Powered by Max Banner Ads 

20 May, 2009

Tebu Hitam

Posted by: admin In: @Tanaman Buah

tebu_hitam

Gambar pokok ini di ambil di tapak program Bumi Hijau di Presint 9 Putrajaya. Ada siapa ke yang tidak kenal pokok tebu. Yang pasti minum air tebu memang sedap. Tambah lagi kalau hari yang panas atau waktu berbuka puasa. Tetapi tebu hitam jarang pulak jumpa orang menjualnya.Maklumat mengenai tebu hitam ni pun masih lagi kurang.

Menurut sumber, Pokok tebu hitam atau nama saintifiknya Sacharum Offcinarum adalah salah satu herba yang boleh mengubati batuk, mengurangkan panas badan, menambah selera makan dan mengatasi masalah jantung berdebar.

Air perahan tebu hitam juga mempunyai khasiat tersendiri termasuk mengubati batuk dan mengurangkan panas badan. Caranya ialah dengan membakarnya terlebih dahulu lima atau enam ruas tebu hitam. Selepas itu ia dikupas dan diperah sebelum airnya diminum begitu sahaja.

Tebu hitam juga dapat merawat masalah jantung berdebar-debar. Caranya ialah selepas mencuci bersih, akar tebu hitam itu kemudiannya dikeringkan selama beberapa hari. Rebuskan akar yang telah dikeringkan itu dan minum air rebusan itu pada setiap pagi dan juga petang. Sebaik-baiknya kaedah ini dijadikan amalan sehingga pesakit mendapati masalah jantung berdebarnya sudah tiada lagi.

—————————————————————————————

Dapatkah Hadiah Misteri Dengan Menjawab Soalan Kajian Ini <-Klik Sini

Related Posts with Thumbnails

16 Responses to "Tebu Hitam"

1 | en_me

May 21st, 2009 at 7:11 am

Avatar

petua agar rambut kekal hitam, gunakan bunga tebu hitam yang dimasak dengan minyak kelapa dan sapu ke rambut.. wallahualam.. ghitewww

2 | Hidet

May 21st, 2009 at 7:27 am

Avatar

Salam.

Menariknye tebu hitam ni.
Berapa lama yg masa lepas kita tanam tebu untuk tebu ni membesar?

Regards

3 | admin

May 30th, 2009 at 1:15 am

Avatar

Petua yang baru.. boleh dicuba..

4 | kansas

June 26th, 2009 at 7:25 am

Avatar

tebu bole d campur cendol ka?

5 | admin

June 28th, 2009 at 11:50 am

Avatar

Sedap sangat ke kalau campur.. Macam tak best je..

6 | azli

July 31st, 2009 at 2:52 am

Avatar

Bagaimana pula untuk perubatan tradisional.
Ramai yg memperkatakan tebu hitam dlm mengubati penyakit misteri.

7 | chah

July 31st, 2009 at 10:04 am

Avatar

salam,
Tebu hitam yg buat ubt tu ada lg satu spesis.Rupanya sama mcm tebu hitam dlam gmbar ni,cuma batangnya agak kurus.Daunnya pula bewarna keunguan dgn urat daunnya ungu gelap seakan warna bubur pulut hitam..Tidak ditanam kormesial,selalunya beberapa rumpun dihalaman untuk perubtan kerana batangnya agak keras & kandungan airnya sedikit shj serta hanya untuk kegunaan perubatan seperti batuk yg berpanjangan,ambil 3 ruas rebus dgn segelas air & minum…..Harap info ini sikit sebanyak ada manfaatnya…

8 | Kiro

December 28th, 2009 at 6:03 am

Avatar

Mana nak dapat Tebu hitam dan daunnya berwaran ungu?

9 | Kiro

December 28th, 2009 at 6:06 am

Avatar

Sekiranya ada sesiapa tahu tebu hitam banyak terdapat dimana? inform me? tq.

10 | Putri Beradu

January 13th, 2010 at 10:15 am

Avatar

salam 1Malaysia
i baru dapat beberapa ruas tebu hitam.. dah 2 bulan i mencari,,, baru temui.. tujuan i mencari pun untuk wat ubat..

Biasanya tanaman ini sukar untuk ditanam…

11 | puteri lilin

March 1st, 2010 at 7:19 am

Avatar

betul kata chah…saya salah seorang mangsa ilmu hitam…masih dlm perubatan dgn seorang ustaz…kena dapatkan tebu hitam yang daunnya gelap…tebu hitam byk jumpa tapi yg daun gelap ni jenuh jugak mencarinya…akhirnya saya dapat dari seorang pembekal tebu di meru klang…jenuh duk tanya penjual air tebu di tepi jalan…

12 | Hafiz

March 18th, 2010 at 2:36 am

Avatar

asslamualaikum…

puteri lilin…sy nk mintak maklumat ckit mengenai pembekal tebu di meru klang tu…sbb sy juga sedang mencari tebu hitam utk rawatan org rumah sy….

13 | awin

March 25th, 2010 at 6:56 am

Avatar

dulu kat belakang umah ade tanam tebu hitam, yg daun biasa dan daun gelap. rasenye lagi manis dari tebu kuning. tapi dah lama ditebang. tak tau lak boleh guna dlm perubatan ilmu hitam ni.

14 | Mas

April 13th, 2010 at 6:36 am

Avatar

sy pun tgh mencari tebu hitam nih. bleh sy dapatkan alamat pembekal tebu di meru tuh? atau ada sesiapa lg yg bleh tlg berikan info mngenai di mana sy bleh dptkan tebu nih di sekitar lembah klang?

15 | an

April 26th, 2010 at 5:43 pm

Avatar

salam, saya ingin mencari tebu hitam dan daunnya kehitam hitaman.. di mana ya ??

16 | azfardanish

July 11th, 2010 at 3:17 pm

Avatar

saya ada stok tebu hitam yang daun hijau/daun ungu contact 0164156771

Comment Form


 Powered by Max Banner Ads 

 Powered by Max Banner Ads 

Categories


  • Best Agro Success: Kami menjual dan membekal syarikat atau individu yang berminat menanam STEVIA dengan harga yang berpatutan. sila sms atau call ke 0128325290 atau 088-
  • Wakman: Buah mentega ni ada 2 jenis, yg merah dan yg kuning.. Yg merah kurang sedap berbanding yg kuning..
  • Nurul Amirah: Saya harap kajian yang mengatakan buah belimbing buluh ini boleh rawat darah tinggi ini benar kerana saya berhasrat ingin membantu pesakit-pesakit yan

About

Blog ini hanyalah artikel semata-mata. Ianya di ambil dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan hati mengenai artikel ini haraplah diberi komen dan cadangan. Di harap sedikit-sebanyak blog ini dapat memberi pengetahuan kepada anda yang berminat dalam bidang tumbuh-tumbuhan, landskap, herba dan bidang pertanian.

Dapatkan Artikel Baru Terus ke Email Anda

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Percuma Pelan Bisnes Ladang Sayur