15 Jun, 2009

Khasiat Lobak Putih

Posted by: admin In: @Koleksi Petua| @Makanan Kesihatan| @Resepi Masakan| @Tanaman Sayuran

Lobak putih juga dikatakan mengandungi kandungan khasiat yang tinggi dan sering dikaitkan dengan mereka yang mengalami masalah penghadaman. Masalah perut meragam sering kali berlaku akibat ketidakhadaman makanan dan ia bukan sahaja menyakitkan tetapi turut menyebabkan seluruh badan terasa tidak selesa.Salah satu kaedah dalam perubatan tradisional untuk mengubati masalah perut meragam ialah dengan menggunakan lobak putih.

Selain daripada masalah ketidakhadaman makanan, lobak putih juga baik dimakan oleh mereka yang menghidap bronkitis, sakit tenggorok, asma, batuk dan selesema.Ia bertindak menentang bakteria, menguatkan limpa serta mempunyai kesan-kesan antipiretik.Berasal dari keluarga crucifera, lobak putih juga sesuai dimakan sebagai ulam terutamanya di kalangan mereka yang mengalami masalah kencing tidak lawas.

p/s: Di sini juga saya nak kongsi sedikit tips untuk buat sup lobak putih. Dikatakan Sup ini adalah baik untuk kesihatan buah pinggang….dan juga untuk ibu2 yg menyusukan anak…

Cara-caranya mudah sahaja…

  1. Hiris bawang merah , bawang putih dan halia. Tumis dalam minyak yang sedikit.
  2. Masukkan 3 cawan air dan rangka ayam.
  3. Biar ia mendidih selama 15 minit. Masukkan serbuk pati ayam dan garam.
  4. Akhir sekali, masukkan lobak putih yang telah dihiris bulat.
  5. Biar ia mendidih sebentar dan boleh dihidangkan.
  6. Boleh dihias dengan daun bawang dan daun sup dan tabur bawang goreng semasa menghidang.

—————————————————————————————

Dapatkah Hadiah Misteri Dengan Menjawab Soalan Kajian Ini <-Klik Sini

Related Posts with Thumbnails

3 Responses to "Khasiat Lobak Putih"

1 | azizah

January 16th, 2010 at 5:35 am

Avatar

entry ini sangat bagus. Umur saya 58tahun mengidap diabetes 10 tahun,darah tinggi 4 tahun, bengkak hati.Kerap juga dapat jangkitan saluran kencing bila ambil antibiotic baru sembuh. Jemu juga terpaksa telan ubat tiap2 hari.kalau miss ubat, diabetes tak control pula.nak ambil ubat tradisional yang di iklankan takut beri kesan pada hati.saya ambil teh misai kucing saja kerana doc kata selamat.Ada juga saya minum teh kulit kayu manis yg saya buat sendiri. 2 minggulepas kedua kaki sembab berterusan risau juga takut kegagalan ginjal kencing, kencing tak lawas.Ada seorang kawan dia juga mengidap diabetes lebih lama dari saya.dia yg nasihatkan minum jus lobak 2 x seminggu untuklawaskan kencing,baru ari ni saya minum rasanya tak bolih cakap le..

2 | Jeff

March 17th, 2010 at 2:15 am

Avatar

Dikatakan oleh orang tua-tua bahawa jus lobak putih ini baik untuk lelaki yang dijangkiti penyakit kelamin. Sebagaimana yang kita tahu bahawa lobak putih bersifat antibakteria, jadi rasanya bolehlah dicuba jika berkeyakinan.

3 | Lee

April 17th, 2010 at 2:47 am

Avatar

Ingin berkongsi bersama berkenaan lobak putih.. saya baru 2 minggu mengamal minum jus lobak putih..rasanya susah hendak diketa..menyengat…tapi saya dapat merasakan badan saya sepeti ringan..rasanya lobat putih ini menyahtoksid di dalam badan kira. Sebelum mengamalkan jus lobak ini saya mengalami darah tinggi alhamdullilah masa ini kadar gula dan tekanan darah saya turin.. saya hanya amalkan 2 kali sehari jus lobak sehari..Alhamdullilah ianya baik untuk kesihatan…tahap pengambilan makann juga telah berkurang… kalau makan lebih rasanya perut sudah penuh..saya merasakan perut kita dishrinkkan seperti sebelumnya…insallahkalau anda percaya pasti berja mengurangkan berat badan anda…

Comment Form


 Powered by Max Banner Ads 

 Powered by Max Banner Ads 

Categories


  • sya: info yang bagus! saya pernah dengar tentang pokok kecubung tapi kurang jelas mengenai khasiatnya. Terima kasih dengan info di laman ini!!
  • delon: Good day, saya ada masaalah tentang pokok ini, dimana ada sejenis burung yang bermata merah suka sangat makan daunnya sehingga pokoknya mati.
  • mardiana binti kholid: pecinta buah-buahan tempatan, skg ada lg x buah ni kat umh awak? saya nak beli..klu ada tlg e-mail kat saya di mardiana_kholid@yahoo.com. please ye...

About

Blog ini hanyalah artikel semata-mata. Ianya di ambil dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan hati mengenai artikel ini haraplah diberi komen dan cadangan. Di harap sedikit-sebanyak blog ini dapat memberi pengetahuan kepada anda yang berminat dalam bidang tumbuh-tumbuhan, landskap, herba dan bidang pertanian.

Dapatkan Artikel Baru Terus ke Email Anda

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Percuma Pelan Bisnes Ladang Sayur