08 Jul, 2009

Tanam Cili Dalam Pasu

Posted by: admin In: @Hasil Tani| @Tanaman Sayuran

benih-cili1

Siapa yang tak kenal cili. Bagi saya ia raja segala sayur. Namun ramai yang mungkin tidak pernah tanam sayur. Tak perlu tanam banyak-banyak untuk dapatkan hasilnya. Tanam sepokok dalam pasu pun dah ok.. Sayuran cili mampu hidup lebih subur didalam pasu sekiranya ditanam mengikut kaedah penanaman yang betul.

Berikut adalah kaedah penanaman didalam pasu yang boleh dijadikan panduan.

  • Gunakan tanah campuran yang mengandungi tiga bahagian tanah, satu bahagian tahi ayam reput atau kompos dan satu bahagian pasir. isikan pasu dengan tanah campuran tersebut.
  • Semai terus 2 atau 3 biji benih kedalam pasu sedalam 2 hingga 3 cm. Tinggalkan hanya sepokok setiap satu dua minggu selepas menanam.
  • Siram pokok pada awal pagi dan lewat petang setiap hari kecuali pada hari hujan.
  • Tabur sebanyak satu sudu kecil baja kimia di sekeliling pokok setiap minggu. Saya galakkan anda gunakan baja kompos sahaja. Lebih baik kerana cili lebih berkualiti dan selamat dimakan begitu sahaja.

Hasil boleh  dikutip selepas kira-kira 2-3  bulan selepas ditanam.  Dah dapat hasil tu jangan lupa bagi sedikit pada jiran sebelah. Jangan kedekut. Selamat mencuba.

—————————————————————————————

Dapatkah Hadiah Misteri Dengan Menjawab Soalan Kajian Ini <-Klik Sini

Related Posts with ThumbnailsNumber of View :5643
Tags: ,

9 Responses to "Tanam Cili Dalam Pasu"

1 | sha

July 15th, 2009 at 9:18 pm

Avatar

ok juga ye tanam lada dlm pasu..mklum la duk kl ni mana cukup tanah nk menanam..setakat nak beli satu genggam tu bleh tahan gak regenya..baik aku try tanam dlm pasu..thanx utk yg bagi idea ni…

2 | Rusni Binti Saleh

July 29th, 2009 at 2:04 am

Avatar

cubalah gunakan baja organik janganlah bergantung semuanya pada bahan kimia.
untuk buat baja sendiri:

kepala udang atau kulit udang di blender dan dicampurkan dengan air .siramkan hasil campuran tadi kepokok -pokok yang kita tanam ,anda cuba dan lihat sendiri hasilnya!

3 | wsafie

October 6th, 2009 at 3:31 pm

Avatar

belbagai cara saya mencuba, namun pokok cili tak menjadi. Buah jadi lebam, daun jadi kerinting. Nasihat dari kawan saya cuba dengan menyiram dan menyembur air racun serangga mengikut jadual yang di tetapkan. Namun, sampai masa nya, pokok diserang penyakit juga. saya tak juba lagi cara saudara cadangkan. apakah cara ini dapat menyelesaikan masalah ini.

4 | rohana74

November 19th, 2009 at 2:08 pm

Avatar

kalau pokok cili rosak senang saja .pakai saja air basuh beras .lagi bagus dari pada bahan kimia .kalau baja pula baik kita gunakan bahan organik yang sedia ada di rumah kita .baru mesera alam.

5 | rashidi

February 28th, 2010 at 4:24 am

Avatar

sy baru berumur 17 thn tapi sy berminat untuk menceburi dalam bidang pertanian iaitu tanaman cili fertigasi… mula2 nk try tanam mmg la susah sebab bila tanam tak hidup …bila tanam dalam tray hanya sebahagian kecil yg hidup…itu la yg terpaksa sy alami mse mula2 tanam…mybe sy masih belum mahir ttng tanaman cili…sy harap doc dpt membantu sy…dan beri sy nasihat yg lbh mendalam lg…………

6 | zalena

April 27th, 2010 at 1:17 am

Avatar

Salam,sya mmg suka tanam menanam ni bukan ape utk jimat blnja tapi masalahnya pokok cili yg sya tanam daunnye tak cntik mcm kerinting,ada semut,daun ada putih2 dan pokoknye tinggi tak gemuk, sya dah taruk baja organik sama aje….hrap ada sesiapa yg bleh bagi petua utk jadikan pokok cili sya gemuk dan berbuah banyak,t kasih.

7 | Noorlidah Abusari

June 29th, 2010 at 8:39 pm

Avatar

Salam semuanya, untuk Zalena, saja nak kongsi pengalaman menanam lada/cili, apa yang saya buat selain buh baca, kena berselawat wktu siram pkk xkira apa jenis pkk, juga apa yg saya buat buat air yassin n siram pada pkk, wktu siram smbik berdoa mohon pada ALLAH spya disuburkan pkk trsbt, sbb hanya Allah yg berkuasa menyuburkan pkk. Kalau berminat nak tengok pkk tanaman saya bleh kita berwebcam, nnti saya share with u Zalena, saya tinggal di Fairfax Virginia USA, so dpt bertanam hanya musim panas saja, anyway, let me know, here is my e-mail address n00r_shafiq@yahoo.com
Semoga kita semua jadi penanam sayura2an yang berjaya.
wassalam,
Noorlidah Abusari

Reply - n00r_shafiq@yahoo.com\r\nSemoga kita semua jadi penanam sayura2an yang berjaya.\r\nwassalam,\r\nNoorlidah Abusari’); return false;”>Quote

8 | faizraudha

November 27th, 2010 at 2:48 pm

Avatar

salam,
saya dah cuba utk tanam cili dlm pasu, pokok mmg sihat dan keluarkan buah yang banyak. tapi baru2 nie saya dapati daun pada pokok cili tersebut gugur.ada pokok yang hanya tinggal ranting,tapi tetap mengeluarkan buah yang banyak dan buah jadi lebih mudah masak(merah). boleh bagitahu apa yang berlaku pada pokok cili saya.apa yang perlu saya buat.

9 | khairi

July 18th, 2011 at 7:35 am

Avatar

salam
saya khairi….saya nak tnya…boleh tak saya tanam menggunakan botol sebagai ganti kepada polibag dan pasu…soalnya…..adakah pokok cili nie boleh hidup menngunakan botol itu shj..

p/s botol mineral nie saya belah dua..guna yang bawah…dan buat lubang kat bawah dia untuk air mudah keluar….

Comment Form

Categories

Hari ini & Semalam

BlogMalaysia.com

About

Blog ini hanyalah artikel semata-mata. Ianya di ambil dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan hati mengenai artikel ini haraplah diberi komen dan cadangan. Di harap sedikit-sebanyak blog ini dapat memberi pengetahuan kepada anda yang berminat dalam bidang tumbuh-tumbuhan, landskap, herba dan bidang pertanian.

Klik Like!! Sertai Saya di FaceBook!!

Download Percuma Pelan Bisnes !!

Artikel Paling Popular Tahun 2011


Pokok Stevia @ Pokok Gula - 17130 hits
Penjagaan Pokok Hiasan Dalam Pasu - 14030 hits
Pokok Pecah Kaca - 12297 hits
Tanaman Herba Di Malaysia - 12033 hits
Ulam-Ulaman - 11663 hits
Buah Mentega - 10576 hits
Khasiat Lobak Putih - 9821 hits
Buah Kuning Telur @ kanistel - 9733 hits
Buah Markisa - 9712 hits
Buah Keriang Dot - 9677 hits
Khasiat Daun Sirih - 9636 hits
Rahsia Buah Delima - 9307 hits
Buah Kesusu - 8988 hits
Buah Berembang - 8452 hits
Petua Tradisional - 8043 hits