26 Jul, 2009

Pendapat mengenai Penggunaan Tumbuhan Herba

Posted by: admin In: Artikel Herba

Number of View :1962

buah-goji

Pada pendapat saya penggunaan tanaman herba atau tumbuhan herba adalah memberi banyak kebaikan sekiranya digunakan dengan kaedah yang betul. Sebagai contoh setiap bahagian tanaman mempunyai kandungan kimia yang berbeza dari segi jenis dan kandungan.
JadI, saranan saya agar pengguna bahan yang berasaskan herba hendaklah mendapatkan maklumat yang setepat mungkin kerana sekiranya sedikit kesilapan yang dilakukan akan menyangkalkan keberkesanan herba tersebut dalam kelebihannyan. Sedangkan ianya adalah berpunca dari kesilapan pengguna itu sendiri yang tersalah pilih spesis atau tersalah pilih bahagian tumbuhan tersebut.

Akhirnya penggunaan herba akan disalah ertikan. Jadi saya amat berharap agar kepada sesiapa yang telah mengamalkan dengan jayanya herba tertentu agar memberi maklumat yang lebih tepat seperti nama saintifik, bahagian morfologi tumbuhan dan sekiranya perlu gambar atau imej disertakan bersama.
Seperkara lagi ramai penyelidik telah mengkaji dan ada pula telah mengkomersilkan dan ada yang telah menjadi jutawan dalam perniagaan berasaskan herba ini. Jadi saya amat menggalakkan agar pengguna atau pengamal agar berhati hati kerana tidak kurang pula penipuan juga berlaku. Pendek kata kalau inginkan kepastian dapatkanlah maklumat dari banyak sumber dan pastikan ianya benar benar maklumat yang tepat.
Sekian.. tepuk dada tanya selera.. herba perubatan tradisional adalah lebih baik dari dadah/ubatan yang memang banyak kesan sampingan.

Kiriman E-Mel: rospa.rokik @ gmail.com

Related Posts with Thumbnails

13 Responses to "Pendapat mengenai Penggunaan Tumbuhan Herba"

1 | hjhfaridah

March 13th, 2010 at 4:50 am

Avatar

amat baik diamalkan contoh pecahkaca byk khasiatnya

2 | hjhfaridah

April 13th, 2010 at 1:27 am

Avatar

saya ada tanam pokok pecah kaca.telah banyak dikeringkan.boleh dapatkan dari saya.tel 013 5906023

3 | hjhfaridah

April 30th, 2010 at 6:52 pm

Avatar

mandian herba untuk sauna dan wanita lepas bersalin ada di jual .murah saja .jk berminat tel o5 3136827

4 | hjh faridah

August 16th, 2010 at 4:24 am

Avatar

saya ada minyak hempedu bumi. baik untuk luka kecil,selsema,sakit dada,pecah tumit kaki,gatal gigitan serangga.sila tel 013 5906023

5 | hjh faridah

August 16th, 2010 at 4:30 am

Avatar

apa produk yang boleh dibuat dari daun kadok?

6 | admin

August 16th, 2010 at 11:13 pm

Avatar

Wah.. Hajah ni seorang penjual produk herba ke..

7 | pak dee

August 22nd, 2010 at 2:48 am

Avatar

saya ada minyak serai dicampur dengan herba untuk sakit urat danbuat mengurut call .0164705046,0194646957

8 | almo

October 17th, 2010 at 3:17 pm

Avatar

dalam kita memerlukan khasiat dari tumbuhan herba,jangan sesekali mengabaikan aspek kebersihan dan kaedah untuk mendapatkan khasiatnya,sebagai contoh yg mudah jika tumbuhan itu perlu dikeringkan,pastikan ia benar2 kering,kalau tak nanti tumbuh cendawan@fungus yang tak nampak dek mata kasar tak pasal2 jadi racun.

9 | mohamad nizam

November 8th, 2010 at 6:14 am

Avatar

apa pun kita kena ingat bahawa sebelum kita ingin menggunakan sesuatu tumbuhan herba sebagai ubat,tanya kepada orng yg arif tntng penggunaannya..bukan apa…. takut nt cara penggunaan kita salah..dari ubat terus jadi racun..tumbuhan herba sperti ubat moden juga…pengambilannya mesti pada kadar dos yg tertntu…ada aturannya……wallahua’lam…

10 | Mohamed Iszhar Saad

November 29th, 2010 at 4:09 am

Avatar

A’kum wbt..

Dati pengetahuan yang diperolehi melalui internet mengenai tumbuhan Mas Cotek, saya dapati ianya sangat berkesan utk orang yang mempunyai tekanan darah tinggi & yang mengalami stroke. Ianya berlaku keatas isteri saya beberapa bulan yang lepas, dimana tekanan darahnya mencapai tahap kritikal dan merbahaya iaitu 261/140 serta mengalami stroke. Isteri terpaksa berbaring selama hampir 2 minggu dan mengalami kekejangan otot serta tidak dapat berkomunikasi dengan jelas.

Kebetulan saya mempunyai sepohon pokok Mas Cotek yang berusia hampir 3 tahun dan daun serta buahnya, saya sendiri amalkan, hampir setiap hari. Sebelumnya kesihatan saya sering terganggu iaitu kebas-kebas ditangan dan kaki. Sakit tumit yang amat sangat, sakit lutut, sakit pinggang, tidak bertenaga serta buang air besar dan kecil yang tidak menentu. Alhamdulillah segala penyakit yang saya hidapi tiada lagi pada diri saya.

Dengan apa yang saya sendiri alami, saya bertawakal utk mencuba herba Mas Cotek kepada isteri dengan mengambil daun hijau dengan dikisar menggunakan mesin dan dibuat air. (Daun segar enak dibuat teh tarik). Buahnya perlu dibasuh utk membuang getah dan dimakan secara mentah. Setiap hari saya akan pastikan isteri saya mengambil dan mengunyah daun Mas Cotek segar serta memakan buahnya.

Alhamdulillah, sejak mengamalkannya, isteri saya sekarang pulih seperti biasa dan dapat melakukan kerja-kerja rumah dan boleh memandu kemana sahaja.

Saya berpendapat bahawa segala penyakit yang ada pada diri kita berpunca dari aliran darah. Darah yang mempunyai bahan-bahan yang berbahayalah yang menyebabkan sistem tubuh badan kita tidak berfungsi dengan baik.

Insyallah.

11 | Shamsaimun binti Ismail

December 10th, 2010 at 7:11 am

Avatar

Asalamualaikum…ada sesiapa nak kongsi mengenai herba yang baik untuk pengaliran darah…terima kasih.

12 | amer

January 28th, 2011 at 8:41 am

Avatar

Kepada sesiapa yg. mempunyai pandangan dari segi tumbuhan herba bagi masalah lelah/athma/ampus harap dapat dikonsi bersama disini.

13 | syaida yusof

April 13th, 2011 at 4:13 am

Avatar

Assalamualaikum….
daun pecah kaca yang segar (21 helai/7 tangkai) kalu direbus elok untuk buang bisa dalam badan. Sesuai bg org yg kuat merokok, cuci peparu dia. Org yg ketagih dadah pun leh cuba…insyaAllah… Tapi perlu diingat nak masak daun herba ni perlu guna periuk tanah @ periuk kaca sahaja. Periuk aluminium xleh guna nanti habis khasiat daun herba 2.

Comment Form

Categories

Hari ini & Semalam

About

Blog ini hanyalah artikel semata-mata. Ianya di ambil dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan hati mengenai artikel ini haraplah diberi komen dan cadangan. Di harap sedikit-sebanyak blog ini dapat memberi pengetahuan kepada anda yang berminat dalam bidang tumbuh-tumbuhan, landskap, herba dan bidang pertanian.

Klik Like!! Sertai Saya di FaceBook!!

Download Percuma Pelan Bisnes !!

Artikel Paling Popular Tahun 2011