14 May, 2009

Avokado Cantikkan Rambut

Posted by: admin In: @Koleksi Petua

Number of View :547

Rawatan rambut menggunakan teknologi terkini ada kalanya boleh merosakkan kesegaran ‘mahkota’ anda. Justeru, merawatnya dengan bahan semula jadi adalah langkah terbaik. Misalnya, dengan buah avokado. la sangat berkesan untuk memberi pelembapan yang lebih dan juga kaya dengan protein. Apa kata anda ikuti petua berikut…
Potong atau kisarkan sehingga halus sebiji buah avokado yang sudah masak. Campurkan bersama sesudu jus lemon, sesudu garam dan sesudu bendalir lidah buaya. Gaulkan hingga menjadi sebati.
Sapu dan sisirkan ramuan tadi pada rambut dan urut perlahan-lahan dengan jemari anda yang lembut. Lalu tutup rambut anda dengan penutup
kepala atau shower cap dan litupkan sehelai tuala di sekeliling kepala untuk menyerap basahan.
Biarkan selama 20 hingga 30 minit sambil anda membaca majalah, mahupun mendengar lagu kegemaran anda.
Sesudah itu, bilas dengan air sebersihnya. Jangan lupa bersyampu dan bilas sekali lagi untuk hasil rambut yang lebih lembut dan menawan. Selamat mencuba!

—————————————————————————————

Dapatkah Hadiah Misteri Dengan Menjawab Soalan Kajian Ini <-Klik Sini

Related Posts with Thumbnails
Tags:

No Responses to "Avokado Cantikkan Rambut"

Comment Form

Categories

Hari ini & Semalam

About

Blog ini hanyalah artikel semata-mata. Ianya di ambil dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan hati mengenai artikel ini haraplah diberi komen dan cadangan. Di harap sedikit-sebanyak blog ini dapat memberi pengetahuan kepada anda yang berminat dalam bidang tumbuh-tumbuhan, landskap, herba dan bidang pertanian.

Klik Like!! Sertai Saya di FaceBook!!

Download Percuma Pelan Bisnes !!

Artikel Paling Popular Tahun 2011