08 Aug, 2009
Pendapat tentang Tumbuhan Herba
Posted by: admin In: @Teknologi Pertanian| Artikel| Artikel Herba
Banyak kiriman Email yang saya terima memberi pendapat yang positif tentang tumbuhan herba. Antara pendapat-pendapat tersebut anda boleh baca di bawah ini;
- Tumbuhan herba mempunyai masa depan yang cerah. Hal ini kerana kesan sampingan ubatan modern menyebabkan ramai orang kini menjurus kepada penggunaan ubatan tradisional yang kurang kesan sampingan. Namun, R & D kena dijalankan dari semasa ke semasa untuk mengidentifikasikan jenis-jenis herba yang mempunyai nilai perubatan kerana orang ramai sememangnya agak kurang pengetahuan tentang semua hal ini.
- Tumbuhan herba adalah lebih baik daripada ubat moden walaupun kesan dari penggunaanya agak lambat, tetapi ia tiada kesan sampingan seperti ubatan moden. oleh itu, pendedahan perlu diberikan tentang kaedah penggunaan serta khasiat bagi setiap tumbuhan herba yang boleh digunakan supaya anak muda zaman sekarang boleh mengamalkannya agar tidak luput ditelan zaman.
- Tumbuhan herba mempunyai nilai komesial disamping memberi khasiat tetentu bukan setakat pengentahuan secara petua sahaja tetapi hasil kajian secara saintifik perlu dihebahkan kepada masyarakat pengguna melalui kaedah yang sesuai dan berterusan.
- Memperbanyakkan lagi maklumat tentang tumbuhan herba yang jarang atau kurang dikenali kerana tumbuhan herba ini mempunyai banyak khasiat dan mempunyai kesan sampingan yang sedikit berbanding dengan ubatan moden.
- Penanaman herba ini bagus, dan ianya wajar dikomersialkan disebabkan pada zaman ini, masyarakat muda kurang pendedahan dan tidak minat untuk mempelajari kegunaan dan kebaikan herba. Saya sendiri biasa mendengar nama-nama herba tetapi rupa herba itu sendiri susah untuk dikenali kerana kurang pendedahan. Masyarakat muda (terutama wanita) hari ini juga senang mengambil jalan mudah dengan membeli pil/tablet dipasaran yang diragui bahan2nya. Namun mereka tiada pilihan.
Akhir sekali ada satu kata-kata menarik yang saya terima dari banyak-banyak email tentang herba:
“Seharusnya tanaman herba/ produk herba di tanam secara komersial/ besar-besaran, jadi macam org cina ada produk sinseh, org india ada ayurvedik, orang melayu ada apa?
Apa pendapat Anda?

