12 Jul, 2009

Musim Durian Dah Tiba

Posted by: admin In: @Tanaman Buah

durian

Best tak tengok gambar durian ni.. Tentu rasa terliur kan.. Musim buah durian kali ini aku tak terlepas untuk membeli dan merasai pelbagai jenis durian. Tak kiralah durian kampung mahupun durian klon. Boleh kata setiap minggu ada je durian yang aku rasa. Tak kiralah beli di pasar tani ataupun dapat free. Semalam balik kampung pun dapat makan lagi buah durian. Siap bawa balik sini lagi.

durian2

Walau apa jenis durian yang aku makan, memang durian klon paling best. Durian klon yang aku dah rasa antaranya seperti D2, D145, Udang Merah, D197, D99 dan ada yang aku tak ingat. Durian klon D24 je belum dapat rasa lagi musim ni. Hari tu pergi pasar tani, harganya mencecah RM10/kilo. Tak larat nak beli kalau harga macam tu mahal..

Anda dah rasa ke belum?

—————————————————————————————

Dapatkah Hadiah Misteri Dengan Menjawab Soalan Kajian Ini <-Klik Sini

Related Posts with ThumbnailsNumber of View :1589

9 Responses to "Musim Durian Dah Tiba"

1 | saiful

July 12th, 2009 at 11:23 pm

Avatar

Hmm… Sedapnya.. Kalau ada lebih tu, hantarlah ckit kat cni

2 | amran

July 13th, 2009 at 1:08 pm

Avatar

salam.kalau nak rasa durian paling best…datanglah ke SEGAMAT JOHOR ..no.1 di Malaysia..sekarang musim durian di sini.

3 | chah

July 13th, 2009 at 1:10 pm

Avatar

Ramai dh tau cara nk hlgkan pns mkn durian,minum air dlm pangsanya….Tapi ramai yg x tau cara nk hilangkan bau durian kt tgn leps mkn…Ada sorng hamba Allah yg jual durian bg petua ni ntk dikongsi…Katanya masa basuh tangan,amik biji durian yg dh bersih tu & ramas2 mcm guna sabun…..InsyaAllah hilang bau durian yg melekat kt tgn tu….X la nanti salam bakal mak mentua bau durian je……! :-)

4 | sha

July 15th, 2009 at 9:12 pm

Avatar

emmm..mmg le sedap klu dapt makan raja segala buah ni…x dpt mkn buah lain pun x kisah..nasib aku baik kawin ngan org yg ada kebun durian…so, x payah la susah payah nk beli durian yg agak mahal regenye especialy yg klon tu..

5 | nolie82

July 17th, 2009 at 8:38 am

Avatar

nak menyampuk jerk… cara nak ilangkan bau durian ialah basuh tangan then ambik kulit durian tu lalukan dibawah air,then air yg lalu dari kulit tu biar kena tangan kita… insya’allah ilang trus bau…

6 | Kautsar

June 21st, 2010 at 2:57 am

Avatar

Salam saudara.Bleh saya tau,ada x saudara benih durian gajah,kacapuri,terung dan tembaga?

7 | admin

June 22nd, 2010 at 3:37 pm

Avatar

Saya sendiri baru pertama kali mendengar buah durian jenis tersebut.. Ada tujuan ke menginginkan benih tersebut..

8 | Anak Tani

July 1st, 2010 at 2:00 pm

Avatar

Standard aku makan durian, sehari 2 biji masa musim durian ni, sebab aku tak payah beli,tinggal kutip bawah pokok je.

9 | JALALUDDIN ASRAM

December 29th, 2010 at 4:19 am

Avatar

Durian muar sudah berkurangan….sejak durian tidak dibenarkan dibawa masuk ke singapura..akibatnya banyak pokok2 durian ditebang…dan digantikan dengan penanaman kelapa sawit….agak terharu bila ketahui specis durian kampung power pun kena tebang…akibatnya terpaksa anak cucu beli durian bila balik kampung…..hua hua termasuklah aku…

Comment Form

Categories

Hari ini & Semalam

BlogMalaysia.com

About

Blog ini hanyalah artikel semata-mata. Ianya di ambil dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan hati mengenai artikel ini haraplah diberi komen dan cadangan. Di harap sedikit-sebanyak blog ini dapat memberi pengetahuan kepada anda yang berminat dalam bidang tumbuh-tumbuhan, landskap, herba dan bidang pertanian.

Klik Like!! Sertai Saya di FaceBook!!

Download Percuma Pelan Bisnes !!

Artikel Paling Popular Tahun 2011


Pokok Stevia @ Pokok Gula - 17130 hits
Penjagaan Pokok Hiasan Dalam Pasu - 14030 hits
Pokok Pecah Kaca - 12297 hits
Tanaman Herba Di Malaysia - 12033 hits
Ulam-Ulaman - 11664 hits
Buah Mentega - 10576 hits
Khasiat Lobak Putih - 9821 hits
Buah Kuning Telur @ kanistel - 9733 hits
Buah Markisa - 9712 hits
Buah Keriang Dot - 9677 hits
Khasiat Daun Sirih - 9636 hits
Rahsia Buah Delima - 9307 hits
Buah Kesusu - 8988 hits
Buah Berembang - 8452 hits
Petua Tradisional - 8043 hits