09 May, 2009

Kerabu Bunga Betik

Posted by: admin In: @Resepi Masakan

Bunga yang didapati dari betik jantan ini amat disukai orang ramai. Rasanya yang pahit mampu meningkat nafsu makan. Jika anda mahu menghilangkan rasa pahitnya, terlebih dahulu dicuci sambil diramas dengan air garam. Sedap dimasak sebagai tumis, kerabu atau dibuat sayur berkuah santan.
Di sini saya nak berkongsi untuk buat kerabu betik.
Bahan-Bahan:
1 mangkuk bunga betik (dari pokok betik jantan)7 batang cili api, 4 biji bawang merah , 3 biji bawang putih, sedikit udang kering, 1 cawan kelapa parut, belacan, asam jawa dan asam keping, garam dan gula secukup rasa.
Kaedah:
Bunga betik di rebus bersama 3 asam keping untuk hilangkan rasa pahit(rebus hingga empuk). Cili, bawang merah dan putih, udang kering, belacan ditumbuk bersama sedkit garam,Gaulkan kelapa parut bersama bahan tumbuk ,assam jawa , gula dan garam.
Bunga betik ditoskan untuk hilangkan air.
Masak bahan yang digaul tadi dalam kuali. Masak atas api hingga berbau wangi , rasa asam garam dan gula baru masukkan bunga betik dan kacau selama 5 minit. Angkat sedia untuk dimakan

—————————————————————————————

Dapatkah Hadiah Misteri Dengan Menjawab Soalan Kajian Ini <-Klik Sini

Related Posts with ThumbnailsNumber of View :1914

8 Responses to "Kerabu Bunga Betik"

1 | azman

May 10th, 2009 at 8:29 am

Avatar

tak tahu pulak bunga betik jantan boleh d buat masakan
selama ini kalau ada pokok jantan ni..awal2 mesti dah kena tebang…

2 | Lynn

May 11th, 2009 at 3:02 am

Avatar

Camne nak tahu pokok betik tu jantan ke betina??? X pernah tahu la.

3 | azman

May 13th, 2009 at 3:18 am

Avatar

nak elak ternanam pokok jantan macamana????

4 | irahab

May 19th, 2009 at 2:54 pm

Avatar

Salam.. Kata orang tua, cara untuk mengenal jantina pokok betik ialah dengan melihat akarnya semasa masih kecil, kira-kira tinggi sejengkal. Jika akarnya bercabang, ianya pokok betina dan sudah pasti akan menghasilkan buah. Manakala jika akarnya tunggal tidak bercabang, ainya pokok jantan. Wallahualam..

5 | noorlizal

December 3rd, 2009 at 6:30 am

Avatar

snang jee pkok btik jntan mngeluarkn bnga yg byk n tngkai

6 | zira

May 18th, 2010 at 12:59 pm

Avatar

hehe.. pucuk betik x makan kew? sedap pe wat sayur air.. x pown rebus je pas2 cicah dgn smbl tempoyak..

7 | hazah

December 6th, 2010 at 4:25 am

Avatar

blakang dpur sye penah tmbuh pokok btik jantan ni,sye prasan sjak bbunga ada bau wangi jer.jiran sye pnah bagi urap bunga btik jantan ni+pucuk…rase pahit2 tp sdap.

8 | mohd zukri mohd ramli

March 5th, 2011 at 9:26 am

Avatar

pokok betik biasanya, mengeluarkan bunga betina, bunga jantan dan bunga kunza pada setiap pokok, buah betik dihasilkan oleh bunga betina dan bunga kunza sahaja, peranan bunga jantan ialah untuk debunga. saiz buah betik dari bunga kunza biasanya lebih besar dan berat

Comment Form

Categories

Hari ini & Semalam

BlogMalaysia.com

About

Blog ini hanyalah artikel semata-mata. Ianya di ambil dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan hati mengenai artikel ini haraplah diberi komen dan cadangan. Di harap sedikit-sebanyak blog ini dapat memberi pengetahuan kepada anda yang berminat dalam bidang tumbuh-tumbuhan, landskap, herba dan bidang pertanian.

Klik Like!! Sertai Saya di FaceBook!!

Download Percuma Pelan Bisnes !!

Artikel Paling Popular Tahun 2011


Pokok Stevia @ Pokok Gula - 17130 hits
Penjagaan Pokok Hiasan Dalam Pasu - 14030 hits
Pokok Pecah Kaca - 12297 hits
Tanaman Herba Di Malaysia - 12033 hits
Ulam-Ulaman - 11663 hits
Buah Mentega - 10576 hits
Khasiat Lobak Putih - 9820 hits
Buah Kuning Telur @ kanistel - 9733 hits
Buah Markisa - 9712 hits
Buah Keriang Dot - 9677 hits
Khasiat Daun Sirih - 9636 hits
Rahsia Buah Delima - 9307 hits
Buah Kesusu - 8988 hits
Buah Berembang - 8452 hits
Petua Tradisional - 8043 hits