

BlogMalaysia.com

About

Blog ini hanyalah artikel semata-mata. Ianya di ambil dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan hati mengenai artikel ini haraplah diberi komen dan cadangan. Di harap sedikit-sebanyak blog ini dapat memberi pengetahuan kepada anda yang berminat dalam bidang tumbuh-tumbuhan, landskap, herba dan bidang pertanian.

Klik Like!! Sertai Saya di FaceBook!!

Artikel Popular Hari ini

Artikel Popular Minggu Lepas

Artikel Paling Popular Tahun 2011-2014