28 Mar, 2009

Pokok Asam Gelugur

Posted by: admin In: @Buah Nadir

asam_gelugur

Gambar di atas ni aku ambil masa balik kampung dua minggu lepas. Terjumpa pulak pokok Asam Gelugur masa pergi rumah saudara. Pokok ni memang terlalu tinggi lampai. Usianya mungkin lebih dari 30 tahun agaknya. Menurut tuannya, dia ada lebih kurang 3 batang pokok kalau tak silap. Masa aku pergi ke sana, dia sedang memotong dan menghiris buah asam tersebut untuk dijemur. Setelah dijemur, pemborong akan datang ke rumah dia untuk membeli ke semua asam gelugur tersebut secara borong. Tak banyak orang yang mengusakan tanaman ini secara komersil. Mungkin penggunaanya yang agak terhad dan keuntungannya tidak seberapa. Jadi, pokok ini hanyalah pokok turun-temurun dari keluarga mereka yang terdahulu. Bila musimnya memang terlalu banyak buah yang gugur, nak makan segar memang tak berapa sedap sangat. Begitulah kisah pokok asam gelugur ini.

asam_gelugur2

Gambar di atas merupakan putik buah asam gelugur yang baru nak berkembang. Maaflah, tak dapat nak ambil gambar pokok sebenar kerana terlalu tinggi sangat.

Ada sesiapa yang mempunyai tanaman unik di rumah anda, bolehlah kirimkan ke Blog ini untuk tatapan generasi yang baru.

—————————————————————————————

Dapatkah Hadiah Misteri Dengan Menjawab Soalan Kajian Ini <-Klik Sini

Related Posts with ThumbnailsNumber of View :5764

26 Responses to "Pokok Asam Gelugur"

1 | ahmadyani

March 30th, 2009 at 1:57 pm

Avatar

Saya suka makan pucuk muda pokok asam gelugur ni masa kecil dulu. Rangup dan tentunya masam. Macam makan kepingan pelam muda. Tapi tak boleh makan banyak. Ngilu gigi.

2 | admin

March 30th, 2009 at 2:02 pm

Avatar

Tak sangka pulak pucuk muda pokok asam ni boleh di buat ulam.. boleh lah try..

3 | sarah

April 3rd, 2009 at 2:20 am

Avatar

pucuk asam gelugor boleh digulai bersama ikan. Buat gulai kuning, sedikit pucuk asam ni dihiris halus. Jgn letak asam sebab pucuk asam ni masam. Sedap gulai kuning cili padi ikan dengan pucuk asamni

4 | rahiza

April 14th, 2009 at 2:39 am

Avatar

kata orang tua2 kalo tanam pokok asam gelugor, penanamnya tak akan sempat petik hasil tanamannya, sebabnya pokok ni tunggu tuannya mati terlebih dulu,…hehe.. baru ianya berbuah…tak tahu lah betul ke tak..tapi kat kampung saya pokok ni hanya ada beberapa sahaja..memang payah untuk kita temui…dan anggaran umur pokok gelugor ni memang dah mencecah 20-30 tahun..

5 | fra

April 22nd, 2009 at 1:35 pm

Avatar

ermm kt umh ade pokok nih… tk tau lak nih pokok asam gelugur… pucuk die leh wat masak gulai @ asam klu tk silap… mmg sedap giler

6 | yusran

July 1st, 2009 at 8:46 am

Avatar

Asam gelugor=Garcinia mangostana. sama spesies dengan manggis. sekarang ada pokok yang rendahpun boleh berbuah. teknologi nurseri di perak. kalau tak silap di terung/terom, perak

7 | aziz basrom

November 18th, 2009 at 2:20 pm

Avatar

Asam gelugor nama saintifik dia kalau tak silap ialah Garcinia atroviridis, pucuknya sedap kalau dibuat masak lemak cili api dengan telor itik tau ikan tenggiri, ikan keli salai, pucuknya juga boleh dimakan mentah sebagai ulam, baik untuk menurunkan tekanan darah tinggi sekarang ni ditanam sebagai pokok hiasan, sekarang ni tak perlu tunggu tuan yg menanam meninggal baru nak berbuah, di kompleks c putrajaya ada ditanam beberapa pokok, dah berbuah pun…

8 | zainal

April 23rd, 2010 at 3:36 am

Avatar

Kat kg aku sekarang ni banyak org tanam sebab boleh buat duit , sekarang ni tak payah tunggu lama sampai x sempat nak rasa buah…rasanya 5-6 tahun dah berbuah kot…Arwah bapak aku ada tanam kat kebun dia, mau 6-7 pokok…aku cuba tanam di kebin tapi tak hidup…dia nak tempat lembab kot…

9 | naharamin

May 3rd, 2010 at 7:19 am

Avatar

saya berminat nak tanam pokok asam gelugor,ada kwn2 yg boleh bantu cara mana nak tanam dia,dan di mana sy boleh dapat benih pokok tu,siapa boleh bantu hubungi saya 0192610045 nahar afendi

10 | aza

June 24th, 2010 at 8:37 am

Avatar

pucuk asam gelugor ni sedap dimakan mcm tu je..dulu time kecik2,sy salu amek pucuk daun asam dan balut dgn isi rambutan..mkn kat atas pkok..sedappp..kali terakhir sy mkn pucuk asam ni mase blaja kat UTEM dlu..kat taman tasik utama tu ade sepokok asam gelugur yg baru ditanam..pucuknya salu xde sebb sy laa yg ngambik nye…sambil lepak kat taman sambil mkn pucuk asam gelugor..kekeke..tp sedap….mak sy salu beli buah asam gelugor dr jiran dan sy mempunyai pengalaman menghiris dan mengeringkan buah asam untuk dijadikan asam keping..bau buahnya pun dh boleh melelehkan air liur..hehehe..

11 | Azmil

July 5th, 2010 at 3:37 am

Avatar

Saya baru beli tanah, 4.114 ekar. Ada pokok asam gelugor. Alhamdulillah. Sekarang dah buat sendiri asam keping untuk masukkan dalam laksa dan lain masakan

12 | burn salleh

August 5th, 2010 at 2:54 pm

Avatar

sy punya pokok gelugor ada hampir 100 pokok,dah x larat nak potong hingga 1 pagi hampir 200 ke 300 kg sy kutip utk jadi asam keping….sapa boleh bantu.

13 | hanapiah

August 30th, 2010 at 3:36 am

Avatar

Salah satu keistimewaan asam gelugur ialah, walaupun buahnya masam tetapi bijinya sangat manis.
Teladan kepada manusia. Walaupun wajah kita buruk tetapi hati kita kena baik dan manis.

14 | imran

October 2nd, 2010 at 2:59 am

Avatar

asam ni sedap ,pucuk yg wane mera 2 leh mkn trus msm2 rsenye,kat kmpg sye belambak gle pokok nye,smpai x terjage,n pokok ni la selalu jdi sasaran pencuri,kami sempat mkn pucuk je,buah kne curi,khasiat nye pucuk ni kalo mkn leh hilangkan rase skit perut n leh jdi pemasam dlm masakan.buahnye leh jdi asam keping kan,tpi mk sye x gne asam kpg yg kering n wane itam 2,dye gne yg fresh n wane kuning lagi,bru rse,sdpp

15 | jamilah

November 4th, 2010 at 4:13 am

Avatar

pokok nya tinggi buahnya cantik

16 | SAIDY RIDZAH ABU HASAN

November 9th, 2010 at 12:33 pm

Avatar

Saya minat dengan apa yang Bum Salleh kata. Dia ada 100 pokok asam geluogor. Wow! Boleh saya datang melawat kebun/ladang? Nak kongsi pengalaman sebab saya baru nak mencebur diri dalam perusahaan asam gelugor samada menanam atau menjadi peraih/pengedar.

Saidy
012-3769237
saidyridzah@gmail.com

17 | missana

December 15th, 2010 at 2:27 pm

Avatar

saya minat nak tanam pokok asam gelugor ni..sesuai tak tanam tepi rumah teres? akar dia ganggu struktur binaan konkrit tak?

18 | burnsalleh

January 1st, 2011 at 9:02 am

Avatar

salam..hai!..sy juga ada semai anak gelugor dan ada yg berminat, melawat kebun sy di kg.gajah perak atau berkongsi pendapat boleh tel 0123069123

19 | Hashim mohd sedik

January 7th, 2011 at 3:13 pm

Avatar

gelugur dah jadi’commercial tapi sekarang susah nak berbuah adakah penyelidikan(research) supaya boleh mengatasi masalah ini?

20 | Chenah

February 7th, 2011 at 8:48 am

Avatar

ikan dilaut asam didarat dalam periuk ………..
ni adalah petikan dari lagu…saya pun tak tau siapa nyanyi tapi kenyataannya adalah benar.lagu ni kisah asam gelugur le.

21 | mohd zukri bin mohd ramli

May 12th, 2011 at 3:00 am

Avatar

Mengenali buah ini semenjak zaman sekolah rendah lagi,kerana rakan seoklah rajin bawa ,terutama mereka yang duduk dikawasan kampong.

22 | evi

July 28th, 2011 at 10:51 am

Avatar

pak cik,ternyata beda ye asam kandis & asam gelugur? baru kali ini saye lihat pokoknye.

23 | Anwar Yassin

September 8th, 2011 at 12:51 am

Avatar

Untuk sesiapa yang ingin melihat buah asam gelugur ini secara live. Mungkin anda boleh merujuk pada Nasuha Herb Spices. Di sini, anda juga boleh menikmati pucuk asam gelugur yang disertakan bersama-sama dalam masakan nasi bariani herba. Selamat mencuba. :)

24 | Noraini

October 25th, 2011 at 1:22 pm

Avatar

Kalau dah masak buahnya warna apa

25 | mohd pazli

November 27th, 2011 at 3:44 am

Avatar

salam mcm na nak dapat kan alamat nesery tu ya

26 | RAFIDAH

February 8th, 2012 at 12:56 am

Avatar

salam..bleh sy tau…sape ada tanam pokok asam gelugur@ asam keping ?? saya nak beli daun ya..nak buat research…plez…cantact me 0168226343

Comment Form

Categories

Hari ini & Semalam

BlogMalaysia.com

About

Blog ini hanyalah artikel semata-mata. Ianya di ambil dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan hati mengenai artikel ini haraplah diberi komen dan cadangan. Di harap sedikit-sebanyak blog ini dapat memberi pengetahuan kepada anda yang berminat dalam bidang tumbuh-tumbuhan, landskap, herba dan bidang pertanian.

Klik Like!! Sertai Saya di FaceBook!!

Download Percuma Pelan Bisnes !!

Artikel Paling Popular Tahun 2011


Pokok Stevia @ Pokok Gula - 17030 hits
Penjagaan Pokok Hiasan Dalam Pasu - 13919 hits
Pokok Pecah Kaca - 12236 hits
Tanaman Herba Di Malaysia - 11924 hits
Ulam-Ulaman - 11553 hits
Buah Mentega - 10479 hits
Khasiat Lobak Putih - 9737 hits
Buah Kuning Telur @ kanistel - 9647 hits
Buah Markisa - 9646 hits
Buah Keriang Dot - 9625 hits
Khasiat Daun Sirih - 9576 hits
Rahsia Buah Delima - 9246 hits
Buah Kesusu - 8911 hits
Buah Berembang - 8384 hits
Petua Tradisional - 7989 hits