24 Jul, 2009

Daun Kaduk Mengurangkan Keputihan

Posted by: admin In: Daun kaduk

kaduk

Satu lagi email yang saya terima dari seorang pembaca Blog ini. Beliau menceritkan mengenai khasiat daun kaduk..

Pucuk kaduk selain dibuat ulam yang menyelerakan samada di makan mentah atau di celur, daun yg tua saya akan rebus, sejukan dan di buat air basuhan selepas membuang air kecil atau selepas habis haid. Khasiatnya ialah dapat menjadikan awet muda, mengurangkn keputihan, menghilangkan gatal dan kerengsaan pada bahagian sulit.

Saya menanamnya di belakang rumah dan mengamalkan memakannya selalu.

Kiriman E-Mel: ria_suria0306 @ yahoo.com

—————————————————————————————

Dapatkah Hadiah Misteri Dengan Menjawab Soalan Kajian Ini <-Klik Sini

Related Posts with ThumbnailsNumber of View :2426

6 Responses to "Daun Kaduk Mengurangkan Keputihan"

1 | Noor Hamisah

July 29th, 2009 at 1:22 am

Avatar

Setahu saya, petua ini menggunakan daun sirih, bukannya pucuk kaduk. Daun sirih dan pucuk kaduk mempunyai rupa yang sama cuma cara hidup dan bau yang berbeza. Pucuk kaduk menjalar di tanah manakala pokok sirih akan memanjat tiang atau pokok. Baunya juga berbeza.

Untuk buat ulam, saya tak pasti pula pucuk kaduk boleh dibuat ulam atau tidak. Daun sirih, setakat ini tak ada siapa pun yang suka buat ulam.

Wasalam.

2 | Yuslinda

July 31st, 2009 at 1:07 am

Avatar

Askm! Menjawab persoalan Cik Nor Hamisah tentang daun kaduk dan daun sirih. Sememangnya pucuk kaduk boleh dijadikan ulam. Dan kalau kita lihat disebelah timur di kawasan kampung ia dijadikan juadah campuran bersama ulaman lain untuk menghasilkan lauk nasi ulam. Manakala kalau di Negeri Sembilan pula biasanya dijadikan campuran untuk masak tempoyak bersama pucuk-pucuk ulam yang lain. Saya juga biasa memakannya. Wassalam.

3 | safwan

October 18th, 2009 at 6:07 pm

Avatar

Dalam keluarga kami, daun kaduk ini tersenarai salah satu daripada 13 jenis daun herba yang dimasukkan ke dalam masakan bubur lambuk.

4 | jentayubisu@yahoo.com

November 1st, 2009 at 3:14 am

Avatar

Selain daun sireh daun kaduk juga digunakan untuk menuam perut bayi mengalami masalah kembung perut. Caranya layurkan daun kaduk dengan api lilin kemudian tuam diperut bayi dengan menekan perlahan-lahan.Insyaallah perut bayi yang kembung itu akan beransur lembut dan anda akan dapati bayi itu kentut. Untuk ulam digalakan celur sekejap saja kerana kalau lama daun kaduk berlendir. Kalau saya, saya lebih suka buat kerabu. Caranya daun kaduk dihiris nipis sebanyak yang diperlukan kemudian campur dengan 2 camca makan garam ramas dengan sedikit air bertujuan untuk mengurangkan rasa pijar daun kaduk. Basuh dan tapis.Ramuan lain masukan 1 tin sardin kecil,bawang besar 1 labu, kelapa parut anggaran 50 sen, cili padi dipotong kecil atau cili tumbuk, garam, serbuk perasa atau gula.Kesemua bahan digaul rata. Disyorkan makan dengan ikan kering gelama masam dan nasi panas. Selamat mencuba.

5 | zaeiniah

November 6th, 2010 at 11:04 am

Avatar

Daun kaduk boleh dibuat ulam serta campuran untuk nasi kerabu,bubur lambuk dan juga masak tempoyak.Untuk menghilangkan sakit pepala rebus dan minum air nya

6 | teratak5

June 16th, 2011 at 3:56 am

Avatar

saya ada tanam pokok kaduk di halaman rumah.
pokok kaduk mudah tumbuh. Kegunaan pokok kaduk di ialah sebagai ulaman. Selain utk mengubati masalah keputihan. daun kaduk juga boleh dibuat ubat utk kanak-kanak batuk. Kalau nak tau lebih lanjut sila ke blog saya..

http://teratak5.blogspot.com/2011/06/daun-kaduk-mengurangkan-batuk.html

Comment Form

Categories

Hari ini & Semalam

BlogMalaysia.com

About

Blog ini hanyalah artikel semata-mata. Ianya di ambil dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan hati mengenai artikel ini haraplah diberi komen dan cadangan. Di harap sedikit-sebanyak blog ini dapat memberi pengetahuan kepada anda yang berminat dalam bidang tumbuh-tumbuhan, landskap, herba dan bidang pertanian.

Klik Like!! Sertai Saya di FaceBook!!

Download Percuma Pelan Bisnes !!

Artikel Paling Popular Tahun 2011


Pokok Stevia @ Pokok Gula - 17130 hits
Penjagaan Pokok Hiasan Dalam Pasu - 14030 hits
Pokok Pecah Kaca - 12297 hits
Tanaman Herba Di Malaysia - 12033 hits
Ulam-Ulaman - 11664 hits
Buah Mentega - 10576 hits
Khasiat Lobak Putih - 9821 hits
Buah Kuning Telur @ kanistel - 9734 hits
Buah Markisa - 9712 hits
Buah Keriang Dot - 9677 hits
Khasiat Daun Sirih - 9636 hits
Rahsia Buah Delima - 9307 hits
Buah Kesusu - 8988 hits
Buah Berembang - 8452 hits
Petua Tradisional - 8043 hits