19 May, 2009

Sekam Padi

Posted by: admin In: @Teknologi Pertanian| Artikel

Number of View :1804

sekam_padi

Sekam Padi adalah kulit biji padi (Oryza sativa) yang sudah dikisar. Sekam padi yang biasa digunakan adalah sekam bakar atau sekam mentah (tidak dibakar). Sebagai media tanam, keduanya berperanan penting dalam pembaikan struktur media tanaman.

  • Sekam Bakar atau arang sekam adalah sekam atau kulit padi yang dibakar dengan teknik sedemikian rupa, sehingga menghasilkan sekam yang menjadi arang (berwarna hitam). Sekam bakar yang baik adalah sekam yang sudah terbakar, tetapi tidak terlalu hancur. Sekam bakar juga mampu ‘memegang’ tanaman dengan baik. Mudah didapati dan lebih murah. Kelemahan sekam bakar adalah ianya lebih mudah lapuk.
  • Sekam Mentah juga boleh digunakan sebagai komponen media tanam. Kelebihan sekam mentah sebagai media tanam, selain bersifat porous dan mampu menahan air, adalah kaya dengan vitamin B.  Merupakan sumber kalium (K) yang diperlukan oleh tanaman, dan menggalakkan pengakaran.

Melalui rujukan saya di internet, Harga semasa sekam padi seperti yang ditawarkan pada masa sekarang ialah;

  • harga sekam padi kisar - 60 sen sekilo - minimum kuantiti 10 tan
  • harga sekam bakar - 1 guni rm9.00 - minimum kuantiti 500 guni…

Walau bagaimanapun, harga bergantung kepada kos penghantaran dan sumber yang sedia ada. Kalau musim padi, sudah tentu harganya lebih murah.

—————————————————————————————

Dapatkah Hadiah Misteri Dengan Menjawab Soalan Kajian Ini <-Klik Sini

Related Posts with Thumbnails

5 Responses to "Sekam Padi"

1 | Ismail Gimbad

May 24th, 2009 at 7:02 am

Avatar

Saya tertarik dgn.informasi ini. Tahukah sdra. sekam padi di daerah saya dibuang begitu sahaja. Kalau siapa ingin mengambilnya dipersilakan tanpa harga. Saya sukacita kalau saya dapat diberitahu kaedah selain drp.dibakar atau dimasukkan kedalam guni secara mentah(sekiranya ada). Terima kasih. Wassalam.

2 | sibez

August 16th, 2009 at 11:46 am

Avatar

Bro,sekam padi perlu melalui pemprosesan sebelum boleh diguna utk tujuan pertanian. Antara sebabnya adlh pHnya yg rendah (asidik) dan jika diguna sbg medium tanaman, menggalakkan/menyebabkan pereputan akar

3 | ingin tahu

November 30th, 2009 at 12:53 pm

Avatar

i need ur help…
dulu orng gne sekam padi untuk bg thn ais 2 lme…
aperw yg mnyebabkan ais 2 than lme bile ais 2 dsaluti dgn sekam padi…??
i mean aperw yg ad dkt sekam padi 2??
i need 2 knoe A.S.A.P
plizz help me…..

4 | na hashim

April 27th, 2010 at 2:37 pm

Avatar

masih ingat masa kecil dulu, mak bagi itik makan sekam padi yang campur dengan air.

5 | sexy

May 25th, 2010 at 7:21 pm

Avatar

terkenang semasa dulu.. hatiku merasa rindu.. mungkinkh dpt btemu.. sekam padi d kampungku..

Comment Form

Categories

Hari ini & Semalam

About

Blog ini hanyalah artikel semata-mata. Ianya di ambil dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan hati mengenai artikel ini haraplah diberi komen dan cadangan. Di harap sedikit-sebanyak blog ini dapat memberi pengetahuan kepada anda yang berminat dalam bidang tumbuh-tumbuhan, landskap, herba dan bidang pertanian.

Klik Like!! Sertai Saya di FaceBook!!

Download Percuma Pelan Bisnes !!

Artikel Paling Popular Tahun 2011