10 Feb, 2009

Pokok Melaka

Posted by: admin In: @Buah Nadir

buah_melaka

Pokok melaka berasal dari Asia tropika dan pada masa ini ditanam atau tumbuh liar di Malaysia terutama di negeri Melaka, Perak dan Pulau Pinang. Nama negeri Melaka dipercayai berasal daripada nama pokok ini. Sebagai mengingati sejarah ini, beberapa batang pokok melaka ditanam di beberapa tempat di bandar Melaka. Pokok ini juga terdapat di India tropika. Buah ini dikenal sebagai ‘Aonla’ di kalangan orang India.

Buah melaka sedikit pahit dan masam untuk terus dimakan. Permukaan buah keras dan berkilat. Kulit buah melaka berwarna hijau muda, berkilat dan agak lut sinar. Isinya juga lut sinar dan berwarna hijau pucat. Buah melaka mempunyai bebatu heksagon,tiga daripada seginya lebih menonjol. Buah ini biasanya dibuat jeruk. Buah ini juga dikatakan mengandungi vitamin C yang tinggi. Biasanya pokok melaka berbunga dan berbuah mengikut musim, iaitu dua kali dalam setahun.

Related Posts with ThumbnailsNumber of View :21175
Tags: ,

14 Responses to "Pokok Melaka"

1 | iza

August 9th, 2009 at 7:45 am

Avatar

nama saintifik tuk buah melaka ape die?

2 | Al_YAhya

August 16th, 2009 at 6:44 am

Avatar

Boleh paparkan perihal tumbuhan beruas di mana daunnya digunakan untuk lapis masakan ikan botok istimewa di bulan puasa.

3 | aziz basrom

November 18th, 2009 at 2:12 pm

Avatar

salam, buah melaka ni sedap kalau dibuat jeruk, sahabat saya keturunan india mengatakan buah ini boleh menurunkan kandungan gula dalam darah, ada ditanam sebagai pokok hiasan kalau di putrajaya pokok bauah melaka ni ada di kompleks c atau parcel c, nama saintik dia kalau tak silap ialah phylantus emblica…

4 | mardziah

December 14th, 2009 at 9:02 am

Avatar

dulu ada nampak pokok buah ni kat rumah jiran, ingat pokok hiasan dan tak boleh makan, bila tahu buahnya boleh makan, jiran tu dah tebang pokoknya kerana nak ubahsuai rumah, kempunan le saya nak rasa buahnya.. kesian saya

5 | Pak da

April 1st, 2010 at 5:20 am

Avatar

salam. dulu ada dalam hutan & kampong-kampong. nak buat hiasan tak sesuai krn tinggi dan besar. ada orang cakap boleh buat ubat darah tinggi. ada orang panggil cermal bukit, ada setengah panggil buah squer.

6 | aima

April 20th, 2010 at 2:49 pm

Avatar

la cmni rupenye buah melaka.ada betul rupenye.ingat xde. ye la yg aku tau kuih buah melaka je hehehe.xsangka kuih buah melaka dng buah melaka dkat nak same bntuk,warne n saiz hehehe

7 | mza

April 25th, 2010 at 2:45 pm

Avatar

daun dia boleh dibuat ubat untuk darah tinggi. caranya ambil satu gemgam saja lalu direbus dengan satu cawan air dan diminum setiap hari sebelum tidur.

8 | kaknab

June 9th, 2010 at 12:18 pm

Avatar

buah melaka, kalau makan memang pelik, mula2 pahit yang amat, tapi bila dah dekat nak abis makan, rasa manis baik untuk orang darah tinggi.

9 | Faridah

December 13th, 2010 at 3:45 pm

Avatar

terima kasih krn byk memberi info yg berfaedah tentang tumbuhan. Saya byk menggunakan gambar dan info utk membantu semasa mengajar. Maaf dan terima kasih krn menggunakan gambar2 buah nadir dr sini dlm fb saya. Terima kasih sekali lg.

10 | anak~melaka

April 6th, 2011 at 4:12 am

Avatar

diketahui pada asalnya manisan cendol..

dibuat drp sejenis daun yg merupai daun pandan..

siapakah yg dpt kongsi pengetahuan mengenai..

tumbuhan CENDOL ini??

trm ksh!!

11 | azhar

June 12th, 2011 at 9:29 pm

Avatar

Originally Posted By anak~melakadiketahui pada asalnya manisan cendol..

dibuat drp sejenis daun yg merupai daun pandan..

siapakah yg dpt kongsi pengetahuan mengenai..

tumbuhan CENDOL ini??

trm ksh!!

salam,sila layari blog saya

12 | CHERN YEE HOM

August 14th, 2011 at 2:31 am

Avatar

Tumpang Tanya! buah Keradang, buah Keradang ! pernah ada ulasan tentang buah ini ? Teringin nak tahu, sebab dah berkenalan dengan pokok dan buahnya > 20 tahun. Minggu lepas, setelah membaca buku tulisan Rukayah Aman, baru mengenali namanya islah “buah Keradang” Pokok kat rumah kawan, sudah lama di musnahkan oleh tuan baru (kawan dah berhijrah ke PJ. Pokok dan buah, memang cantik di pandang mata, TAPI pokok nya amat banyak duri !!! )

13 | zaleha

February 13th, 2012 at 1:29 am

Avatar

dulu pernah baca satu buku mengenai buah-buahan nadir tulisan prof Zainal Abidin kalau tak silap dari UPM.antaranya ada buah temponek, dan nona.

14 | mandy

August 21st, 2013 at 12:12 am

Avatar

Dimana boleh saya beli benih atau anak pokok buah melaka

Comment Form

Categories

Share on Facebook

626
Share

BlogMalaysia.com

website statistics

About

Blog ini hanyalah artikel semata-mata. Ianya di ambil dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan hati mengenai artikel ini haraplah diberi komen dan cadangan. Di harap sedikit-sebanyak blog ini dapat memberi pengetahuan kepada anda yang berminat dalam bidang tumbuh-tumbuhan, landskap, herba dan bidang pertanian.

Klik Like!! Sertai Saya di FaceBook!!

Artikel Popular Hari ini

Artikel Popular Minggu Lepas

Artikel Paling Popular Tahun 2011-2014