25 Jul, 2009

Ayamas dapat Menghilangkan Resdung

Posted by: admin In: @Koleksi Petua| @Makanan Kesihatan

ayamasPengalaman guna produk herba (akar kayu). Emak saya menghidap resdung yang teruk, sudah berbelas tahun. Suatu hari beberapa bulan lepas, dia terjumpa penjual ubat herba dari Alor Star yang menjual hirisan umbisi “Ayam Mas” sejenis tumbuhan hutan gunung.Baunya semacam hirisan asam gelugur kering cuma bentuknya panjang dan kulitnya mempunyai bulu-bulu halus warna emas.

Direbus dan diminum, Alhamdulillah penyakit resdung emak saya pulih dalam masa sebulan! Setahu saya orang asli menggunakan bulu ayam mas ini untuk ubat luka. Pernah juga dihat dijual sebagai cenderamata/hiasan dalam pasu oleh orang asli. Amat cantik warna bulu ayam mas ini.

Kiriman E-Mel: aliffmuhammad @ gmail.com

Related Posts with ThumbnailsNumber of View :1519

11 Responses to "Ayamas dapat Menghilangkan Resdung"

1 | inas

July 27th, 2009 at 10:02 am

Avatar

mana nak beli ayamas ni ye??? n berapa harga dia????

2 | Halim bin Ahmad

July 28th, 2009 at 1:41 pm

Avatar

ye la kat mana nak beli yer?

3 | Adry

July 29th, 2009 at 8:28 am

Avatar

Igt kn ayamas yg kedai jual ayam tu.. Pokok ayamas dr jenis paku pakis ke? Biasa tumbuh tmpt tinggi dn sejuk. Betul ke??

4 | sury_na7181

August 6th, 2009 at 5:45 am

Avatar

kat negeri mana jual ayam mas ni?

5 | kamil ali basrah

August 7th, 2009 at 8:00 am

Avatar

contact 012-4435679 (sms)

6 | DelimaJelita

November 24th, 2009 at 1:28 pm

Avatar

Sesiapa ingin membeli daun ayamas ni sila lawat http://www.delimajelita.via.my disana semua ada.

Reply - http://www.delimajelita.via.my disana semua ada.’); return false;”>Quote

7 | Rohaizan

March 21st, 2010 at 2:04 am

Avatar

Saya akui pokok ni memang banyak khasiatnya. Anak saya terkena penyakit kulit…biji2 berair dan gatal. Dah puas berubat termasuklah jumpa doktor pakar kulit, tapi tetap tak ada perubahan. Sampailah saya terjumpa sorang pakcik yg jual pokok ni tapi yg dah diproses dalam bentuk krim ayamas..harganya cuma RM15-20 je..mula2 tu tak confident jugak, almaklumlah dah berhabis ratusan ringgit jumpa doktor pakar. Tapi saya beli jugak dan tawakkal, mana tahu kot2 serasi. Syukur akhamdulillah, cukup dengan beberapa kali sapuan, penyakit kulit dia terus hilang sampailah sekarang. Tapi saya dah lost contact pakcik tu, kalau sesiapa tahu kat mana boleh dapatkan krim ayamas ni, tolong war2 kan lah ye..

8 | J

March 22nd, 2010 at 7:01 pm

Avatar

Sepanjang perjalanan dr Tapah ke Cameron Highlands memang byk ayamas ni dijual org asli di tepi2 jalan. Kali pertama tengok memang hairan sbb kat kpg takde benda ni. Rupanya memang tumbuh kt tanah tinggi. Bila ditanya pd org asli tu,dia kata bulunya buat ubat luka.

9 | ahmadsaad

April 20th, 2010 at 2:24 pm

Avatar

salam
ayam mas juga boleh digunakan bagi mengubati melecur terkena api atau air panas. Nak beli ayam orang asli ada jual dalamperjalanan ke Cameron Highland dari tapah.

10 | azhar

August 22nd, 2010 at 3:21 pm

Avatar

memang betul ada jual on the way p cameron highland.
saya beli dan tanam kat rumah.. tumbuh elok..
ubat luka kata penjual
ada lagi khasiat lain ke?

11 | azak

January 19th, 2011 at 4:27 am

Avatar

yeke boleh buat ubat resdung? apanye yang nak direbus? Bulunye aje ke atau dengan..macamane ek? nak try gak. aku ni dah serius gak resdung lendir tak nak keluar dari hidung aku tersumabat ni. rasa sakit satu badan menanggungnya. kesiani lah aku..

Comment Form

Categories

Hari ini & Semalam

BlogMalaysia.com

About

Blog ini hanyalah artikel semata-mata. Ianya di ambil dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan hati mengenai artikel ini haraplah diberi komen dan cadangan. Di harap sedikit-sebanyak blog ini dapat memberi pengetahuan kepada anda yang berminat dalam bidang tumbuh-tumbuhan, landskap, herba dan bidang pertanian.

Klik Like!! Sertai Saya di FaceBook!!

Download Percuma Pelan Bisnes !!

Artikel Paling Popular Tahun 2011


Pokok Stevia @ Pokok Gula - 17130 hits
Penjagaan Pokok Hiasan Dalam Pasu - 14030 hits
Pokok Pecah Kaca - 12297 hits
Tanaman Herba Di Malaysia - 12033 hits
Ulam-Ulaman - 11664 hits
Buah Mentega - 10576 hits
Khasiat Lobak Putih - 9821 hits
Buah Kuning Telur @ kanistel - 9734 hits
Buah Markisa - 9712 hits
Buah Keriang Dot - 9677 hits
Khasiat Daun Sirih - 9636 hits
Rahsia Buah Delima - 9307 hits
Buah Kesusu - 8988 hits
Buah Berembang - 8452 hits
Petua Tradisional - 8043 hits