23 Jul, 2009

Buah Naga sejenis Kaktus yang unik

Posted by: admin In: @Tanaman Buah

Number of View :962

pitaya1

Buah Naga sebenarnya adalah sejenis pokok kaktus yang tidak mempunyai daun tetapi hanya mempunyai batang berbentuk tiga segi yang banyak ditumbuhi duri-duri halus seperti juga pokok kaktus yang lain. Oleh itu ia hanya sesuai ditanam jauh dari kawasan lalu lalang seperti di bahagian penjuru laman agar duri pada batangnya tidak membahayakan.

Bunganya pula berwarna putih kekuningan berbau sangat wangi. la mula berkembang mulai jam 9 malam, hanya mekar pada waktu tengah malam dan beransur layu pada waktu dini hari. Ada yang berpendapat bahawa keharuman bunganya mempunyai kesan aroma terapi dan baik untuk kesihatan. Untuk mengetahui kebenarannyacuba-lah sendiri menghidu wangian bunganya pada waktu tengah malam.
Mana kala buahnya pula berbentuk unik seperti menyerupai bebola
api berwarna merah terang. Rupanya seakan akan bebola api yang keluar dari mulut naga.

—————————————————————————————

Dapatkah Hadiah Misteri Dengan Menjawab Soalan Kajian Ini <-Klik Sini

Related Posts with Thumbnails

5 Responses to "Buah Naga sejenis Kaktus yang unik"

1 | Rusni Binti Saleh

July 29th, 2009 at 1:31 am

Avatar

Buah naga -kaya dengan Vitamin c ,bagus untuk usus,mencuci toksid dalam usus
Pengalaman saya semasa mengalami ketumbuhan dalam usus ,saya blend isi buah naga 3biji untuk dijadikan sarapan pagi ,minuman sebelum mengambil makanan,alhamdulillah sakit dalam usus bertambah pulih dan saya masih mengamalkannya sehingga kini saya mengamalkannya.

Nota - Blend dengan menggunakan concentrated blender(tanpa campur air)

2 | Adminbestawaran

August 25th, 2009 at 6:22 pm

Avatar

Anda inginkan pendapatan dari memperkenalkan Jus Buah Naga Madu? Sila layari http://www.bestawaran.com/index.php?ac=141 untuk maklumat perihal buah naga & POTENSI Jana Pendapatan Xtra RM300 - RM2,100 sehari. Ayuh! Tingkatkan ekonomi kita bersama!!!

3 | rina

April 26th, 2010 at 7:28 am

Avatar

yang isi merah ni sedap …yg putih kureng skit …

4 | Mahadi

May 11th, 2010 at 12:46 pm

Avatar

Yg isi merah tu memang sedap. Setahu saya asal kaktus ini dari Mexico yg bersempadan USA. Tapi herannya semasa saya di USA saya lihat harga buah naga disana sangatlah mahal hinggakan Org USA ramai yg tak sanggup beli.

5 | Orot

December 24th, 2010 at 5:09 am

Avatar

Buah naga ada dua macam isi putih dan isi merah, mungkin agak beda khasiatnya ya?????

Comment Form

Categories

Hari ini & Semalam

About

Blog ini hanyalah artikel semata-mata. Ianya di ambil dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan hati mengenai artikel ini haraplah diberi komen dan cadangan. Di harap sedikit-sebanyak blog ini dapat memberi pengetahuan kepada anda yang berminat dalam bidang tumbuh-tumbuhan, landskap, herba dan bidang pertanian.

Klik Like!! Sertai Saya di FaceBook!!

Download Percuma Pelan Bisnes !!

Artikel Paling Popular Tahun 2011