21 Apr, 2009

Pokok Kelor

Posted by: admin In: Kelor

kelor

Pada post kali ini, saya ingin berkongsi cerita mengenai pokok kelor atau nama saintifiknya Moringa oleifera. Informasi ini diberi oleh kakak lynz_an, iaitu salah seorang pembaca Blog ini yang sudi berkongsi mengenai khasiat dan kegunaan pokok kelor. Kita ikuti kisahnya..

Daun kelor merupakan makanan kegemaran kedua ibubapa, nenek dan kebanyakan orang-orang tua bagi masayarakat kami (Melayu Bugis). Cara masakannnya biasanya disediakan seperti memasak sup sayur tetapi tidak menggunakan rempah dan boleh dicampur dengan sayuran lain (seperti terung, kacang panjang, kacang hijau atau beberapa jenis kekacang, jagung, buah labu, buah kelor dan daun kemangi).

Ia sangat sesuai dimakan ketika sakit tekak ataupun selesema dan bagi mereka yang ingin berdiet serta bagi menambah air susu ibu. Bagi masyarakat filipina (kebetulan saya mempunyai sahabat yang berketurunan bisaya & tagalog) mereka juga mempunyai hidangan yang hampir sama dan menurut mereka sayur ini sangat baik untuk kesihatan kulit dan peredaran darah. Ia juga sangat lazat dicampur dengan bubur nasi terutamanya bubur jagung atau ditumis (tetapi rasanya agak sedikit pelik).”

Menurutnya, kegunaan lain pokok kelor ini ialah:
Menguruskan Badan. Akar pokok kelor boleh direbus dan dikatakan dapat dijadikan herba bagi menguruskan badan. Menurut mereka ia sangat mujarab untuk menguruskan badan tetapi risikonya ialah jika mengambilnya dikatakan sukar untuk menambah berat badan semula. Sejauhmana kebenarannya saya kurang pasti.

Khasiat untuk mata. Caranya ialah menggunakan perahan daun kelor dan dititiskan ke mata. Biasanya ia diberikan kepada seorang kanak-kanak. Ia agak menakutkan sedikit kerana mata mungkin sedikit pedih tetapi ia dikatakan sangat baik untuk kesihatan mata.

Mencantikkan kulit. Caranya ialah menambahkan akar kayu kelor dalam pembuatan bedak muka (bedak sejuk) dan herba mandian. Ketika kecil saya pernah menggunakannya (campuran beras, kunyit hidup, akar kelor dll) untuk mandi dan ternyata ia dapat melicinkan kulit yang dapat dirasai sehingga 3 hari.

—————————————————————————————

Dapatkah Hadiah Misteri Dengan Menjawab Soalan Kajian Ini <-Klik Sini

Related Posts with ThumbnailsNumber of View :12727
Tags: ,

16 Responses to "Pokok Kelor"

1 | wai kit

July 28th, 2009 at 11:12 am

Avatar

Hi, i am interested in this Pokok Kelor.

I am currently an undergraduate from UMS, can i know where can i find the Pokok Kelor in malaysia ?

How much is the Pokok Kelor ?

Thanks

2 | ahmad kamal

September 3rd, 2009 at 4:55 am

Avatar

hi wai kit.,in tamil it is known as murunggai,malay call them munggai!better ask your tamil friends n they will show it to you!

3 | lynz

November 25th, 2009 at 8:13 am

Avatar

wai kit,

i considered u not sabahan ppl.
actually u can found pokok kelor easily in sabah (mostly in tawau, lahad datu, n kunak region). u can see almost pasar tamu in that area selling daun n buah kelor.
but in malaysia peninsular, much better ask ur tamil friend.

4 | mahadi

March 6th, 2010 at 1:25 pm

Avatar

kalau ni pokok murunggai (org kelate panggil gemungga) daunnya dibuat ulam bersama laksa kelantan. Buahnya org india/mamak masuk dalam kari kepala ikan. kata org daun gemungga ni banyak protein.

5 | min

April 16th, 2010 at 7:31 am

Avatar

salam,kalu blah utara depa panggil mungai…buah dia hijau sblm masak…bila nk masak ambil potong dlm 4inci ..masak lemak dgn parpu (kacang dhal)..sayur dia kaum india selalu boh dalam masakan…tp tak bule makan byk..buah dia tu..byk angin…

6 | min

April 16th, 2010 at 7:32 am

Avatar

salam,kalu blah utara depa panggil mungai…buah dia hijau sblm tua..kt gambar tu dah tua…ambil sblm dia keras….bila nk masak ambil potong dlm 4inci ..masak lemak dgn parpu (kacang dhal)..sayur dia kaum india selalu boh dalam masakan…tp tak bule makan byk..buah dia tu..byk angin…

7 | sexy

April 20th, 2010 at 5:55 am

Avatar

pokokny mcm pkk ceremai. daun muda buat sayur. ada kt tepi rmh jiran. prnh la 1x sexy ltk dlm gulai lemak. x prnh la plk sexy guna utk cantikkn kulit coz kulit sexy dh cantik. khe2!

8 | kaknab

June 27th, 2010 at 11:15 am

Avatar

kita pun panggil buah munggai, tapi sekarang dah modenkan panggil drumstick pula hehehe. kalau masak gulai udang dengan parpu alamak sedapnya.

9 | rodzi

July 4th, 2010 at 9:26 am

Avatar

buah di buat kari pehh..sedap

10 | aroimark

August 4th, 2010 at 7:56 am

Avatar

salam,…memang pokok kelor ni sedap dimakan…tapi mungkin ramai yang tak tau khasiatnya dari segi kesihatan….menurut kajian ianya boleh menyembuhkan 300 jenis penyakit…kalau anda kurang yakin boleh lah rujuk kat mana-mana artikel tentang khasiat moringa …

11 | mohamad nizam

November 9th, 2010 at 2:14 am

Avatar

klu buat asm pedas,mmng saya suka…kari pun ok juga..

12 | bocah getas

April 13th, 2011 at 5:38 am

Avatar

mampir nich…
menarik sekali blog anda dan saya menyukainya..
salam….
oh ya ada sedikit info nich tentang bibit jabon dan kayu jabon semoga bermanfaat… 🙂

13 | Fitri

July 29th, 2011 at 3:40 am

Avatar

Sy nak tau kat mana blh dptkan pokok tu,sbb sy nak buat ubat..terima kasih..

14 | Paridah

February 27th, 2015 at 2:13 am

Avatar

saya banyak pokok Moringga.. di Kg..

15 | Safiah

January 29th, 2017 at 9:59 am

Avatar

Salam.
Saya & keluarga mengamalkan makan daun munggai ni dlm bentuk serbuk dalam kapsul. Saya juga turut menjual homemade kapsul ini dgn harapan dapat berkongsi khasiat munggai ini dengan pengamal & sesiapa yg berminat pd harga yang amat berpatutan i.e. RM40.
Email saya di sofea_yusuf@yahoo.com pada yang berminat.
Terima kasih tuan rumah 🙂

16 | Uda@Hashim

May 27th, 2017 at 4:47 pm

Avatar

Salam..cik/puan Paridah ada byk pokok munggai.Lokasi dimana?Saya berminat nk beli buah2 tu.Call/wssp saya ke 0174298553.Sapa2 yg ada buah munggai ni saya nk beli.Blh call/wssp bila2 masa sj.

Comment Form

Categories

Share on Facebook

857
Share

BlogMalaysia.com

website statistics

About

Blog ini hanyalah artikel semata-mata. Ianya di ambil dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan hati mengenai artikel ini haraplah diberi komen dan cadangan. Di harap sedikit-sebanyak blog ini dapat memberi pengetahuan kepada anda yang berminat dalam bidang tumbuh-tumbuhan, landskap, herba dan bidang pertanian.

Klik Like!! Sertai Saya di FaceBook!!

Artikel Popular Hari ini

Artikel Popular Minggu Lepas

Artikel Paling Popular Tahun 2011-2014