07 Mar, 2009

Durian Merah

Posted by: admin In: @Buah Nadir

durian_merah2Aku try search tentang durian merah ni di internet tetapi tak banyak yang aku dapat. Mungkin durian jenis ini tidak berapa popular di Malaysia agaknya. Kalau mengikut Wikipedia, Durian Merah ini adalah sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia serta di negara-negara ASEAN yang lain. Tetapi kalau tak silap aku di Semenanjung Malaysia memang susah nak jumpa durian jenis ni. Di Sabah Sarawak mungkin ada banyak la agaknya. Nama saintifiknya Durio graveolens. Durian Merah ini oleh masyarakat Dayak Kenyah disebut durian daun, mungkin disebabkan lebar daunnya hampir selebar telapak tangan orang dewasa. Jika anda pernah makan durian merah ni, tolonglah kongsikan nya di sini. Sedap sangat ke durian jenis ini?

—————————————————————————————

Dapatkah Hadiah Misteri Dengan Menjawab Soalan Kajian Ini <-Klik Sini

Related Posts with ThumbnailsNumber of View :25601

61 Responses to "Durian Merah"

1 | laigd

July 18th, 2010 at 9:11 pm

Avatar

Buah durian merah taklah sedap sangat kerana isinya terlalu lah nipis, biji warna hitam.Buah ada yang membulat besar, jarang ditanam tetapi warna durian ni bila masak sangatlah cantik kerana warna kulit luarnya menjadi merah darah ( kesumba ), Akhir 2009 lepas saya ada beli dipasar kerana nak ambil gambarnya.

2 | ibrahim

July 28th, 2010 at 3:32 pm

Avatar

laigd,
mungkin anda beli buah yg sudah expire tu, akibat dijolok dan peram, kena pulak memang isi buah yg kurus, gitulah kalau beli di pasar, kualitinya memang bukan segar, sebab durian tu memang susah gugur kalau sudah lama sangat pokok tu,
org nak jual dan pemborong apa dia peduli, dapat lah beli buag rasa yang tak sedap, masam, basi dan tawar…. buah tu kena dapatkan yang fresh, gugur matang. baru anda boleh rasa sebenar…

3 | hidayah

August 4th, 2010 at 7:09 am

Avatar

slalunye nk jmpe buah nie kt dlm utan la..mmg jrang nk nmpak..nk rse pn x k’smpaian..

4 | tiejay

October 31st, 2010 at 12:41 pm

Avatar

Bulan disember tahun lepas sy berkesempatan ke kuching srwak punya la teruja terus terpa ke pasar satok nak cri durian isi merah.. last2 jumpa jugak cuma nasihat dr penjual tu durian isi merah ni ada byk jenis yg sedap durinya panjang dan berkulit sedikit kehijauan ..x pikiaq byk terus beli punya la nak rasa last2 seulas pun x dpat habis kena luah balik hahahah org kat psar satok tu pakat senyum ja tgk sy mmg yg jenis sy mkn paling x sedap rupanya hahah last2 beli durian padawan ja la peh mmg sedap…

5 | azeez

November 2nd, 2010 at 12:00 am

Avatar

waduh !!!! enak sungguh rasanya mengalahkan durian D24 . Nak cuba musim durian datanglah ke Sabah pasti tidak menghampakan.

6 | sukkre

November 4th, 2010 at 11:57 pm

Avatar

Benih Durian Btg Emas RM8.00
” Tangkai Pjg RM8.00
” Chening RM8.00
” Telur Buaya RM 8.00
” Rumratlel RM8.00
” Kacing Baju RM8.00 kb ktan 0179474995

7 | rainah

November 21st, 2010 at 3:16 pm

Avatar

Durian merah ni memang sedap bg yang memang biasa memakannya. “Dalam bahasa lokal Ulu Kinabatangan Sabah, durian ini dipanggil “Mara..ang”. Dia tidak punya bau yg tajam. Rasanya lunak. Buah “Maraang” ni tidak akan gugur seperti durian putih walaupun dah masak. Buahnya akan merekah dan isi/bijinya akan jatuh ke tanah. Untuk mendapatkannya buahnya, seseorang harus memanjat dan memetik atau menjoloknya setelah ianya matang dan cukup “tua” untuk dipetik. Isi durian merah ni juga boleh disimpan lama setelah dimasak. enak.. sedap dimakan dengan nasi. Harganya kalau di Pantai Timur Sabah ada yg jual sampai Rm25 sekilogram..

8 | jas

August 25th, 2012 at 7:44 pm

Avatar

saya pernah ke MARDI Jerangau, Hulu Terengganu beberapa tahun lalu untuk menyiapkan rencana mengenai durian, di sini terdapat beberapa pokok durian jenis ini yang ditanam dan sedang berbuah. Pihak MARDI enggan menerangkan mengenainya, tetapi apabila saya menyebut asal usul buah ini banyak terdapat di Sabah dan Sarawak barulah mereka mengakuinya dan memaklumkan sedang membuat kajian mengenai buah durian ini. Sehingga kini belum ada perkembangan mengenainya

9 | Zulkiflee

December 20th, 2012 at 6:34 am

Avatar

Durian Merah ni sesuai untuk dijeruk saja. Kalau di Semenanjung selalunya Tempoyak menggunakan durian putih sebagai bahan untuam untuk dijeruk, tapi di Sabah Tempoyaknya dari Durian Merah. Seperti yang dinyatakan oleh beberapa orang yang memberikan respon dalam ruangan ni memag tahan selama setahun dengan syarat tidak kena air. Tempoyak merah lebih sedap berbanding Tempoyak Durian Putih. Selalunya Tempoyak Merah ni dimakan begitu saja dengan nasi panas, ditumis bersama-sama udang basah dan bawang besar, dibuat sambal dengan mencampurkannya dengan belacan, lada dan sedikit limau.

10 | Andika

February 11th, 2013 at 2:24 pm

Avatar

terima kasih dgn info sdra sdri semua. Ada macam2 durian dlm negara kita ni ya. Tp buah durian gergasi yg duduk kat bulatan jalan kuching-serian tu sy teramat sgt nak cari benihnya…ha ha ha (gurau aje)

11 | zul

January 16th, 2014 at 4:40 pm

Avatar

sebagai penggemar durian, kalau durian merah dapat dikacukkan mungkin lebih sedap rasanya……musim lepas, dlm bulan Nov 2013 harganya rm20/kg di KK….isinya terlalu nipis…..

Comment Form

Categories

Share on Facebook

706
Share

BlogMalaysia.com

About

Blog ini hanyalah artikel semata-mata. Ianya di ambil dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan hati mengenai artikel ini haraplah diberi komen dan cadangan. Di harap sedikit-sebanyak blog ini dapat memberi pengetahuan kepada anda yang berminat dalam bidang tumbuh-tumbuhan, landskap, herba dan bidang pertanian.

Klik Like!! Sertai Saya di FaceBook!!

Artikel Popular Hari ini

Artikel Popular Minggu Lepas

Artikel Paling Popular Tahun 2011-2014