05 May, 2009

Beras dan Pulut

Posted by: admin In: @Teknologi Pertanian| Artikel

Apakah yang membezakan pulut dan beras? Sebenarnya, pulut adalah beras. Akan tetapi, ada sedikit perbezaan pada kedudukan penyusunan. Pada dasarnya, beras dan pulut memiliki kandungan zat pati yang unggul. Lebih kurang sekitar 80-85 peratus. Bakinya dipenuhi dengan kandungan protein, mineral, vitamin dan air.
Yang membezakan keduanya adalah unsur zat patinya. Zat pati pada asalnya terbahagi kepada dua, iaitu amilosa (pati dengan struktur tidak bercabang) dan amilopektin (pati dengan struktur bercabang).
Beras yang biasa kita kenali adalah beras putih. Beras ini berwarna putih kerana hanya memiliki sedikit aleuron (lapisan luar beras) dan kadar amilosanya sedikit. Ada juga beras hitam; Beras ini cukup luar biasa di pasaran. Warnanya yang ungu gelap kelihatan hitam disebabkan aleuron dan endosperm/a (tempat penyimpanan pati dan protein) memproduksi antosianin (pigmen semula jadi) dengan kekuatan yang tinggi. Itulah puncanya berwarna menjadi gelap. Jika kadar amilopektin beras hitam jauh lebih tinggi, maka lahirlah beras pulut yang kita kenali sekarani ini. Sifat amilopektin yang tidak larut dalam air membuatkan teksturnya lebih pekat dan melekit.
Kajian menunjukkan, semakin gelap warnanya, semakin tinggi pula kandungan pigmen anti penuaan pada beras pulut. Selain itu, pigmen juga kaya flavonoid yang mampu mencegah pengerasan pembuluh nadi.
Beras pulut hitam di negara kita biasanya dihidangkan sebagai makanan sampingan, bukan sebagai nasi seperti beras biasa. Pengolahannya boleh dipelbagaikan. Ada yang dimulai dari proses perendaman terlebih dahulu kemudian dikukus.

—————————————————————————————

Dapatkah Hadiah Misteri Dengan Menjawab Soalan Kajian Ini <-Klik Sini

Related Posts with Thumbnails

No Responses to "Beras dan Pulut"

Comment Form


 Powered by Max Banner Ads 

 Powered by Max Banner Ads 

Categories


  • sya: info yang bagus! saya pernah dengar tentang pokok kecubung tapi kurang jelas mengenai khasiatnya. Terima kasih dengan info di laman ini!!
  • delon: Good day, saya ada masaalah tentang pokok ini, dimana ada sejenis burung yang bermata merah suka sangat makan daunnya sehingga pokoknya mati.
  • mardiana binti kholid: pecinta buah-buahan tempatan, skg ada lg x buah ni kat umh awak? saya nak beli..klu ada tlg e-mail kat saya di mardiana_kholid@yahoo.com. please ye...

About

Blog ini hanyalah artikel semata-mata. Ianya di ambil dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan hati mengenai artikel ini haraplah diberi komen dan cadangan. Di harap sedikit-sebanyak blog ini dapat memberi pengetahuan kepada anda yang berminat dalam bidang tumbuh-tumbuhan, landskap, herba dan bidang pertanian.

Dapatkan Artikel Baru Terus ke Email Anda

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Percuma Pelan Bisnes Ladang Sayur