INCLUDE_DATA

Segalanya Tentang Tumbuhan…


 Powered by Max Banner Ads 

26 Jun, 2009

Durian Sabah, Durian Isu, Durian Pakan, Durian Merah…

Posted by: admin In: @Buah Nadir

durian

Gambar ni aku ambil masa pergi pameran tahun 2004. Pameran apa, aku pun dah tak ingat.. Macam-macam pameran dah aku kunjungi.. Jadi, mungkin artikel yang seterusnya aku nak tunjukkan gambar-gambar lama yang masih ada dalam simpanan aku. Nak cerita banyak aku tak reti..  biarlah gambar ini menceritakan segalanya..

Kalau mereka yang berada di Sabah Sarawak tentu dah biasa tengok durian ni kan.. Yang berada di Semenanjung tentu jarang sekali.. apatah lagi merasainya.. SO.. kalau ada cerita di sebalik gambar ni, haraplah dapat dikongsi bersama..

—————————————————————————————

Dapatkah Hadiah Misteri Dengan Menjawab Soalan Kajian Ini <-Klik Sini

18 Responses to "Durian Sabah, Durian Isu, Durian Pakan, Durian Merah…"

1 | admin

June 27th, 2009 at 1:40 pm

Avatar

Durian dalam gambar ini banyak terdapat di Sabah dan juga di Sarawak. Untuk pengetahuan semua durian Pakan biasanya dipanggil Sukang oleh penduduk tempatan Sabah rasanya taklah manis sangat tetapi lemak. Durian merah pula tak berperisa tetapi lemak. Biasanya ia dimasak untuk dibuat sambal.

dikirimkan oleh : andolin5735@yahoo.com

2 | fianz abz

July 2nd, 2009 at 3:09 am

Avatar

rasanya yang manis dan sedap durian isu manis isi tak berapa tebal, dan durian pakan kami pangil (melanau Nyikak) manis baunya yang harum, dan isinya kebiasaan tebal dan mudah dikupas dari biji.terdapat banyak virety durian pakan ini, durian merah sama jenis dengan pakan tetapi kebiasaan disarawak yang berwarna merah ini tumbuh liar di hutan bukit, isi kurang tebal.

3 | eimann

July 2nd, 2009 at 7:19 am

Avatar

pernah sorang kawan balik sarawak dan bawa balik buah durian merah tu. saya rasa sikit je, tak manis tapi baunya kuat bukan main. apa pun Malaysia memang banyak pilihan buah2an.

4 | meriam karim

July 3rd, 2009 at 7:02 am

Avatar

masa saya dok di lahad datu, buah ini memang banyak.pokoknya pun banyak kat kampung tayawari.kawan saya rose marinus(orang dusun) ajar saya buat tempoyak dari isinya.ambil isinya (5 biji durian)dan bubuh dalam bekas.potong bawang merah, dan goreng bersama sedikit minyak.Bila dah garing, masukkan isi durian merah tadi.goreng sehingga durian tadi berwarna merah oren dan keluar minyak.makan bersama nasi panas.memang sedap!
selebihnya simpan dalam peti ais dan jadi tempoyak merah.bagi saya, rasanya semasa masih panas, sedap dan lemak2.unik! terima kasih pn rose untuk resepi tu.

5 | Georgemojo

July 15th, 2009 at 1:56 am

Avatar

tapi semuanya tak berapa sedap……org srwk angkat bakul sendiri jah

6 | teman

August 25th, 2009 at 8:43 am

Avatar

aku buat tengah buat penyelidikan tentang buah durian kuning, @ durian pakan @ durian sukang @ durian sabah. siapa tahu kat mana senang nak dapatkan buah ni dan bila musimnya. aku kat ums ni. nanti boleh email kat aku contact no. teman_skudai@yahoo.com.my

7 | meriam karim

September 4th, 2009 at 10:59 am

Avatar

Kalau nak tengok dan kaji buah ini,pergilah ke Lahad Datu Sabah.Saya dah lupa bila musim buah ini.Pokoknya banyak di Kg Tayawari dan kampung-kampung di tepi Sungai Segama,Lahad Datu.Apabila tiba musimnya, banyak dijual di tepi jalan. 6 biji sepuluh ringgit.Jalan-jalan di kampung orang dusun dan tanyalah mereka.Saya terkenang semasa tinggal di sana.Bukan saja banyak durian merah ni, tapi juga banyak udang galah yang besar-besar.Pemandangan di sana begitu cantik dan asli.Sekarang dah balik ke Perlis, banyak sawah padi je la.Durian Siam pulak yang banyak.

8 | Kamal

November 3rd, 2009 at 3:00 am

Avatar

Salam semua sekali.. sekarang ni aku tgh ada kat sandakan untuk buat tugas rasmi. buat pengetahuan korang, sekarang ni tengah musim durian merah, durian sukang dan berbagai jenis lagi durian hutan. belambak-lambak orang tengah jual kat tepi2 jalan dari K. Kinabalu sampai sandakan. Harga dia bergantung kepada penjual. kalo dia tengok korang semua cakap mcm org semenanjung, confirm kena ketuk sampai 25 rgt/kilo. tapi kalo bernasib baik dapat harga 5 rgt untuk 6 biji. setakat ni aku dah jumpa 4 jenis durian hutan ni. durian merah- memang macam merah saga isi dia. rasa dia agak kering. kalo orang perak cakap “kesin”. nak masuk dlm tekak tu rasa mcm tersangkut. isi dia tak manis sgt tapi rasa lemak. kawan aku yang datang sekali pun terkejut tgk warna dia. durian sukang - sebesar penumbuk orang dewasa. warna kuning isinya dan rasa manis berlemak. tapi isi dia sebesar ibu jari je. tak puas nak makan rasanya. sekilo dalam 6-10 rgt. boleh la kalo nak rasa. kemudian ada durian yang aku tak tau nama dia apa, tapi bulat besar bola baling (hand ball). warna isi agak kuning dan rasa manis serta berlemak yang seimbang. harga antara 5-7 rgt sekilo. yang ini puas la skt nak makan. yang terakhir aku tak tau jgk nama apa. tapi aku rasa durian tembaga. isi dia oren mcm warna tembaga. rasa dia berlemak yang tinggi. geli geleman rasa nak makan. tapi sedap gak. harga dia antara 8-10 rgt/kilo. kat sini kalo nak cari durian yang tak terkacuk dengan spesis lain lagi boleh la. patutnya ada la pihak yang terpikir nak kacukan duarian2 hutan ni dgn durian tempatan kita yang lain kan. pasal nak buat apa dgn durian hutan ni aku tak pasti lagi. tapi aku pnh tgk tempoyak warna merah dari durian merah ni la. tak payah campur cili pun dah nampak merah. kalo buat gulai tempoyak aku rasa mesti mantap punyalah. buah2 durian hutan ni aku tak pnh jumpa lagi kat semenanjung. itu lah pengalamn yang aku dpt kongsikan bersama. sebelum aku lupa aku nak bgtau satu petua kalo nak hlgkan bau durian kat tgn lepas makan. basuh tangan dibawah aliran air kulit durian (bahagian duri). InsyaAllah terus hilang. kumur pun boleh. tak ada la bini bising waktu tido malam. hehehehehe….. kejor yeop kejor!

9 | Noor Hamisah

November 3rd, 2009 at 3:03 am

Avatar

Nak cari durian ni di Sarawak dalam bulan August ~ Oktober. Di pasar Satok, Pasar Gambir … ada banyak .. boleh cari.

10 | admin

November 3rd, 2009 at 3:11 pm

Avatar

Terima Kasih saudara Kamal dengan memberikan info yang terkini.. Boleh tahan juga harganya. mengalahkan durian klon D24. Syok la dapat makan durian kat sana.. Jangan lupa kengkawan di sini..

11 | jentayubisu@yahoo.com

November 3rd, 2009 at 6:26 pm

Avatar

Durian merah ni makan belum lagi tengok biasa juga kat tv.Durian sedap dimakan kalau tak dak kencing manis la..Bunga durian enak dimasak gulai lemak.Kalau terlebih makan durian jika panas badan mengikut petua minum air menggunakan kulit durian atau makan buah manggis.Kulit durian dikeringkan kemudian bakar dapat menghalau nyamuk, lendir biji durian kalau disapu dimuka boleh melembut dan mencerahkan kulit muka. Untuk buat asam tempoyak dahulu hanya durian busuk saje yang dibuat maklumla masa tu durian mahal. Ambil isi durian D24 campur sedikit gula,garam dan kacau hingga sebati simpan dalam bekas plastik hingga asam tempoyak itu mengembang serta melepaskan gas durian kemudian baru diisi kedalam botol dan simpan dalam peti ais. Macam mana pula kalau anda tidak mampu beli durian D24 untuk buat tempoyak? Senang je campur sedikit serbuk kunyit dan kacau hasilnya tempoyak anda akan nampak menarik dan berkhasiat.Selamat mencuba.

12 | admin

November 5th, 2009 at 12:51 am

Avatar

Saya sdg membenih durian merah (sgt merah krimsom) yg dipanggil dalit atau ralit di Sabah dan juga durian orange atau kekuningan berduri panjang yg dipanggil sukang. Dalit rasanya amat lemak dan ada exotic taste sdgkan ukang rasanya bgi saya biasa saja cuma agak kurang berlemak dari durian biasa. tk. Saya memang orang Dusun dari Sabah.. saya jug menanam dan membekal benih gaharu jenis aquilaria malacensis.
Kiriman Emai: Kanul
kanul66@gmail.com

13 | admin

November 5th, 2009 at 12:53 am

Avatar

sy bkn brasal dr sbh/srwk…tp skang kat sbh…durian sabah nie kecik2 je yg sy pnh mkn mcm org2 sbh je buahnya kcik2… tp bleh r tahan rasanye tp isi nya bg sy la xbpe best mcm durian kat semenanjung la…..ntah ade satu jns buah durian tu best isi nya kcik2 manis tp xpasti nama durian tu….tu je dpt sy kongsi…..
Kiriman Email: shuemiemh @ yahoo.com.my

14 | admin

November 5th, 2009 at 12:54 am

Avatar

Saya pernah tinggal 3 tahun di sabah dan durian merah ini amat terkenal di sana.Kulit nya walaupun tajam tapi lembut tidak keras seperti durian yg lain ,isi berwarna merah dan manis.Boleh di dapati di antara dearah
tuaran hingga kota belut.Tidak banyak yang saya tahu akan kegunaanya selain di makan begitu saja.

Kiriman Email : AzariA

15 | andi

November 6th, 2009 at 1:21 am

Avatar

durian ni juga biasanya di panggil durian otak udang sbb warna nya macam otak udang

16 | asiah mohamed

November 8th, 2009 at 1:35 am

Avatar

Kami di Sabah terutama di bahagian Sandakan, Lahad Datu lebih suka durian merah. Ia boleh di masak samada tanpa minyak atau dengan sedikit sahaja minyak campur sedikit garam kemudian dimasukkan ke dalam botol dan disimpan untuk tahan lama. ia akan jadi masam sedikit dan berasa lemak dimakan dengan nasi panas sebagai perisa.

kalau yang segar boleh juga dimakan dengan nasi campur dengan garam

17 | mohamad hairum

November 9th, 2009 at 10:56 am

Avatar

Sebenarnya durian sukang ni bukan lah durian hutan sbb di sabah ianya ditanam oleh org kampung dan bisa dimakan walaupun tak seberapa sedap d bandingkan dgn durian D24. Ianya tak semudah ditanam kerana jangka nya yg panjang baru bisa berbuah. tetapi rasa dan keharuman nya sangat unik. Sukang ni berduri besar dan bulat bentuknya. Isinya kuning kalau dimakan rasanya berlemak. Sewaktu buahnya masih kecil harumannya sudah bisa terhidu. Saya ada tanam 5 pokok dan hanya sepokok saja yang masih hidup dan sekarang sedang berbuah sebesar buah rambutan. ( belum cukup besar lagi ) Durian merah pula bukan lah digalakkan utk dimakan begitu saja, ianya sesuai di buat tempoyak dan rasa nya lebih enak darpada tempoyak durian yg dibuat disemenanjung yg pernah dibawa oleh anak saya yg masih menuntut di UUM sintok. Dulu sebelum saya berkahwin dengan org Kinabatangan , saya juga tidak suka makan tempoyak durian merah ni tetapi hari ini dan seterusnya saya tidak akan menafikan keenakkan nya. Bukan iklan tetapi kenyataan. Sekiranya anda nak mengetahui lebih lanjut tentang buah durian sukang atau durian merah ini. Kiriman Email: hairumshah_07@ymail.com

18 | nazrie mohd

November 13th, 2009 at 9:15 am

Avatar

assalamualaikum,dan salam bahagia,
saya berasal dari sabah ,ttg buah durian sabah ni,durian merah ke semua 2 sama ja,cuma saiz buahnya yang kecil n warna isinya yang berbeza rasany pula manis n campur rasa kelat sedikit..mcm d sabah ni,klu smpi musim buah durian,anda pasti akan jumpa isi buah durian yang dimasak mcm cekodok,yang ni biasa di jumpai dlam daerah sipitang sabah…durian yang lain 2 xda bezanya dgn tpt anda…cuma di cni buah durian agak mahal..mcm d tpt saya ( kota belud),harga durian mencecah rm 4.00 sekilo…terima kasih.

Comment Form


 Powered by Max Banner Ads 

 Powered by Max Banner Ads 

Categories


  • Siti Zalikha Abdullah: Terima kasih info ini. Tempat saya di NS memang selalu menggunakan pucuk ubi tetapi sebagai makanan campuran contoh gulai telur, daun kayu +tempoyak.
  • Dedaun Alam: Ubi yg en mahadi maksudkan tu adlah ubi lekir. Ia sama bentuk dgn ubi sarek tetapi bbeza dr corak batangnya. Ubi lekir mmg x blh dimakan krn blh menye
  • Dedaun Alam: Slm en fazli, saya jg seorg peminat tumbuhan ni.Dlm blog saya ada n3 mgenai ubi2 tersebut.Nk tgk ubi2 yg en fazli sebutkan tu, sila jln2 ke blog saya.

About

Blog ini hanyalah artikel semata-mata. Ianya di ambil dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan hati mengenai artikel ini haraplah diberi komen dan cadangan. Di harap sedikit-sebanyak blog ini dapat memberi pengetahuan kepada anda yang berminat dalam bidang tumbuh-tumbuhan, landskap, herba dan bidang pertanian.

Dapatkan Artikel Baru Terus ke Email Anda

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Percuma !! Percuma !!

Percuma Pelan Bisnes Ladang Sayur