16 Jul, 2009

Kisah Pengamal Herba Seisi Keluarga

Posted by: admin In: Artikel| Artikel Herba

Number of View :1274

Setiap hari saya minum teh misai kucing, mas cotek yang mana pokok tanam sendiri dan dikeringkan serta dibuat serbuk teh. Kencing saya lawas. Saya juga mengadunkan beberapa jenis herba menjadi tepung dan dimasukkan dalam kapsul dan dimakan tiap-tiap hari (hempedu bumi, jarum 7, sambung nyawa, beluntas, dukung anak, halia, lada hitam, kaduk dan rempah ratus ). Saya makan setiap hari dan proses pembuangan angin dan najis amat baik sekali.

Saya memang pengemar ulam dan yang selalu saya makan ialah seperti pucuk putat nasi, beluntas, bebueh, petai, jering, kerdas, pucuk kari, pucuk gajus, pucuk paya pantai, pucuk jering, pucuk kerdas, keladi agas keladi ulam, sambung nyawa, jarum tujuh bunga orange dan unggu, pegaga air, pegaga gergasi, pegaga bintang, pucuk tenggek burung, ketumpangan air, kaduk, putat sawah, putat hutan, kangkong, kucai, kobis, timun, salad, saldri, lobak merah.

Petua tradisional untuk kecantikkan muka - bedak sejuk dicampur dengan lendir daun lidah buaya dan sirih melayu dilumatkan dan disapu kesemua muka sebelum tidur dan dicuci keesokkan hari, minum air atau serbuk hempedu bumi, misai kucing, jarum 7, sambung nyawa, beluntas, kaduk untuk kesihatan dalaman, dan sekiranya terluka ambil daun hempedu bumi diramas-ramas dan dipupuk pada tempat luka, walaupun pedih tetapi cepat sembuh atau daun kapal terbang dilumat dan dicampur dengan sedikit kapur sireh dan ditampal ditempat luka bagi memberhentikan darah mengalir atau sapu minyak gamat.

Kanak-kanak demam ambil pucuk kacang panjang diramas dan dipupuk dikepala atau asam jawa diramas dengan sedikit air dan disapu dikepala, jika sakit perut ambil pucuk jambu batu dimakan atau direbus bersama kulitnya hingga mendidih dan setelah sejuk bolehlah diminum. Bagi wanita lepas bersalin daun mengkudu, ara lempung, bebueh dialas pada tungku iaitu besi panas dibalut dengan kain dan dituam pada perut bagi mengeluarkan darah kotor dan angin dalam badan.

Semua keluarga saya penggemar ulam. Antaranya ialah ulam pucuk putat nasi, bebueh, beluntas, jarum 7, sambung nyawa, ulam raja, pucuk kari, ketumpangan air, pegaga gergasi, kaduk, pucuk sekentut, pucuk ulat bulu(pucuk letup) dan daun durian belanda untuk menakutkan tikus, dan pokok cermin untuk menakutkan nyamuk dan daun garuda untuk menakut serangga.

Kiriman E-Mel: osmansd1 @ gmail.com, Umur 56 tahun.

—————————————————————————————

Dapatkah Hadiah Misteri Dengan Menjawab Soalan Kajian Ini <-Klik Sini

Related Posts with Thumbnails
Tags: , ,

3 Responses to "Kisah Pengamal Herba Seisi Keluarga"

1 | safrina

August 6th, 2009 at 3:11 am

Avatar

encik, email encik tu tak recognize.adakah email itu betul?

2 | OSMAN

August 21st, 2009 at 2:26 am

Avatar

safrina, tel kan sonang 017-6135654 tk.

3 | sar

August 23rd, 2010 at 2:19 am

Avatar

Salam ,boleh En Osman beri sukatan mas cotek dan misai kucing kering untuk direbus

Comment Form

Categories

Hari ini & Semalam

About

Blog ini hanyalah artikel semata-mata. Ianya di ambil dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan hati mengenai artikel ini haraplah diberi komen dan cadangan. Di harap sedikit-sebanyak blog ini dapat memberi pengetahuan kepada anda yang berminat dalam bidang tumbuh-tumbuhan, landskap, herba dan bidang pertanian.

Klik Like!! Sertai Saya di FaceBook!!

Download Percuma Pelan Bisnes !!

Artikel Paling Popular Tahun 2011