05 Aug, 2009

Khasiat Herba dari Roselle kering, Bunga ros kering, Peria kering, Kurma, Halia dan Teh hijau

Posted by: admin In: @Koleksi Petua| @Teknologi Pertanian| Artikel| Roselle

roselle

Saya telah mencuba berbagai produk herba untuk menurunkan berat badan,tetapi tidak mendapat hasil yang memuaskan. Pil herba juga telah saya gunakan, namun hasilnya tetap sama. Kesan sampingan yang sering saya alami ialah pening, panas badan yang beerlebihan, tonsil bengkak dan kesukaran membuang air kecil. Bagi penggunaan teh herba pelansing pula, setelah menggunakannya, biasanya saya akan mengalami cirit-birit yang berterusan, najis cair, kulit menjadi kering dan semakin gelap serta tidak selesa.

Akhirnya saya meggunakan cara sendiri dengan merebus roselle kering, bunga ros kering,peria kering,kurma,halia,teh hijau, dan kaktus kering untuk dijadikan minuman merampingkan badan. Hasil dari itu saya berjaya mengurangkan berat badan dengan cara yang sihat dan yakin dengan bahan yang dihasilkan sendiri dari dapur saya. Saya menjadi semakin segar dan cergas, kulit semakin berseri hasil gabungan roselle dan ros kering serta tidak mengalami cirit-birit hasil gabungan peria kering dan kurma.

Kebanyakan barangan yang telah dikeringkan tersebut boleh didapati dari kedai ubat herba cina. Saya tidak perlu lagi bergantung pada ubat-ubatan herba atau yang lainnya yang tidak begitu jelas kandungan didalamnya. Dengan merebus dan mengadun sendiri ramuan tersebut, saya dan keluarga dapat menikmati hasil tumbuhan alam semulajadi yang penuh dengan khasiat tanpa ragu-ragu dan seluruh ahli keluarga saya menggunakannya tanpa risau dan bimbang kerana ia adalah minuman kesihatan hasil buatan sendiri.

Kiriman Emel:salmahsahuddin @ ymail.com

Related Posts with ThumbnailsNumber of View :3718

16 Responses to "Khasiat Herba dari Roselle kering, Bunga ros kering, Peria kering, Kurma, Halia dan Teh hijau"

1 | aidashamlee

August 7th, 2009 at 5:25 am

Avatar

rosell kering dah beli,x sabar nak mencubanya hari ini

2 | liza

August 21st, 2009 at 11:21 pm

Avatar

saya terpegun seketika, x sangka ros kering tu ada khasiatnyer.pokok ros memang ada saya tanam dirumah tetapi apabila layu kumtumnyer saya akan petik dan buang.kini saya amat menghargai ros kering dan x akan mempersiakanyer lagi.

3 | kak ros

August 23rd, 2009 at 6:52 am

Avatar

boleh jelaskan sikit tak, macam mana rupa kaktus kering tu? dan semua tu rebus sekali atau macam mana? terima kasih.

4 | farida senang

September 5th, 2009 at 12:48 pm

Avatar

untuk mendapatkan roselle segar atau kering atau jgk produk berasaskan roselle seperti kordial roselle,pati roselle,halwa roselle,jem roselle atau puri roselle sila hubungi saya FARIDA di FAMA di talian 0197983589 atau pejabat 07-4241240

5 | Ms

November 4th, 2009 at 6:40 am

Avatar

keladak dr rebusan roselle sebolehnya jgn dibuang krn ianya boleh dibuat jem.sy telah mencubanya.rasanya memang sedap.bahkan lg sedap dr beli di kedai.anda semua mesti cuba.

6 | azizah

January 16th, 2010 at 5:47 am

Avatar

Kepada semua terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu.Saya akan cuba.Cuma nak tahu rupa peria kering tu je supaya senang beli.

7 | samsul

March 23rd, 2010 at 5:50 am

Avatar

bagilah sukatan2nya. takan nak main rebus je……

8 | MamaBoo

March 25th, 2010 at 12:21 pm

Avatar

Salam, ada sesiapa yg telah mencuba? saya juga ingin tau… mohon cik salmah dapat memberi sukatan2 spt yg diminta oleh en samsul…

9 | Kedai Herba Malaysia

July 17th, 2010 at 7:11 pm

Avatar

Bagi mendapatkan rosell bagi tujuan komersil atau persendirian dan herba-herba yang lain. Sila dapatkan di http://www.herba.com.my/

10 | sar

August 23rd, 2010 at 2:04 am

Avatar

Bila …Pn Salmah nak bagi sukatan menggunakan herba kering tu…saya tertunggu-tungu nie….

11 | ubaidagrotech

September 13th, 2010 at 7:33 am

Avatar

Assalamualaikum, Kami di Ubaidagrotech ada menjual roselle kering , dan roselle kering kami boleh di gunakan lebih dari 2 kali jika anda ingin membuat air, setelah membuat air anda juga boleh membuat halwa atau pon jem caranya sgt mudah, rebuskan roselle tadi di dalam air yg mendidih kemudian masukkan gula tebu organik supaya ianya menjadi makanan sehat, jika memakai gula putih ianya tidak berapa baik utk kesihatan! Roselle kering kami telah di akui sgt baik produknya oleh ramai pembeli :D dan kami juga memasarkan nya ke bnyk syarikat spt HPA, dan sebagainya!
http://ubaidagrotech.blogspot.com/ &http://www.mykefirworld.com/#/roselle-farm/4542786406, ty tuan rumah :D

12 | nurhidayah

September 27th, 2010 at 5:12 am

Avatar

rase bunga roselle ni mmg sedp,siape yg blm cube lg msti cube..

13 | nurhidayah

September 27th, 2010 at 5:15 am

Avatar

jiran sebelah ade tnm pokok roselle ni.kengkadang die bg bunge roselle…ibu saye banyk kali buat jem,pati jus…
sedap…………..

14 | nurhidayah

September 27th, 2010 at 5:17 am

Avatar

jiran sebelah ade tnm pokok roselle ni.kengkadang die bg bunge roselle…ibu saye banyk kali buat jem,pati jus…
sedap…………..mkn banyk kali pon x jemu2

15 | syah

October 1st, 2010 at 9:14 am

Avatar

betull… roselle byk khasiatnya.. kalu batuk & demam, amalkan minum jus roselle scra panas2.. i’allah, sembuh.. selamt mencuba.. sy ada tanam scr kecil-kecilan.. tq

16 | shida

November 19th, 2010 at 7:36 am

Avatar

sesiape yang ingin mendapatkan bekalan roselle segar di johor bahru sila hubungi saya…fresh from the farm…

Comment Form

Categories

Hari ini & Semalam

BlogMalaysia.com

About

Blog ini hanyalah artikel semata-mata. Ianya di ambil dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan hati mengenai artikel ini haraplah diberi komen dan cadangan. Di harap sedikit-sebanyak blog ini dapat memberi pengetahuan kepada anda yang berminat dalam bidang tumbuh-tumbuhan, landskap, herba dan bidang pertanian.

Klik Like!! Sertai Saya di FaceBook!!

Download Percuma Pelan Bisnes !!

Artikel Paling Popular Tahun 2011


Pokok Stevia @ Pokok Gula - 17130 hits
Penjagaan Pokok Hiasan Dalam Pasu - 14030 hits
Pokok Pecah Kaca - 12297 hits
Tanaman Herba Di Malaysia - 12033 hits
Ulam-Ulaman - 11664 hits
Buah Mentega - 10576 hits
Khasiat Lobak Putih - 9821 hits
Buah Kuning Telur @ kanistel - 9734 hits
Buah Markisa - 9712 hits
Buah Keriang Dot - 9677 hits
Khasiat Daun Sirih - 9636 hits
Rahsia Buah Delima - 9307 hits
Buah Kesusu - 8988 hits
Buah Berembang - 8452 hits
Petua Tradisional - 8043 hits