03 Apr, 2009

Buah Melinjau

Posted by: admin In: @Buah Nadir

melinjau

Siapa pernah makan buah melinjau ni.. Yang aku biasa dengar, buah melinjau ni orang buat keropok atau emping. Pernah la juga makan keropok dari buah melinjau ni tetapi tidaklah sesedap mana pun. Kalau anda rasa sedap, mungkin itu citarasa kita yang berbeza. Atau mungkin juga buah ni tidak berapa sedap jadi dia proses buat keropok agaknya.
Saya sendiri tidak pernah tengok pokok melinjau ni. Kalau ikut Wikipedia, pokok ini tumbuh 15-20 meter tinggi. Ia juga dikatakan banyak digunakan secara meluas di Indonesia. Di Malaysia, saya rasa ia hanya dikategorikan buah nadir atau buah yang memang jarang dijumpai.
Jadi.. kalau ada pembaca yang biasa jumpa pokok ni atau makan buah melinjau ni haraplah kongsikan di sini. Gambar di atas tu di ambil semasa pameran MAHA 2006.

—————————————————————————————

Dapatkah Hadiah Misteri Dengan Menjawab Soalan Kajian Ini <-Klik Sini

Related Posts with ThumbnailsNumber of View :4538
Tags: ,

42 Responses to "Buah Melinjau"

1 | irahab

April 3rd, 2009 at 2:53 pm

Avatar

Salam.. Buah ini agak sinonim di kalangan masyarakat Jawa dan Banjar di kampung saya di Batu Pahat. Pucuk mudanya sedap dibuat sayur seperti masak lemak atau masak air. Rasanya agak manis. Buahnya pula biasanya di rebus dan dimakan seperti kacang tanah. Pokok ini merupakan warisan turun temurun dari nenek moyang saya. Ada beberapa pokok yang saya tanam di laman rumah saya di Kota Tinggi. Pembiakannya melalui biji benih dan peratus percambahannya agak rendah. Namun sekarang ia jarang dijumpai. Mungkin juga ia hanya digemari oleh orang-orang lama yang kini sedikit demi-sedikit menghilang menemui Ilahi. Generasi muda pula tidak berminat untuk memnjaga dan memelihara warisan orang-orang lama seperti ini.

2 | admin

April 3rd, 2009 at 4:40 pm

Avatar

“sedikit demi-sedikit menghilang menemui Ilahi”… sedih juga bunyinya.. jadi.. kitalah bakal penyambung warisan apa yang ditinggalkan.. jangan kita biarkan generasi masa depan menyalahkan kita pada zaman hari ini kerana tidak menjaga apa yang ditinggalkan.

Saya dulu pernah juga pergi ke Kota Tinggi tetapi tak perasan pulak pokok Melinjau tu… :-)

3 | petua sejagat

April 4th, 2009 at 4:23 am

Avatar

Saya belum pernah lagi merasa pucuk muda dan buah melinjau spt yang dinyatakan oleh irahab tu. Kalau keropoknye memang pernahlah.
Bila berkesempatan nanti, nak cuba jugaklah merebus buah melinjau ni. :)

4 | saridah

April 5th, 2009 at 2:38 am

Avatar

salam,

mungkin buah ini hanya digemari oleh orang-orang dari keturunan Indonesia agaknya. Nenek saya sendiri misalnya, bapa beliau berasl dari jawa tengah, menanam pokok belinjau ini di belakang rumah. nenek mempunyai 3 pokok belinjau yang sekarang ini masih berbuah dengan baik. masa kecil kecil dahulu, emak dan nenek selalu gunakan buah belinjau ini untuk dijadikan sayur lemak. The whole buah di belah dua dan dibuang kulit ari. ini buah yang muda. sementara buah yang telah masak, saya selalu bakar dengan sabut setelah masak , dibuang kulit dan ditumbuk supaya leper dan terus di makan.. sedap sekali- lebih kurang macam kerepek sekarang ni.

kadang-kadang buah belinjau muda ini juga di masak bersama daging cincang. sedap sebab buah belinjau ini lemak dan species yang ada di rumah nenek saya, bukanspecies yang pahit.

sedikit dari saya.
salam

5 | admin

April 5th, 2009 at 11:28 am

Avatar

Terima kasih dengan komen tersebut.. memang menarik..
kalau ade terambil gambar pokok melinjau tu, kirim2 kanlah ke saya untuk tatapan pembaca blog ini.. :)

6 | chah

June 14th, 2009 at 11:04 am

Avatar

kt tempat sy xde la plak pokok ni tapi sebab sy jenis suka makan ulam dan herba,saya cari kat pasar ada.Buah dan kerepek,pada sy sedaplah sebab rasa lemak-lemak pahit tu yang buat dia unik.Daun pucuk dia plak sedap juga dimasak tumis air…buah dia mcm buah mertajam…..

7 | DeepForest

June 24th, 2009 at 1:00 am

Avatar

Salam,
Saya ketemu pokok melinjau ni banyak di Teganu (Terengganu) terutama sekitar Kuala Teganu. Pokok ini samada ditanam atau tumbuh terbiar di tepi rumah adalah suatu pemandangan biasa di sini. Lidah lokalan menyebut ‘binja’ ada juga menyebut ‘cokok’ merujuk kepada melinjau. selain di’empingkan’ buah cokok/binja ini biasanya dimasak seperti buah berangan iaitu digoreng sangan bersama pasir atau direbus begitu saja, memang enak rasanya tetapi ada sedikit kecapan pahit. selain buahnya, pucuk daun malinjau juga boleh dibuat sayur rampai (campur beberapa jenis pucuk) bersama ubi keledek/stela serta keropok memang sedap, cobalah!

8 | Ram

June 25th, 2009 at 4:27 am

Avatar

ade sesiapa tahu mane nak cari daun melinjau ni kat johor bahru? kat pasar borong pandan atau kat pasar larkin ade tak?

9 | azman aka eiman aka acid

June 26th, 2009 at 3:23 am

Avatar

kat depan umah bonda saya di kampung Permatang Pasir, Kota Kuala Muda, Kedah, ada sepokok lagi je pokok ni. kalau sesiapa nak benih nya datang la.

Selain dari dibuat keropok/ kerepek, buah Melinjau/Belinjau/Binjau yang muda sedap dibuat kari dengan udang atau daging. aroma nya sungguh sedap tau. kena belah dulu buah ini, buang kulit ari nya sahaja. biji dan kulit buah ini boleh di makan.

kalau nak mudah boleh juga digoreng dengan ikan bilis dan tempe. caranya mudah je, tumis bawang putih, masukkan biji melinjau yang sudah dibelah dan dibuang kulit ari. Kulit dan biji dalam buah ni boleh dimakan tau. masukkan ikan bilis yang sudah dibersihkan dan tempe yang dipotong2. masukkan sedikit kunyit hidup yang diparut, cili api dipotong, sedikit santan pekat, garam secukup rasa. goreng je sampai agak kering dan bolehlah dihidang.

10 | admin

June 28th, 2009 at 11:52 am

Avatar

Ada gambar pokok tak.. kalau ada boleh kirimkan ke saya.. nanti saya tunjukkan pada semua yang membaca..

11 | admin

June 28th, 2009 at 11:54 am

Avatar

Nak buat apa daun melinjau tu?

12 | eimann

July 1st, 2009 at 2:47 pm

Avatar

nanti balik kg saya cuba tangkap gambar pokok tu. tapi camane nak donlod kat sini? atau nak email kat admin?
setahu saya pucuknya sedap dibuat sayur. walaubagaimana pun saya belum pernah makan sayur daun melinjau ni tuan admin.

13 | eimann

July 2nd, 2009 at 7:23 am

Avatar

pokok ni tinggi jugak. lebihkurang setinggi pokok nangka. batangnya berurat macam…
bebaru ni adik saya dah panjat dan tebang hampir separuh pokok tu untuk ambil buah. rasa sayang jugak sebab takut pokok tu mati. kalau tangkap gambar pun tentu dah tak elok.

14 | Fazy

November 3rd, 2009 at 6:02 am

Avatar

saya tak pernah tengok pokok melinjau tapi sgt suka makan keropok melinjau yg kelat-kelat lemak …

15 | Bond

November 8th, 2009 at 5:25 pm

Avatar

Buah melinjau ni, selain dari buat krepek, sedap juga kalau dibuat sayur lemak cili api. Buahnya (yang tak terlalu tua) dibelah dua sebelum dimasak . Saya suka bahagian ‘lapisan kulitnya’ tetapi ada yang suka bahagian bijinya. Dah lamaaaaa tak makan sebab dah lamaaaaaaa tak jumpa di pekan sehari.

16 | Norli

November 13th, 2009 at 3:23 pm

Avatar

Pokok ni… kat Trg org panggil pokok binjai.. mmg sdp selalu beli yg dah diproses jd empingan terus goreng.

17 | Roslan

December 1st, 2009 at 4:14 am

Avatar

Pokok ni ada banyak di tanam di MARDI Parit Perak. Tahun lepas semasa pembersihan Stesen ada cadangan nak tebang je pokok ni. Saya bantah kerana memang kurang pun pokok ni kat tempat lain. Sekarang masih ada sebanyak 16 pokok yang tingginya mencapai 30 kaki.

18 | kartina

December 27th, 2009 at 9:58 am

Avatar

Buah melinjau yang masak direbus dan dibubuh sedikit garam, rasanya enak. Pucuknya dimasak lemak atau dimasak bening( plain soup) amat sedap. Di pasar Isnin dan Khamis Parit Raja, Batu Pahat kekadang ada dijual. Pucuk melinjau lemak biasa juga disajikan di restoran Jentayu.

Pokok melinjau ada di kawasan rumah aruah nenek suami saya (Jawa printis daerah Sabak Uni). Satu ketika dahulu saya biasa juga memetik buah dan pucuknya. Saya taklah selalu makan pucuknya sebab saya akan rasa pening selepas makannya. Apa agaknya kandungan daun melinjau ni?

19 | shikin

February 3rd, 2010 at 7:22 am

Avatar

Di university saya ada pokok belinjau ni..Gnetum gnemon, mudah nak dikenali pokok ni.(UMT)

20 | zamanidaud

February 18th, 2010 at 4:37 am

Avatar

buah ni memang sedap kalau dibuat keropok/kerepek, kalau betul2 dikomersialkan boleh beat kerepek kentang antarabangsa, saya bukan bketrunan jawa tp kerepek buah melinjau mmg sedap ( ikut taste saya laa..), buah melinjau ni dh jadi resepi turun - temurun keluarga sebelah bapa saya kalau buat sambal udang ditaruk santan mmg sedap…

21 | Nor Haslinda

February 20th, 2010 at 3:48 pm

Avatar

Semasa kecil jiran saya mempunyai banyak pokok ini dan sering berbuah seperti dalam gambar dan buahnya semasa muda boleh dijadikan sebagai sayur masak lemak. Rasanya lemak pucuknya juga boleh dijadikan sayur bersama buah. Buahnya apabila sudah kemerah-merahan menjadi keras tidaklah diketahui samaada boleh dimakan atau tidak. Saya telah mencuba untuk menanam spiesis ini tapi yang hidup hanya sepokok dan masih kecil. Perlu diingat pokok ini hidup ditempat yang lembab (gambut) dan tidak sesuai ditanah bukit.

22 | irwan

February 26th, 2010 at 11:59 pm

Avatar

kt kg saya ada 2 pokok ni.dulu ada 3 tp 1 pokok tepakse tebang sbb nk wat jln mase kenuri kawen saya hahahahha sedap pucuk dia wat masak lemak/air/tumis pedas.maklum la org jawa mmg kene pedas..kang ade mase saya upload gmbr.tp cemane nk upload gmbr dlm nih?

23 | Valle

March 1st, 2010 at 5:49 am

Avatar

Saya org Miri dari Sarawak.Di Sarawak, kitaorg panggil buah ni ‘buah sabung’.'Buah Sabung/daun sabung’ini adalah dari perkataan etnik Iban. Daun sabung sedap ditumis bersama dgn buah nya.Daun sabung yang tumbuh meliar d hutan selalu nya berdaun kecil, bersinar & berwarna hijau tua.Kalau daun sabung yang telah dikomersialkan atau ditanam, daun nya kurang manis & daunnya lebar, berwarna hijau muda.Kurang sedap jika di masak.

24 | YANA

March 1st, 2010 at 8:56 am

Avatar

Salam.

Kalau Kt Kampung sy dipanggil Buah Belinjau tau Buah Gelinjau. Buahnya yang berwarna hijau boleh dibuat masak lemak dan gulai bersama dengan udang. Memang sedap. Kalau nk try ini resepinya.

GULAI BELINJAU

Bahan2

1. Buah Belinjau Hijau 1/2 kilo
(Buah belinjau ni kena potong 2 memanjang dan
keluarkan selaput putih pada bijinya. Kulit dan
bijinya boleh dimasak sekali)

2. Kelapa 1 biji ambil santan
3. udang (kalau suka udang banyak letak banyak)
4. bawang merah 3 biji
5. bawang putih 3 biji
6. Daun kari
7. Halba campur
8. Sebuk kari 4 sudu.

caranya

1. Rebus buah belinjau hingga empuk dlm periuk.
2. setelah empuk masukkan santan n sebuk kari.
3. Tumis bawang merah, bwg putih, daun kari n halba
campur dlm kuali hingga naik bau.
4. Setelah itu tuangkan bahan tumis ke dalam periuk
belinjau tadi.
5. Biarkan mendidih, setelah mendidih masukkan udang.
6. Biarkan mendidih sekali lg. Setelah mendidih tutup
api.

sedap jika dimakan dengan nasi panas
tk percaya cubalah

25 | YANA

March 1st, 2010 at 8:58 am

Avatar

Sory lupa nk bg tau

masukkan garam n ajinomoto kalau tak tawar lak rasanya

hehehe

26 | YANA

March 2nd, 2010 at 7:45 am

Avatar

Buah belinjau warna merah pulak boleh digoreng.
Caranya adalah buangkan kulitnya yang berwarna merah.
setelah kumpul biji-bijinya yang lonjong tu, goreng kedalam kuali tanpa minyak. Sentiasa dikacau agar tak hangus.
Setelah keperangan atau dah masak masukkan garam dan kacau sebentar kemudian tutup api.

Rasanya memang sedap dan lemak.

27 | muhaini

March 2nd, 2010 at 10:42 pm

Avatar

saya suka mkn kropok belinjau..rasanya lmak n ada sdikit pahit kalau tak biasa.suka mkn dgn nasi.goreng emping blinjau tu cam kropok.pastu mkn la.tu mknan org jawa kan..tp sy org klntan pun suka jge.cicah sos cili pun sedap jge.

28 | mahadi

March 6th, 2010 at 3:00 pm

Avatar

10 tahum lalu saya tanam beberapa pokok malinjau dikebun saya dihulu langat , tapi yg hidup membesar hanyalah satu. Pucuknya memang sedap, lemak dan boleh dimakan begitu saja. Saya simpannya buat ada-ada saja. Anaknya pun sudah ada.

29 | Azizah

March 22nd, 2010 at 8:07 am

Avatar

Saya biasa masak pucuk dan biji melinjau ni sejak kerja di pusat pertanian. Daunnya sedap dimasak lemak campor dengan suun dan tempe. Atau masak bening saja. Bijinya direbus, lemak rasanya. Sekarang pokok tu dah ditebang. Tapi di Pejabat Pertanian Sg. Udang ma sih ada beberapa pokok lagi dijadikan koleksi pokok nadir.

30 | Y.B

March 23rd, 2010 at 3:12 am

Avatar

Salam semua.

Dah lama x kena gulai lemak Belinjua + Udang. Bila Yana cerita pasal gulai lemak Belinju+Udang, huh… kecur air liur sya. Dulu msa kecik2, Mak slalu kenakan sya kacip/belah buah yg muda ni utk buat gulai. Kerap juga gi kutip buah yg masak jatuh bawah pohon. Pohon nya tinggi & tirus. Mak ada gak buat kuih Bengkang/Bingka dari isi buah nya yg masak &kami goreng kering bijinya & mkn gitu je…Emping/keropok Belinjau yg sudah digoreng juga sedap di mkn dgn pecal/Gado-gado.Pohon nya juga slalu dikatakan pohon hantu suka bergayut…Wallahualam..

31 | hood

March 26th, 2010 at 9:12 am

Avatar

melinjau juga di tanam di tei-tepi jalan di kebanyakan jlan di Singapura

32 | cik sal

April 27th, 2010 at 9:03 am

Avatar

Assalamualaikum.

D tmpt saya(sbg.perai)salah satu kawasan yg saya tau
masih ada pokok belinjau ni ialah d Pmtg Janggus,Bkt.
M’jam.Buah muda boleh dibuat lemak cili padi dgn.udang
atau masak kari dgn.daging.Sedap…tapi kuat anginnya
mcm nangka dll.Biji dr buah yg tua dibuat kerepek.Klu kena cara mbuatnya kerepek ni lemak & x pahit.
Crita dr seorg.kwn. d pmtg janggus,ada org.pernah jatuh
pokok ni & meninggal gara2 panjat utk petik buahnya.
Mereka lebih suka petik buahnya dgn.galah pnjg. shj.

33 | aini

May 12th, 2010 at 7:54 am

Avatar

pernah rasa keropok buah belinjau ni..itupun kawan-kawan yang bagi.. mula-mula rasa macam kelat tp bila dah makan banyak2 sedap pula .. tak pernah tengok buah(cuma tengok dalam gambar saja) pokok lagi le.. tak pernah tengok.. rugi kerana buah yang sepatutnya ada di Malaysia tapi tak dapat dilihat kerana kepupusannya… apa lagi dengan nasib generasi akan datang…

34 | fazian

July 21st, 2010 at 7:37 am

Avatar

di rumah mak saya ada pokok melinjau @ belinjau. Dulu puas juga makan buahnya…rebus saje…kalau buahnya tua skit tempurungnya juga keras…kalau muda lembut je. Rasanya pahit macam emping tu…tapi saya suka. Pucuknya boleh dimasak…lemak ke, masak air @ bening. Rasanya manis.

35 | izman

October 20th, 2010 at 8:49 am

Avatar

Di tempat saya disebut “Buah Cokok”selalunya sudah dikopek kulit luarnya buah yang matang boleh digoreng atau dibakar…buah muda direbus,pucuknya amat sedap kalau dimasak lemak….dicampur dengan keledek….

36 | JALALUDDIN ASRAM

December 19th, 2010 at 2:30 pm

Avatar

Di kampung rumah mak saya ada 3 pokok ni, daun pucuk muda dipanggil daun soh sedap dimasak lemak @ tumis air jer. Buahnya yg dah masak berwarna merah boleh direbus jer dengan garam…sekarang buahnya banyak sudah dikomersialkan sebagai emping ..sodap..sebagai makanan ringan

37 | amer

January 31st, 2011 at 12:32 am

Avatar

Kerepek buah “balinjo” banyak dijual di Pasar Besar Tawau.Sebut ja namanya, semua kenal. Mungkin banyak diusahakan di Indonesia. Kerepek buah ni sedap. Mula2, pahit sikit, lepas tu mula terasa enaknya, susah nak cakap la. Cuba la dulu, makan 4-5 keping, datang la rasa enaknya tu. Dulu saya pun tak suka. Sekarang kalu satu bekas besar pun tak cukup. Cuma harganya, ada mahal sikit. Buah ni boleh dikormesialkan. Di semenanjung tak pernah saya nampak kerepek balinjo ni dijual.

38 | romieosman

March 16th, 2011 at 9:19 am

Avatar

@admin - Terdapat beberapa pokok melinjau di Taman Tasik Jaya Petaling Jaya. Pokok Melinjau ini sedang berbuah.
Pucuknya boleh dibuat ulam atau masak lemak. Buahnya yang muda, dibelah dan dimasak lomak cili api ngan udang, pergh… sedop beb. Manakala buahnya yang masak (merah) dibuat keropok melinjau (keropok pahit). Pokok ini masih banyak di utara tanah air dan area Banting Selangor.

39 | Yusoff

March 29th, 2011 at 4:41 pm

Avatar

Pokok melinjau ni masih terdapat di kawasan rumah saya di Terengganu. Terdapat pokok jantan dan betina, Manakala pokok jantannya hanya berbunga sahaja dan tidak berbuah dan sebaliknya hanya pokok betina sahaja yg menghasilkan buah. Bunga muda pokok jantan sangat sedap dibuat sayur lemak kuning manakala buahnya pula sedap digoreng setelah masak dan direbus ketika muda. Buahnya juga dibuat kerepek dan digoreng sebelum dihidangkan bersama kopo O untuk santapan diwaktu petang,
Kerepek Melinjau banyak dijual di Pasar Kedai Payang Kuala terengganu. Kalau berminat tu, jemput2lah datang ke Negeri Terengganu.

40 | rafflesia

July 3rd, 2011 at 5:53 am

Avatar

sy pnah buat masak bening pucuk melinjau..tp tekak xleh terima,sejak dr itu sy buat ulam pucuknya secara mentah cicah sambal belacan..mmg sedap rasanya lemak.tmpat sy mudah dapat pucuk melinjau seikat cuma seringgit..

41 | surya.d

September 23rd, 2011 at 6:34 am

Avatar

mohon petunjuk saya mau betani belijau. cara pembibitan dan cara bertanamnya

42 | nnisa

February 9th, 2012 at 4:24 pm

Avatar

Melinjau atau binjau (utara) sangat gemar memasak buah muda. Dikacip/belah dua @3 dan dibuang lapisan keras yg transparent. Lalu dimasak lemak kuning dan udang… saya gerenti sangat sedap. Saya ulangi…sangat sedap. Bukankah pokok2 juga sesuatu yang Allah swt gesa manusia memeliharanya dari pupus…?

Comment Form

Categories

Hari ini & Semalam

BlogMalaysia.com

About

Blog ini hanyalah artikel semata-mata. Ianya di ambil dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan hati mengenai artikel ini haraplah diberi komen dan cadangan. Di harap sedikit-sebanyak blog ini dapat memberi pengetahuan kepada anda yang berminat dalam bidang tumbuh-tumbuhan, landskap, herba dan bidang pertanian.

Klik Like!! Sertai Saya di FaceBook!!

Download Percuma Pelan Bisnes !!

Artikel Paling Popular Tahun 2011


Pokok Stevia @ Pokok Gula - 17030 hits
Penjagaan Pokok Hiasan Dalam Pasu - 13919 hits
Pokok Pecah Kaca - 12236 hits
Tanaman Herba Di Malaysia - 11924 hits
Ulam-Ulaman - 11553 hits
Buah Mentega - 10479 hits
Khasiat Lobak Putih - 9737 hits
Buah Kuning Telur @ kanistel - 9647 hits
Buah Markisa - 9646 hits
Buah Keriang Dot - 9625 hits
Khasiat Daun Sirih - 9576 hits
Rahsia Buah Delima - 9246 hits
Buah Kesusu - 8911 hits
Buah Berembang - 8384 hits
Petua Tradisional - 7989 hits